Isnin, 22 Mac 2021

Update singkat

 Salam 2021...

Nak tulis salam new year, post dah kelaut haha.. Sekarang dah masuk March.

 Jan & Feb dah berlalu. In fact bulan Mac ni pun dah nak sampai ke penghujung. Cepat betul kan masa berjalan. Dari aku muda masa set up blog ni sampai la umur aku dah nak masuk 34 tahun.

Well, what's new? Just brief update here what happened in my life.

Alhamdulillah, kereta aku dah fully settle loan repayment. Suppose kalau ikut original date final settlement should be in Dec'20 or Jan'21 tapi alhamdulillah aku berjaya settle kan awal. Nov'20 aku dah made final settlement. Lega satu beban haha.

Dec'20 last year aku buat full medical check up. Result ambil in Jan'21 tak silap aku. Not so good on the result. Macam biasa, bad cholesterol too high. New thing is aku discover ada cyst kat ovary aku at left side. Size doc said not so big, dalam 3 cm++. He said nothing to worry since aku takde rasa apa2 sakit, dia cakap tak payah buat operation. But kalau aku ada sakit tu, kena jumpa doc balik la. Am I scared? definitely la, siapa tak cuak weh. Aku da start kena jaga pemakanan aku lepas ni. Banyak makanan/minuman yang aku kena elakkan sekarang untuk mengurangkan pertambahan size tu. Kena pantang dah.

Awal Mac aku ambil exam acca for paper AAA untuk kali ke-empat after one year break. Aku tak puas hati dengan hasil jawapan aku. Aku not well prepared. Rasa nak menangis pun ada bila tengok soalan tu. Rasa nak keluar balik dewan pun ada. Entahlah. Lagi di fikir lagi sakit kepala dan hati ni. Tengok la result nanti macam mana. Buat masa ni aku nak focus on kerja aku dan family aku je.

Last week, settle buat resepsi majlis untuk adik aku, Nizam. Majlis sederhana je. Jemputan pun tak boleh ramai sebab kena ikut SOP. Hanya untuk 500 pax je. Itu pun aku rasa ada family member/relatives yang tak dapat datang. Means instead of 500 pax, yang datang macam kurang dari tu. yelah, orang nak datang pun takut sebab kes covid tengah mengganas lagi kan. Jadi baik lah berjaga-jaga.

Sekarang vaccines dah start distribute, tapi untuk frontliner je dulu. Ada few phases la. Yang frontliner ni baru phase 1. Second phase nanti akan diberi kepada senior citizen dan those yg ada sakit critical kut. Macam aku ni will be under phase 3. Bila phase 3? entah aku pun tak pasti. Just tunggu jelah. Cuak gak nak cucuk ni. Last cucuk vaccine masa Form 5 dulu haha. Eeee cuak seh.

Bulan depan dah start berpuasa., means left around 3 more weeks kut nak sambut bulan ramadhan. Alhamdullilah diberi kesihatan untuk bertemu bulan puasa lagi. Tak tahu lah raya tahun ni macam mana pula. Harap2 tak sendu macam last year la haha.

Tu jelah update buat masa ni. Mengantuk dah ni. Jam da pukul 1.14 am, esok kerja

Till then, chowsinci!

Rabu, 9 Disember 2020

My 2020 life

 09/12/20

It's almost comes to year end. Year 2020. An unexpected year, an unwelcomed disease. Covid 19. No one knows that we will be spending our life mostly at home. 

Last year, 2019, I thought in 2020 I will be travelling to Japan, a sunrise county. All the bookings done were cancelled.

Beginning of the 2020, 5/1/20 my grandmother passed away. She is my mom's mother. 

This year, I did not take any exam at all. I did enrolled for Dec sitting but then I decided to withdraw it due to I am not prepared to sit for it. Well, a holiday year for me? It is not. I am too busy this year. I don't know what is happening in my life. Everything just went too fast, in a blink.

I think I am going to end my 2020 with still being single. 33 years old, single lady LOL

That's all, my summary of 2020 HAHA

Bye!

Sabtu, 15 Ogos 2020

Kereta

 Dulu masa kecik2 maksud aku time dah kenal jenis2 kereta tu selalu berangan bila dah besar nanti dah ada duit sendiri nak beli kereta sekian sekian sekian. Ada banyak je list dream cars time tu, ala brand-brand kereta yang ada time tulah.

Tapi bila dewasa dah ada duit sendiri terus lupa apa dream cars masa kecik2 dulu. Beli kereta ikut kemampuan diri dan asal boleh bergerak je pun dah ok. Irony kan?

Siang tadi borak dengan adik aku pasal jenis2 kereta yang ktorang berangan nak beli masa belum bekerja hahah. Dulu wishlist kereta lain, bila nak beli kereta, beli yang mana mampu je haha. Sebab sedar diri tak mampu nak pakai kereta mahal sebab fikir mana nak cekau duit untuk maintenance kereta, renew insurance dan roadtax dan tayar 4 biji tu. Lagi mahal kereta tu lagi tinggi lah kos2 yang bersangkut dengan kereta tu. Nak bayar installment tu fikir dua tiga kali lah haha

Aku cakap kat adik aku:

"Abah pernah cakap jangka hayat kereta tu 5 tahun je sebab lepas 5 tahun tu performance dia akan kureng sikit even kita hantar servis ikut timing dia, means tak pernah missed servis kereta even sekali pun. So kalau dah 5 tahin kereta tu boleh la tukar kereta lain. Bagi akak kalau jenis suka nak tukar2 kereta cukup 5 tahun trade in je beli kereta baru. Tapi kalau akak, kereta akak beli tu akak takkan makeup, tambah body kit, tinted bagai. Akak just buat yg basic je, kalau tinted tu seller dah tinted takat tu akak ambik je takde nak topup2 kasi lagi gelap ke apa sebab akak tahu aku pakai kereta ni 5 tahun je so aku tak nak keluar duit lebih atas kereta ni. Takde nak tukar2 sportrim. 

Tapi kalau sayang kereta tu mmg beli untuk asset bergerak dan nak pegang sampai akhir hayat, then invest la improvise kereta tu on accessories (tinted, body kit, sportrim). "

Well masing2 ada pendapat masing2 kan. Kalau dah kaya sangat boleh je pasang kereta banyak2 dan tukar kereta sekerap mungkin ikut kemampuan korang lah haha

Tu je nak cakap. ok Bye!

p/s: Aku bahasakan diri aku akak kat adik2 aku :)

Syukurkah kamu?

15/8/2020

Hari ni, Sabtu ialah hari kelahiranku yang ke-33. Alhamdulillah aku diberi kesempatan dan kesihatan untuk menjalani kehidpuan di dunia ni dan menerima nikmat yang Allah bagi. Oh by the way, kebetulan tahun ni sama pula hari jadi ku dengan hari aku dilahirkan which is Sabtu.

Di umur aku yang sekarang ni, aku dah ada kereta untuk aku bergerak, aku dah ada rumah untuk aku berteduh, aku dah ada kerjaya untuk aku menyara hidupku. Cukup lengkap. Apa lagi yang aku nak mintakan? Allah dah bagi cukup nikmat kat aku. Alhamdulillah, aku masih sihat dan boleh bergerak ke sana sini, boleh makan segala makanan yang ada, boleh melihat menghargai ciptaan Allah swt. Syukur.

Kahwin? Rasa belum sampai masanya lagi kut. Aku percaya pada qada dan qadar. Jikalau bakal pasangan aku masih hidup di dunia ni, kahwinlah aku kan, kalau takde maybe jumpa kat SANA kut? haha. Peh aku rasa ayat aku hari ni lain macam level dia hahaha. This is so not me!

Well. Kali ni aku nak bercerita pasal syukur. Korang rasa cukup tak dengan apa yang korang ada sekarang ni? Maksud aku korang rasa puas tak dengan life korang sekarang? Apa yang korang impikan semua dah tercapai tak? Ke korang rasa tak cukup? Pernah tak korang rasa cemburu dengan apa yang kawan korang ada? Contoh, korang tengok igstory/posting kawan korang kat social media dan korang cakap untunglah dapat melancong, peh kaya pakai kereta mewah, peh makan kedai mahal ni ok check harga kejap dan the list goes on. Tipulah yang korang takde rasa cemburu kan?

Pernah tak korang rasa iri hati dengan apa yang kawan korang ada dan korang bercakap buruk pasal kawan korang? Contoh, peh pangkat tinggi ni mesti kaki kipas, peh mewahnya life dia untunglah kahwin dengan orang kaya dan the list goes on. 

Pernah tak korang tengok posting kawan korang tanpa ada perasaan apa pun ataupun korang motivate diri korang aku pun nak ada life macam dia ni aku kena kerja kuat, means it inspired u to work harder. Aku rasa manusia macam ni ada cuma tak ramai kut.

Ok now aku nak cakap pasal aku. Frankly, bila aku tengok posting kawan2 aku, aku akan rasa happy, seronok dan cakap wah bestnya dia dapat pergi melancong dan aku takde rasa cemburu sedikit pun. Maybe sebab aku bukan kaki travel kut. Kalau aku tengok life kawan aku yang bahagia dengan family kecil yg dorang ada aku akn tumpang happy, tanpa rasa iri hati dan busuk hati pun. Ataupun aku tengok kawan2 aku yang mewah lifestyle dia, aku akan motivate diri aku kalau nak life mcm dia kena kerja kuat or do something untuk ubah life aku.

Bagi aku simple. Kalau aku rasa tak cukup hidup aku ni, aku akan kerja lebih kuat, motivate diri sendiri untuk ubah hidup jadi lebih berjaya. Tapi kalau aku rasa cukup, aku akan bersyukur dengan apa aku ada tanpa rasa iri hati pada kawan2 aku. Bagi aku rezeki Allah bagi ni beza2 setiap orang. Jalan hidup kita semua tak sama. Ada orang berjaya pada usia muda, ada orang berjaya agak lambat, ada orang cukup je makan pakai semua asalkan dia happy dengan life dia ada tanpa perlu rasa stress.

Bagi aku mental health is very important. Kalau kau nak terus menikmati rezeki yang Allah kurnia kat muka bumi ni kau perlu rasa cukup dengan apa yang kau ada, i mean bersyukur lah supaya kau akan rasa happy. Sebab sakit ialah suatu nikmat yang Allah tarik. Kau sakit apa pun kau tak boleh buat. Nak makan sedap tak dapat, nak berjalan tak dapat dan hidup kau mungkin setakat tu je padahal banyak lagi nikmat Allah yang kau belum dapat rasa.

Live your life to the fullest. Hargai apa yang kau ada sekarang. Always feel blessed with what have been given to you. Dan jangan lupa pada sang pencipta, selalu zahirkan rasa syukur pada-Nya. Ada rezeki lebih tu good if you can share with those less fortunate kan. Bahagia bila dapat kongsi nikmat bersama-sama. Buanglah rasa tamak dalam diri sebab benda tu toxic.

Aku tahu bukan mudah untuk lawan perasaan tamak dalam diri. Aku pun pernah rasa benda tu. Pernah rasa riak dan ego dengan apa yang aku ada. Dan lukakan hati orang sekeliling aku. Kekayaan dan kesenangan tu cepat je Allah nak tarik. So sentiasa beringatlah. Bila perasaan riak tu datang cepat2 lah pujuk hati lawan balik supaya kita takkan lupa diri dan menyesal di kemudian hari.

Ok now dah stuck tak tahu tulis apa lagi. Chow dulu! Bye!

Ahad, 9 Ogos 2020

Hidupku

Lokasi: bilik tidur

09/08/20, 11.49 pm

Pernah tak sekali dalam hidup korang, korang berfikir apa yang korang nak capai dalam hidup korang? Apa matlamat hidup korang? Kenapa korang berada kat dunia ni? Deep kan soalan tu haha. Aku kerap berfikir, bila time aku free macam masa nak tidur, tengah mandi ke atau tengah driving ke tempat kerja, apa yang aku nak capai dalam hidup aku, apa yang aku nak buat dalam hidup aku. Maksudnya, aku plan ok lepas ni apa aku nak buat, atau bila aku nak capai sekian sekian sekian. Tapi selalunya tu planning je, jadinya ke tidak itu terpulang bergantung qada dan qadar. haha. Nanti bila terlalu mengharap, jadi sedih pulak bila tak jadi seperti yang dirancangkan.

Selain memikirkan pasal masa depan aku, pernah juga aku berfikir kenapa aku dilahirkan sebagai anak sulung, kenapa aku dilahirkan dalam keluarga ni, kenapa aku masih kerja kat tempat yang sama dekat 10 tahun, kenapa aku tak kahwin2 lagi. Banyak. What is my purpose of living ya?

Apa yang aku rasa tu susah untuk aku describe into words. Sebab apa yang berlaku dalam otak kita tu senang nak scribble compared to typing into words sebab jari aku ni tak selaju macam apa yang otak aku ni scribble. 

Aku rasa otak aku ni complex, aku rasa lah haha

Itu jelah nak cakap bye!

Jumaat, 29 Mei 2020

Raya 2020

Assalamualaikum semua!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin yaaa.

Actually hari ni dah raya ke-6, terlambat wish kat sini but it's okay, better late than never kan? hehe

Dah lama aku tak membebel kat sini kan? Aku sedar tapi nak buat macam mana, busy ececeh haha. Betul, aku tak tipu. Kerja dari rumah lagi penat tau sebab tak ada sempadan masa. Kerja sampai malam dan cuti pun kerja ya. Asyik mengadap laptop sampai aku pun jelak nak buka laptop sendiri huhu. Tu yang last posting aku awal bulan 4 hehe.

Tu jelah utk post kali ni yang aku nak tulis. Tunggu idea mari sat agi k

Till then, chow dulu

Bye

Ahad, 5 April 2020

Mimpi

Tarikh: 5 April 2020
Lokasi: Rumahku, Klang
Waktu: 1.10 pm

Hai korang!

Hari ini adalah PKP yang ke 19. Cuaca kat luar hujan lebat. Alhamdulillah sejuk sikit. Sebelum ni hujan jugak tapi belah petang. Kadang tu hujan kejap je lepas tu panas balik. Hujan kejap2 ni memang lagi bahang la.

Hari tu which is dalam minggu ni juga. Actually bukan lah hari sebab benda tu berlaku time malam. Ok cerita dia macam ni. Aku tidur. Of course semua orang pun tidur kan. haha. Ok mode serius ON balik. Aku mimpi. Tiap malam tidur pun memang aku akan bermimpi. Tapi semenjak PKP ni mimpi aku mesti pelik2 sampai aku rasa letih sebab tidur tak melenakan. Tapi mimpi yang aku nak ceritakan ni lagi pelik. Sebenarnya bukan nak cerita pasal mimpi pun.

Ok, cerita dia macam ni....

Aku tidur agak awal pada malam tu, dalam pukul 10pm ke 11pm kut. Sebab aku agak letih pada hari tu. Actually letih sebab stress pasal kerja. Awal? Ok kalau nak tahu waktu tidur aku selalu around 11 lebih ke 12 lebih, itu time weekdays tau. Kalau hujung minggu lagi lewat, dalam pukul 1 ke 3 or 4 pagi pun pernah. Ni semua netflix punya pasal lah hahaa..

Sambung balik. Aku tidur awal. Then mimpi. Content mimpi aku tu aku tak berapa ingat dah sebab dah beberapa hari kan. Yang aku ingat is aku berada kat kawasan rumah aku. Dalam mimpi tu ada beberapa orang tapi aku tak ingat siapa. Dalam mimpi tu pun pada waktu malam. Ktorang nak ke satu tempat tapi kena lalu kawasan hutan, kiri kanan kelapa sawit. Dan kat laluan tu belah kanan aku ada kawasan perkuburan. Tak ingat dalam mimpi tu aku jumpa hantu tak. U know dead people. Aku macam ada bercakap dengan someone. Aku cakap " dah lewat ni, nak dekat pukul 3 pagi. Pukul berapa nak tidur?"

Tup tup badan aku rasa berat. Aku try celik mata, tapi susah sangat. Dan keadaan gelap. Bila aku celik, aku berada kat tempat tidur aku, di rumah. Aku terus capai handphone aku dan tengok lagi 2 minit nak dekat pukul 3 pagi. Aku blur. Sebab confuse antara mimpi dan realiti. Terus badan aku rasa semacam. Aku try pujuk mata aku untuk tidur balik. Takut weh tetiba rasa macam diperhatikan. Aku ambil masa dan akhirnya dapat juga tidur. Then lepas tu mimpi lain dah kut.

Esoknya aku cerita kat adik aku. Kawasan hutan yang aku sebutkan tu in real life ialah kawasan perumahan, dan masjid. Masjid tu belah kanan aku dan belakang masjid tu memang ada pekuburan orang islam. Means kubur tu belah kanan aku lah. Adik aku cakap cerita insidious tu memang betul. Waktu tidur tu memang roh kita akan merayau. Bila merayau tu kita masuk ke dimensi lain.

Macam kes aku ni, memang roh aku merayau masuk ke dimensi lain tapi dalan waktu yang sama. Kalau dunia luar malam, dalam mimpi aku tu pun pada waktu malam. Bila roh aku kelam kabut masuk balik ke jasad aku, aku jadi pening dan pandangan berpinar. Perasaan tu susah nak cerita. Actually ni bukan 1st benda pelik berlaku kat aku. Ada banyak lagi. Dan kebanyakannya aku dah lupa hahah. Kadang tu pernah sampai aku takut nak tidur tau. Sebab aku takut bermimpi. Kalau mimpi indah takpe, ni mimpi ngeri eeee. scary seh.

Padahal sebelum tidur tu memang aku amalkan baca doa tidur dan ayat kursi. Sebab dulu lagi teruk aku mimpi. Sekarang ni aku ada amalan baru which is mengucap sebelum tidur. Manalah tahu kan ajal maut kita tak mengira waktu. Just be prepared jelah.

Rindu pulak kat ayah aku. Kalau dia ada lagi mesti aku akan cerita pasal mimpi aku kat dia. Sebab tiap mimpi yang kita alami tu kadang ada yang betul2 memberi alamat/petanda/petunjuk kepada kita. Tak semua tu is mainan tidur semata. Tapi kalau mimpi merepek-repek macam kahwin dengan anak raja tu memang mainan tidur semata lah, bukannya petanda kau bakal kahwin dengan anak raja ya hahahah.

Ok lah till then adiosss