Khamis, 1 Mei 2025

Bio kaki blur 2

 Assalamualaikum..

Kembali kita ke sesi flashback to my old days, actually sambungan ke post aku sebelum ni..

Sebenarnya nak menulis pasal diri sendiri ni memerlukan effort dan kesabaran tau, especially untuk orang yang busy macam aku ni HAHA. joke! Busy tu biasalah semua orang pun sibuk juga, it depends on how we manage our times kan. Sebenarnya lebih kepada rasa malas, eh ingat senang ke nak lawan perasaan malas tu? nak gerakkan tulang2 dan otot2 ni perlukan effort tau! gituuuu... 

Okay..

Last aku stop pasal cerita aku di zaman tingkatan 2 kan? Habis final exam aku dapat result dan terpaksa drop kelas ke one level lower dari kelas budak pandai untuk tingkatan 3 tu. Tapi bila dapat tahu kena drop kelas tu, even rasa malu sebab kawan2 aku still stay dalam kelas budak pandai, aku rasa relieved sangat. Terasa beban tu semua pergi. I feel more happy kut. Yelah kan aku pernah cakap aku ni average je, bukan pandai sangat pun. so masuk kelas budak pandai rasa tersangat la pressure sebab nak remain competitive seawal umur 13 tahun. Aku rasa cukuplah selama 2 tahun aku stay di kelas budak pandai. *ayat nak comfort diri sendiri *

Tapi sebenarnya bila di ingat balik ada sebab kenapa aku down and tak dapat perform selama 2 tahun di awal sekolah menengah tu tapi aku tak ingat sama ada aku pernah post kat blog ni tak. Pasal ayah aku. Tu kena scroll balik blog ni kalau aku pernah post atau kalau tak pernah, tunggu la aku rajin baru cerita pasal tu ya. Kalau rajin lah hahhaha..

Sekolah menengah aku, masa batch aku ktorang ada 7 kelas in total. K.E.L.A.N.G.H. Kelas K & A tu kelas budak pandai. So selama 2 tahun aku duduk dalam kelas K. Kelas kedua is E, ketiga L, keempat N kelima G and last is H. ni kalau tak silap aku lah sebab aku confuse G & H ni sama level atau G is better than H, aku tak ingat sebab old stories kan hehe. So masa form 2, student kelas aku yang final exam berada di kedudukan 38 ke 46 kut kena drop kelas for form 3. Kalau kita ikut kedudukan tu, sepatutnya orang ke 38 to 41 masuk kelas E dan next balance masuk kelas L kan, contoh. Tapi aku tak tahu macam mana sistem sekolah aku tu, dia rojakkan means takde ikut turutan. Masa tu aku dapat nombor 40 of 46 (bodohnya aku), aku kena masuk kelas L tapi student yang dapat nombor bawah dari aku contoh 41 masuk kelas E. Jadi aku rasa kelas E & L actually sama level haha. 

Good things masa aku form 3 tu, exam mid year aku dapat nombor 1 dalam kelas tau hahah. Yelah aku dari kelas atas drop ke kelas kedua, mestilah exam boleh dapat nombor2 cemerlang. padahal time tu kalau tengok grade exam each paper bukannya semua A pun. masa tu tiba2 rasa macam pandainya kita ni, bangga kejap HAHA. tapi bila exam result PMR keluar ambik kau terus kelaut LOL. Tapi time tu aku mengalami rasa tekanan yang tinggi masa aku form 3. Aku takde motivation untuk pergi sekolah. Hampir tiap bulan aku akan ponteng sekolah tau. Zaman aku dulu kita ada sistem merit. So kalau kau ada banyak masalah disiplin kat sekolah, kau akan dapat demerit. Bila kumpul kau akan kena buang sekolah. Means rekod tak berapa baik lah. Jadi tiap kali aku malas ke sekolah aku akan minta pakcik aku tuliskan surat tunjuk sebab kenapa aku tak ke sekolah. Yelah time tu aku manalah reti pakai sistem beli MC lagi, budak lagi kan haha. Dengan ktorang miskin manalah mampu nak ke klinik. Bukanlah sepanjang tahun tu aku ponteng, tapi memang ada time tu aku tak sihat. And by the way aku start ada gastrik masa aku tingkatan 2, jadi kadang2 angin gastrik serang tu yang aku tak ke sekolah sebab sakit.

Disebabkan aku kerap tak ke sekolah jadi proses pembelajaran aku terganggu, aku tak dapat nak perform dalam pelajaran tapi tak bermaksud prestasi aku merudum teruk sampai fail cuma result exam tak cantik. aaa gituuu... So dapatlah result PMR aku 3A 5B haha. Aku skor A untuk subjek Bahasa Inggeris (surprisingly time sekolah menengah boleh plak ko skor A untuk paper English ya), Sejarah dan Kemahiran Hidup. Yang lain-lain semua B. 

Actually masa aku sekolah rendah, cita2 aku nak jadi cikgu atau pensyarah. Tapi disebabkan aku ni pemalu, tak boleh bercakap depan orang ramai so aku terpaksa lupakan cita2 nak jadi pensyarah haha. Masa sekolah rendah dulu nak jadi cikgu tapi bila semakin dewasa semakin menjadi realistik, tu yang tukar dari cikgu ke pensyarah sebab fikir jadi pensyarah gaji lagi besar. hahahha. Lepas fikir panjang2, aku decide tukar cita2 aku nak jadi arkitek sebab aku suka melukis pelan rumah. Budak2 kan apa lah dorang tahu pasal sesuatu profession tu. Rasa macam suka melukis, terus nak jadi arkitek HAHA.

Itulah sebabnya aku pilih untuk masuk ke aliran sains lepas PMR. Actually time tu ada terfikir nak masuk ke sekolah teknik lepas PMR, siap dah ambil borang kauuuu HAHA. Nantilah aku sambung cerita pasal journey di Tingkatan 4 ya. Nak rehat dulu sebab esok kena kerja.

Oh by the way, Happy Labour Day to those who celebrate. Like I said to my friend, Hari Kita... haha

Bye!  

Rabu, 23 April 2025

Bio si kaki blur

 Assalamualaikum…

Kali ni aku ada benda nak share kat sini, tak pasti sama ada aku pernah post pasal ni kat blog tak. Pasal perjalanan pembelajaran aku sebelum aku start kerja. 

Aku lulusan graduan perakaunan sebelum aku start bekerja di syarikat korporat. To be honest aku tak minat pun bidang perakaunan ni sebab boring, tapi sebenarnya it suits me sebab aku ni seorang membosankan hahaha. Without realising it, this is me. 

How should i start ya, ok lah.. aku start pra-sekolah seawal umur 4 tahun. Zaman aku dulu kita panggil tadika. Reason parents aku hantar sekolah awal sebab aku yang minta. I’m the oldest child, so aku rasa boring takde kawan. Maybe time tu aku rasa school is fun. Sebab mama cerita everytime dorang pass by tadika tu aku tengok je sebab ada playground kt tepi. Means if i go to school, i can play all day without knowing actually i need to learn boring stuffs. Sebab kesian kut so my dad decided to register me at the kindergarten at the age of 4 years old.

After more than a year at school, aku dah start boring. Mama cakap aku malas nak pergi sekolah dah. Time tu plak mama baru je melahirkan adik bongsu aku so dia takde masa nak uruskan aku pergi tadika, so she decided to berhentikan aku. Bila aku umur 6 tahun, baru dorang masukkan aku ke tadika semula. So math count, aku sekolah tadika selama 2 tahun setengah, adik2 aku 2 tahun je pergi tadika. Tapi yang bertadika lama ni lah yang paling bodoh sebab aku dah masuk sekolah rendah masa umur 7 tahun, aku tak pandai membaca. Bak kata abah, lama aku pergi sekolah tapi tak pandai2. Yelah kan aku cakap tadi i thought the school is fun, so aku tak belajar la kat sekolah. 

Aku still ingat lagi time tu, aku kena belasah teruk dengan abah sebab kantoi aku tak tahu membaca. Abah memang garang bab2 melibatkan ilmu ni. Mama cakap lepas kena pukul tu, terus aku dah boleh membaca haha. Aku rasa aku start lancar membaca tu maybe masa aku dah darjah 2 tapi nasib baik time tu cikgu tak masukkan dalam kelas pemulihan haha. Sebab time tu mana2 pelajar yg slow dorang akan masukkan dalam kelas pemulihan ni, cikgu akan bagi extra focus to these kids.

Aku still ingat masa sekolah rendah dulu subjek kegemaran aku bahasa melayu. Aku tak suka subjek inggeris sebab susah, aku tak suka matematik sebab susah. Bila masuk tahap 2, aku tak ingat masa darjah 4 atau 5 yang kita diperkenalkan dengan subjek kajian tempatan, sains. Aku suka KT tapi aku tak suka sains. Tapi KT tak masuk UPSR. Subjek yang masuk upsr time tu bahasa melayu, inggeris, sains, matematik. Aku dapat 4A 1B untuk result UPSR, B tu kertas b.inggeris haha. Masa aku darjah 6 tu aku siap dapat naik stage ambik pingat mata pelajaran terbaik bahasa melayu ok. Tapi kejayaan aku time tu berpunca dari cikgu2 sekolah aku yang komited mengajar kitaorang siap buat kelas tambahan setiap hari sabtu. Alhamduillah berkat susah payah cikgu sekolah aku, dapat la aku merasa A untuk subjek sains dan matematik hahaha. 

Masuk ke sekolah menengah ada cabaran lain pula. Disebabkan result UPSR aku, aku dapat lah merasa masuk kelas pandai. Weh struggle gila weh. Imagine aku yang average student ni masuk kelas budak pandai, tekanan tu tinggi tau. Sebab budak kelas pandai, so expectation cikgu mesti lain berbanding kelas2 no 2, 3 and belakang2, ni aku rasa jelah. Maksud aku cikgu tak payah bagi effort lebih sebab budak2 kelas pandai ni mesti cepat pick up. And time tu baru habis UPSR so kira form 1 ni zaman honeymoon la hahah. 

Masa form 1, aku still boleh dapat kedudukan below 40 out of 45 or 46 bila exam akhir tahun tu so aku tak kena drop kelas. Form 2 aku still boleh maintain duk dalam kelas pandai. Tapi masa form 2 tu betul2 bertemu buku dan ruas, time exam tu memang highly competitive. Nak plak aku tak dapat nak perform sepanjang tahun masa form 2, time cikgu mengajar aku hilang tumpuan, homework tak siap sebab tak faham. Tu yang bila final exam, kedudukan aku memang above 40 la dan aku terpaksa drop ke kelas bawah, kelas ketiga untuk tingkatan tiga.

Okay untuk cerita form 3 nanti aku sambung sebab sekarang dah ketandusan idea untuk bercerita. Sila bersabar ya hahahhaha.

Bye!


Ahad, 9 Februari 2025

Short update - Begin 2025

 Assalamualaikum…

Salam 2025…

Just nak update life aku for the past few months since my last update here on 19th July 2024. Memang sendu la blog aku ni, malas ya amat. 

Bulan 12 last year aku re-sit exam yang aku fail masa bulan Jun tu, so ni kira 3rd attempt lah. January last month result keluar, well aku fail for the 3rd time. tsk tsk. just another 3 more marks to pass lah. Sedih? Definitely. Penat? tersangat lah weh. Fed up? Ikutkan hati memang nak stop, tapi ni last paper aku. Last paper yang aku dah ambil banyak kali. Plan aku buat masa ni, rehat dulu cukup. Then pulun balik, ambil exam in Dec’25 nanti.

Sekarang ni tengah busy finalising year end result. Auditor duk berkampung kat office tu since early Jan last month. Financial result nak kena publish by this month so masing2 tengah pulun. 

Oh by the way, last month ktorang sambut kedatangan orang baru dalam family. Jeng jeng jeng. Aku still single lah haha. Adik aku dapat baby baru, anak nombor 2. Lelaki. Riuh sikit la rumah ni bila family adik aku kat sini sebab si kecik tu kuat menangis haha. Actually baby tu takdelah all the time menangis pun, cuma dia nak berdukung je. kalau dukung tu senyap la. Alhamdulliah baby cukup sifat, sihat. cukup sepasang dah cucu mak aku haha. I wish abah were here, mesti dia happy sebab dah ada 2 cucu. Hehe

Tu jelah buat masa ni. Aku pun takde mood nak menulis ni sebenarnya. Post ni pun just to keep this blog alive HAHA.

Ok lah, chiow... 

Jumaat, 19 Julai 2024

Sarah yang rapuh

 Date: 19th July 2024

Time: 10:31 pm

Location: Study room

Assalamualaikum..

Hari ni mood aku tak berapa baik. Aku rasa sangat down. Kesabaran aku dah melebihi limit aku. Masa on the way balik kerja, tengah driving, dada aku rasa ketat macam anxiety. Aku tak tahu adakah sebabkan mocha yang aku minum petang tadi. Hari ni aku ada training system untuk e-invoice, and at the same time aku ada banyak kerja menimbun dalam list pending aku dan campur dengan distraction/gangguan dari colleagues yang sibuk suruh aku buat itu dan ini, membuatkan aku sangat drain dan memerlukan coffee untuk boost energy aku walaupun aku bukanlah penggemar coffee. Actually aku memang tak boleh minum coffee sebab caffein dalam coffee tu boleh menyebabkan rasa anxiety, gastric dan pening kepala. Petang tadi pun aku rasa tak sihat, macam nak demam.

Sampai je rumah pukul 7.45 pm tadi aku terus ke dapur untuk dinner. Lepas settle dinner, aku still rasa tak selesa kat dada aku. Rasa ketat. Aku solat maghrib. Sementara tunggu isyak, aku baca surah yassin untuk hilangkan rasa gelisah. Sampai je rangkap ke 5 kut, suara aku dah start shaking, hingus start meleleh, air mata aku perlahan2 jatuh, makin lama aku baca, makin laju air mataku sampai aku terpaksa stop kejap untuk hembus keluar hingus yang tersumbat. Bacaan aku tersangkut2, tapi aku teruskan sampai habis. Settle sampai habis baca doa. Aku ambil wudhu semula, dan sambung isyak. Mak & adikku pelik sebab aku menangis tiba2. 

Lepas aku dah rasa tenang, baru aku bercerita kat dorang. Aku rasa kecewa, aku rasa tertipu. Puncanya aku dapat tahu increment gaji aku berapa, E-letter belum keluar tapi semua orang dah kecoh boleh check kat GHR system and pergi ke 'My profile'. Aku tengok dan kira increment % berapa. Aku dapat average increment macam setiap tahun tu, and lepas campur increment, gaji aku still far below market. Aku rasa tertipu sebab bulan lepas boss aku cakap dia dah minta kat big boss untuk adjust salary aku. Cara dia cakap macam aku akan dapat adjustment tu, which membuatkan aku terlalu mengharap. Actually benda tu patut jadi rahsia, sampai dah keluar result baru cerita. Ini boss aku awal2 dah bagitahu dan memberi aku harapan. Aku tak tahu kenapa dia bagi aku harapan pada mulanya. Ke dia takut aku akan apply VSS, sebab time tu memang kecoh sebab management email to semua staff untuk siapa2 nak apply VSS. Maybe dia takut aku apply, so dia bagitahu aku siap2 so that aku tak apply VSS tu kut. 

So bila aku check kt PXP (system HR) pagi tadi, aku rasa sangat down. Tapi sebab hari ni sepanjang hari aku busy, jadi tak ada masa nak meratapi. Bila dah balik kerja, semua perasaan bolak balik keluar. Aku rasa sangat marah, aku cuba berzikir untuk tenangkan hati tapi perasaan marah tu membuak-buak. Dan pada masa sama aku rasa terlalu sedih. Sedih dengan benda yang terjadi dalam hidupku baru2 ni. Adakah ini semua ujian atau peringatan atau balasan kepadaku? Mungkin aku terlalu alpa dengan duniawi, terlalu sibuk mengejar urusan dunia sampaikan amalanku/kewajipanku sebagai muslim rongak?  Aku sedar yang aku kerap melewatkan waktu solat, maybe ini balasan dosaku?

Sebab kedua membuatkan aku terlalu sedih is result exam acca dah keluar pada hari Isnin 15th Jul 2024, aku gagal. Lagi 9 markah untuk lulus. Aku tahu aku tak dapat perform masa jawab exam tu sebab aku alami brain froze. Aku tak ingat langsung salah satu topik yang keluar dalam soalan hari tu. Puncanya dari aku study last minit. Aku hanya study 4 hari sebelum exam, dan tak sempat nak cover semua past year and tak sempat untuk menghafal model2 dalam subjek tu. Apa yang aku harap lepas habis jawab exam tu was biarlah ada magik supaya aku boleh lulus exam tu. Tapi ternyata semua tu hanya mimpi di siang hari. Allah bagi kau apa yang selayaknya kau dapat. Kalau banyak tu usahaku, maka banyak tulah hasilku. 

Jadi kesedihan gagal exam tu bertimbun dengan kekecewaan kenaikan gaji yang sedikit membuatkan aku break down. Bukanlah aku tidak bersyukur dengan rezeki sekarang, tapi kalaulah korang tahu macam mana pile of work yang aku hadap, korang pun akan rasa not worth to me. Sebab familyku sendiri cakap not worth apa yang aku dapat compare dengan kerja yang aku kena hadap. Kerja aku bukan 9-6 sahaja and 5 days a week. Ada masa aku kena sambung kerja kat rumah sampai tengah malam untuk kejar deadline yang gila. Aku kena tahu banyak benda sampaikan aku kerap loss memory sekarang, sebab aku kena ingat banyak benda sampai rasa memory disk aku dah full. Sebab anything boss suka pass kerja kat aku and expect aku untuk ingat semua tu. Boss aku tu orangnya baik actually, aku tahu dia pun overload. Aku rasa maybe because of management style company ku yang toxic kut? or adakah ini normal for corporate world? memang culturenya begitu kut.

With all these, aku tak pasti berapa lama aku boleh bertahan to survive. Maybe stay in corporate is not suitable for me even aku dah stay more than 10 years in this company?

Okay tu jelah bebelanku setakat ni. I just need a place/platform untuk meluahkan rasa yang terbuku dalam dada. Semoga aku boleh bangun esok hari dengan hati yang tenang/happy and move on untuk teruskan perjuangan hidup ni. Setiap dari kita ada masalah masing2 kan, masalah aku ni kecik je. Maybe aku nak period kut sebab tu aku rasa terlebih emosi hahahah. 

Next time kita sembang lagi ya. Bye!

Jumaat, 21 Jun 2024

Tiga tahun menghilang~~

 Date: 18th June 2024

Time: 11:25 PM

Location: Study room

Assalamualaikum..

Dah lama aku tinggalkan blog ni, hampir 3 tahun. Banyak benda berlaku dalam hidup aku dari last time aku update blog. Maybe aku put a recap here:

Sept 2021: Aku dapat anak buah. Ya adik lelakiku telah menjadi seorang bapa pada tarikh keramat tu. Anak buahku seorang perempuan. Dialah penyeri hidup kami sekeluarga especially mak aku, sangat disayangi oleh kedua belah keluarga sebab dia adalah first cucu hehe. Memang manja sebab ktorang terlalu manja kan dia, and quite bad temper juga haha. Tahun ni insyaallah she will be 3 years old.

Nov 2021: Kami sekeluarga diuji dengan pemergian pakcik kesayangan kami, Cik Man. Pakcik aku dah lama sakit, sakit mental since aku sambung study diploma dulu which was year 2005 if not mistaken. Dia pernah dihantar ke wad sakit mental beberapa kali, di hantar ke pusat orang2 sakit jiwa di Perak, dan sepanjang sakit tu memang pakcik aku under medication. Nurse akan datang ke rumah nenek untuk suntik ubat kat pakcik aku. Tapi selepas pemergian nenek aku pada Jan 2020, pakcik aku macam bit hilang arah. Sebelum meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi & koma, pakcik aku terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masa tu dia baru balik dari melawat kubur nenek, otw balik ke rumah entah macam mana dia boleh tersasar & jatuh motor. Kaki dia patah. So doktor buat operation & pasangkan besi kat kaki dia. After the operation tu, dapat tahu dia kena jangkitan kuman and lepas tu dia koma. Aku rasa ada dekat sebulan pakcik aku kat hospital kut. Dan akhirnya Allah lebih menyayangi pakcik aku & menjemput pakcik aku ke Sana. Semoga arwah Cik Man ditempatkan bersam orang2 yang beriman, amin...

Dec 2021: Bulan di mana antara perkara tersedih jadi dalam hidup aku. Aku ni memang seorang yang dramatik, penuh emosi. Tukar kereta pun nangis. Actually tarikh keramat 4hb Dec 2021 aku terpaksa let go my first car to Carsome. Aku panggil Myviku "My Blackie". Aku dah pakai kereta tu since Jan 2012 walaupun tarikh register roadtax was 28th Dec 2011. Banyak kenangan manis Blackie with familyku especially moment indah bersama arwah Abah. At first aku memang hesitate nak jual Blackie tapi disebabkan kawasan parking kat rumahku limited so no choice terpaksa juga let go. The day aku hantar Blackie ke Carsome, on the way balik tu memang aku menangis gila gila teruk sebab tak rela. Tapi hidup terpaksa diteruskan, yang pergi tu bukan selamanya hilang tapi akan sentiasa terpahat di hati sampai mati. Cewah ayattt hahahah. Hasil jualan tu aku buat tambahan deposit bayar kereta Subaruku, almost RM 40k aku bayar deposit. RM 20.5k dari Blackie, balance from saving EPF yang aku withdraw from segala I tu huhu. Kalau sedih kenapa tukar kereta? Good question! Sebab Blackie dah lebih 9 tahun, jadi condition dia tak mantap macam awal pakai dulu jadi untuk buat long roadtrip aku agak takut sikit sebab takut apa2 jadi atas jalan raya. Dulu masa ada abah, aku tak payah nak risau sebab abah boleh tolong kawtim in case apa2 jadi. Abah memang tahu pasal kereta (machine) sebab dia ex-student mech engineering. So lepas abah meninggal memang mama ada suruh aku tukar kereta tapi aku yang malas awalnya sebab malas nak tambah hutang haha. Tapi lepas kena cucuk dengan adikku Ellis and aku memang minat Subaru tu aku decide untuk beli kereta baru. Sekarang alhamdulillah dah dekat 3 tahun aku with Suba, dah puas merantau kawasan semenanjung ni cuma Perlis je Suba belum jejak lagi huhu. Insyaallah one day will drive Suba to Perthlis.

Jun 2022: Lepas 2 tahun wabak Covid melanda Malaysia, kami sekeluarga diuji dengan penyakit Covid. Start dengan mak aku dulu yang dapat jangkitan tu, lepas tu merebak ke aku pulak then adik lelakiku and last sekali adik iparku. Alhamdullillah adik perempuanku and anak buahku negative covid. Tapi nasib baik masa tu kami sekeluarga dah ambik booster vaksin covid, jadi impact sakit tu tak teruk sangat. sakit tapi kami berjaya survive, just kuarantin kat rumah je.

June 2023: Took ACCA exam after long break. My final paper. Aku decide untuk tukar paper dari Advanced Audit Assurance to Advanced Performance Management sebab paper audit tu aku failed sampai 4 kali. Last aku ambik exam audit was March 2021. Masa tu tak decide nak break lama sangat tapi sebab terlalu busy with commitment kerja tu yang terpaksa hold lama sangat. But sadly aku fail paper APM tu juga huhu. 

Jan 2024: Aku kena covid for second time. Aku berjangkit dari mak aku rasanya. Sebab mak aku kena dulu in Dec 2023, then lepas gap seminggu or less than that, aku plak jatuh sakit. But this round sakit dia tak seteruk macam kena first time dulu. Tapi sakit tak kena masa lah haha. sebab aku sakit time tengah busy nak year end closing. Even tengah kuarantin, gigih buat keje weh. Memang pekerja berdedikasi la kau ni Sarah!

June 2024: Sat ACCA exam for second time, paper APM! Result will come out early next month. Please Please Please wish me luck ya. Tak sanggup nak ambik exam lagi dah. Ini last paper gue. tapi dah 5 kali (4x AAA, 1x APM) aku ambik exam untuk last paper ni huhu....

Okay tu je 3 years +++ update from me heheh

Adiosss amigoss!!


Ahad, 11 Julai 2021

Short update - July 2021

Tarikh: 11/07/2021

Tempat: Home Sweet Home, Klang

Masa: 4.23pm


 Hellooo & Assalamualaikum..

Aku baru settle kelas online ACCA aku which is paper APM or dulu kita panggil P5. Hari ni first day kelas aku. Karat juga otak ni sebab,

First, aku dah lama tak attend kelas since last was in Nov 2018, kelas tax or we call it ATX or P6.

Second, ini first time attend new paper/subjek. Aku tak pernah ambil paper ni sebelum ni.

So far kelas was ok, smooth. boleh la faham sikit2. Aku ni dah tua so kena push otak ni untuk berfungsi juga. haha. please sarah this is going to be your last paper (hope so). Aim higher, think broad, out of the box. Aku harap this round aku boleh pass with one attempt jelah. Tak larat dah nak re-sit banyak kali. Time is so expensive, aku kena guna untuk benda lain dah. So for this one I need to work harder and push myself to the max. Kena brainwash sikit otak aku ni hahah. Kalau tak, malas sokmo.

Another updates.. Aku just lost another family member. Not actually close family member but one of my relative juga. Pakcik aku ( adik ipar mama) baru je meninggal dunia pada hari jumaat, 9/7/2021 due to covid. Yes he is a covidfighter. Pakcik aku terkena jangkitan tu masa di hospital, semasa mendapatkan rawatan untuk sakit lain. Yup he was diagnose with another sickness, blood infections and also diabetes. Tapi kunfayakun, maybe itu asbabnya, masa dia dah sampai kut cuma dia pergi sebab covid. Family members tak dapat nak attend the funeral tau sebab covidkan so dorang nak elakkan covid infections tu. Very sad.

Aku really hope all these will be end soon. I really hope that we can go back to normal, our life yang dulu. Free without mask, curfew/lockdowns. I can say now all of us have to stay strong, mentally and physically strong. Cherish your moments till it lasts. Ya Allah, aku berdoa semoga ini semua akan berakhir dengan cepat. Semoga kami semua dapat menjalani hidup yang normal macam zaman pre-covid. Aminnnn.

Okey lah no idea nak tulis apa lagi. So for this post, sampai sini jelah coretan aku. Maybe i will continue with another post nanti.


Bye!

Ahad, 27 Jun 2021

Cerita zaman sekolah

Assalamualaikum...Hai..

Hari ni aku nak flashback to zaman persekolahan. Semua orang mesti ada favourite subjek masa zaman sekolah dulu kan. dari sekolah rendah sampai lah ke zaman sekolah menengah. Dan mesti ada subjek yang korang least favourite. 

Aku tak ingat apa favourite subjek aku time sekolah dulu, selalu bergantung pada cikgu tu best ke tak. Hahaha. Tapi masa sekolah rendah aku kurang suka subjek bahasa inggeris. sebab dari lahir aku cakap melayu so aku tak faham macam mana bahasa inggeris ni berfungsi. Bak kata orang melayu cakap, dari kecik makan belacan, mestilah lidah pun bunyi melayu je. Selamba je, entah betul ke tak apa aku cakap ni haha. Lainlah kalau makan cheese, western food, confirm cakap english berbuih macam bertih jagung. ok dah start merepak dah aku ni hahah.

Tapi, alhamdulillah result UPSR aku subjek English dapat B. Ok lah tu kan, satu improvement untuk orang yang tak suka subjek english haha. Tapi perspektif aku terhadap bahasa inggeris berubah bila aku masuk sekolah menengah. Time tu la aku dah start jatuh cinta pada subjek english haha. Yang membuat aku mula untuk suka pada bahasa inggeris bila cikgu yang ajar subjek tu is orang melayu. Eh bukan bias tau. Masa sekolah rendah dari aku darjah satu sampai darjah enam, teacher aku indians. Teacher english aku ajar bagus cuma masa tu minat pada subjek english belum terbit lagi. Tak tahu kenapa. Aku UPSR dapat english B pun sebab aku target 5 A time tu. Tapi disebabkan kurang minat, so untuk aku faham English tu memang payah. Tu yang dapat B je.

Tapi bila masuk sekolah menengah, teacher aku orang melayu. So aku macam kagum lah wah cikgu ni terer betul english dia, tu yang membuat aku bersemangat untuk belajar subjek english. Masa tu aku fikir, kalau cikgu ni boleh buat, takkan aku tak boleh kan? Tak silap aku dari aku form 1 sampai aku form 5. teacher aku is orang melayu. Disebabkan aku sudah suka pada english, tu yang PMR & SPM english aku dapat A hahah. Terbalik dgn BM plak. BM masa PMR & SPM dapat B. Adoi.. buat malu orang melayu je. hahah. 

Aku dulu masa sekolah rendah memang ada masalah untuk tidur. Memang susah nak tidur la. Tak tahu kenapa. So apa aku buat is aku akan berangan. Setiap malam sebelum tidur aku akan berangan sampailah aku mengantuk dan tidur. Aku ni memang dari kecik kuat berimaginasi haha. So bila da dewasa ni terbalik, senang pulak tidur sampai orang lain jeles. Aku letak kepala je tak lama lepas tu aku dah berdengkur hahah. Dorang kata senang gila aku tidur.

Ok, sambung balik. Disebabkan aku ni mmg kuat berimaginasi, so bila bab buat karangan aku akan pilih bahagian cerita. Kan bahagian karangan ada part yang korang kena pilih untuk mengarang, tak kisah lah fakta ke, based on peribahasa ke atau pun dia bagi topik dan kita reka cerita sendiri. Rasa macam dia bagi 5 pilihan dan kita pilih satu kan. BM dan English sama je, dua2 ada. Tu zaman aku lah, tak tahu sekarang silibus macam mana. Dah lah kena karang dalam 250 atau 350 patah perkataan kan? So aku ni bab fakta memang kurang sebab malas membaca. Disebabkan aku ni suka berangan, so aku pilih item yg dia bagi situasi dan kita olah cerita sendiri. haha. Situ memang aku merepek habis-habisan weh. hahah. nasib score haha. Aku memang paling benci bahagian karangan tak kisah BM atau English haha

So sampai dah tua ni memang aku kuat drama, kuat berimaginasi haha. Hei tapi itulah kekuatan aku. Kalau tak jangan harap boleh dapat result A / B tau. haahah. ada lagi satu kesusasteraan/literature. aku paling benci haha sebab ayat dia ya ampun. haha. Aku tak suka novel, masa tu prefer lagi cerpen/short story haha. Tapi sejarah memang aku power, selalu score. Tak tahu kenapa. Maybe sebab kelebihan tu diwarisi dari abah kut. Sebab abah memang suka sejarah. Bab kira2 memang aku low lah. Math masa Form  2 dan 3 cukup makan je pass, maybe C kut. Tapi masuk form 4 sampai 5, add math sokmo fail haha. Nasib baik bila SPM score C haha. Itupun dah buat aku happy haha. Math mod alhamdulillah A. Tu yang sekarang kerja as accountant haha. Eh bidang perakaunan. Oh SPM aku tak ambil akaun ya, aku memang budak aliran sains. Cuma diploma aku dapat offer kos akaun, so grab jelah. Then sambung degree kos yang sama, dan sekarang ambil paper professional akaun dan alhamdulillah rezeki keje di bidang yg sama. Maybe da rezeki aku kat situ kut. Padahal dulu aku benci gila topik akaun. Kan masa form 3 ada subjek kemahiran hidup, dalam tu ada topik perniagaan dan kena belajar akaun. Aku masa tu memang tak faham langsung apa aku belajar. Apa debit kredit ni. Now alhamdulillah dah master bahagian tu haha. Tu namanya jodoh. jangan benci nanti berjodoh hahaha

Apa lagi nak bebel ya.. Tu je la dulu. Nanti sambung cerita lain plak ya..

Bye.

-27/6/2021, 1.14 am-