Jumaat, 5 Jun 2026

Cerita hari ini.

Location: Home Sweet Home

Date: 5th June 2026

Time: 9.45pm

Assalamualaikum..

Hari ni adalah exam day paper AFM aku. Aku attended pagi tadi kat PJ. Nasib baik still cuti sekolah so traffic pagi tadi agak okay. Aku keluar rumah pukul 6.25 am, sampai tempat parking dekat dengan Sinaro dalam 7.10 am. Sampai awal konon nak study lah kejap, sekali butterfly in my stomach rasa nak terberak sebab gemuruh kut so tak jadi nak revise note last minute. End up aku termenung pandang kotak parking depan aku tu sambil makan biscuit & kismis. Dalam pukul 7.45 am aku keluar kereta, heading to Sinaro sebab rasa nak terkencing. Buat hal plak pundi kencing and perut aku pagi2 buta. Faktor umur kut, menjak nak masuk 40s tahun depan hahaha.

Ok just nak share pengalaman aku attempt paper AFM for first time ni. Aku pun tak tahu apa yang aku jawab sebab time tu boleh plak lupa formula2 yang aku dah baca. Aku selak formula yg dorang provide, takde formula yang aku nak. Ah sudah, pishang dah. haha. Aku pun hentam jela jawab soalan tu. Disebabkan time consuming so aku tak sempat nak jawab semua soalan sebab aku tak tahu nak jawab macam mana. Nak goreng pun perlu idea ok, time consuming. 

So itulah cerita aku pada hari ni. Balik tadi rasa nak tidur tapi dah tak mengantuk, end up layan Netflix release stress. Makan kek, makan ayam goreng marry brown. haha. Aku tiap kali lepas exam begitulah, mesti akan melantak hilangkan rasa stress tu. 

panas plak malam ni. Ok la nak mandi. Esok ada kenduri kahwin nak kena pergi.

Bye!


Khamis, 7 Mei 2026

Salam Mei

 Hola!

Assalamualaikum..

Hari ni 7hb Mei 2026, time goes by so fast. Last post was in February 2026, baru sekarang aku muncul in May. Ke manakah March dan April pergi? I just skipped them. I was too occupied with I don't know what, work basically. 

Just want to post here, next month will be my exam month which is in early June. So aku decided to go with a new paper which is AFM paper. Ya Allah, kau permudahkan lah jalanku ini. I don't hope much, just wish I can answer the exam accordingly, means correctly. So scared. Wish me luck.

Bye!

Home Sweet Home..

Ahad, 22 Februari 2026

Feb the Fab!

 Assalamualaikum..

Welcome to the second month of year two O two six!

Still remember my post last month, on the small talk between my sister and me? On the resolution to pass my ACCA exam? Well, result was out in mid of January, and yes I failed the paper again for the fourth time LOL! The marks drop compared to previous sitting, from 47 to 41. OMG Sarah oh Sarah. Shame on you, continuosly failed from audit paper to strategic management paper HAHA.

So, I decided to change the game, change to another paper and yes I left with few more sittings before the expiry which will be in March 2027. Stress level 100%!

So I only left with another one option paper which is AFM, the paper with lots of calculations and formulas. With this age, nearly 40 (by next year) and my brain is deteriorating I hope that I can catch up and really hope I can pass this round. It is sooooo tiring keep on failing and repeating the exam as I need to spend my precious time to study, to drive far just to attend for the exam. I am so fed up with my self *sigh*

Enough of rambling in English, we continue blogging in Bahasa okay?

Hari ni hari ketiga kita berpuasa sempena menyambut bulan Ramadhan, bulan yang barakah. Tapi aku sempat puasa dua hari je, hari ni sampailah jumaat cuti puasa. Oh ya, Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua muslimin. Puasa jangan tak puasa tau, kecuali atas sebab tertentu je hehe..

Tu jelah nak tulis, ok wa cau dulu. Bye!

Sabtu, 3 Januari 2026

Small talk of two O two six

 Date: 3rd January 2026

Location: Rumahku Syurgaku

Time: 11.18 pm

Assalamualaikum.. Selamat Tahun Baru 2026!

This is my first post in this year. New year new resolution. Just now, drove back from dinner at Kedai Oren, suddenly my sister asked "What is your resolution for this year?" I kept quiet and think, then I answered her "No resolution"

"Takkan takde azam 2026, can be anything, you nak lose weight ke, pass your ACCA exam ke or maybe carry forward your azam from last year" this is her response. Eh susahlah nak menaip penceritaan, senang aku buat dalam bentuk dialog ya. 

Me: Azam ni macam kita set a target. Bila set target tu nak kena usaha untuk achieve. So tiap tahun tak achieve, tu yang malas nak ada azam tu. Nak pass exam, kan dah ambil in last year, sekarang tunggu result je. So kalau akak cakap nak pass exam acca, macam mendoakan fail je paper hari tu

Sister: Taklah. Maybe akak azam nak jadi member ACCA in this year ke. Ataupun set target turun berat by 5kg ke, ini kena realistik, jangan kata nak turun by 10kg tu memang impossible and susah nak achieve.

Me: Ok lah, azam akak nak be healthy this year, turunkan kolesterol nak sihat.

Sister: Ha ok lah macam tu. Semoga akak sihat and dapat turun kolesterol ya!

This conversation were lasted within 10minutes bcoz we already reached home after that.

Siang tadi kita orang lunch at Kays, sampai awal kat situ and sementara tunggu restoran buka, we had a casual talk about childhood memories. Sometimes aku ni suka je random talk, but it happen that things that I said has a point/ not meaningless.

Contohnya:

Me: Dulu masa akak sambung masuk Form 6, mama tak setuju sebab dia suruh kerja je while tunggu offer from any university. Tapi akak degil, but end up akak tak boleh carry Form 6 and decided to quit. Mama memang bisinglah sebab membazir. *Padahal aku masuk Form 6 100% duit sendiri hasil kerja lepas SPM*

Sister: Kenapa akak masuk Form 6 dulu?

Me: Ikut kawan. 

Sister: Dah tu kenapa berhenti lepas tu?

Me: Sebab kawan akak berhenti and masuk kolej. And masa tu budak melayu tinggal berapa kerat je, yang lain tinggal semua chinese and ada few Indians. Motivation akak drop. Yalah akak ambil aliran sains fizik, otak memang tak boleh go dgn subject calculations dia.

Sister: Akak tak sempat habiskan Form 6 lah kan? Tak sempat rasa final exam kan? Berapa bulan akak kat situ?

Me: Kejap je. Akak masuk bln 5 then bulan 8 quit. Exam tak sempat tapi sempatlah rasa tests. Akak kalau teori still boleh accept. Tapi yang akak tak boleh go tu bila time lab, kan ada chemist lab, physics lab. Kena buat experiment dengan lab partner, or dalam group. Kan kita kena hands on. So time tu membuatkan akak berfikir- ni baru lab experiment je macam latihan, cuba nanti dah kerja karang ini lah yang aku kena hadap tiap hari ishhh tak sanggup. tak boleh lah. Tu yang akak decide untuk berhenti.

Sister: Oh time tu lah akak dah fikir ke depan and decide untuk pull out awal2 sebab akak foresee memang tak boleh. Sebab tak kena jiwa akak. then who knows bila akak quit form 6, and dapat offer Uitm course akaun which is actually tulah diri akak yang sebenar walaupun mula2 akak tak nak course tu. Realitinya this accounting suits you sampailah akak sambung belajar ambil professional paper.

Sebenarnya point aku kat sini is, adik aku amaze dengan aku bila aku bijak buat life decision at age 18 hahahah. Tu je maksud aku not meaningless haha

Blur dah nak merepek apa lagi. Tu je lah update for today. Bye!  

Rabu, 10 Disember 2025

Merapu meraban, kerapu dalam reban

 Assalamualaikum everyoneeeee...

Sekejap je dah masuk bulan Disember kan. Last posting aku pun dalam bulan September. Apasal aku senyap jer berbulan ni? Sebab aku takde mood lagi nak membebel kat sini. Kadang tu idea ada, cuma mood kelaut so end up sidai jelah HAHAH.

Awal bulan hari tu aku ada ambil exam paper APM untuk kali keempat. Respond aku after exam? Entahlah huhuhuhu. Sedih sebab aku tak sempat nak habiskan semua soalan, as usual time management aku sucks! Salah sendiri, konon this round nak start early sampai aku postpone sit exam in December instead of June hari tu sebab nak bagi masa lama untuk study. Well, me being me memang study last minute juga kekdahnya. Nak dekat date exam baru la pelan2 buka notes huhu. So end up tak sempat nak practice banyak past year exam. Well, redha jela apa nak jadi nanti. Umur pun bukan muda lagi nak stress pasal benda2 kecik ni walaupun exam fee dia mahal nak mampxx huhuhu.

Sekarang ni aku tengah getting ready untuk closing year end pula. Sebab company kita orang year end closing every 31 Dec, so banyak benda nak kena prepare and getting ready untuk final audit awal tahun depan. Deadline dia very tight, so tick tock tick tock every second is precious. Before kena maki dengan big boss nanti, so angkat la bontot tu buat apa yang patut huhu.

Apa lagi nak merepek ya.. Oh esok birthday nephew aku untuk tahun pertama hehe. Sekejap je dah masuk umur setahun. Dia lahir bln 12 last year, 11hb. So esok ktorg plan family gathering kat restoran je. Makan2 dan makan kek. Ini semua idea mak aku nak suruh celebrate birthday budak kecik tu. Bukan la dia ingat pun sebab kecik lagi. Tapi alasan mak aku, kakak dia dulu kita celebrate takkan birthday si Anaqi tak nak sambut plak, kasihan dia. Okay, kita layankan jelah request mak aku tu huhu.

Tinggal lagi 2 minggu sebelum muncul tahun baru 2026. Scary weh sebab umur aku nak masuk 39 tahun depan. Wahhhh!! Tak sangka aku akan jadi setua ni dan masih single.. Slayyyy hahahah. Doa aku semoga aku dapat lulus paper aku tu, lepas tu cari calon suami x-x. Ok, gurau je haha. Umur 39 ni nak kahwin, bukan boleh hasilkan zuriat pun kan. Apasal lah aku buka topik pasal kahwin ni tiba2. Ok malas nak sambung haha.

Till then, jumpa lagi in next post! Bye...

Chiowwwwzz

Rabu, 24 September 2025

Bio si kaki blur 5

Assalamualaikum.

Looking back at my old posts --> bio si kaki blur part 1 until 4, made me want to continue update my story back in my university days.

Selepas aku dapat offer letter untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma perakaunan di Uitm Machang, aku decided untuk grab the offer dan membuat persiapan ke university. Segala persiapan untuk ke sana, barang2 keperluan, yuran pengajian aku guna 100% duit gaji aku semasa kerja di Parkson. Oh rasanya aku belum cerita part selepas aku berhenti tingkatan 6 kan?

Aku last bersekolah di tingkatan 6 masa bln 8, so lepas je berhenti aku cari kerja sementara dulu. Cari punya cari akhirnya dapatlah kerja di Parkson, Klang Parade. Tak silap aku kerja kat sana selama beberapa bulan je. Aku still ingat position aku sales assistant 2, gaji bulanan macam 500 rggt sebulan, and ada dpt OT tapi tak banyak la. Actually sepanjang aku kerja kat sana adalah moment yang best, kenal ramai kawan baru yang baik2, dapat timba pengalaman sikit. Aku jaga bahagian toys & stationeries. Weekdays memang tenang tapi bila weekend masyaallah memang kelam kabut sebab ramai kanak-kanak suka main bahagian toys tu. Kat department aku tu total ada 4 orang staff, 3 permanent and sorang part timer.

Kat parkson la aku start berkawan dengan orang lelaki, well aku anggap dorang semua macam kawan2 je or mana yang lagi tua tu aku anggap macam abang je walaupun dorang tu tua beberapa tahun je dari aku. Even orang tu atas umur aku setahun pun aku panggil je abang, sebab respect. Sama dengan yang sejantina dengan aku, tua setahun pun akak panggil je kakak haha. Bajet kita ni terpaling muda, tp mmg still muda pun time tu sebab umur baru 18 tahun. Baru nak kenal dunia sebenar, alam pekerjaan selepas persekolahan. Kalau nak cerita detail masa aku kat parkson tu agak panjang kena buat another chapter just for that haha. Maybe kalau rajin boleh la aku tepek zaman parkson aku kat sini for my memories. Sekarang kita focus pada tujuan asal bab kali ni ya haha.

Oh ya masa aku kerja kat Parkson aku still keep in touch dgn classmate aku masa kat form 6, Hazman. Dia yang bagitahu aku Uitm ada buka opening untuk intake Dec, kalau nak apply kena beli pin no kat BSN. Lebih kurang macam application kt UPU, cuma zaman aku dulu kita guna borang hardcopy untuk apply. Yang Uitm tu tak silap aku macam apply through online. Time tu rumah aku takde internet lagi, computer pun takde so pergi ke cyber cafe untuk submit online application. Well thanks to Hazman lah, kalau bukan sebab dia inform aku pasal opening Uitm tu maybe aku pun tak tahu aku berada kat mana sekarang ni.

Aku still ingat lagi the first day nak ke Uitm Machang. Time tu ktorang memang susah, kat rumah ada kereta kancil je. So abah pinjam kereta kawan dia untuk hantar aku ke Kelantan. Aku still ingat naik kereta Proton Iswara Aeroback, ktorang sekeluarga. Still ingat lagi ktorang lalu highway Karak, and lalu kawasan pekan lepas Karak. Perjalanan yang sangat jauh. Kan hujung tahun selalu musim hujan, bila sampai area Kuala Krai jalan banjir plak. Ingat lagi moment ktorang redah air banjir tu, nasib baik la tak tinggi sangat air tu. Kalau ingat balik the struggle of my parents nak hantar aku sambung belajar kat Kelantan tu membuat aku still tunduk ke tanah, dan tak lupa kat mana aku berdiri sekarang ni. Kos perjalanan ke sana tu memang guna duit parents aku, tak tahu macam mana dorang cari duit. Maybe pinjam duit orang sebab kereta pun pinjam orang punya.

Aku rasa stop setakat ni dulu sebab posting kali ni membuat aku terkenang kisah lama time tu, aku rasa sedih. Next post je la aku cerita pasal 1st day my registration day and orientation days kat sana. Oh time orientasi tu adalah moment paling azab sampai aku tak sabar nak habiskan masa seminggu tu.

Okay chow dulu. Bye!

Sabtu, 19 Julai 2025

Omelan kosong

 Time: 7pm

Location: On the road area Aeon Bukit Raja, stuck in traffic jam

Hari ni dalam kereta while driving on the road and then stuck in the jam, suddenly this thought popped out in my head. Flashing back old memories 20 to 30 years back.

Masa aku kecik dulu aku selalu berangan, angan-angan kosong. Simpan impian what I'm going to be when I grow up. Dreaming in achieving something in my life. Berangan one day nak pergi luar negara untuk sambung belajar, riding a motorbike (motor besar), building my dream house, to be 'somebody', running my own business (kecik2 dulu selalu berangan nak buka cafe attach with bookstore), get married and build my own family.

Looking at my presence, at 38 years old and still single, no boyfriend membuatkan aku berfikir apa yang aku buat sekarang. I didn't achieve any of my dreams. Ni bahayanya bila kau seorang introvert, kau terlalu banyak berfikir and fikiran tu menjadikan kau penakut, no confidence and became risk avoidance. Well, sometimes bila aku tengok life updates of my friends in social media membuatkan aku envy (bukan dengki, aku proud dengan achievement kawan2 aku) dan berfikir kenapa aku tak jadi macam dorang. 

I am a kind of person yang just go with the flow, in fact not me yang plan my career development, but it's actually my boss plan my career development. Boss aku come out with her succession plan which is dia nak aku jadi pelapis dia after her retirement. Basically macam the apprentice. Her succession plan will take around 4-5 years la to realize. What a loser am I, a person that just follow the flow.

Ya, aku percaya pada rezeki. I always believe what ever I had in my life is all about rezeki. Something good happen, oh itu rezeki. If something bad happen, oh kena redha and sabar, rezeki kita setakat ini je. It is good, but not good enough. 

Kita ni just a human being, maybe kita dah rencanakan apa kita nak buat tapi kita takkan boleh anticipate what will happen in future kan. Contoh kehilangan abah begitu awal time ktorang semua tak ready, rebuild the spirit to continue living and to survive. Tak, luahan aku ni bukan tentang penyesalan apa yang terjadi sebab itu takdir yang kita kena terima. Cuma aku tengah muhasabah diri dengan apa yang aku buat sekarang. I am not young anymore. 

Okay tu je luahan perasaan aku pada hari ni. layankan je ya :)