Ahad, 29 November 2015

Malas

Assalamualaikum

Lama dah tak merepek kat sini. ni semua salah si malas la hahahah.. si malas tu bertapak dalam diri aku la. nak study pun malas apatah lagi nak menaip kat sini. bukan apa kadang2 tu takde cerita nak tulis walhal bila aku tak on laptop, berderet segala cerita bermain kat otak ni kekonon nak cerita kat sini la nanti. tapi bila aku buka je blog ni terus sepi.. entah lah.

biasalah takde cerita menarik pun. tapi selalunya cerita dalam blog aku ni pun memang tak menarik hahahah.. aku je yang syok sendiri. eh bukan lah. memang hidup aku tak menarik pun. apa yang korang baca, itulah dia. semakin lama semakin bosan. agaknya life as andartu memang macam tu kut. takde warna langsung. ececeh ayat drama sangat. takde warna konon. ingat berseni ke nak warna bagai.. hahah.. bukan. just nak menmetaforakan cerita aku je. aplikasi kan warna (abstract) into cerita ni. oh sedih ayat aku. BM pun entah apa2, apatah lagi bahasa inggeris aku hahah...

by the way, tak lama lagi exam. 10hb disember. paper kedua aku, dah aku setiap sem amik satu paper je so ni kira sem kedua dan paper kedua la. preparation? entahlah. aku tak tahu apa yang aku belajar hahahah... basically paper kali ni more to real life application. nak2 lagi keja aku as akauntan, sepatutnya takde masalah pun. bak kata lecturer aku, jawapan takde dalam text book pun. kau just jawab apa yang kau tahu tapi make sure jawapan tu haruslah standard acca la bukan standard budak sekolah hahahah.. entahlah kosong otak aku ni. revision tak start. setiap kali buka buku rasa malas je, kalau buka utube, fb, gosip artis laju je hahahaha... sedihhhh!

sebenarnya bukan senang nak sambil belajar dan kerja. bukan masalah tak boleh cope, paper aku amik sikit je should be no problem pun. just attitude ko je. nak kena rajin la. mana ada orang yang sempurna dan bijak. semua pun perlu ada usaha kan. macam rezeki, kau ingat benda tu boleh datang bergolek, kau nak kaya kena lah usaha. even perompak nak kaya cepat walaupun cara dia tak halal, still dia usaha kut. selain usaha siap berani ambil risiko. kalau kena tangkap memang mampus lah. sama juga nak kalau nak kahwin, ingat duk saja boleh kahwin? of course la kena usaha. nak dapat awek/bf pun kena usaha kut. see, nothing is easy in this world. tuhan pun adil. kau nak kau usaha. tu je. so Sarah, please kalau kau nak pass paper ni kau kena usaha. wake up sarah, November almost come to an end & then December is proudly welcoming you with a big smile. aihhhh kenapalah aku bangang sangat gi amik ACCA.... Sarah Sarah...

ok tu je nak celoteh. kena stop sebab esok aku kerja, esok isnin Monday blues.

Sekian,

Terima kasih

Yang Benar
Akauntan pemalas

Sabtu, 7 November 2015

Adil

Kadang kadang hidup ni tak akan pernah rasa adil bagi kau? sebab apa? sebab sikap manusia tu sendiri yang tak pernah puas. tamak. haloba. ya, itu la manusia. lumrah. sebab kita bukan maksum macam nabi. kita takkan pernah terlepas dari melakukan dosa.

saban hari aku cuba mengingatkan diri aku, apa matlamat hidup aku. siapa pencipta aku. siapa perlu aku berbakti. pencipta aku adalah maha pemurah. tidak pernah pilih kasih. apa yang diberi semuanya adil. kita, setiap kita ada bahagian masing-masing, maksud aku rezeki. jangan lah kita bersikap dengki dan duduk di takuk yang sama. maksud aku bila nampak orang lain berjaya, kau dengki, kau berkata buruk pasal si polan, kau mengumpat, kau mengeji. manusia, cepat melatah dengan hasutan syaitan. dia bisik sikit, puh kau melatah. seharusnya kau bermuhasabah. apa yang telah kau lakukan untuk apa yang kau ada sekarang. seharusnya bila kau nampak kawan kau berjaya, haruslah kau berbangga dan mendoakan yang baik-baik. kau jadikan dia inspirasi kau. "kalau dia boleh, why not aku? "

sekian omelan petang hari sambil dengar lagu shuffle.

kata kata ni lahir dari hati ku yang tulus.

sekian.