Ahad, 29 November 2015

Malas

Assalamualaikum

Lama dah tak merepek kat sini. ni semua salah si malas la hahahah.. si malas tu bertapak dalam diri aku la. nak study pun malas apatah lagi nak menaip kat sini. bukan apa kadang2 tu takde cerita nak tulis walhal bila aku tak on laptop, berderet segala cerita bermain kat otak ni kekonon nak cerita kat sini la nanti. tapi bila aku buka je blog ni terus sepi.. entah lah.

biasalah takde cerita menarik pun. tapi selalunya cerita dalam blog aku ni pun memang tak menarik hahahah.. aku je yang syok sendiri. eh bukan lah. memang hidup aku tak menarik pun. apa yang korang baca, itulah dia. semakin lama semakin bosan. agaknya life as andartu memang macam tu kut. takde warna langsung. ececeh ayat drama sangat. takde warna konon. ingat berseni ke nak warna bagai.. hahah.. bukan. just nak menmetaforakan cerita aku je. aplikasi kan warna (abstract) into cerita ni. oh sedih ayat aku. BM pun entah apa2, apatah lagi bahasa inggeris aku hahah...

by the way, tak lama lagi exam. 10hb disember. paper kedua aku, dah aku setiap sem amik satu paper je so ni kira sem kedua dan paper kedua la. preparation? entahlah. aku tak tahu apa yang aku belajar hahahah... basically paper kali ni more to real life application. nak2 lagi keja aku as akauntan, sepatutnya takde masalah pun. bak kata lecturer aku, jawapan takde dalam text book pun. kau just jawab apa yang kau tahu tapi make sure jawapan tu haruslah standard acca la bukan standard budak sekolah hahahah.. entahlah kosong otak aku ni. revision tak start. setiap kali buka buku rasa malas je, kalau buka utube, fb, gosip artis laju je hahahaha... sedihhhh!

sebenarnya bukan senang nak sambil belajar dan kerja. bukan masalah tak boleh cope, paper aku amik sikit je should be no problem pun. just attitude ko je. nak kena rajin la. mana ada orang yang sempurna dan bijak. semua pun perlu ada usaha kan. macam rezeki, kau ingat benda tu boleh datang bergolek, kau nak kaya kena lah usaha. even perompak nak kaya cepat walaupun cara dia tak halal, still dia usaha kut. selain usaha siap berani ambil risiko. kalau kena tangkap memang mampus lah. sama juga nak kalau nak kahwin, ingat duk saja boleh kahwin? of course la kena usaha. nak dapat awek/bf pun kena usaha kut. see, nothing is easy in this world. tuhan pun adil. kau nak kau usaha. tu je. so Sarah, please kalau kau nak pass paper ni kau kena usaha. wake up sarah, November almost come to an end & then December is proudly welcoming you with a big smile. aihhhh kenapalah aku bangang sangat gi amik ACCA.... Sarah Sarah...

ok tu je nak celoteh. kena stop sebab esok aku kerja, esok isnin Monday blues.

Sekian,

Terima kasih

Yang Benar
Akauntan pemalas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan