Isnin, 22 September 2014

borak kosong

Assalamualaikum

Hidup ini ibarat satu sandiwara.

Ceh, intro yang agak dramatik sikit. kasi tambah asam pada penulisan aku yang tak seberapa ni ahahhaha..

aku nak tulis pasal perasaan aku hari ni, malam ni. aku rasa kosong kosong kosong..

tadi siang aku ada meeting pasal restructuring kat dept aku. sepanjang hampir 3 tahun aku kerja situ, ni dah kali ke 3 atau 4 retructuring. dah berapa orang aku tukar boss. tak tahu lah akan datang ada berapa. dan tak tahu portfolio aku nanti macam mana. aihhhh.. malas nak fikir dah

oh ya agak da lama aku postponed sambung penulisan skrip aku kan.

Nanti ada masa aku tulis & kalau aku rajin huhu..

till then, chow!

Selasa, 2 September 2014

cerita kosong

assalamualaikum...

apa nak cerita hari ni ya, aku pun xtahu nak cerita gapo tapi macam segala2 beredar kat pala otak dok nak dituliskan disini. macam semua nak cerita la, but masa mencemburui aku... ceh ceh ceh ayat tak boleh blah drama sehabis mungkin hahahhah..

now dah pukul 12.05am (waktu aku draft ini entry), esok nak keje dah so kena bangun awal dan continue routine macam biasa, dan paling tak tahan awal bulan closing account. ya rabbi macam banyak nya nak kena buatkan. bila fikir hal office terus sakit otak.

kadang2 aku rasa mcam nak luahkan macam2 kat status fb aku tapi nanti macam rasa tak elok, takut orang ngata kang.. macam kau sorang je ada problem, hello chill la life has to goes on, just belasah & shut up. macam nak perlu ke kepoci tu.. bila perasaan ni datang, terus lupakan hasrat aku tu bomb di fb. segala2 peram kat dalam hati je. kadang2 time tu nak luah segala kt sini, tapi keadaan x mengizinkan sebab keyboard aku rosak so tak boleh nak menaip huhu... aihhhh panjang betul bebelan aku kan. sebenarnya memang aku rindu gila nak membebel kat sini, rindu nak tulis macam2 tapi tu la macam aku katakan di atas.

oh by the way, umur aku tahun ni da 27 tahun!! peh dengan bangganya aku memberitahu di sini hahahah.. aihh kadang2 tu aku pun kompius umur aku 27 atau 28 hahahha, nampak nau sangat dah tua sampai umur pun tak boleh beza, macam tak sabar nak tua pulak, atau memang aku dah tua? hahhaah... no no no, i am still young okay.. plus it is just a number kut, no big issue la.. the big is when people keep asking when am i will get married. memang big nau nau betoi la. tapi bila umur da meningkat tu memang segala perasaan datang menyerang. macam dush dush dush.. ,macam awat aku banyak guna perkataan macam ni?? macam masam macam masam hahhahaha.. i am gila damn!

oh tahun ni aku dah start buat preparation untuk sambung belajar. dah nak masuk 3 series so better aku cepat2 sambung kalau tak, takut takde masa pulak huhu.. sebab bila da 3 series time tu baru aku nak cari jodoh.. nanti stress pulak nak bercinta, nak belajar nak bekerja..oh cannot cannot. i hate being pressured okay, so better plan dari awal kan. aku pilih untuk ambil professional course, tak jadi ambil master. tengok la berapa lama aku boleh pass. risau gak ni sebab otak ni tak cukup geliga huhu.. aku target setahun tapi tengok lah tahap kemampuan aku camne. aku apply kt public U, baru apply, kena tunggu permohonan berjaya ke tak, kalau berjaya kena attend interview, kalau tak dapat aku pegi plan B which is sambung kat private college je la.. bayar lebih sikit je, sikit ke banyak? apa apa an aja lah ya.. huhu..

apa lagi ya nak tulis... emmmm.. nanti la dulu bila da ingat aku sambung lagi sebab sekarang udah pukul 12.22am & it is a time to sleep. takut esok terlajak perahu pulak hahahha... banyak betul melalut dan hahhaha sangat. okey stop.

insyaallah ketemu lagi kita di lain masa dan waktu (ada beza meh masa dan waktu? whatever sarah)

bye!

Ahad, 31 Ogos 2014

hi back!

Assalamualaikum!

Lama gila aku x membebel kat sini. semenjak external key board aku rosak. nak mencoret guna handphone macam x convenient so lama la biar tempat ni terbiar.

Now aku da beli laptop baru so boleh la merepek repek lagi bila ada masa free hehehe..

Tapi sekarang dah nak pukul 12 malam, aku kena tidur awal sebab esok kena bangun awal. Kawan baik masa degree kahwin so kena attend majlis dia. lagipun aku da janji nak attend so kena tunaikan, kalau tak kena sembelih dengan dia kang ahahhaha.. oke, itu aju gurau je :P

Anyways, this will be continue again when i have free time.

oh by the way, before i end my writing for tonight. i would like to wish selamat hari merdeka yang ke 57. Merdeka Merdeka Merdeka!!

Salam merdeka & happy holidays!

Ninite & wasalam

Ahad, 6 Julai 2014

Hari ini puasa ke 7. Rasanya x terlambat aku nak post ucapan kan.. 

Ya..

Salam ramadhan!

Bye

Sabtu, 18 Januari 2014

Friends vs Sahabat

assalamualaikum,

Kali ni aku nak menulis kembali semua skrip2 yang aku buat masa belajar dulu.. kiranya aku nak mengabadikan kat sinilah, nanti kalau buku ni hilang takpun di makan anai2 camne? so better publish kat sini, at least ada masa lapang boleh aku baca balik penulisan bangang aku ni.. biasalah aku ni memang kuat berangan dari kecik agi, nak jadi kenyataan memang impossible so aku mereka2 satu cerita di alam kayangan, alam maya di minda kanan aku yang kreatif ni..hahhaah.. rasanya cerita ni aku buat masa aku baru habis SPM kut dalam bulan 12 camtu.. rasanya lahhh.. aku pun tak ingat before spm atau lepas spm tapi yang pasti masa umur 17 tahun.. dah 10 tahun buku ni, dah tua dah.. tulisan aku dari dulu ke sekarang tetap tak berubah ya.. heheheh...
----------------------------------------------------------------------------

Babak 1

Pada suatu pagi yang indah, setiap manusia menjalankan rutin seharian mereka. Seperti biasa....

Hamzah : Bangun semua! Selamat pagi, Cikgu!
Cik Mimi : Selamat pagi! Duduk semua. Assalamualaikum, nama cikgu ialah Mimi Humairah. Kamu boleh panggil saya Cik Mimi. Saya akan menggantikan tempat Puan Huzaimi dan akan mengajar kamu subjek Matematik Moden & Matematik Tambahan. Masa pertama ini saya akan peruntukkan untuk sesi perkenalan. Masa kedua pula saya akan mula mengajar kamu. Boleh?
Siti : Boleh Cikgu. Takde hal Cik Mimi, saya nak tanya satu soalan boleh?
Cik Mimi : Boleh, apa salahnya.
Siti : Umur cikgu berapa & cikgu tinggal di mana?
Cik Mimi : Eh, itu bukan satu soalan tapi dua soalan namanya! Hihi, cikgu gurau je! Umur saya 25 tahun & saya tinggal kat Subang Jaya.
Zamri : Cikgu dah kahwin ke belum?
Cik Mimi : Kenapa? Kamu nak hantar rombongan meminang ke? Sebenarnya cikgu ni masih single lagi tau!
Zamri : Kalau macam tu, bolehlah saya tackle cikgu!
Cik Mimi :  Ada-ada saja kamu ni. Okay, cikgu nak kenal dengan kamu semua. Saya nak mula dari sebelah kanan dulu. Kamu dulu....
Hmmm, panjang betul & pelik2 nama kamu ni! Susah saya nak ingat.
Yati : Alah cikgu! Nanti lama2 ingatlah. Betul tak kawan2?
Cik Mimi: Hehehe! Okaylah, cikgu akan mula mengajar sekarang ye. Kita akan masuk bab 5 iaitu.....

Waktu rehat.

Yati : Hai kawan-kawan! Lama ke korang tunggu? Sorrylah ye, aku terpaksa bertugas dulu. Kan aku ni ketua kebersihan. Mestilah kena bertanggungjawab.
Mastura: Yelah tu. Poyo je lebih. Eh, korang tahu tak ada cikgu baru kat sekolah kita ni. Dia ajar Math Moden & Add Maths.
Linda : Lelaki ke perempuan? Mesti handsome kan.
Mastura: Perempuanlah. Cun wooo. Dia baru balik dari London.
Syah: Siapa hah orangnya? Nama dia....
Yati : Mimi Humairah. 25 tahun dan masih membujang.
Syah: Aik....macam mana kau tahu Yati?
Yati : Takkanlah kau tak kenal-kenal aku lagi? Aku ni kan pro. Lagipun aku ni kan leader group kita kan? Baru tadi dia masuk kelas aku. Memang cute. Abang aku mesti syok punya kat dia.
Mastura : Dah mula dah tabiat dia tu. Menyampah aku.
Yati: Hehehehe. Aik, mana si Zue? Tak nampak pun batang hidung dia satu hari ni.
Zue: Assalamualaikum. Minta maaf, lambat. Eh,korang dah makan ke belum? Kalau belum, jomlah aku tengah lapar ni. Dari tadi dok berbunyi aje!
Syah : Ah, dah mulalah tu! Jomlah geng. Kita gi kantin. Kesian cik Zue tembam kita ni. Jom-jom!

Kring!!! Waktu balik

Lan: Mas...... Kau hari ni balik naik apa? Boleh aku ikut?
Mastura : Eeee, janganlah buat macam tu! Menyampah tau. Aku balik naik baslah, takkan nak naik kapal terbang kut.
Lan : Janganlah marah. Tapi, kalau kau tengah marah lagi cun. Tu yang buat aku syok kat kau.
Mastura : Tolong-tolong. Gelilah. Lan, kau cari perempuan lain boleh tak? Aku tak suka kat kau, takkan itupun kau tak faham-faham lagi. Oii, Yati! Kau nak pergi mana?
Yati : Aku nak pergi tuisyen kimialah. Naik bas.
Mastura : Kita naik sama-sama nak?
Yati : Hmm, jomlah. Lan, kau tak balik lagi ke?
Mastura: Bye Lan! Aku chow dulu ya. Jom yati.
Yati : Apasal kau buat macam tu kat Lan? Kesian aku tengok dia tu.
Mastura : Hish, dia tu! Hek eleh, engkau ni apahal Yati? Tetiba je baik semacam. Selalunya, kau lah yang paling poyo.
Yati : Takdelah, aku rasa tak patut kau buat macam tu pada Lan. Dia tu kan lembut, sensitif orangnya.
Mastura : Sebab itulah. Rimaslah aku kalau dapat lelaki lembut. Aku nak macam 'The Rock'. Baru power.
Yati : Macam-macam lah kau ni Mas. Eh, kau tak turun ke?
Mastura : Alamak, dah terlajak! Ok lah, aku turun dulu ya. Bye
Yati : Bye.

--------------------------------------------------------------------------------------

Sampai sini jelah. Nanti ada masa aku sambung lagi. Penat nak tengok buku pastu nak taip. Berpinar mata aku... huhu..

Chiaozzz


Rabu, 15 Januari 2014

Bebelan ku!

assalamualaikum :)

lama dah aku tak menceceh kat sini kongsi sirah hidup aku.. nak buat macam mana, keyboard aku rosak so nak menaip guna handphone memang tak la kan.. terkial-kial aku nanti, confirm typo melambak..hahaha.. ni pun aku guna komputer adik aku..

so far sepanjang last entry lama aku tu, takde benda menarik nak di ceritakan. aku kerja, kerja dan kerja..cuti hari tu pun duduk rumah merehatkan badan, tak pergi kemana pun.. nak keluar sayang duit, duit pun laju je surut.. tak boleh, bahaya ni. kena control sikit, tahan nafsu tu..huhu.. hujung bulan 12 tu memang aku masyuk sikit.. dapat bonus weh...hahaha.. setahun sekali je dapat tengok bank akaun tu beribu2.. syok gila perasaan tu.. huhu.. alhamdulillah, bonus aku banyak la jugak.. 7 bulan.. kalau gaji aku besar mesti lagi syok.. ni gaji boleh tahan la cukup makan pakai, takdelah nak merasa tukar kereta lagi..haha.. ni pun balance tinggal beberapa ribu je, sedih iolss.. huhu..

tahun 2014 ni kira umur aku dah nak masuk 27 tahun.. aihh semakin bertambah usia ni, semakin tua lah, dan semakin dekat dengan kematian kan.. soalan bila nak kahwin tu tak payah cakaplah, menimbun orang bertanya. bukan aku je yang kena, mak aku pun terkena tempiasnya.. adatlah jadi orang perempuan, mesti tanya punya.. redha jela.. bukan aku tak nak cari, masalahnya aku tak ready lagi weh.. duit pun takde.. memang aku ada menyimpan, tapi tu pun untuk aku sambung belajar.. lepas tu aku seboleh2 nak cepat2 langsaikan hutang belajar.. terasa terbeban weh banyak sangat hutang.. dengan masalah rumah ayah aku ni lagi, macam2 hal.. serabut aku..

sekarang mak aku dah start membebel pasal penampilan aku.. dia cakap aku ni too simple, tak pandai melawa, pergi office muka pucat, secalit mekap pun takde.. pakaian tak semenggah, baju kurung cabuk aku hari2, dengan rambut yang serabai tak di dandan.. lepas tu bising aku ni gemok, tak nak jaga badan macam2 lagi lah.. tapi betullah memang aku dah gemok.. berat aku sekarang lebih dari 60kg... wakakkaa... gemokkan iolsss.. dah lah aku ni pendek, tinggi 150cm je.. leher pun dah takde ni, lengan besar berlemak, perut buncit.. bila upload gambar kat media sosial, kawan belajar dulu semua terkejut.. dialog, "sarah, bulatnya ko sekarang"," dah rupa mak ko dah" dan macam2 lagi lah.. aku senyum je, pasrah..hahhaha.. susah nak kawal nafsu makan ni, nak2 bila ko dah duit sendiri, nak makan apa je beli terus.. fast food, makanan berkeju yummy2, minum air gas dan manis... manalah tak gemok, bersenamnya tidak jadi lemak pun sedaplah membiak dalam kulit ni.. memang takde lelaki yang berkenan lah kat aku nanti.. ahahhaah...

apa lagi nak menceceh ya? banyak sebenarnya tapi tak tahu macam mana nak menceritakan.. plus aku penat, otak pun penat.. nanti ada masa panjang, aku sambung lagi ya..

Till then, chiaozzz..

Assalamualaikum!

Regards,

Sarah yang blur

Sabtu, 4 Januari 2014