Rabu, 18 Februari 2015

karma

Assalamualaikum semua!!!

Dah masuk pertengahan bulan 2, malam ni CNY eve dan kawasan rumah aku dengar bunyi mercun dan bunga api beberapa kali. Esok kan hari besar orang2 cina so standard lah kalau dengar bunyi mercun kan. Dah lama aku tak menulis kat sini, rasa rindu pulak dan rasa macam banyak benda nak cerita huhuhu. tapi aku ni pemalas nak mengarang sebab aku bukan jenis orang yang rajin menulis. ni aku taip je apa yang aku rasa dan terlintas kat kepala otak aku. hahahha.. macam flow & easy gituuuu hahahha...

Tadi siang aku balik awal dari ofis, lebih kurang pukul 5.15pm aku dah check out dari ofis in which 45mins early dari waktu habis ofis hour. Sebab ofis aku ramai chinese dah balik sebab dorang nak makan besar malam ni, even malays pun ramai dah cabut hahahha.. satu malaysia maaa even kita takde big dinner yet we still feel the same excitement on this big celebration cewahhhh dan dan je kan hahahhaha...

Korang tahu tak karma? what goes around comes around? maybe kali ni aku nak cerita pasal ni, karma. semua orang aku rasa mesti pernah ada karma dalam hidup dorang kan. macam tipu lah kalau takde. kalau bukan sekarang maybe nanti? aku tak ingat dalam hidup aku pernah ada karma tak. selalunya karma dikaitkan dengan benda tak baik macam kalau kau buat taik kat orang, one day kau akan kena taik tu balik, maybe bukan dari orang yang sama, which benda ni boleh jadi kau kena dari orang lain atau time tu kau ditakdirkan jadi macam tu. yes itu ialah karma. aku tak tahu lah kalau karma ni boleh jadi macam, "eh dulu aku dah berbakti kat orang tu so tuhan nak balas jasa aku dengan reward benda yang baik/ hebat". hahahaha.. macam gampang ayat tu kan? i personally think that's not what we called as karma. :p

Aku ni takdelah baik mana pun.. tapi aku paling tak suka orang pijak kepala orang lain. bagi aku kau buat jahat, one day kau akan dapat balasan cash di dunia. sekarang ni tak payah tunggu hari kemudia, tuhan boleh bayar cash you allls. Aku pernah rasa berada di bawah, ayat aku macam sekarang aku berada di atas je hahhah noooo ye. Aku orang biasa je, kerja makan gaji dan hidup tak mewah pun cuma sekarang ni apa yang aku nak aku mampu untuk usahakan as long as benda tu bukan di luar kemampuan aku. kalau aku nak makan benda sedap dan mahal, aku masih mampu untuk bayar. dulu tak, orang cerita aku akan wahhhh mahal tu hahhaha..

Aku pernah kerja kilang, aku pernah kena maki dengan orang yang x educated tapi bajet besar pangkat dorang padahal supervisor line/sub-dept je. aku kena maki sampai aku nangis dalam hati je. Aku memang tak suka orang ambil kesempatan atas orang lain. aku tahu camne rasanya bila kena pijak, bila rasa di humiliate kan. rasa sangat down okey. macam hina sangat ke aku ni. hahahah sorry aku yang ter emo pulak. kadang2 benda tu kecik aku je yang rasa besar. maybe aku paling pantang kena marah kut so aku x boleh terima kalau orang marah aku. yes, aku ada baran jugak. macam x professional je kan aku ni? hahahah..

Bagi aku manusia ni semua sama taraf. mati nanti kau pun akan kembali ke tanah even kau kaya ke anak raja ke kita semua tetap akan kembali ke tanah mereput jadi plankton hehehe... last2 jadi petroleum resources youuuu... kadang aku tak faham orang yang ada degree ni bila kerja bagus sikit mula lupa diri macam bajet diri hebat. tu belum lagi kalau ada master or phd.. phd perasaaan hasad dengki hahahah.. kesian penat dapatkan phd last2 orang panggil perasaan hasad dengki pulak. dengki free, phd bayar ok hahhah.. orang yang jadi boss, bajet macam pandai hina orang bawahan.. tapi jangan risau tak semua orang macam tu. ada je golongan atasan dan bijak pandai ni baik, rendah diri dan macam angel la.. rambut sama hitam hati lain2 kan. so please don't get offended of what i've said. ni cuma luahan hati kecil aku je. aku pun sampai sekarang cuba remind diri sendiri untuk jangan jadi macam tu, jangan lupa diri dan nak berlagak tak tentu pasal. tapi manusia standardla tak kan lepas dari buat silap just cuma kena istiqamah la. sentiasa ingat pencipta kita bahawa tuhan tu maha adil kan.

itu jelah bebelan aku malam ni. nak throwback pasal kejadian kat kilang tu macam malas pulak hehhe..

rasa ngantuk lak tetiba.. bye!