Sabtu, 15 Ogos 2020

Syukurkah kamu?

15/8/2020

Hari ni, Sabtu ialah hari kelahiranku yang ke-33. Alhamdulillah aku diberi kesempatan dan kesihatan untuk menjalani kehidpuan di dunia ni dan menerima nikmat yang Allah bagi. Oh by the way, kebetulan tahun ni sama pula hari jadi ku dengan hari aku dilahirkan which is Sabtu.

Di umur aku yang sekarang ni, aku dah ada kereta untuk aku bergerak, aku dah ada rumah untuk aku berteduh, aku dah ada kerjaya untuk aku menyara hidupku. Cukup lengkap. Apa lagi yang aku nak mintakan? Allah dah bagi cukup nikmat kat aku. Alhamdulillah, aku masih sihat dan boleh bergerak ke sana sini, boleh makan segala makanan yang ada, boleh melihat menghargai ciptaan Allah swt. Syukur.

Kahwin? Rasa belum sampai masanya lagi kut. Aku percaya pada qada dan qadar. Jikalau bakal pasangan aku masih hidup di dunia ni, kahwinlah aku kan, kalau takde maybe jumpa kat SANA kut? haha. Peh aku rasa ayat aku hari ni lain macam level dia hahaha. This is so not me!

Well. Kali ni aku nak bercerita pasal syukur. Korang rasa cukup tak dengan apa yang korang ada sekarang ni? Maksud aku korang rasa puas tak dengan life korang sekarang? Apa yang korang impikan semua dah tercapai tak? Ke korang rasa tak cukup? Pernah tak korang rasa cemburu dengan apa yang kawan korang ada? Contoh, korang tengok igstory/posting kawan korang kat social media dan korang cakap untunglah dapat melancong, peh kaya pakai kereta mewah, peh makan kedai mahal ni ok check harga kejap dan the list goes on. Tipulah yang korang takde rasa cemburu kan?

Pernah tak korang rasa iri hati dengan apa yang kawan korang ada dan korang bercakap buruk pasal kawan korang? Contoh, peh pangkat tinggi ni mesti kaki kipas, peh mewahnya life dia untunglah kahwin dengan orang kaya dan the list goes on. 

Pernah tak korang tengok posting kawan korang tanpa ada perasaan apa pun ataupun korang motivate diri korang aku pun nak ada life macam dia ni aku kena kerja kuat, means it inspired u to work harder. Aku rasa manusia macam ni ada cuma tak ramai kut.

Ok now aku nak cakap pasal aku. Frankly, bila aku tengok posting kawan2 aku, aku akan rasa happy, seronok dan cakap wah bestnya dia dapat pergi melancong dan aku takde rasa cemburu sedikit pun. Maybe sebab aku bukan kaki travel kut. Kalau aku tengok life kawan aku yang bahagia dengan family kecil yg dorang ada aku akn tumpang happy, tanpa rasa iri hati dan busuk hati pun. Ataupun aku tengok kawan2 aku yang mewah lifestyle dia, aku akan motivate diri aku kalau nak life mcm dia kena kerja kuat or do something untuk ubah life aku.

Bagi aku simple. Kalau aku rasa tak cukup hidup aku ni, aku akan kerja lebih kuat, motivate diri sendiri untuk ubah hidup jadi lebih berjaya. Tapi kalau aku rasa cukup, aku akan bersyukur dengan apa aku ada tanpa rasa iri hati pada kawan2 aku. Bagi aku rezeki Allah bagi ni beza2 setiap orang. Jalan hidup kita semua tak sama. Ada orang berjaya pada usia muda, ada orang berjaya agak lambat, ada orang cukup je makan pakai semua asalkan dia happy dengan life dia ada tanpa perlu rasa stress.

Bagi aku mental health is very important. Kalau kau nak terus menikmati rezeki yang Allah kurnia kat muka bumi ni kau perlu rasa cukup dengan apa yang kau ada, i mean bersyukur lah supaya kau akan rasa happy. Sebab sakit ialah suatu nikmat yang Allah tarik. Kau sakit apa pun kau tak boleh buat. Nak makan sedap tak dapat, nak berjalan tak dapat dan hidup kau mungkin setakat tu je padahal banyak lagi nikmat Allah yang kau belum dapat rasa.

Live your life to the fullest. Hargai apa yang kau ada sekarang. Always feel blessed with what have been given to you. Dan jangan lupa pada sang pencipta, selalu zahirkan rasa syukur pada-Nya. Ada rezeki lebih tu good if you can share with those less fortunate kan. Bahagia bila dapat kongsi nikmat bersama-sama. Buanglah rasa tamak dalam diri sebab benda tu toxic.

Aku tahu bukan mudah untuk lawan perasaan tamak dalam diri. Aku pun pernah rasa benda tu. Pernah rasa riak dan ego dengan apa yang aku ada. Dan lukakan hati orang sekeliling aku. Kekayaan dan kesenangan tu cepat je Allah nak tarik. So sentiasa beringatlah. Bila perasaan riak tu datang cepat2 lah pujuk hati lawan balik supaya kita takkan lupa diri dan menyesal di kemudian hari.

Ok now dah stuck tak tahu tulis apa lagi. Chow dulu! Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan