Rabu, 15 Julai 2026

Gagal lagi, apo nak jadi ni Sarah

 Date: 15th July 2026


Assalamualaikum.

13th July 2026 result exam keluar. Usually aku akan takut nak tengok result walaupun dorang akan sms result and also email. Tapi disebabkan kali ni aku dah tak banyak masa, dan nak cepat rebound, so aku kuatkan semangat and tengok je result aku sebelum aku pergi kerja pagi tu. Dukacitanya aku failed paper AFM tu with result 34% huhuhuhu. Tak sempat nak bersedih pun, dan boleh agak memang akan fail paper tu.

Malam tu juga aku terus register exam sitting in Sept'26 walaupun time tu is my peak time, busy dengan budgeting. Sebab aku tak ada pilihan. Selalunya aku akan skip bulan 3 dan 9 sebab time2 tu aku akan busy gila and takkan ada masa nak study. Disebabkan those papers yang aku dah passed going to expire in Jun'27 jadi aku memang dah takde pilihan. Sebab apa? Sebab by Jun'27 kalau aku tak clear exam aku lagi, aku terpaksa ambil lagi sekali 2 papers yang aku dah passed tu. Fuhhh scary wehhhh. Penat2 lulus, kena ambil balik semula.

Sekarang aku tengah fikir cara dan strategi macam mana aku nak bagi pass my last final paper ni. Ya Allah, tolong teguhkan semangatku dan berikan aku kerajinan untuk mentelaah sampai muntah paper AFM ni, berikan aku kerajinan untuk aku buat semua soalan past exams, permudahkan lah, dan berikan lah aku masa untuk aku study for coming exam in Sep'26 ni.

Semoga aku berjaya habiskan exam ACCA aku by Sep'26 ni. Amin3 YRA.

Okay tu je nak update, Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan