Sabtu, 15 Jun 2013

Continued from Cinta 2 entry...

Hola bloggers!

*ayat tak boleh blah sila abaikan ya*

Assalamualaikum! berbalik kepada tajuk aku di atas, aku nak sambung cerita pasal cinta 2 tu. ingat tak aku citer pasal si syafiq ni si classmate aku? sebenarnya aku tak tahu macam mana nak start sebab otak tetibe blur..tengah pikir ayat mukadimah jap..hahahah...

oke 1 2 3.. tarik napas hembus tarik hembus tarik hembus puhhhhh! *kluaq ayaq liuq* hahahah sorry tak bermaksud pun..huhu..

okey, macam mana kisah aku dengan syafiq ni bermula. sebenarnya kawan aku si Ms I ni dia minat dengan syafiq sebab bagi dia syafiq hensem kut.. yela chinese look kan, maybe taste kawan aku ni memang ala2 chinese kut. maybe, aku teka jer sebab aku pun lebih tertarik kepada muka yang chinese look ni.. dari kecik memang ak minat muka ala2 gitu, tolong jangan tanya kenapa..semua orang ada citarasa masing2 kan..huhu..

lepas syafiq dah blah gi masuk U, aku konon nak jadi ejen match-maker la so aku pun membuat langkah dengan meminta no hp syafiq kat Man. *niat punya suci nak menyatukan dua hati..ceh ayat dramatik giler* hahhaha.. lepas dapat nombor hp, malam tu aku sms la mamat syafiq ni.. *apa agaknya dia pikir aku tetibe sms dia kan..pompuan msj laki dulu weh...sumpah malu bila aku ingat balik*..start2 tu ak tanya kabar la dulu, then aku mula la susun ayat cakap Ms I kirim salam bla bla bla..aku cucuk la dia apa lagi kasi dia syok sama Ms I...actually apa yg aku sms dia aku tak ingat tapi lebih kurang macam tu la.. tapi dia tukar topik dan dengan berani memberitahu yg dia minat aku..wahhh, terkesima aku weh..terkesima bila baca mesej tu.. lain niat, lain jadinya. aku terus terusan cuba membuat dia suka kat Ms I tapi hati dia mmg strong kut.. dia cuba untuk mengayat aku dengan ayat2 islamik..tiap pagi dia akan miss call aku untuk kejut solat subuh. selalu bagi mesej2 islamik..ada sekali tu dia cuti mid term kut & ajak aku keluar *dating la konon* tapi ak tolak dengan alasan apa aku tak ingat..hahha..aku ada tanya dia serius ke dia nak kat aku, sebab aku ni kurang beragama sikit..kat sekolah memanglah aku bertudung tapi kat luar aku free hair.. then dia terus shoot dengan bagi ayat2 islamik penuh kesedaran..memang sesuai la nak buat calon suami sebab sudi membimbing orang lain ke jalan yang benar.. alhamdulillah..

tapi dia bukan taste aku sebab masa tu aku pikir banyak untuk terima dia tau. macam2 aku pikir..memang lah dia chinese look (salah satu ciri2 idaman aku) tapi time tu aku muda agi kut.. 18 tahun weh..masih mentah agi.. rasa macam gatalnya bercinta time umur 18..belajar pun tak habis lagi, makan minum pun masih ditanggung makbapak agi.. lepas tu aku ni jiwa hardcore sikit, aku suka lelaki yg sempoi, brutal2..memang tak ready lagi nak berubah menjadi baik lah time tu..*serius luahan dari lubuk sanubari* dan sebab paling utama ak tak boleh terima dia  adalah dia kawan aku punya (even kawan aku hanya minat dia je).. hello, kita dah tahu yang kawan kita suka dia, takkan kita nak ambil dia pulak kan.. rasa mcam pengkhianat pulak bila caras kawan punya. lagipun memang prinsip hidup ak, ak takkan amik kawan punya/ bekas kawan.. pantang weh... aku cuba menjauhi dia..dia sms ak tak reply..dia call ak buat bodoh tak angkat..last2 dia sedar sendiri yang ak memang mengelak dari dia dan since tu dia dah x contact ak lagi.. alhamdulillah aman hidup mak nokk :)

sebenarnya cerita tu tak end up kat situ je..korang tahu kan yang ak belajar form 6 half way jek ( 2-3 bln kut)... masa aku kerja kat parkson tu, aku still keep in touch dengan Man sebab Man kawan aku yg sangat baik & dia sempoi..aku selesa berkawan dengan dia..kalau lah syafiq mcam dia gak, maybe ak tak kan elak dari dia kut..sebenarnya bila aku buat syafiq macam tu sumpah memang aku rasa bersalah sangat..jahat pun ada..macam selfish pun ya..tapi lets the bygone be bygone kan.. Man tahu yang aku kerja kat parkson lepas quit form 6 tu.. tapi yang memeranjatkan aku sangat dia tahu kisah aku dengan syafiq. memang sumpah peranjat gila kau sebab aku tak pernah citer kat sape2 weh pasal syafiq..even kawan2 aku yg lain pun tak tahu kut.. dia cakap dia tahu dari syafiq..memang masa tu aku berangin sangat sebab mamat tu sibuk pergi cerita kat orang lain..memang aku rasa marah sangat..Man bagi aku nasihat tentang syafiq..dan itu membuat aku tersedar kut.. dan masa hari raya tahun 2005 tu aku pun sms ucapan hari raya kat dia dan minta maaf sbb ak buat macam tu kat dia, dan surprisingly he replied my sms. after that kita orang jadi okey balik..dia pun treated aku macam kawan biasa..alhamdulillah sangat...

oh masa aku kerja parkson dulu, aku banyak gak kawan2 lelaki..semua bangsa ada..masa tu aku memang selesa berkawan dengan dorang sebab lelaki ni kan kasar dan jiwa aku pun memang zahirnya kasar..aku bukan tomboy, cuma aku lebih selesa berpewatakan kasar time tu..siap rambut pun pendek je memanjang..hahhaha...kat sana gelaran ak dorang panggil 'kecik' sebab aku memang kecik time tu..perangai macam budak2, suara ala2 doraemon, badan kecik je (berat 48kg tinggi 150cm)..aku selesa berkawan dengan dorang sebab dorang jaga aku macam adik dorang..best weh perasaan tu sebab aku anak sulung, tak pernah rasa macam ada abang..bila dorang jaga aku, rasa mcam sangat protected.. banyak abang aku ada, in fact semua ak panggil abang je even ada antara dorang atas umur ak setahun jer..rindu gila perasaan masa tu..masa tu main2 je keje..tak ada sorang pun antara dorang yg ada perasaan kat aku, tu yang best weh..ada yang macam muka ala2 awal ashaari pun ada..tapi sayang abang tu gay..huhu..situ pun ada bapok kerja gak..cantik bapok tu, tak sombong..kakak2 kerja situ pun baik gak..ada gak akak sorang tu senior ak masa form 6..dia buat part time kat situ..aku kerja situ tak lama..dari bulan 9 sampai bulan 12 jer tapi banyak gak kenangan manis kat situ..bila sekarang aku pergi sana jalan2, ak dah tak jumpa dorang suma..maybe dorang da tukar tempat kerja kut..agaknya dorang pun tak kenal aku kut..dulu aku kecik sekarang aku da gemok..of course la x cam kut..huhu..maybe ramai pun da kawen kut..huhu...

nanti sambung pulak cerita masa aku belajar diploma dulu yek..takde lah kisah cinta tapi kisah masa muda2 dulu..ak nak simpan memori ak kast sini..tapi kena take time untuk flash back balik..huhu..

oke la...chowww!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan