Ahad, 10 November 2013

Coret-coret sebelum tidur

Masa kecik2 dulu selalu berangan sebelum tidur. Berangan merangka perjalanan hidup 20 tahun akan datang. Bila dah dewasa ni, selalu mengimbau masa2 20 tahun yang lepas.

Manusia oh manusia! 

Sapekah manusia itu? Akulah.. Hahaha..

Nite & bye2..

Sabtu, 9 November 2013

hari hujung minggu ku

Salam satu Malaysia! Salam Hujung Minggu! Assalamualaikum :)

Hari ni hari Sabtu. Minggu kedua sabtu. Semalam yakni hari jumaat aku balik lewat. dekat pukul 11 malam baru aku check out dari office sebab kerja banyak gilaaaaa..last minit dapat dalam pukul 6 lebih..aihhh...jenuh nak menyiapkan..last tak siap gak pun..nanti sambung balik isnin..

tadi siang gi kenduri kawen kawan lama..kawan masa praktikal..aku angkut adik2 aku sekali, senang makan free..tak payah nak masak atau belanja makan luar.. mak aku kerja, ayah aku keluar tak balik2.. siapkan semua kerja2 kat rumah ni then keluar.. malam ni pun ada kenduri gak, sedara mak aku kut.. hari ni gantung kuali, jimat beras & gas..hahahah... esok pun ada jemputan gak..kali ni kawan sekolah dulu kawen.. sekarang ni musim kan..jadi banyak lah dapat jemputan nanti..biasa sangat dah every year macam ni.. hehehe..

kalau tanya aku bila lagi?? emmm tak payah lah..tak terfikir pun..rasa macam muda lagi malas nak fikir..hahahah.. padahal umur dah 26 tahun, tahun depan masuk angka 7 dah..hahahahaoiii.. rilek dulu sarah.. wat2 peace je huhu.. mak aku pun kawen umur 26 gak..

ok lah tukar cerita lain pulak.. tapi takde benda nak cerita.. nanti aku fikir dulu.. dah ada nanti aku share huhu..

ok la bye!

Selasa, 5 November 2013

kisah hidup saya

Assalamualaikum!

hari ni cuti awal muharam jadi aku tak buat apa pun, tak keluar sebab nak keluar pakai duit & aku ni dahlah kedekut so baik buat aktiviti yang tak perlu keluarkan duit..aktiviti hari ni, bangun pagi (pukul 10 lebih pun di kira pagi gak ye) basuh baju 2 trip, masak, cuci kereta & layan drama kat tonton. what a wonderful day i've spent today..muahahha..

kali ni aku nak share pasal satu benda. benda yang paling di benci but end up yang dibenci tu akan bersama kita, maybe for whole life..walaoweeee apa yang ko mencoret ni sarah..hahaha... okey ini kisah benar, in fact semua orang akan melalui fasa ini kan...okey, please don't lie..huhuu..

aku tak tipu, memang aku pun pernah melalu fasa ini.. tapi aku bukan nak cerita pasal cinta or love..no no..not this time, asyik cerita pasal cinta blablabla macam minah jiwang pulak..plishhhhh laaaa...hahahah...

orang2 tua pernah berpesan jangan terlalu membenci nanti akan kena kat batang hidung sendiri..orang tua kan banyak makan garam sebab tu mulut depa masin..hahaha..takde kene mengena pun..sebenarnya depa tu dah melalui dulu sebab tu depa tahu..well they talk based on their experience, so it's true & we shouldn't deny.

aku tak pasti aku pernah cerita sebelum ni ke tak pasal ni..kalau dah cerita pun takpe kita cerita lagi sekali ya.. aku masa sekolah dulu aku benci gila satu subjek ni. aku benci bersebab.. sebab aku tak pernah faham apa benda yang dibelajar macam adoi bodohnya aku ni..sebab aku tak faham jadi aku tak suka subjek tu..bukan tak suka cikgu yang mengajar ya..cikgu tak bersalah pun..sebab aku benci, bila masuk tingkatan 4 aku ambil bidang lain sebab tak nak mengadap subjek tu..hahhaha..padahal ambil bidang tu sebab bidang tu adalah jalan aku nak mencapai cita2 aku..

well, subjek yang aku benci gila tu adalah subjek akaun..hahah..bunyi macam suspen je kan..cehh, drama lah ko ni sarah..kan masa form 2 / form 3 kita ada belajar topik akaun dalam subjek kemahiran hidup(KH)? dalam KH kan ada banyak topik macam masak2,jahitan, pertukangan, elektrik, perdagangan dan lain2..yang lain tu aku suka, cuma akaun je aku tak suka sebab aku tak pernah faham apa yang aku belajar bila masuk topik akaun..bukan tak faham langsung..idok ler aye ni bebal sangat..hahah..cuma setiap kali buat latihan mesti salah & x balance..ape tah nate debit kredit ni..huhu..

aku dulu masa sekolah, salah satu cita2 nak jadi arkitek sebab aku suka seni..aku suka gila melukis pelan..tak kisah lah pelan rumah ke, bangunan ke..mostly aku selalu sketch pelan rumah lah so aku ambil bidang sains tulen belajar kimia,fizik, biologi.. disebabkan aku ni bodoh so result aku sekadar taik ayam je..those 2 subjects i got C okay..bodoh betul mu ni sarah.. macam mana nak jadi arkitek hahaha.. nanti salah drawing bangunan runtuh lak..hahah..eh ada kena mengena ke drawing pelan dengan kestabilan bangunan tu..itukan kerja QS & engineer kan.. hahah melalut betul..sebenarnya memang dah takde rezeki nak capai cita2 tu & mungkin bukan takdir aku di situ..aku harap tak jadi arkitek, tapi dapat kahwin dengan arkitek pun jadilah kan..ahahhaha..

masa dapat offer dari uitm untuk sambung diploma, depa offer aku kos akaun.. yes benda yang paling aku benci dulu..aku menangis weh sebab aku nak sangat sambung belajar tapi dapat offer kos yang aku tak suka.. nak tolak nanti tak tahu bila boleh sambung belajar lagi..masa tu ramai orang berduyun nak sambung belajar sebab seat memang limited..dah dapat rezeki takkan nak tolak pulak kan..ayah aku cakap takpe pergi je dulu, lepas satu sem minta tukar kos.. masa 1st sem tu memang susah gila nak catch up, padahal benda paling basic pun supposed senang nak score kan..aku siap pergi tusyen dengan kawan aku yang pandai tu.. tapi sem 1 result tak memberangsang kan, so macam mana nak tukar kos kan..aku decide untuk teruskan sampai la ni aku end up jadi akauntan..ahahha..unbelievable weh..dan sekarang aku rasa akaun adalah something yang sangat interesting. satu yang tak boleh nak diluahkan dengan kata2 ..nombor camne ko nak explain kan..hahhaha.walaupun aku belum dikira sebagai akauntan bertauliah (no CA cert & belum cukup 3 tahun to apply for membership) tapi still boleh digelar akauntan sebab akauntan tu tuk orang yang buat akaun jadi orang buat akaun tu digelar akauntan lah..sama macam orang buat kerja2 kejuruteraan, orang tu digelar jurutera or in english engineer..

macam mak aku gak..tak suka orang rambut kerinting sekali amik ko kahwin dengan bapak aku si rambut kerinting..apa cer tu..hahaha.. moral of the story, jangan terlalu membenci nanti sayang..wakakakak..

okeyla, dah maghrib..chow dulu dear blog..

adios amigos berambus!

Salam :)