Sabtu, 10 Oktober 2015

celoteh entah apa-apa

Assalamualaikum..

Semalam hari jumaat bersamaan tarikh masihi 9/10/2015. Tarikh dalam hijrah, sorry aku kurang pasti.

Hari ni aku ponteng kelas gara2 semalam. hahah. actually memang niat nak ponteng dari awal minggu ni, niat tu lagi kuat bila hari rabu lecturer aku wassap dalam group cakap suruh complete kan soalan past year untuk kelas hari sabtu yakni sabtu ni la 10/10/2015. pehhh soalan aku tak ingat 3 ke 4 soalan dia suruh completekan. agak2 la sikit, kita ni bukan fulltime student yang nak mengadap buku 24 jam. part time student ok, fulltime bekerja. balik rumah dah malam of course da letih. ni pun inform last minit, rabu meaning ada masa 3 hari untuk siapkan assignment tu. pehhh aku nampak mesej tu terbakar hati. terus cakap memang aku ponteng la kelas minggu ni. sepanjang 2 sem jadi student balik ni, ini 1st time aku ponteng kelas. gila tak skema hahhahaha...

bila semalam join aktivit company jadi sukarelawan, lagi bertambah la alasan untuk aku ponteng. kitaorang jadi sukarelawan untuk aktiviti painting kat sekolah rendah jenis kebangsaan cina. nama sekolah tak payah la sebut. memandangkan account (report) aku dah siap dan dah submit, aku minta izin bos aku nak join aktiviti ni. tak ramai pun yang join, padahal dorang memerlukan ramai sukarelawan so aku fikir why not join cuba okay ke tak.

Kat sekolah tu kitaorang kena guide budak2 tu untuk aktivit mewarna hahahah. ni pun actually untuk charity dinner yang company aku buat hujung bulan ni. total up yang volunteer 8 orang, tapi aku pair dengan officemate aku sorang tu so kitaorang bentuk 7 group. student semua budak darjah 6 semua ada 20 orang. sekolah ni terletak macam area2 kampung jugak la. sekolah tu ada 148 orang pelajar je. peh memang sikit la. kawasan tu tak banyak atau takde sekolah yang terdekat so some of parents dorang hantar anak ke sekolah tu, sebab tu aku tengok budak melayu pun ramai jugak. ada budak india, singh.

yang aku sangat kagum tu dorang communicate sesama dorang dalam bahasa cina (mandarin). even budak melayu india semua cakap cina. wah aku rasa macam kagum gila. terus rasa macam orang asing sebab aku rasa macam wah loser nya ahahaa..nasib baik budak2 tu tahu bahasa inggeris dan bahasa melayu. inggeris aku pun bukan strong sangar so aku tanya dorang, u reti cakap melayu tak? nasib dorang reti hahahah.. terus aku cakap melayu je dengan dorang. selain budak darjah 6, dorang hantar juga budak darjah 3 untuk tolong sebab tak cukup masa. apa kitaorng kena buat? kitorang kena warnakn paper clip yang warna hitam besar gedabak tu dengan rendamkan dalam cat lepas tu sangkut kat dawai dan gantungkan kat tali sepanjang area koridor sekolah. ni koridor menghala ke gate besar. ni kira aktiviti untuk budak2 tu tapi ktorang ni just tolong pantau je. budak kan nak2 yang aku handle tu budak lelaki, so macam main2 je, jadi aku tolong beruskan. oh selain gantung tu, ktorang kena berus bawah klip tu sampai warna cat tu tak berketul-ketul. dia berketul bila kita gantung, of course air cat akan menitik kan. jadi kena ratakan warna tu sampai tak menitik. peh penat doh. aku berdiri tengah panas sampai aku rasa tangan aku dah hitam kesan berjemur tu. koridor tu of course berbumbung tapi aku bediri kawasan takde bumbung tu yang terbakar tu. kitorang buat dari pukul 10.30 sampai 12 lebih. peluh menitik weh.

petang tu pukul 2.20 sampai ofis rasa macam penat dan sakit badan semua. tapi tetap sambung buat kerja pejabat sebab ada je kerja aku belum settle. dengan filing tak siap lagi. Aku balik rumah terus rasa nak demam hahahha.. manja sangat ni.

Actually apa yang aku nak sampai kan ialah sebenarnya bagus kalau kita dapat belajar pelbagai bahasa. Macam budak kecil yang melayu tu aku tengok fasih gila cakap cina. Yang membuat aku double impressed is budak india pandai cakap cina. baru darjah 3. bayangkan selain bahasa tamil, melayu dan inggeris, dia boleh cakap cina? maknanya 4 bahasa la dia tahu. wahhhhh *pengsan*

bila kita tahu bahasa asing, dunia ni akan jadi transparent (telus). orang pun tak boleh nak kutuk kau sebab kau tahu apa yang dorang cakap lebih2 lagi kau duduk kat malaysia ni yang memang multi racial semua bahasa nak ada belum campur bahasa kat sabah sarawak tu aihhhh.. tu belum campur yang kat semenanjung bila bahasa melayu pun ada loghat ikut negeri masing2. memang unik la.

alangkah bagus kalau aku tahu banyak bahasa kan huhuhu..

ok tu je nak coleteh.  bye!