Ahad, 26 Julai 2026

cerita check up saya

 Assalamualaikum.

Semalam aku, ellis & mama pergi KPJ Klang buat health screening test. Ktorang just ambil yang paling basic, and ada promotion sebab kitaorang register membership through the KPJ apps so instead of we pay the promo price of RM99, ktorang dapat further markdown which just pay RM78 je. And this promo ends 31 July ni. 

Result ktorang akan ambil hari Khamis nanti, so dah set appointment ahead sebab kena jumpa doktor to consult.  At first ktorang plan nak ambil result next Saturday je but slot dah penuh so terpaksa tukar plan ambil on weekday, and kena apply cuti. Just yesterday tu ktorang ambil darah, urine test, test mata, ambil blood pressure, height & weight je.

Okay macam biasa setiap kali aku nak ambil darah mesti aku akan nervous sebab risau orang tak jumpa urat aku. Aku pernah sebelum ni orang tu cucuk few times sebab tak jumpa urat sampai aku panik rasa nak pitam/black out. Ingat tak sakit ke bila dorang cucuk banyak kali tu, siap aku boleh rasa pusingan jarum jam dalam skin aku. So sebelum ambil darah semalam aku dah cakap dekat staff tu sebab dia nak ambil darah kat tangan kiri aku. Aku cakap kalau tak jumpa urat kat tangan kiri saya, boleh ambil kat tangan kanan ya. Dia jawab "tak apa saya cuba dulu sebelah kiri ni". So dia belek2, tekan2 tak jumpa urat terus dia tukar ambil belah kanan. Dia tanya" memang sebelum ni nak ambil darah memang susah ya?" aku jawab "ya". Dia sambung kanan ni tangan dominan ke? aku jawab "a'ah" So dia continue belek2 tangan kanan tu sampai jumpa urat then baru cucuk. Nasib baik ada darah keluar weh. Nervous mak di situ huhu. 

Masa turn ellis ambil darah tu, staff tu siap tanya yang tadi tu kakak awak ke? susah nak ambil darah kakak awak sebab urat dia halus sangat. 

Tapi seingat aku masa zaman muda dulu pernah je ambil darah, takdelah susah macam ni. Aku suspect sebab aku dah gemuk dan isi banyak sebab tu tak jumpa urat. Maybe aku lahir sememangnya urat halus, tapi kalau dah gemuk macam ni and isi daging pejal memang susah la nak jumpa urat tu. Huhuhu. Sorry awak. 

Okay next, turn nak ambil blood pressure tu. Aku terkejut bila result keluar 140, agak tinggi ya. So staff tu buat lagi sekali and sama result second time still 140. Memang lately ni aku tak sihat, ada demam sikit tapi tak sure tu punca darah aku tinggi ke. And kelmarin pun aku ada rasa sakit kepala dan tegang area tengkuk dan belakang badan. Rasanya too stress pun punca kepada result 140 tu. 

Nervous plak nak tunggu result Khamis depan ni huhu. Umur ni dah nak masuk 4 series tahun depan, macam2 penyakit pun bakal menjelma ni.

Okay Sarah, kau kena jaga makan, jaga mental dan kena make sure kau cukup tidur setiap malam. please la belajar tidur awal and get 7 to 8 jam sehari. kau nak pakai badan lama ni, sebab kau banyak komitmen dan jangan lupa otak pun nak kena jaga sebab bulan ni kau ada exam huhu

Tu je la short update aku buat masa ni ya. Nak chow dulu. Bye!

Rabu, 15 Julai 2026

Gagal lagi, apo nak jadi ni Sarah

 Date: 15th July 2026


Assalamualaikum.

13th July 2026 result exam keluar. Usually aku akan takut nak tengok result walaupun dorang akan sms result and also email. Tapi disebabkan kali ni aku dah tak banyak masa, dan nak cepat rebound, so aku kuatkan semangat and tengok je result aku sebelum aku pergi kerja pagi tu. Dukacitanya aku failed paper AFM tu with result 34% huhuhuhu. Tak sempat nak bersedih pun, dan boleh agak memang akan fail paper tu.

Malam tu juga aku terus register exam sitting in Sept'26 walaupun time tu is my peak time, busy dengan budgeting. Sebab aku tak ada pilihan. Selalunya aku akan skip bulan 3 dan 9 sebab time2 tu aku akan busy gila and takkan ada masa nak study. Disebabkan those papers yang aku dah passed going to expire in Jun'27 jadi aku memang dah takde pilihan. Sebab apa? Sebab by Jun'27 kalau aku tak clear exam aku lagi, aku terpaksa ambil lagi sekali 2 papers yang aku dah passed tu. Fuhhh scary wehhhh. Penat2 lulus, kena ambil balik semula.

Sekarang aku tengah fikir cara dan strategi macam mana aku nak bagi pass my last final paper ni. Ya Allah, tolong teguhkan semangatku dan berikan aku kerajinan untuk mentelaah sampai muntah paper AFM ni, berikan aku kerajinan untuk aku buat semua soalan past exams, permudahkan lah, dan berikan lah aku masa untuk aku study for coming exam in Sep'26 ni.

Semoga aku berjaya habiskan exam ACCA aku by Sep'26 ni. Amin3 YRA.

Okay tu je nak update, Bye!

Selasa, 7 Julai 2026

Julai - Kesedihan selepas kegembiraan

 Assalamualaikum..

Aku tak tahu macam mana nak mulakan untuk update bulan 7 ni. Rasa macam banyak benda nak bercerita kat sini tapi aku stuck... Dia macam between excitement riding LRT3 and at the same time berduka disebabkan kematian ahli keluarga terdekat.

Maybe aku start dulu dengan cerita yang happy dulu ya...

Weekend hari tu (Sabtu, 4th July 2026) aku dan family aku (mama, Elis & Piya) naik LRT3 dari Stesen Sri Andalas ke Stesen Bandar Utama. LRT3 ni start beroperasi pada hari Isnin, 29/6/2026. Tiket percuma selama sebulan, sampai 31/7/2026. Mak aku paling FOMO sebab dia yang paling excited ajak naik train ni, kalau boleh time weekdays dia nak naik tapi sebab takde kawan so dia terpaksa tunggu anak2 dia free on weekend untuk naik. Siap bawa cucu naik train huhu. Crowd memang ramai sebab first weekend kan. Ramai orang berkeluarga naik train hari sabtu dan ahad tu pasal pack gila train. Maybe kalau dah start kena bayar nanti kuranglah orang kut.

Ktorang pukul 9 pagi dah keluar rumah bersarapan kat sri sarawak, dekat dengan stesen andalas. Aku park depan kedai makan selera mega, setel je breakfast ktorang jalan kaki menuju ke stesen lrt. Tak jauh pun dalam beberapa ratus meter je. Ktorang masuk ikut pintu gate B. Dalam pukul 10 pagi baru kitaorang naik train. Time ktorang naik tu train belum pack cuma takde tempat duduk jela. Mak aku dapat duduk sebab ada orang tu bangun and bagi mama duduk. While aku dan elis berdiri sambil enjoy view kat tingkap. Ktorang sampai stesen bandar utama dalam pukul 11 pagi. Stesen lrt3 dah dekat dengan OU mall, ada connecting bridge ke sana. Tapi ktorang tak masuk OU pun, but ktorang terus pergi ke stesen MRT which is sebelah pintu masuk OU tu. Ktorang naik train terus ke stesen TRX.

Pergi TRX pun just nak makan2 je. Ktorang sana tak lama pun. dari pukul 12pm sampai 3pm+ je. Time balik tu agak terkejut sebab ramai gila orang kat stesen lrt3 bandar utama, macam sardin. memang time tu hiruk pikuk macam pasar haha. meriah la juga. sampai ada yang terjatuh sebab orang tolak2 bila naik escalator tu. Ktorang kena tunggu 2nd train untuk naik sebab first train dah penuh, pintu terus auto tutup. Tapi bila sampai train tu, semua orang duk berebut2 naik and memang penuh la. Dalam train tu pun pack gila macam tin sardin. Ktorang satu keluarga memang berdiri jela sepanjang trip dari stesen bandar utama sampai ke stesen sri Andalas. Balik tu masing2 pengsan sebab kepenatan. haha. Benda ni nampak biasa je, tapi aku saja tepek sini as sweet memories aku. Lama ktorang tunggu lrt3 ni siap. Dari tahun 2018, mula2 kata 2020 siap sekali extend2 sampai la 2026 baru mula beroperasi.

Okay next is cerita sedih.

Pagi tadi aku attend majlis pengebumian pakcik aku, Cik Li adik bongsu mama. Ktorang terima berita mengejut pemergian Cik Li tengah malam tadi. Aku terkejut gila bila dapat panggilan telephone dari Ejam. Cik Li meninggal sebab serangan jantung. Umur pakcik aku ni tahun ni 52 tahun, kalau ikut tarikh birthdate dia still 51 tahun. Aku agak sedih dan terkejut sebab arwah nampak sihat je. Aku last jumpa pakcik aku masa hujung raya aidilfitri tu time beraya rumah Cik Im kat Cyberjaya. Time tu ktorang sembang kencang gelak2 lagi. Yang lagi terkilan tu is ikutkan Cik Li bakal menerima menantu baru awal bulan depan, tapi tak sempat. Ajal dia dah sampai lagi awal. Aku doakan pakcik aku tu dosa2 dia diampunkan dan ditempatkan bersama orang2 beriman. Dia meninggal time tengah bekerja, mencari rezeki untuk ahli keluarga dia. Aku kesiankan mak aku juga, sebab dia kehilangan adik lelaki yang dia rapat. Sorang dah pergi time 2021, sorang lagi meninggal lewat malam tadi.

Tu je update aku buat kali ni. Tunggulah next update aku nanti ya

Bye!