Ahad, 9 Ogos 2020

Hidupku

Lokasi: bilik tidur

09/08/20, 11.49 pm

Pernah tak sekali dalam hidup korang, korang berfikir apa yang korang nak capai dalam hidup korang? Apa matlamat hidup korang? Kenapa korang berada kat dunia ni? Deep kan soalan tu haha. Aku kerap berfikir, bila time aku free macam masa nak tidur, tengah mandi ke atau tengah driving ke tempat kerja, apa yang aku nak capai dalam hidup aku, apa yang aku nak buat dalam hidup aku. Maksudnya, aku plan ok lepas ni apa aku nak buat, atau bila aku nak capai sekian sekian sekian. Tapi selalunya tu planning je, jadinya ke tidak itu terpulang bergantung qada dan qadar. haha. Nanti bila terlalu mengharap, jadi sedih pulak bila tak jadi seperti yang dirancangkan.

Selain memikirkan pasal masa depan aku, pernah juga aku berfikir kenapa aku dilahirkan sebagai anak sulung, kenapa aku dilahirkan dalam keluarga ni, kenapa aku masih kerja kat tempat yang sama dekat 10 tahun, kenapa aku tak kahwin2 lagi. Banyak. What is my purpose of living ya?

Apa yang aku rasa tu susah untuk aku describe into words. Sebab apa yang berlaku dalam otak kita tu senang nak scribble compared to typing into words sebab jari aku ni tak selaju macam apa yang otak aku ni scribble. 

Aku rasa otak aku ni complex, aku rasa lah haha

Itu jelah nak cakap bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan