Selasa, 22 September 2015

Perbualan di pejabat pasal raya haji

Hi there

assalamualaikum!

Emmmm.. hari ni aku nak mengarut pasal apa ya huhu.. oh lusa , Khamis 24/9/2015 dah raya haji. Sekejap je, rasa macam baru je raya aidilfitri hari tu huhu.. macam mana persiapan korang semua? aku takde persiapan apa pun.. mak aku je yang bersiap dengan menu2 yang nak di masak untuk hari raya. according to her plan, katanya nak masak rendang ayam cili padi, ketupat (bukan segera ya), masak lodeh, kuah kacang, nasi arab, daging/ayam beriani.. wah wah wah, tu semua menggemukkan uollsss but semua tu taste so yummmehhh.. well, tongtong la yang masak tu.. kalau beriani tu of course ayah aku sebab dia orang johor, muar mari uolllsss.. memang family ayah aku pandai masak, i mean including adik beradik lelaki dia. hari tu aku borak dengan office mate aku, cerita pasal menu makanan raya haji (of course la sambil borak sambil jari bergerak menari di atas key board ya), dia tanya aku masak apa raya. of course i said, "oh, my mom yang masak since i do not know how to cook" hahahah tipu la. buat apa aku nak jatuhkan martabat aku di depan rakan aku hahahah.. aku cerita la menu yang di rancang oleh orang tua seperti tertera di atas. then aku tanya dia pulak. wahh macam sesi soal jawab interview je huhu.. dia jawab dia suruh mak dia masak soto ayam sebab dia terigin sangat. aku macam wahhh, lain dari yang lain. macam menu open house pulak huhuhu..

balik tu borak dengan mak aku pasal kejadian di siang hari bersama rakan sekerja yang tak sebaya tu. mak aku cakap macam ramai jugak yang masak menu macam tu. tapi family kami tak biasa sebab memang every year menu raya haji mesti akan sama dengan menu raya aidilfitri.. kata rayakannnnn huhu...

Lagi satu kisah dengan officemate aku chinese (lady). dia tanya aku sambutkan raya khamis ni. aku cakap la of course sambut sebab semua orang islam sambut maaa.. then dia cakap u takde haji (maksudnya pergi haji) boleh sambut meh? bukan orang da pergi haji ke je yang boleh sambut. dia confuse sebab dah dekat kalendar then rata2 orang sebut gitu, satu hal lagi aku nak explain kt dia hahah.. takkan nak cerita pasal kisah nabi ibrahim dan nabi ismail dan seekor kibas, bukan dia ngerti pun huhu.. so aku cakap lah, "no lah, beside than raya haji we called it raya korban or aidiladha & it celebrated by all muslims. it has different terms but all refer to this one day la" sebab aku tak reti nak explain relationship orang buat haji dengan raya haji tu so aku jawab gitu jela.. hahah.. itu kena refer kat pak haji tempat keje aku la tu untuk explain huhuhu.. so, gitu la kisah pada hari ni yang aku nak cerita kan huhu..

oh by the way, beruntung duduk malaysia sebab banyak cuti. dapat sepupu aku yang waktu kerja ikut Aussie timing/calendar tak dapat sambut raya haji. nak apply cuti baru kerja, so redhalah kerja di raya haji ya. masa hari malaysia tu pun dia keje gak.. kesian nasib nya itu.

ok lah, i da ngantuk.. next time story pasal lain pulak.

oh before i end my essay, i would like to wish to all muslims selamat hari raya aidiladha!

Adios.. daaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan