Selasa, 7 Julai 2026

Julai - Kesedihan selepas kegembiraan

 Assalamualaikum..

Aku tak tahu macam mana nak mulakan untuk update bulan 7 ni. Rasa macam banyak benda nak bercerita kat sini tapi aku stuck... Dia macam between excitement riding LRT3 and at the same time berduka disebabkan kematian ahli keluarga terdekat.

Maybe aku start dulu dengan cerita yang happy dulu ya...

Weekend hari tu (Sabtu, 4th July 2026) aku dan family aku (mama, Elis & Piya) naik LRT3 dari Stesen Sri Andalas ke Stesen Bandar Utama. LRT3 ni start beroperasi pada hari Isnin, 29/6/2026. Tiket percuma selama sebulan, sampai 31/7/2026. Mak aku paling FOMO sebab dia yang paling excited ajak naik train ni, kalau boleh time weekdays dia nak naik tapi sebab takde kawan so dia terpaksa tunggu anak2 dia free on weekend untuk naik. Siap bawa cucu naik train huhu. Crowd memang ramai sebab first weekend kan. Ramai orang berkeluarga naik train hari sabtu dan ahad tu pasal pack gila train. Maybe kalau dah start kena bayar nanti kuranglah orang kut.

Ktorang pukul 9 pagi dah keluar rumah bersarapan kat sri sarawak, dekat dengan stesen andalas. Aku park depan kedai makan selera mega, setel je breakfast ktorang jalan kaki menuju ke stesen lrt. Tak jauh pun dalam beberapa ratus meter je. Ktorang masuk ikut pintu gate B. Dalam pukul 10 pagi baru kitaorang naik train. Time ktorang naik tu train belum pack cuma takde tempat duduk jela. Mak aku dapat duduk sebab ada orang tu bangun and bagi mama duduk. While aku dan elis berdiri sambil enjoy view kat tingkap. Ktorang sampai stesen bandar utama dalam pukul 11 pagi. Stesen lrt3 dah dekat dengan OU mall, ada connecting bridge ke sana. Tapi ktorang tak masuk OU pun, but ktorang terus pergi ke stesen MRT which is sebelah pintu masuk OU tu. Ktorang naik train terus ke stesen TRX.

Pergi TRX pun just nak makan2 je. Ktorang sana tak lama pun. dari pukul 12pm sampai 3pm+ je. Time balik tu agak terkejut sebab ramai gila orang kat stesen lrt3 bandar utama, macam sardin. memang time tu hiruk pikuk macam pasar haha. meriah la juga. sampai ada yang terjatuh sebab orang tolak2 bila naik escalator tu. Ktorang kena tunggu 2nd train untuk naik sebab first train dah penuh, pintu terus auto tutup. Tapi bila sampai train tu, semua orang duk berebut2 naik and memang penuh la. Dalam train tu pun pack gila macam tin sardin. Ktorang satu keluarga memang berdiri jela sepanjang trip dari stesen bandar utama sampai ke stesen sri Andalas. Balik tu masing2 pengsan sebab kepenatan. haha. Benda ni nampak biasa je, tapi aku saja tepek sini as sweet memories aku. Lama ktorang tunggu lrt3 ni siap. Dari tahun 2018, mula2 kata 2020 siap sekali extend2 sampai la 2026 baru mula beroperasi.

Okay next is cerita sedih.

Pagi tadi aku attend majlis pengebumian pakcik aku, Cik Li adik bongsu mama. Ktorang terima berita mengejut pemergian Cik Li tengah malam tadi. Aku terkejut gila bila dapat panggilan telephone dari Ejam. Cik Li meninggal sebab serangan jantung. Umur pakcik aku ni tahun ni 52 tahun, kalau ikut tarikh birthdate dia still 51 tahun. Aku agak sedih dan terkejut sebab arwah nampak sihat je. Aku last jumpa pakcik aku masa hujung raya aidilfitri tu time beraya rumah Cik Im kat Cyberjaya. Time tu ktorang sembang kencang gelak2 lagi. Yang lagi terkilan tu is ikutkan Cik Li bakal menerima menantu baru awal bulan depan, tapi tak sempat. Ajal dia dah sampai lagi awal. Aku doakan pakcik aku tu dosa2 dia diampunkan dan ditempatkan bersama orang2 beriman. Dia meninggal time tengah bekerja, mencari rezeki untuk ahli keluarga dia. Aku kesiankan mak aku juga, sebab dia kehilangan adik lelaki yang dia rapat. Sorang dah pergi time 2021, sorang lagi meninggal lewat malam tadi.

Tu je update aku buat kali ni. Tunggulah next update aku nanti ya

Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan