Sabtu, 4 Julai 2015

Saya yang dah lama tak merapu

Assalamualaikum...

Lama gila aku tak menulis kat sini. Last post aku 9 Mei 2015, pehhh lama gila..

Oh ya before aku continue merepek, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua hehehe.. Hari ni dah 17 Ramadhan, 17 hari umat islam berpuasa pada tahun masihi 2015. Aku perasan tahun ni punya entry hanya ada bulan 1,2 & 5 je dan next yang latest ni la, bulan 7 hahahah... less than half month of Ramadhan kita akan menyambut kedatangan syawal. Tahun ni punya persiapan entah lah. Macam biasa lah, every year memang aku yang keluarkan duit untuk persiapan raya. Ayah aku memang dah lama tak bekerja, mak aku pulak dah lama berhenti. Last year Raya dia masih bekerja so maybe kurang la sikit beban. Tahun ni semua tak kerja, tinggal aku sorang je so aku kena keluar duit lebih la. Anak sulung kan so kena la keluarkan duit. Thn depan harap2 la kurang sikit beban aku, sebab adik2 aku dah habis belajar time tu. so harap dorang cepat2 dapat kerja dan boleh tolong aku ringankan beban aku ni. Harap2 la.

Oh ya last time aku takde masa nak blogging sebab mood nak menaip memang kelaut plus busy dengan team building company, kerja, exam preparation, pastu family day pastu puasa. Aihhh memang dah lama la. bila busy tu biasalah mood nak buka laptop pun kelaut.

Setakat ni aku belum pernah pergi bazar ramadhan lagi untuk puasa tahun ni. hebat tak? hahahah.. sekarang ekonomi makin teruk dengan gst, minyak naik harga barang naik menyebabkan kos hidup makin bertambah so nak jimat cermat la kiranya. memangla ikut hati nak je pergi bazar tapi tahankan diri ni. Takut terbeli ikut nafsu hahahah.. Baju raya nasib aku dah beli before gst hari tu so ok la. takde la serabut sangat. kasut beg semua recycle je thn lepas punya. hahhaha jimat beb.

Raya ni plan balik kampung ayah aku kt johor, maybe 2nd day kut. sebab raya pertama selalu ktorang sambut kat rumah nenek aku means mak kepada mak aku la heheh. malam tu plan tengok midnigth movie macam last year heheh. tahun lepas ktorang tak balik johor sebab adik aku kerja on 2nd day raya so no choice la, kami beraya kat klang je. just raya keberapa tak ingat la, adik aku cuti (macam raya ketiga dan keempat kut) ktorang bercuti kat kuantan, jalan2 kat cherating. so tahun ni maybe raya dan berjalan kat johor jela. Aku cuti sampai raya ke 6 hehehe.. Next week nya kat ofis ada buat jamuan raya dengan dept aku. ni first time ktorang buat jamuan raya kat floor tu heheh sebab dept aku majoriti chinese so memang tak pernah celebrate raya pun. even nak raya pun tak pernah ada semangat hehehe.. Macam ni la kerja dengan co chinese ehhehe.. tapi tahun ni dapat ktorang sambut raya kat ofis, siap ada buat deco raya okeeee :)

Then 1/8/2015 result exam aku keluar.. debar weh.. harap sangat aku boleh lulus.. sebab hari tu aku tak tahu apa yang aku jawab, plus mostly jawapan aku semua pendek2 hahaha.. aihhh.. entahlahhh.. aku berdoa jela harap diluluskan. mahal weh yuran exam.. pastu bulan 8 dah start kelas huhu.. start balik la rutin weekend aku pergi kelas aihhh.. camnilah kan part time student.. tula gedik sangat nak belajar, amik ko...

Ok la, da penat nak merepek heheh.. aku nak pergi makan jap..


chiaozzz


Zzzzzz