Ahad, 13 Januari 2019

New year New me

New year, New me, But I am not changing, Still being me :)

Hari ni 13hb Jan, tak terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru. Kejap je dah masuk tahun 2019 kan. Dan kejap je umur aku dah bertambah setahun lagi. Tahun ni aku dah masuk 32, actual date of course la bulan 8 nanti. hhahahha. Dua minggu pertama ni aku busy settle kan closing year end 2018. Fuhhh stress gilaaaa. Esok isnin dah start kena kacau dengan auditor. What do you expect life as an accountant so just bear with it la kan? Unless aku change profession aku hahahah. Penat belajar degree accountancy then sambung acca lepas tu decide nak change profession? Sia-sia sarah hahah.

Aku pun tak tahu apa aku nak dalam hidup aku hahah. Bila dah sampai stage umur 30 ni aku masih terkapai apa aku nak. Memanglah aku ada banyak wish list yang aku nak tunai kan tapi tu lah entah bila haha. Cuma sekarang target aku paling terdekat ialah untuk settle kan balance 2 papers acca aku. Hopefully this year boleh clear kan. Insyaallah :)

Oh by the way, aku still single. Yup belum kahwin lagi hahah. Dan belum ada boyfriend. Kenapa takde? Entahlah. Bila orang tanya aku soalan kahwin aku pun takde jawapan. Nak kata aku lesbo, nauzubillah minta di jauhkan. Aku still bernafsu ok bila tengok lelaki ahhahahah. Wah confession berani mati. Cuma pintu hati aku belum terusik dengan mana-mana lelaki. Tipulah takde perasaan langsung kan, ada kat sorang dua ke. hahaha.. eceh sorang dua. ko boleh pilih sorang je sarah. Ok, cuma aku rasa lelaki tu macam tak sesuai untuk aku sebab aku nak lelaki yang boleh protect aku, jaga aku especially lepas ayah aku dah takde ni macam-macam benda berlaku kat kami which is time tu rasa susah nya takde orang lelaki. Dulu aku ingat aku boleh hidup sendiri tanpa bantuan lelaki tapi aku silap. Ada certain perkara memang lelaki di perlukan. Contoh bila kereta ko rosak, ko nak cari sape kan? hahahah gitewww.

So doa kan lah semoga aku di pertemukan jodoh, jodoh yang baik ya :)

Apa lagi nak bebel kat sini ya emmmm. No idea pulak. Nanti lah sambung lagi bila mood rajin datang.

Bye!