Assalamualaikum
Aku sedih sangat hari ni. Aku nak meratib kat sini. Hari ni aku ambil exam AFM buat kali kedua, tapi sebab aku register exam ni right after aku dapat result bulan 7 hari tu jadi aku dapat sesi petang. Exam start pukul 1.30pm until 4.45pm.
Actually aku tak sihat this week sebab flu, aku suspect jangkit dari adik aku sebab aku start rasa tak sihat dari hari ahad hari tu meanwhile adik aku start tak sihat since cuti merdeka last week. Lama juga flu dia tak baik2 and sekarang pun dia batuk2 agak teruk.
So hari ni aku pergi ambil exam dalam keadaan tak sihat dengan tak cukup tidurnya.
Aku dari bulan 8 memang busy dengan finalization tax filing and business plan, lepas tu before aku start cuti petang selasa hari tu aku siapkan closing account Aug'26. Betapa hectic nya life aku sebab memang tengah peak. Business plan tu tak payah cakap lah memang akan ada banyak revision, so actually aku nampak email 2nd revision due hari ni tapi aku cuti exam so lantaklah. Maybe esok aku kena sambung siapkan kerja2 tertunggak aku tu.
Nak cuti exam pun tak tenang sebab mind asyik fikir pasal kerja je.
So hari ni aku attempted semua soalan, sempat tapi aku tak jawab semua sebab otak aku blank. Aku tak ingat formula dan banyak juga soalan aku leave blank sebab tak tahu nak goreng macam mana. Formula tak ingat macam mana nak goreng calculation tu. Aku tersangat la frustrated dan hampir2 nak menangis depan PC tadi. Sebab aku rasa sangat kecewa, dan aku dapat rasa mesti result aku kali ni akan lebih rendah dari sitting bulan 6 tahun ni.
Tadi aku rasa down sangat sampai fikir nak quit acca ni, dan nak quit kerja sebab nak focus kat acca ni. actually memang tiap tahun aku akan skip exam bulan 3 dan 9 sebab dua2 ni time peak period aku. tapi sebab masa aku tak banyak dah, aku kena completekan before June 2027 kalau tak nak paper yang aku dah ambil sebelum ni lapse. So aku tersangat pressure sekarang. Dah lah bazir masa aku, nak study nak drive ke exam center. Duit tak payah cakap lah dah berapa ribu habis ambil exam ni je. kalau satu sitting pun dah makan almost/more than seribu, imagine aku dah sat exam so called last paper ni kononnya dari audit 4 kali, strategic 4 kali dan AFM ni dah 2 kali. mahu dekat 10k je dah. Belum campur tuition fee dan paper2 yang aku dah attempted before ni sebelum aku passed paper2 tersebut.
Aku siap bernazar in a hope boleh pass exam sept ni. tapi tengok gaya tadi memang harapan aku hancur musnah berkecai.
tak tahu macam mana nak gambarkan betapa sedihnya aku tadi
Ok tu je nak rant emotion aku kat blog ni. Till then jumpa lagi
Bye!