Ahad, 8 Julai 2018

Abah 2

Assalamualaikum

Kali ni aku nak abadikan cerita tentang pemergian ayah aku kat blog ni supaya satu hari bila aku buka blog ni aku akan ingat balik detik tu.

Macam aku pernah post kt blog ni 2 tahun lepas, ya ayah aku pengidap sakit kanser. Kanser usus, stage 4. Dua tahun lepas ayah aku berjaya menjalani pembedahan untuk buang ketumbuhan/kanser kat bahagian rektum dia (usus besar). Tapi time tu doktor cakap sel tu da spread sikit kat usus kecil, hati dan limfa atas kut tapi just tompok kecil je. Lepas operate ayah aku ada menjalani sesi kemoterapi sebanyak 12 kitaran (sesi) kat institut kanser negara di putrajaya. Dia start kemo lebih kurang July/Aug 2016 macam tu lepas raya. Kitaran terakhir dia awal tahun 2017. Lebih kurang Feb/March 2017.

Alhamdulilah sepanjang sesi kemo tu ayah aku sihat walafiat. Rasa nak muntah tu ada tapi dia lawan and takde muntah langsung. Selera makan dia memang kuat sebab masa kau buat kemo ni kau memang kena ada tenaga. Kesan ubat tu memang kuat. Yelah part of ubat tu kan dari bahan nak buat nuklear. Masa dalam tempoh rawatan kemo tu badan ayah aku memang panas, tidur pun dia berpeluh. Dia kena sentiasa pakai mask bila keluar sebab imun badan kau dah takde. Kemo tu bunuh segala sel baik dan jahat. kau akan senang jatuh sakit and kau tak boleh pun nak makan ubat sebarangan (ubat demam ke selsema ke). Anything kena rujuk balik kt IKN.

Lepas habis kemo ayah aku sihat walafiat. boleh buat kerja macam biasa. Siap boleh repair kereta bagai. Siap boleh berjalan-jalan cuti-cuti malaysia. Dia makan macam biasa cuma ada pantang-pantang juga la. Seafood, daging, makanan frozen semua dia tak ambil. Dia still follow up ada ambil ujian darah/ check-up semua. Kadang pergi klinik kesihatan botanik, kadang pergi IKN, kadang tu pergi hospital selayang. Alhamdulillah sepanjang tu result dia ok je.

Tapi dia pernah mengadu sakit perut kat bahagian luka jahitan tu. Dan doktor ada cakap ayah aku ada darah tinggi. Setiap kali dia makan ubat tu, perut dia mesti rasa semacam macam ubat tu ada trigger gastrik. Ayah aku memang ada gastrik juga pun. Tapi bila mengadu kat doktor, macam tu jela respon dorang. Takde apa2 solution pun.

Cuma start dari bulan April tahun ni dia ada la muntah-muntah sikit. Bila makan mesti muntah balik atau macam senak. Ingat kan sebab gastrik mula2 tu. Ada juga suspek usus berbelit. Dalam pada tak sihat tu ayah aku siap balik muar mengundi masa pilihanraya 9/5/2018 tu. Balik muar tu dia sendiri yang drive. Tapi balik klang emak aku yang drive.

Ayah aku start sakit teruk lepas birthday dia 14/5/2018 tu. Dia makin kerap muntah. 16/5/2018 tu aku suruh mak aku bawa pergi klinik kumar since situ memang pakar bahagian gastrik atau bahagian hati (tak silap aku la). Kat klinik tu doktor buat ultrasound kat bahagian perut ayah aku dan suspek lain macam. Dia pun tanya ayah aku and ayah aku jawab dia sebelum ni doktor diagnos kanser, so doktor kumar tu cepat2 buat surat referral untuk dibawa ke hospital selayang. Hari tu jugak ayah aku pergi hospital selayang masuk bahagian kecemasan tapi doktor kat wad emergency halau ayah aku balik. katanya ujian darah ayah aku ok & result last check up ayah aku (bulan Mar18 dia ada buat skop yang kamera masuk bahagian bawah tu) pun ok. doktor tu siap marah cakap surat dari klinik tu not reliable sebab klinik tu bukan pakar. Ayah aku pun balik malam tu dengan sakit dan sedih.

The next day tu ayah aku cakap dia tak tahan sakit then pergi balik hospital selayang. Macam biasa kau memang kena pergi bahagian emergency dulu before kau boleh warded. Kali ni doktor lain pulak yang attend ayah aku. Doktor ni ok sikit. Ayah aku cerita la masalah dia & siap complain pasal doktor semalam tu. Doktor tu tanya tahu tak nama doktor yg marah diaorang tu tapi ayah aku cakap tak tahu, cuma ingat rupa je. Geleng kepala doktor tu dengan sikap rakan sekerja dia tu. Doktor tu bagi masuk wad tapi sekejap je. Esoknya ayah aku kena balik sebab weekend takde doktor yang boleh rawat. setakat doktor standby tu ada lah. Dia cakap nanti hospital akan contact balik suruh ayah aku datang untuk buat check-up. Ayah aku pun balik la dengan keadaan dia yang sakit tu. Termenung dia memikir sakit dia tu.

Malam tu ktorang adik beradik dah bincang ingat nak bawa ayah ktorang tu buat ct scan kat hospital swasta sebab kerajaan ni lambat sangat. Tapi tulah kalau swasta ni memang kena standby la duit. Masa tu aku ada cakap dengan mak aku takpe aku balik tanggung kos tu setakat buat check up je. Tapi being ayah aku tu memang dia seboleh-boleh tak nak susahkan anak2. Dia tak nak guna duit anak2 dia, dia tahu kat swasta mahal. Isnin depan tu dia ajak mak aku pergi IKN. Doktor cakap result kesihatan ayah aku ok, takde masalah. Ayah aku cakap dia tak tahan, sakit sangat perut dia. Asyik muntah. Dia merayu kat doktor minta masuk wad. Akhirnya doktor situ pun bagi ayah aku masuk wad 8 which is bahagian onkologi. Tarikh yang ayah aku warded kat IKN tu ialah 21/5/2018.

Sepanjang ayah aku warded kat IKN tu dia keep on muntah non stop. Setiap berapa jam dia akan muntah. Even malam pun dia muntah sampai dia tak boleh tidur. Masa ayah aku kt sana mak aku yang jaga dia. Ktorang adik beradik masing2 kerja. Datang melawat pun time weekend je. Sepanjang mak aku kat sana, aku lah yang galas tugas mak aku masak untuk berbuka puasa. Cuma bila aku banyak kerja terpaksa balik lewat then adik aku akan beli makanan untuk berbuka. Puasa tahun ni ialah paling worse, paling takde semangat. Orang lain weekend pergi shopping untuk raya tapi ktorang menghabiskan masa di IKN untuk tengok ayah ktorang. Yelah dah la weekdays tak dapat jumpa ayah ktorang, so weekend jela dapat melepaskan rindu dan tanya khabar dia. Time tu dia boleh borak macam biasa cuma banyak diam lah jugak sebab tak larat. Suara pun time tu da serak sebab asyik muntah je jadi suara macam dah ke dalam sikit.

Masa kat IKN doktor buat ultra sound, x-ray, ambil darah semua tapi tetap tak dapat trace sakit ayah aku. Sepatutnya ayah aku dijadualkan untuk buat ct scan 26/6/2018 tapi sebab dia asyik muntah non stop so doktor decide untuk cepatkan ct scan which is pada 6/6/2018. Mak aku cakap masa buat ct scan tu lama sebab ayah aku asyik muntah je so tiap kali nak muntah dorang terpaksa stop. Lepas keluar result then baru dapat tahu kanser ayah aku dah serang balik. So dorang decide untuk buat operation. At first nak operate kat IKN je, doktor pakar pun dah turun padang untuk tengok keadaan ayah aku. Tapi entah macam mana mereka decide untuk buat operation tu kat selayang sebab last operation ayah aku pun kat selayang dulu. Agaknya ayah aku jugak yang minta untuk buat kat selayang. Plus kat selayang dorang ada pakar usus.

So 7/6/2018 tu ayah aku pun dihantar ke selayang melalui ambulans. Means from IKN ke hospital selayang tu dorang hantar naik ambulans. 8/6/2018 hari operation ayah aku. Happy gila dia dapat tahu boleh operate sebab sebelum tu doktor macam hold dulu taknak buat operation. Dia siap whatsapp dalam group bagi tahu esok nak operate dah. Masa dia whatsapp tu pada 7/6/2018. Semangat ayah aku sangat kuat. Dia memang nak sembuh, nak hidup lama. Even operate tu sakit dia tak takut pun.

Yang jadi kemuncaknya bila mak aku call aku pkul 2pm pada 8/6/2018 bagitahu operation ayah aku tak berjaya. Doktor buka and jahit balik semula perut ayah aku tanpa buat apa-apa. Berderau jantung aku time tu. Aku pun ambil EL and terus shoot ke selayang dari office. Siap pakai baju F1 lagi. Masa sampai tu memang sayu gila aku tengok ayah aku. Dengan tak berbaju, keadaan dia lemah sangat. Doktor tak bagi bius pun. Morphin pun tak bagi. Masa tu doktor declare ayah aku dalam keadaan kritikal. Aku siap tanya doktor yang bertugas pasal keadaan ayah aku. Doktor cakap dorang memang dah tak boleh buat apa2 sebab kanser ayah aku tu sangat agresif dah merebak banyak tempat. Usus dia dah membengkak. Mak aku time tu memang dah menangis. Aku sampai dulu sebelum adik-adik aku. By the time dorang sampai kat wad and tengok keadaan ayah aku tu dorang terus menangis. Time tu memang ayah aku dah redha. Dia pesan keluarkan duit dari bank akaun dia untuk buat kenduri dia nanti.

Aku pesan kat ayah aku semua akan ok. Abah kena kuat lawan sakit abah tu. Memang masa tu aku betul2 berharap ada keajaiban akan berlaku dan ayah aku boleh sembuh. Depan ayah aku memang aku tak nangis tapi hakikatnya hati aku hancur gila. Bila aku balik malam tu aku menangis sekuat-kuatnya. Time tu aku sorang kat ruang tamu.  Esoknya ktorang datang balik kat selayang, tengok ayah aku dah kuat semangat balik. Dia cakap dia nak lawan sakit dia. Dia nak fight. Ktorang minta hospital selayang untuk arrange hantar balik ke IKN. Dorang dapat contact IKN and arrange untuk hantar ke IKN pada hari Isnin (10/6/2018).

Ingatkan bila kat IKN ayah aku boleh kemo tapi doktor tak bagi sebab keadaan ayah aku lemah sangat, Memang tak boleh kemo pun. Dorang suruh ayah aku balik since memang dah tak boleh buat apa-apa. Sekali lagi hancur gila hati aku. 12/6/2018 tu aku ambil EL untuk berjumpa dengan doktor paliatif kat IKN. Doktor paliatif bagi tahu keadaan ayah aku macam mana. Dia cakap raya ni adalah raya terakhir untuk ayah aku. Dia suruh bawa balik so that ayah aku boleh sambut raya bersama keluarga dia. Tengok dari keadaan ayah aku plus dengan pengalaman yang dia ada, doktor tu cakap masa ayah aku dah tak banyak. Hayat dia mustahil boleh sampai berbulan. Dia cakap sebulan maybe tak sampai, mungkin berminggu, mungkin seminggu atau mungkin tinggal beberapa hari je. Dia suruh bawa balik and bagi je apa yang ayah aku teringin nak makan walaupun ayah aku memang tak boleh makan. Apa yang masuk kat mulut dia akan keluar balik ke tiub yang disambung ke hidung dia tu.

Aku langsung tak bagitahu ayah aku keadaan sebenar dia sebab aku tak sampai hati. Masa kt selayang adik aku ada tanya doktor berapa banyak masa yang ayah aku ada. Doktor situ cakap paling lama pun 5 tahun, paling singkat pun  6 bulan ke setahun je. So ayah aku ingat dia still ada masa lagi and ada harapan. Takkan tiba2 aku nak bgtahu ayah aku abah doktor IKN cakap masa abah maybe tinggal beberapa hari je. Sure dia akan sedih dan aku pun tak ready nak bgtahu cmtu, serius aku tak sanggup.

Masa aku bgtahu doktor cakap abah boleh makan apa yang abah nak, dia terkejut. Dia cakap mana boleh nanti usus pecah. Aku cakap doktor kata boleh. Until doktor onkologi datang cakap pakcik boleh makan sikit2. Sebab usus pakcik bukan totally block, cuma saluran tu sempit sikit je. So pakcik boleh makan sebenarnya. Takpun pakcik boleh minum susu. Then ayah aku diam and dia akur. Ingat tak boleh makan langsung. Lepas dari tu dia makan je roti dan minum jus buah. Banyak gak roti dia makan.

Sehari sebelum raya dia balik rumah. (14/6/2018). Aku yang drive bawa ayah aku balik naik myvi. sekali dengan mak aku. Sebab dari selayang ke IKN memang mak aku pun ikut sama naik ambulans tu. Mak aku memang setia jaga ayah aku masa dia sakit 3 minggu kat hospital tu. Memang aku tabik betul dengan semangat mak aku. Nasib baik dia kuat untuk jaga ayah aku walaupun aku tahu hati dia tak kuat.

Seminggu juga ayah aku duduk rumah dengan ktorang sebelum ktorang bawa dia balik ke IKN semula pada 21/6/2018 tu. Aku yang drive ke IKN pada 2 pagi tu. Bawa ke bahagian kecemasan. Smpai tertidur ktorang kt bench tu masa tunggu giliran ayah aku. Pkul 7.30 am baru ayah aku dapat masuk wad. Kali ni dorang hantar ke wad 5 which is bahagian paliatif. Masa kt kecemasan tu doktor tanya kenapa bawa ke sini, aku cakap ayah sesak nafas. Lepas masuk wad pagi tu, aku, Elis dan mama balik rumah sebab ktorang tak cukup tidur. Petang decide akan datang balik. Ejam yang tinggal situ jaga ayah aku siang tu. Ktorang sampai IKN dalam pukul 5 camtu. Malam tu ayah dah lain macam. Nafas dia semakin laju. Pukul 9 mlm dia pergi meninggalkan kitorang buat selama-lamanya. Betul2 depan mata ktorang saat nyawa dia di cabut.

Yang aku sangat ralat tu dengan sikap pihak hospital. Sepatutnya semasa ayah aku kat rumah tu akan ada nurse paliatif dari hospis klang akan pantau ayah aku tapi sebab cuti raya seminggu dan dorang tak cukup staff so takde nurse yang dapat datang ke rumah. Bila aku call IKN complain, dorang cakap dorang tak boleh buat apa2. Sakit campur sedih aku time tu

Satu je aku nak pesan. Selain kita jaga kesihatan masa muda ni, kalau boleh ambil la insurans sebab kalau apa2 berlaku terus la pergi hospital swasta. Sebab kerajaan memang sangat lambat. Macam kes ayah aku la. Kalau dari awal ktorang bawa dia ke hospital swasta untuk buat ct scan, maybe nasib dia berubah. tapi wallahualam kuasa allah kan. Kalau dah tertulis memang umur ayah aku takat tu, takde apa yang boleh mengubah pun.

Sebenarnya banyak lagi aku nak tulis kat sini tapi sebab dah malam aku pn dah tak larat. ada masa nanti aku akan tulis lagi insyallah

-9/7/2018 (isnin), 12.50 am-

Sabtu, 7 Julai 2018

Abah

Assalamualaikum

Dah lama aku tak menulis kat sini. kadang tu ada menulis cuma aku keep as draft sebab stuck. Idea takde. Then leave it as junk dalam draft box sana. Last post aku bulan Januari tahun ni.

Tapi kali ni aku menulis sebab aku cuma nak bagitahu yang ayah aku dah pergi meninggalkan kami, dunia kita buat selama-lamanya. Ayah aku pergi pada 21 Jun 2018, hari khamis malam jumaat. Waktu pada pukul 9 pm ke 9.30 pm.

Susah untuk aku terima tapi itulah hakikatnya. Masa je la yang boleh mengubat luka kami sekeluarga. Setiap hari sampai hari ni aku akan teringatkan ayah aku. Rasa macam dia ada je dengan kami semua. Pemergian dia begitu drastik sampai susah untuk aku terima kenyataan. Bukanlah ayah aku pergi dengan cara kemalangan ke apa. Tapi sakit dia begitu mendadak. Dalam masa sebulan je.

Betul lah, sakit kanser tu memang tak ada ubatnya. Kanser tu macam bom. Tiktoktiktok.. bila-bila masa je boleh meletup. Once kau da ada sakit tu, satu je pengakhiran yang kau akan nampak which is mati cuma kau tak akan tahu bila je.

Kadang aku cuba ubat hati aku dengan mengatakan dunia ni sementara je. Yang kekal abadi nanti bila di akhirat nanti. Aku harap aku dapat berjumpa lagi dengan ayah aku kat sana. Sekarang kita yang masih hidup ni perlu teruskan kehidupan kita. Ayah aku dah tak ada so kami tiga beradik la yang kena jaga mak kami. Tak nak dia rasa susah hati.

Semoga kami berempat akan terus kuat dan tabah untuk menghadapi hari-hari mendatang. Insya-allah. Amin

-10.22pm, 7/7/2018 Sabtu-

Ahad, 14 Januari 2018

tahun baru buku baru

Hai!!!!

Selamat tahun baru!! Rasanya tak terlambat kan kalau aku nak ucap selamat tahun baru 2018 memandangkan hari ni baru 14/1/2018 :)

Lama gila aku tak membebel di sini. Terlalu lama hahahah.. Kadang tu banyak benda nak luahkan kat sini tapi selalu lupa. Bila da buka, terus blank tak tahu nak tulis apa sebab dah lupa apa yang aku nak bebel tu.

Tahun ni aku da berusia 31 tahun. hahaha.. tua da weh. tahun lepas pun da rasa tua sebab da masuk 3 series. ni tambah setahun lagi so semakin rasa menua dah haha. wrinkle kat mata pun dah ada. uban pun dah semakin banyak. tapi hidup still membujang haha. dulu aku ingat lagi masa umur aku 24 tahun. time tu baru habis belajar. kalau aku nak kahwin, aku set target kahwin umur 30 tahun atau time 30 tu dah ada calon la (BF la maksud aku) but sekarang dah masuk 31, bf pun tarak (takde).. adoiiii malas dah nak fikir. just go with the flow je la. kalau da sampai seru tak kemana kan. cepat atau lambat tu biar jela.

kalau ikut masa sekarang ni, dah 3 tahun aku sambung belajar acca aku tapi sampai sekarang tak habis lagi huhu.. out of 5 papers, aku baru je clear 2 papers. satu paper tu ambil 4 kali baru pass. so sekarang tinggal lagi 3. tak larat dah weh. rasa macam nak cepat2 habiskan supaya aku dah tak payah nak bangun awal hari sabtu untuk pergi kelas. kadang tu pernah terfikir, lepas habis acca ingat nak sambung master tapi fikir duit dan masa, takpela lupakan je la.tak payah fikir master, acca ni pun tak lepas2 lagi hahaha..

sekarang ni kerja aku dah semakin stress dengan deadline yang makin menggila sekarang. setiap tahun target dorang semakin ridiculous. tapi kuli kan, so hadap jela. kalau bos co sendiri tu lain la cerita. tapi run co sendiri pun bukan senang. nak manage orang, cashflow, business dengan nak cari sales bukan senang. silap2 lagi stress dan takde masa. tapi aku memang tabik la pada orang2 yang run business sendiri yet still boleh manage keluarga diorang despite of busy-ness diorang tu. and still boleh buat vlog & update blog.. peh memang hebat lah. kalau aku tak tahulah. alasan kan hahahah.. ok aku mengaku memang aku ni malas hahah sebab aku jenis orang yang chill relax tak suka kanchong2 ni hahaha. serabut weh life camtu sebab aku memang tak suka serabut.

dah lama gila aku tak jumpa kawan2/ geng aku. geng diploma dan geng degree. tanya khabar diorang pun tak. group whatsapp tu memang dah bersawang la hahaha.. masing2 sibuk kut dengan urusan masing2. ada yang sibuk dengan business diorang, sibuk dengan preparation nak kahwin, sibuk dengan kerja dan segala sibuk la hahah.. aku kalau tak sibuk dengan kerja time weekdays tu, weekend kalau takde kelas aku keluar dengan mak dan adik aku pergi food hunting atau window shopping. senang cerita life aku sekarang ni kalau tak sibuk dengan kerja, mesti sibuk dengan family aku. memang takde keluar bersosial la. kadang tu stay rumah marathon balik drama2 tv yang dah tertinggal. maklumla kerja balik malam, so dah balik penat takde masa nak tengok tv, so weekend jela time aku nak khatam kan semua drama2 tertunggak tu :)

camne la nak cari life partner kan camtu haha.. nak cari kat tempat kerja semua cina, dan kalau ada melayu pun mesti laki orang atau bf orang huhu.. sebenarnya aku jadikan semua tu alasan kut. walaupun aku set target nak kahwin umur 30 tapi sebenarnya aku yang tak ready kut. sebab tu la aku tak berusaha untuk mencari. DIA tu ada je cuma kita kena cari kan. tunggulah pintu hati aku betul2 dah terbuka baru aku fikir pasal tu hahah.. cewah ayat drama sangat kan..

em sampai sini jela berceloteh. lain kali sambung lagi.

Bye!