Assalamualaikummmm!!!
Fuh pejam celik sekejap je dah masuk bulan jun. Tak sedar time flies terlalu cepat. Okay let me continue to my last post.
After dapat result SPM aku ada kerja beberapa tempat sebelum aku sambung belajar ke Form 6. Masa lepas habis exam till result SPM keluar tu, aku takde kerja mana2. Just duduk rumah menghabiskan beras yang parents aku beli HAHA. So lepas dapat je result SPM tu, while tunggu dapat panggilan ke mana2 university, aku ada juga mencari kerja, retail pun jadilah. Merata juga mencari but end up aku dapat kerja kilang elektronik. Tak ingat nama kilang tu, Panasonic kut. Aku kerja situ dengan kawan aku seorang ni. Pergi sana pun pakcik aku yang hantarkan naik motor. Tapi sekejap je tak ingat berapa hari entah, lepas tu aku berhenti. Tak ingat kenapa aku quit. Tapi kerja kilang kat situ as permanent worker. Selepas aku berhenti kerja kat kilang eletronik tu, aku masuk kerja kilang kat Sungai Rasau, kilang plastik. Okaylah dekat sikit dengan rumah, pergi kerja naik van. Tapi situ kerja as pekerja kontrak rasanya. Selepas kerja beberapa bulan, aku dapat offer untuk sambung belajar ke Form 6.
Disebabkan aku tak nak lagi kerja kat kilang tu, aku decide untuk ambil tawaran belajar di Form 6, since ada kawan sekolah yang aku kenal pun accept tawaran tu juga. Actually time tu Mak aku tak bersetuju aku berhenti kerja dan masuk tingkatan 6 sebab dia rasa baik aku kerja dulu while tunggu offer tawaran university. Tapi aku degil, aku sanggup guna duit gaji aku untuk beli barang persekolahan dan bayar yuran sekolah. Kiranya kos pengajian aku untuk masuk tingkatan 6 tu 100% duit aku sendiri ya. Actually aku ada juga apply matriks tapi sebab result aku tak bagus so aku tak dapatlah offer. Yelah kalau dah subject core science stream semua C je, macam mana nak dapat offer ke matriks kan. Tapi tawaran Form 6 tu, aku dapat masuk aliran sains juga.
Akhirnya bermula lah episode aku bergelar student sekolah semula, cuma kali ni di sekolah yang berbeza. Sekolah ni tak jauh dengan sekolah lama aku, tapi aku agak terasalah kejutan budaya tu. Bayangkan dari sekolah rendah darjah 1 sampai ke sekolah menengah tingkatan 5, aku bersekolah di sekolah perempuan. Then untuk tingkatan 6 ni aku dapat tawaran masuk sekolah lelaki, kiranya student perempuan disekolah tu hanya tingkatan 6 je ada. Aku still ingat tiap kali lalu tepi kelas budak tingkatan 5 ke bawah, pantang nampak student perempuan lalu budak2 ni terpekik2 macam tak pernah nampak orang pompuan LOL. Dahlah aku ni seorang pemalu, rasa stress la juga kalau lalu tepi kelas budak2 ni.
Masa form 6 aku masuk kelas sains fizik. Budak melayu dalam kelas tu tak ramai, ada beberapa kerat je. The rest tu ramai Chinese tak silap aku. Aku tak habiskan pun tingkatan 6 tu, aku masuk sekolah macam dalam bulan 5 tak silap, then bulan 8 aku dah berhenti. Reason sebab aku tak boleh carry subject2 tu. Aku jadi stress tiap kali masuk kelas subject math, fizik dengan kimia. Oh ya masa aku SPM ktorang still belajar dalam bahasa melayu, exam semua dalam bahasa melayu. Masuk je form 6, semua subject kena belajar dalam bahasa inggeris, kecuali subject pengajian am tu macam still in bahasa melayu. Dia jadi lagi membuak2 perasaan aku untuk quit form 6 bila kawan aku seorang ni berhenti untuk sambung belajar ke kolej. Actually lepas result UPU keluar, ada few classmates aku student melayu accept offer masuk ke diploma. Ada juga yang transfer sekolah. Tapi breaking point untuk aku nekad quit form 6 tu lepas kawan aku yang paling close masa kat sekolah tu berhenti untuk sambung belajar di Unisel. Dah lah reason aku masuk form 6 at first pun sebab aku ikut dia, tiba2 dia keluar jadi aku rasa down sangat.
Aku berbincang dengan parents aku. Mak aku memang bisinglah sebab dia cakap membazir duit masuk sekolah halfway je. Ayah aku tak cakap banyak, dia support je dengan keputusan aku. So aku buat surat dan bagi kepada guru kelas aku, mula2 cikgu aku tak setuju aku berhenti mula2, siap pujuk aku sebab dia cakap dia dah usahakan untuk dapatkan bantuan (lebih kurang macam biasiswa) untuk aku sebab keluarga susah time tu tapi aku tipu aku cakap dah dapat offer untuk sambung ke kolej swasta, so end up cikgu aku terpaksa accept je surat aku. Lepas je bagi surat tu aku rasa lega gila. Oh by the way, result UPU tu aku tak berjaya dapat masuk ke mana2 universiti pun sebab result aku biasa2 je.
Lepas je aku berhenti tingkatan 6, aku cari kerja balik dan dapat kerja di shopping mall. Tak silap macam bulan 9 aku start kerja di Parkson, Klang Parade under department toys & stationeries. Gaji aku time tu sebulan macam 500 ringgit je basic salary, kalau OT dapat lah lebih sikit dalam beberapa puluh ringgit je haha. Tapi aku kerja situ kejap je sementara dapat offer sambung belajar di uni. Alhamdulillah lepas tu aku dapat tawaran sambung belajar di Uitm Machang untuk intake bulan 12. Macam biasa mula2 mak aku tak bersetuju aku sambung belajar sebab ktorang memang family susah kan. Dia rasa better aku kerja untuk bantu family. Yelah aku ada 2 orang adik yang masih bersekolah time tu. Mak aku pun kerja kilang je, while ayah aku takde kerja tetap jadi mak aku rasa baik aku continue kerja at least boleh ringan kan beban dorang. Tapi aku berdegil dan nekad dengan keputusan aku untuk sambung belajar. Walaupun pada ketika itu aku dapat offer course diploma in accountancy, totally lari dari subjek SPM aku, aku still accept dan decide untuk pergi je dengan harapan masuk je uni dulu belajar dan lepas tu buat rayuan untuk tukar course.
Aku still ingat kata2 aku pada mak aku masa tu, masa aku berumur 18 tahun pada tahun 2005. "Inilah masanya akak sambung belajar supaya akak boleh ubah nasib keluarga kita. kalau harapkan akak kerja macam ni, ada SPM je macam mana kita nak hidup senang. Biar kita bersusah sekarang, supaya kita bersenang dihari kemudian". Lebih kurang macam tu rasanya aku cakap kat mak aku, jadi mak aku pun mengalah lagi sekali. And yes again aku sambung belajar guna duit gaji aku 100%. Duit tu aku guna untuk persiapan aku ke uni dan bayar yuran pengajian untuk pendaftaran. Alhamdulillah nasib baik time tu PTPTN ada bagi waran pendahuluan untuk sambung belajar. Aku tak ingat amount dia berapa, 1.5k rasanya. Duit tu untuk topup perbelanjaan ke kelantan.
Sebenarnya kan masa aku dapat surat tawaran Uitm mula2 tu, aku menangis tau. Bukan tangisan kegembiraan, tapi tangisan kesedihan sebab aku dapat course yang aku tak minat, paling dibenci masa aku tingkatan 3 dulu. Kos Akaun, lepas tu jauh dari rumah plak tu, Ke pantai timur lah kita huhu. Mula2 aku macam tak nak pergi, tapi ayah aku pujuk aku dan suruh aku fikir masak2 sebab bukan senang nak dapat tawaran ke universiti awam tu yang end up aku decide untuk accept offer tu. Who knows dari mula2 ingat pergi sebab nak dapatkan tempat di university je so aku boleh request untuk tukar kos, end up aku stuck kat bidang ni till now. Kuasa tuhan, maybe ni sebenarnya perjalanan hidup aku.
Dari diploma akaun stay selama 3 tahun (2005-2008), then sambung ke degree akaun selama 2 tahun setengah (2008-2011) dan sekarang bekerja di bidang yang sama selama 13 tahun (since 2011). Perjalanan dari tahun 2005 sehingga kini tahun 2025. Doakan perjalanan aku untuk completekan paper ACCA aku tercapai ya. Just left one more paper je dari total 5 papers (since 2015).
Oh by the way nak share update yang sekarang aku dah berjaya completekan induction course MIA aku, and now I am officially a CA (M). Alhamdulillah!
Korang rasa nak ke aku sambung cerita pasal waktu aku kat diploma and degree tu? Aku rasa tak payah lah ya. Ni pun nak habiskan ambik masa sampai part 4 HAHA. Tapi kalau aku rajin maybe next time aku ceritalah, tengok mood aku tau. Sis busy sangat2 ni huhu.
Ok sis permisi dulu ya. Bye uollsss!