Sabtu, 19 Oktober 2013

kapel tak jadi

holaaa...

aku tak ingat aku pernah cakap tak yang aku tak pernah kapel? aku pun lupa daaaa...hahhaha..

selama 26 tahun hidup kat muka bumi ni, aku pernah kapel sekali je..itupun tak tahu nak kira sebagai kapel atau tak sebab macam tak real je..hahahah...aku kapel pun tak lama 3 minggu, itupun still dalam tempoh probation dan putus notis 24hours...hahahahah...

aku tak ingat nama mamat tu so aku just letak nama dia sebagai Mr F la ye..aku pun tak pernah expect akan kapel dengan dia sebab aku takde perasaan langsung kat dia kut..kapel pun sebab nak try best tak berkapel ni, kengkonon nak bereksperimen la..hahahha...Mr F ni muda setahun dari aku..aku kenal dia dari kawan aku, itupun melalui myspace..see, jumpa pun mamat kat myspace so nampak sangat aku ni tak laku wakakakak...

oke,sambung balik..masa tu aku tengah sem 3 kat kelantan..aku dgn kwn2 selalu jugak pegi cc kat pekan tu pegi online friendster/myspace/utube..time tu tahun 2007..masa tu manalah orang kenal fb dgn twitter kan..ke aku je yang ketinggalan zaman tak kenal..hahhahaha...ok2, aku start ada fb tahun 2008 ya so takdelah ketinggalan zaman sangat.. sambung balik..

kawan aku, Ain yang kenal mamat ni dulu,,kita beselah kan nak tambah kawan,asal nampak perempuan cantik pergilah add dia..then kawan aku IM dia sembang2..sembang punya sembang, rupanya budak kampung aku..orang klang, satu taman pulak tu..hahhaha..Ain cakaplah kawan dia (merujuk kepada aku) orang klang, satu taman dengan dia jugak & ain bagi lah dia ID myspace aku kat mamat tu..ain cerita jugak kat aku pasal F ni, aku pun teruja dengar cerita dia x sangka kut..lepas tu tak ingat lah sape add sape dulu..aku ke F..hahhaha...rasa macam F kut..takkanlah aku muka tembok nak add dia dulu..muka okeyyyylahh..cute jugak...lepas dah 'friend', so kitaorang start PM kat myspace..tapi aku kan sibuk, jarang nak keluar pegi pekan nak online jadi lambatlah reply msej dia tu..nak harap pegi lab kat U memang tak dapat sebab kena block kut myspace..huhu..

sebelum start cuti sem, aku pergi cc online reply mesej mamat tu..aku fikir nanti kat rumah lagi lah xdapat nak online internet..rumah mana ada internet, laptop/pc pun takde..nak keluar online cc mahal kut, bukan selalu ada transport..jadi aku dengan berani kan diri & muka tebal aku bagi no fon aku kat mamat tu...hahahhaha...sungguh tak percaya aku sanggup buat macam tu kut..apa jenis perempuan lah ko ni sarah...hahahah...

surprisingly, dia mesej aku kat hp tau..masa tu aku dah start cuti sem, dah ada kat rumah..wah, aku punya neves kut..ktorang mesej2 je mula2 tu..mana ada call2..sampai lepas beberapa hari tu dia ajak aku kapel..ak cuak gila tak tahu nak reply apa..ikut hati macam x sampai seru lagi..tapi aku fed up dengan kawan2 aku kat U tu sibuk nak match make aku dengan sorang classmate kitorang..fikir punya fikir, last2 aku reply aku setuju tapi bersyarat..ahhahahah...lawak bila ingat balik..syarat aku ialah, aku nak ktorang jalani tempoh percubaan dulu..tak ingat untuk berapa lama..kalau serasi ktorang jadi kapel betul lah, kalau tak serasi kita buat haluan masing2.. masa tu dia takde kat klang lagi, dia kat kolej kat negeri sembilan tak silap aku..

aku kan tak suka lelaki lebih muda dari aku, tak tahu camne aku boleh bengap terima offer dia..aihhh...padahal masa sekolah orang lebih muda minat kat aku, aku buat tak tahu je..hhahaha...aku anggap macam adik2..hhahaha... rutin lepas kapel cuba2, macam bese je..mesej, gayut kat hp tak ingat la macam pernah kut.. ktorang tak jumpa masa mula2..dia ajak jumpa masa dia da balik tapi aku tolak..hahhaha..malu weh..aku tak pernah keluar dengan lelaki, xtahu camne rasanya..memang cuaklah kan..

masa cuti sem tu aku kerja kat kedai baju kat taman sebelah.. aku bagitahu dia yang aku kerja tapi tak cakap kerja mana.. dia sibuk tak habis2 korek.. aku sampai stress aku sengaja tinggalkan hp aku kat rumah..hahha..time tu aku ada dua nombor, so aku bawak satu hp je la pegi keje..dia pulak ada satu je nombor aku, iaitu hp yang aku selalu tinggalkan kat rumah tu.. pastu dah selalu tinggal rumah memang memanjang la misscall sampai adik aku marah aku kenapa tinggal hp kat rumah, bising jek..

sebab dah tak tahan sangat aku bgtau mamat tu tempat keje aku..aku cakap aku keje kedai baju kat taman xxxx..tapi ak x bgthu nama kedai tu & exact location..situ banyak kedai kut..tak sangka dia boleh pergi cari aku..wahhhh...camne boleh terkantoi dia jumpa aku? pagi tu aku tengah housekeeping, panjat tangga nak bersihkan habuk2 kat baju so aku mengadap dinding la..staff kat situ boleh pulak panggil nama aku sebab dia nampak mamat tu jalan dari belakang kedai hingga kedepan bongkok2 sebab nak tengok muka aku..masa staff tu jerit nama aku, aku toleh la tup2 aku ternampak mamat tu pakai shades & pegang helmet..aku pandang dia, dia pandang aku..dia senyum lepas tu aku toleh pandang baju balik..dia keluar & mesej cakap dah jumpa aku..cuak weh..jantung aku degup2 laju..hahahah..dahla time tu muka aku sememeh gila..hhahah..jatuh saham aku...

kitorang pernah jumpa dua kali kat tempat kerja aku..sekali jumpa tu sembang sekejap je.. dia pernah ajak aku jumpa, masa tu ake dah setuju tapi sebab aku sakit perut so last minit cancel plan.. banyak faktor menyebabkan aku tak jadi teruskan kapel dengan dia..ktorang bertahan 2 ke 3 minggu aku pun tak ingat..

antara faktor2 nya:
1. kawan baik aku time sekolah nasihat aku suruh jangan teruskan r/ship tu sebab cinta cyber ni x boleh percaya takut nanti kena tipu
2.aku xde rasa apa2 feeling bila kapel dengan F, rasa rimas asyik kena kacau.
3. aku tak berapa suka bf lagi muda dari aku
4. dia pendek. sebenarnya tinggi sikit dari aku. tapi aku tak suka lelaki pendek..berangan nak laki tinggi2 baru nampak ohsem..
5. kapel pun sebab nak try best ke x..bila dah rasa tak best langsung so better stop..hahhaha..agaknya kapel dengan orang salah tu yang rasa x best kut. wakakaakk..

itu jela kut faktor2 nya..kiranya aku kapel time cuti sem je..start kapel bila dah cuti, putus sebelum start sem baru..so kawan2 aku xtahulah yang aku penah kapel..hahahah...lepas putus tu adalah dia contact aku tapi beberapa kali je sebab aku tak layan sangat..hahaha

beginilah kisah cinta monyet aku yang x berapa best..at least bila orang tanya pernah bercinta tak, ak boleh cakap pernah walaupun tak menjadi pun..hahahah..okeylah dari takde kan..hahhaha...

nanti sambung cerita lain pulak...bye!

Jumaat, 18 Oktober 2013

asssalamualaikum wbt...

dah lama tak mencoret kat sini..coretan yang tah ape2 la..memanjang aku busy kut..kalau tak busy pun, mesti buat2 busy..hahhaah.. tapi macam dah lain je screen ni..macam jakun pun ada..hahahha.. sebenarnya pelik je..takdelah jakun mana..hahhaha..ayat cover line...

banyak benda aku nak membebel kat sini sebenarnya tapi jadi stuck dalam kepala sebab tak tahu nak tulis apa..inikan macam diari aku walaupun sebenarnya aku ni bukan lah manusia yang rajin nak menulis pun..even diari pun mana pernah ada..kalau iya pun aku ada peristiwa penting yang memang sangat bermakna supaya aku akan ingat sampai bile2 tu, aku akan save the date dalam handphone je supaya one day bila aku tengok note tu dalam handphone akan terflashback segala peristiwa/kenangan manis tu la..

oh ya, semalam aku ikut mak aku pergi beraya rumah kawan lama makcik aku..kira kawan mak aku jugak la, tapi owner rumah tu lagi rapat dengan makcik aku (adik mak aku).. anak owner rumah tu dua orang dah kahwin..anak no 2, lelaki sebaya aku pun dah kahwin, tahun lepas..biasalah kalau umur baya2 dah kahwin, memang akan keluarlah soalan cepumas tu pasal bila nak kahwin..luckily aky tak kena, sebab sepupu aku (anak makcik aku) tu pun ada sekali, jadi dialah yang kena..umur dia tahun ni 28 tahun (tua dua tahun dari aku) & yes dia perempuan so memang akan kena tanya punya lah.. sepupu aku tu cantik pun ya, kerja stabil,kereta ada tapi bf je takde..aku agak je takde sebab dulu dia pernah ada bf,hampir nak tunang pun tapi tak tahu apa lelaki tu buat tah so terus sepupu aku tu tinggalkan dia.. lebih kurang camtu la ceritanya..

tahun ni umur aku dah masuk 26 tahun..hari tu masa 15hb 8 family aku sambut birthday aku, kat kedai warung biasa je setakat belanja makan2..ya kira masa raya la..kejap je umur dah 26 tahun..tinggal lagi 4 tahun je..masa dah tak banyak da.. huaaaaa.. satu apa pun aku tak buat lagi..tensi2.. ye, memang aku target untuk kahwin tika umur aku dah masuk 30 tahun..yer aku tahu la dah tua tapi kalau boleh aku nak enjoy puas2 sementara masih single ni.. sementara belum ada komitmen dengan sape2, masa ni lah aku nak kejar semua cita2 & impian aku...tapi usaha tak nampak langsung..hahhhaha...macam harem jeeee...

note: entry ni dibuat masa hujung hari raya, tapi baru sekarang teringat nak publish..ayat tergantung..hahahah

Ahad, 13 Oktober 2013

Random

Hai awak!

Oke, nite.

P/s: saja nak cakap tu je.. Bosan dan ngantuk!

Adios amigos wa berambus