Assalamualaikum everyoneeeee...
Sekejap je dah masuk bulan Disember kan. Last posting aku pun dalam bulan September. Apasal aku senyap jer berbulan ni? Sebab aku takde mood lagi nak membebel kat sini. Kadang tu idea ada, cuma mood kelaut so end up sidai jelah HAHAH.
Awal bulan hari tu aku ada ambil exam paper APM untuk kali keempat. Respond aku after exam? Entahlah huhuhuhu. Sedih sebab aku tak sempat nak habiskan semua soalan, as usual time management aku sucks! Salah sendiri, konon this round nak start early sampai aku postpone sit exam in December instead of June hari tu sebab nak bagi masa lama untuk study. Well, me being me memang study last minute juga kekdahnya. Nak dekat date exam baru la pelan2 buka notes huhu. So end up tak sempat nak practice banyak past year exam. Well, redha jela apa nak jadi nanti. Umur pun bukan muda lagi nak stress pasal benda2 kecik ni walaupun exam fee dia mahal nak mampxx huhuhu.
Sekarang ni aku tengah getting ready untuk closing year end pula. Sebab company kita orang year end closing every 31 Dec, so banyak benda nak kena prepare and getting ready untuk final audit awal tahun depan. Deadline dia very tight, so tick tock tick tock every second is precious. Before kena maki dengan big boss nanti, so angkat la bontot tu buat apa yang patut huhu.
Apa lagi nak merepek ya.. Oh esok birthday nephew aku untuk tahun pertama hehe. Sekejap je dah masuk umur setahun. Dia lahir bln 12 last year, 11hb. So esok ktorg plan family gathering kat restoran je. Makan2 dan makan kek. Ini semua idea mak aku nak suruh celebrate birthday budak kecik tu. Bukan la dia ingat pun sebab kecik lagi. Tapi alasan mak aku, kakak dia dulu kita celebrate takkan birthday si Anaqi tak nak sambut plak, kasihan dia. Okay, kita layankan jelah request mak aku tu huhu.
Tinggal lagi 2 minggu sebelum muncul tahun baru 2026. Scary weh sebab umur aku nak masuk 39 tahun depan. Wahhhh!! Tak sangka aku akan jadi setua ni dan masih single.. Slayyyy hahahah. Doa aku semoga aku dapat lulus paper aku tu, lepas tu cari calon suami x-x. Ok, gurau je haha. Umur 39 ni nak kahwin, bukan boleh hasilkan zuriat pun kan. Apasal lah aku buka topik pasal kahwin ni tiba2. Ok malas nak sambung haha.
Till then, jumpa lagi in next post! Bye...
Chiowwwwzz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan