Khamis, 1 Mei 2025

Bio kaki blur 2

 Assalamualaikum..

Kembali kita ke sesi flashback to my old days, actually sambungan ke post aku sebelum ni..

Sebenarnya nak menulis pasal diri sendiri ni memerlukan effort dan kesabaran tau, especially untuk orang yang busy macam aku ni HAHA. joke! Busy tu biasalah semua orang pun sibuk juga, it depends on how we manage our times kan. Sebenarnya lebih kepada rasa malas, eh ingat senang ke nak lawan perasaan malas tu? nak gerakkan tulang2 dan otot2 ni perlukan effort tau! gituuuu... 

Okay..

Last aku stop pasal cerita aku di zaman tingkatan 2 kan? Habis final exam aku dapat result dan terpaksa drop kelas ke one level lower dari kelas budak pandai untuk tingkatan 3 tu. Tapi bila dapat tahu kena drop kelas tu, even rasa malu sebab kawan2 aku still stay dalam kelas budak pandai, aku rasa relieved sangat. Terasa beban tu semua pergi. I feel more happy kut. Yelah kan aku pernah cakap aku ni average je, bukan pandai sangat pun. so masuk kelas budak pandai rasa tersangat la pressure sebab nak remain competitive seawal umur 13 tahun. Aku rasa cukuplah selama 2 tahun aku stay di kelas budak pandai. *ayat nak comfort diri sendiri *

Tapi sebenarnya bila di ingat balik ada sebab kenapa aku down and tak dapat perform selama 2 tahun di awal sekolah menengah tu tapi aku tak ingat sama ada aku pernah post kat blog ni tak. Pasal ayah aku. Tu kena scroll balik blog ni kalau aku pernah post atau kalau tak pernah, tunggu la aku rajin baru cerita pasal tu ya. Kalau rajin lah hahhaha..

Sekolah menengah aku, masa batch aku ktorang ada 7 kelas in total. K.E.L.A.N.G.H. Kelas K & A tu kelas budak pandai. So selama 2 tahun aku duduk dalam kelas K. Kelas kedua is E, ketiga L, keempat N kelima G and last is H. ni kalau tak silap aku lah sebab aku confuse G & H ni sama level atau G is better than H, aku tak ingat sebab old stories kan hehe. So masa form 2, student kelas aku yang final exam berada di kedudukan 38 ke 46 kut kena drop kelas for form 3. Kalau kita ikut kedudukan tu, sepatutnya orang ke 38 to 41 masuk kelas E dan next balance masuk kelas L kan, contoh. Tapi aku tak tahu macam mana sistem sekolah aku tu, dia rojakkan means takde ikut turutan. Masa tu aku dapat nombor 40 of 46 (bodohnya aku), aku kena masuk kelas L tapi student yang dapat nombor bawah dari aku contoh 41 masuk kelas E. Jadi aku rasa kelas E & L actually sama level haha. 

Good things masa aku form 3 tu, exam mid year aku dapat nombor 1 dalam kelas tau hahah. Yelah aku dari kelas atas drop ke kelas kedua, mestilah exam boleh dapat nombor2 cemerlang. padahal time tu kalau tengok grade exam each paper bukannya semua A pun. masa tu tiba2 rasa macam pandainya kita ni, bangga kejap HAHA. tapi bila exam result PMR keluar ambik kau terus kelaut LOL. Tapi time tu aku mengalami rasa tekanan yang tinggi masa aku form 3. Aku takde motivation untuk pergi sekolah. Hampir tiap bulan aku akan ponteng sekolah tau. Zaman aku dulu kita ada sistem merit. So kalau kau ada banyak masalah disiplin kat sekolah, kau akan dapat demerit. Bila kumpul kau akan kena buang sekolah. Means rekod tak berapa baik lah. Jadi tiap kali aku malas ke sekolah aku akan minta pakcik aku tuliskan surat tunjuk sebab kenapa aku tak ke sekolah. Yelah time tu aku manalah reti pakai sistem beli MC lagi, budak lagi kan haha. Dengan ktorang miskin manalah mampu nak ke klinik. Bukanlah sepanjang tahun tu aku ponteng, tapi memang ada time tu aku tak sihat. And by the way aku start ada gastrik masa aku tingkatan 2, jadi kadang2 angin gastrik serang tu yang aku tak ke sekolah sebab sakit.

Disebabkan aku kerap tak ke sekolah jadi proses pembelajaran aku terganggu, aku tak dapat nak perform dalam pelajaran tapi tak bermaksud prestasi aku merudum teruk sampai fail cuma result exam tak cantik. aaa gituuu... So dapatlah result PMR aku 3A 5B haha. Aku skor A untuk subjek Bahasa Inggeris (surprisingly time sekolah menengah boleh plak ko skor A untuk paper English ya), Sejarah dan Kemahiran Hidup. Yang lain-lain semua B. 

Actually masa aku sekolah rendah, cita2 aku nak jadi cikgu atau pensyarah. Tapi disebabkan aku ni pemalu, tak boleh bercakap depan orang ramai so aku terpaksa lupakan cita2 nak jadi pensyarah haha. Masa sekolah rendah dulu nak jadi cikgu tapi bila semakin dewasa semakin menjadi realistik, tu yang tukar dari cikgu ke pensyarah sebab fikir jadi pensyarah gaji lagi besar. hahahha. Lepas fikir panjang2, aku decide tukar cita2 aku nak jadi arkitek sebab aku suka melukis pelan rumah. Budak2 kan apa lah dorang tahu pasal sesuatu profession tu. Rasa macam suka melukis, terus nak jadi arkitek HAHA.

Itulah sebabnya aku pilih untuk masuk ke aliran sains lepas PMR. Actually time tu ada terfikir nak masuk ke sekolah teknik lepas PMR, siap dah ambil borang kauuuu HAHA. Nantilah aku sambung cerita pasal journey di Tingkatan 4 ya. Nak rehat dulu sebab esok kena kerja.

Oh by the way, Happy Labour Day to those who celebrate. Like I said to my friend, Hari Kita... haha

Bye!  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan