Sabtu, 16 April 2016

Bila saya tahu membaca?

Assalamualaikum!

Hari ni aku nak cerita macam mana aku mula pandai membaca. Aku lahir tahun 80-an so consider gen y la kan? Aku anak sulung so kira macam aku ni first child yang mak ayah aku dapat lepas kahwin. Dorang kahwin tahun 1986, 1987 baru aku lahir. Biasalah being a new parents, so of course banyak benda tak tahu kan. mostly tunjuk ajar came from the elders (of course la dorang punya own parenst gak). Frankly speaking education mak aku sangat2 rendah. Orang tua dia tak hantar dia sekolah pun, just sekolah rendah agama jela belajar jawi je kut. Mak aku memang tak reti membaca rumi. sekarang da ok la sebab ktorang yang ajar. Meanwhile education ayah aku pula biasa je, sampai diploma je in mechanical engineering. dia nak continue study kat germany (according to him dapat offer dan sponsorship tapi arwah mak dia tak bagi) So di sini aku nak cerita genetik pandai tu hanya dapat di warisi sebelah pihak je which is from my dad.

Ayah aku sangat2 garang bab2 belajar ni. Berapa kali aku kena sebat masa kecik2 dulu. adik aku darjah 3 tak hafal sifir lagi kena pukul dengan ayah aku kut. ok back to our main topic. macam mana aku start boleh membaca? Parents aku start hantar aku ke tadika since 4 tahun atas permintaan aku sendiri. tengok macam best je gi school ni boleh pakai bag,uniform dan main dengan kawan kut tu yang aku insist untuk di sekolahkan seawal 4 tahun. tapi lepas tu da boring, berhenti setengah tahun jap masa 5 tahun tu then baru continue sampai 6tahun. sepanjang 2 tahun setengah tu maybe aku tak reti membaca lagi kut. aku pun tak ingat apa aku buat kat tadika tu hahaha.. kenal huruf mungkin dah la tapi tak reti mengeja lagi kut. lagipun tadika belajar buku peter & jane je hahaha..

Bila aku da start sekolah darjah satu iaitu masa umur da 7 tahun, ada satu hari tu ayah aku terperasan yang aku tak tahu membaca.. dia test aku dulu based on buku teks bahasa malaysia, amik kau aku tak reti jawab hahaha.. dia ajar aku la perlahan2. tapi darah muda of course la kurang sabar dan dapat pula anak lembab macam aku memang kena pukul la ahhaha.. masa tu hanger ke atau tali pinggang dah kat tangan dia, habis aku kena sebat teruk weh. kena marah lagi.. lepas tu terus aku tekun dan rajinkan diri last2 dah boleh membaca. aku boleh membaca dengan lancar masa aku darjah 2. sampai ayah aku terkejut aku dah boleh baca dengan lancar. semua gara2 ajaran ayah aku beserta kesan calar-balar di badan kut hahah..

Ingat lagi masa tak reti membaca dulu, bila pergi rumah mak long mesti buka buku resepi sebab dalam buku tu ada banyak gambar makanan. nak baca tak reti just tengok ayat2 tu abc dan tengok gambar makanan macam kekonon tahu baca padahal umur baru 7 tahun da tengok buku resepi ahhahah kelakar nya. oh selain tu harus berterima kasih pada komik doraemon, sebab dari situ aku asah skill membaca tu. sebab sebelum tu tengok gambar je tak faham, bila dah reti membaca amik kau lawak gila komik tu ahhahah...sebab tu sampai umur aku dah 29 tahun ni, aku memang kurang suka baca novel.. sampai sekarang feveret aku adalah baca komik dan buku resepi, tak sangka interest tu dah develop dari kecil lagi.. hahaha..

sekarang ni, tengok new parents seusia atau satu range dengan aku dah ada anak2, bijak betul anak dorang, belum umur 5 tahun da reti membaca dengan lancar. tu tak campur umur sthn lebih atau 2 tahun da kenal huruf abc da. memang bijak la budak2 sekarang.. yelah kemudahan sekarang tak macam dulu, sekarang banyak tools yang boleh bantu kanak2 develop dorang punya akal. ada ipad, flash card macam2 la. mak bapak pula berduit dan educated, tak campur lagi umur setahun dah hantar pergi sekolah khas untuk toddlers, so logik la umur 2 tahun da reti membaca kan. sekarang kan zaman teknologi, mana boleh mundur macam zaman 80-90an dulu tu kan.

tapi kalau aku dilahirkan dalam family yang well educated confirm aku umur 4 tahun pun dah reti membaca kan.. sebab time aku dulu, ayah aku busy bekerja, mak aku nak ajar aku pun dia tak reti membaca walaupun masa tu mak aku fulltime housewife. adik aku yang bongsu tu umur 6 tahun dah reti baca dengan lancar, tu pun sebab aku yang ajar. aku kecik2 cita2 nak jadi cikgu, so ayah aku belikan aku blackboard, aku selalu berlakon dengan adik aku jadi cikgu, adik aku jadi student. aku banyak ajar dia la sbab tu dia boleh pandai dalam usia muda. dia hafal sifir pun aku yang ajar. aku dulu darjah 5/ 6 baru terer hafal sifir weh hahahah.. nasib x kantoi kat ayah aku.

okeyla, sekian je cerita aku pada hari ni.

Bye!

Ahad, 10 April 2016

Exhaust

Assalamualaikum!

Hi April :)

Last post was in Feb'16, and that was one post only. hahahah seriously i became very the lazy one.

Sebenarnya nak omel yang aku da penat. semenjak da start kelas, aku punya social life da jadi sangat membosankan. Isnin-Jumaat kerja, hujung dan awal bulan balik lambat (2 consecutive weeks stayback till night ok), sabtu kelas dan ahad rest time! kalau time cuti semester, jumaat malam lepas balik kerja da merayap da, tengok movie ke jalan2 makan angin dalam kereta ke. tapi bila da start kelas, asal hari jumaat balik awal stay kat rumah buka buku sebab esok ada kelas nanti lecturer tanya tak mau la ternganga kan hahahah. kelas 9am-1 pm je tapi kadang2 lecturer extend sampi 1 lebih atau 2. lepas balik kelas makan dan membuta. kalau rajin malam merayap la takpun teman mama beli groceries. ahad melepot kat rumah sebab tak nak monday blues esok nya dan nak kena buka buku study.. kadang2 excident gak, buka laptop maraton movie/drama ahahahha. pastu mengeluh asal x study ni ahhahaha

tapi da 2 minggu lecturer aku buat extra class. extend 2 jam means 9am-4pm. penat weh. memangla kelas hari sabtu je tapi minggu lepas dan minggu ni tiap hari aku balik lambat kut sebab banyak kerja plus dengan tight deadline nak kena meet. dengan system migration (keep on tendang email sana sini sebab banyak sangat amendment on the reports), chasing the auditors on the draft audit report (sampai sekarang tak setel) dan dengan nak close account lagi (boss suruh buat banyak gila adjustment) fuhhhh very the tiring. sampai aku rasa fed up gila bila boss asyik panggil aku buat adjustment on th account. belum campur phone calls kat office tu plus dengan colleague tanya pasal office stuffs. penat weh sampai aku nak transform jadi hijau hahahah. nasib bukan time period kalau tak mood swing habis. lepas ni nak kena contact tax agent nak kena settle untuk tax submission. deadline bulan 4 ke 5 tak sure la.too many things on hand. sampai hari tu aku dalam lif kat office nampak few ubans kat rambut ni. nak cabut kontot sangat uban tu.

tapi lately ni aku banyak termenung ahahah.. fikir pasal masa depan. yela tak tahu la ni symptom late 20s ke. orang tanya aku takut tak nak masuk 30 da. wah gila aku tak takut weh. banyak benda aku fikir. pasal diri, career, study, family. fikir macam mana nak transform untuk jadi dewasa in a way wiser. seriously aku tak matang, aku mengaku aku macam budak2 kekadang tu. aku rasa dah tiba masa untuk aku tukar penampilan/perwatakan aku. cuba jadi matang. cuba berfikir macam orang umur 30 ( i mean matang) bukan bemakna nak tukar semua 360 deg tapi tukar perlahan2. kadang2 tu terhanyut dengan duniawi jugak tapi lately ni aku selalu mengingatkan diri aku pasal kematian. supaya aku ready. dunia ni kan pinjaman je. aku tahu aku banyak flaws tapi susah weh bila hasutan setan tu lagi kuat. mama da banyak kali suruh aku berubah tapi aku minta mak aku masa. aku tak ready. aku tak nak la on & off macam dulu. kalau boleh nak berubah biar la selama-lamanya. kalau boleh tak nak la luaran je suci tapi dalaman busuk. biarlah dalaman kita pun suci. sekarang aku belajar untuk tak melenting tak tentu pasal. aku banyak ingat kn diri aku untuk bersabar.

kadang nak rasa tertinggi suara kat parents aku atau da tertinggi suara aku akan duduk asing dan muhasabah balik. istighfar ingat Allah. cukup da dosa kecil kita kumpul hari2 tak nak dapat dosa besar pulak bila orang tua kita kecik hati dengan kita. tapi kita ni manusia biasa gak, tak lepas dari melakukan kesilapan kan. adat la tu. bila da banyak bersabar dan beralah kita akan jadi penat. korang ingat jadi baik ni tak penat ke. mesti kadang-kala kita perlu ruang untuk diri sendiri ( i mean prioritise  diri sendiri first) takkan selamanya nak letak kan orang lain lebih diri dari kita kan. selama ni pun telinga aku dah berdarah dengar preach dari kawan pasal lebihkan diri dari orang lain. tapi susah weh. bagi aku family adalah segala2 nya. darah daging kita kut. aku tak reti nak jadi selfish. entah. kadang tu selfish gak bila dengan kawan sebab hey kita kawan. i dont owe u anything so better i put myself first instead of urs aite? tapi bila it comes to family aku jadi lemah. what can i say besides than committing with all liabilities besides than study loan/credit settlement, most of salary aku habis kat family aku. of course la aku ada buat saving juga dan asingkan duit untuk makan waktu kerja. takpela, tetiba rasa bersalah merungut dan ungkit suma macam tak ikhlas kan. ish sarah sarah.

ok la. da ngantuk sebab dah pukul 12.16am plus esok monday kerja dan banyak benda nak settle kat office tu. rasa kurang sikit beban bila dah luah kat sini. lain hari aku update lagi .

Bye!