Rabu, 24 September 2025

Bio si kaki blur 5

Assalamualaikum.

Looking back at my old posts --> bio si kaki blur part 1 until 4, made me want to continue update my story back in my university days.

Selepas aku dapat offer letter untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma perakaunan di Uitm Machang, aku decided untuk grab the offer dan membuat persiapan ke university. Segala persiapan untuk ke sana, barang2 keperluan, yuran pengajian aku guna 100% duit gaji aku semasa kerja di Parkson. Oh rasanya aku belum cerita part selepas aku berhenti tingkatan 6 kan?

Aku last bersekolah di tingkatan 6 masa bln 8, so lepas je berhenti aku cari kerja sementara dulu. Cari punya cari akhirnya dapatlah kerja di Parkson, Klang Parade. Tak silap aku kerja kat sana selama beberapa bulan je. Aku still ingat position aku sales assistant 2, gaji bulanan macam 500 rggt sebulan, and ada dpt OT tapi tak banyak la. Actually sepanjang aku kerja kat sana adalah moment yang best, kenal ramai kawan baru yang baik2, dapat timba pengalaman sikit. Aku jaga bahagian toys & stationeries. Weekdays memang tenang tapi bila weekend masyaallah memang kelam kabut sebab ramai kanak-kanak suka main bahagian toys tu. Kat department aku tu total ada 4 orang staff, 3 permanent and sorang part timer.

Kat parkson la aku start berkawan dengan orang lelaki, well aku anggap dorang semua macam kawan2 je or mana yang lagi tua tu aku anggap macam abang je walaupun dorang tu tua beberapa tahun je dari aku. Even orang tu atas umur aku setahun pun aku panggil je abang, sebab respect. Sama dengan yang sejantina dengan aku, tua setahun pun akak panggil je kakak haha. Bajet kita ni terpaling muda, tp mmg still muda pun time tu sebab umur baru 18 tahun. Baru nak kenal dunia sebenar, alam pekerjaan selepas persekolahan. Kalau nak cerita detail masa aku kat parkson tu agak panjang kena buat another chapter just for that haha. Maybe kalau rajin boleh la aku tepek zaman parkson aku kat sini for my memories. Sekarang kita focus pada tujuan asal bab kali ni ya haha.

Oh ya masa aku kerja kat Parkson aku still keep in touch dgn classmate aku masa kat form 6, Hazman. Dia yang bagitahu aku Uitm ada buka opening untuk intake Dec, kalau nak apply kena beli pin no kat BSN. Lebih kurang macam application kt UPU, cuma zaman aku dulu kita guna borang hardcopy untuk apply. Yang Uitm tu tak silap aku macam apply through online. Time tu rumah aku takde internet lagi, computer pun takde so pergi ke cyber cafe untuk submit online application. Well thanks to Hazman lah, kalau bukan sebab dia inform aku pasal opening Uitm tu maybe aku pun tak tahu aku berada kat mana sekarang ni.

Aku still ingat lagi the first day nak ke Uitm Machang. Time tu ktorang memang susah, kat rumah ada kereta kancil je. So abah pinjam kereta kawan dia untuk hantar aku ke Kelantan. Aku still ingat naik kereta Proton Iswara Aeroback, ktorang sekeluarga. Still ingat lagi ktorang lalu highway karaoke, and lalu kawasan pekan lepas Karak. Perjalanan yang sangat jauh. Kan hujung tahun selalu musim hujan, bila sampai area Kuala Krai jalan banjir plak. Ingat lagi moment ktorang redah air banjir tu, nasib baik la tak tinggi sangat air tu. Kalau ingat balik the struggle of my parents nak hantar aku sambung belajar kat Kelantan tu membuat aku still tunduk ke tanah, dan tak lupa kat mana aku berdiri sekarang ni. Kos perjalanan ke sana tu memang guna duit parents aku, tak tahu macam mana dorang cari duit. Maybe pinjam duit orang sebab kereta pun pinjam orang punya.

Aku rasa stop setakat ni dulu sebab posting kali ni membuat aku terkenang kisah lama time tu, aku rasa sedih. Next post je la aku cerita pasal 1st day my registration day and orientation days kat sana. Oh time orientasi tu adalah moment paling azab sampai aku tak sabar nak habiskan masa seminggu tu.

Okay chow dulu. Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan