Assalamualaikum
Dah lama aku tak menulis kat sini. kadang tu ada menulis cuma aku keep as draft sebab stuck. Idea takde. Then leave it as junk dalam draft box sana. Last post aku bulan Januari tahun ni.
Tapi kali ni aku menulis sebab aku cuma nak bagitahu yang ayah aku dah pergi meninggalkan kami, dunia kita buat selama-lamanya. Ayah aku pergi pada 21 Jun 2018, hari khamis malam jumaat. Waktu pada pukul 9 pm ke 9.30 pm.
Susah untuk aku terima tapi itulah hakikatnya. Masa je la yang boleh mengubat luka kami sekeluarga. Setiap hari sampai hari ni aku akan teringatkan ayah aku. Rasa macam dia ada je dengan kami semua. Pemergian dia begitu drastik sampai susah untuk aku terima kenyataan. Bukanlah ayah aku pergi dengan cara kemalangan ke apa. Tapi sakit dia begitu mendadak. Dalam masa sebulan je.
Betul lah, sakit kanser tu memang tak ada ubatnya. Kanser tu macam bom. Tiktoktiktok.. bila-bila masa je boleh meletup. Once kau da ada sakit tu, satu je pengakhiran yang kau akan nampak which is mati cuma kau tak akan tahu bila je.
Kadang aku cuba ubat hati aku dengan mengatakan dunia ni sementara je. Yang kekal abadi nanti bila di akhirat nanti. Aku harap aku dapat berjumpa lagi dengan ayah aku kat sana. Sekarang kita yang masih hidup ni perlu teruskan kehidupan kita. Ayah aku dah tak ada so kami tiga beradik la yang kena jaga mak kami. Tak nak dia rasa susah hati.
Semoga kami berempat akan terus kuat dan tabah untuk menghadapi hari-hari mendatang. Insya-allah. Amin
-10.22pm, 7/7/2018 Sabtu-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan