Selasa, 31 Mac 2020

Duduk rumah Bab 2

Tarikh : 31 March 2020
Lokasi: Rumahku Syurgaku
Masa: 11.00 pm

Assalamualaikum

Berbalik kepada topik semalam, aku nak sambung apa kebaikan PKP kepada aku. Well buat apa aku nak cerita kebaikan kepada umum sebab benda ni subjektif. Lain orang lain tanggapannya. Gitewwww.

Disebalik segala complain yang aku lontarkan semalam, aku tak nafikan sebenarnya ada hikmah kepada apa yang terjadi. First thing is, ktorang adik beradik dapat spend more time with our mom. Yelah, ayah aku dah meninggal dua tahun lepas. So most of the day mak aku akan keseorangan di rumah siang hari sebab anak2 dia keluar bekerja dan selalunya aku adalah orang terakhir yang akan pulang ke rumah. Why terakhir? Kau tanya lah boss aku kenapa suka bagi aku banyak kerja hahaha.. Actually mak aku happy bila sekarang ni ktorang ada teman dia kat rumah. Ada geng nak bergaduh, bergurau even ktorang masing2 tengah bekerja. Yelah work from home katanya of course la kena kerja, kesian majikan kena bayar gaji tapi kita tak buat kerja kan.

Aku sangat menyesal dulu sebab aku kurang spent time dengan ayah aku masa dia masih ada. Yelah, Isnin hingga Jumaat aku bekerja, balik lewat. Kalau time peak lagi lewat sampai dorang semua dah tidur. Sabtu aku ke kelas (ACCA part time). Hari Ahad aku banyak duduk kat bilik sebab penat, nak me time la kekonon. Kalau nak dekat exam lagi lah aku kurang bercakap sebab sibuk nak ulangkaji. Cuma kalau ada saving lebih ke, dapat bonus ke baru aku akan bawa family aku pergi bercuti tapi dalam negara jelah. Even percutian budget je itu dah cukup buat parents aku happy ok!

Next benefit, aku dapat cut masa aku yang terbuang atas jalan. Well perjalanan dari Klang ke Setia Alam kadang tu mengambil masa sejam bila ada bad traffic. Itu satu hala je. Belum campur waktu balik. So sekarang bila habis kerja aku just boleh off laptop dan pergi mandi. Tak perlu nak drive haha. Dan boleh save duit minyak dan tol.

Third, aku dapat merajinkan diri ke dapur dan memasak. Sebab sebelum ni Isnin hingga Jumaat kerja so memang mak aku yang sediakan dinner ktorang. Balik je lauk dah siap semua. Sabtu dan Ahad mak aku gantung periuk so ktorg akan bawa dia pergi makan kat luar. Siap food hunting try kedai makan mana yang best. Takpun aku akan bawa mak aku pergi kedai makan dan tapau makanan bawa balik sebab mak aku suka makan kat satu kedai nasi campur ni. Kedai tu ktorang boleh guna voucher dan selalunya voucher aku memang akan berlebih so time tu jelah habiskan bersama keluarga huhu.

Forth, aku dapat update blog aku yang sendu ni. Sebab aku ada extra time which aku dah dapat jimat masa dari yang aku sebut di atas. hahahah. Memandangkan aku tak boleh keluar, so ke sinilah tempat untuk aku membebel. Banyak benda sebenarnye aku nak update sini tapi aku punyai kekangan masa dan sikap kemalasan yang tinggi. Nak menulis ni bukan senang tau. Sebab aku kena ada mood yang baik baru tangan aku laju je typing apa yang otak aku tengah rencana ni. Kalau tak, aku taip2 then save as draft je hahahah

Actually the greatest benefit PKP ni ialah dapat break the chain of Covid which dah spread in the community. Kita nak selamatkan manusia sejagat jadi ini lah caranya sebelum kita dapat jumpa penawar kepada penyakit ini. Time PKP ni lah masa untuk kita muhasabah diri, look at apa yang kita dah buat dalam hidup kita, perbanyakkan amalan sebab masa kita kat dunia ni tak lama. Semua orang pun akan mati satu hari nanti so time nilah untuk kita kumpul dan simpan bekalan untuk our hereafter life. Fuhhh pandai betul aku berkata-kata yaaa  :)

ok lah sampai sini saja lah. Ada masa aku update lagi tapi cerita lain pulak ya

Bye!

Isnin, 30 Mac 2020

Duduk rumah Bab 1

Tarikh: 30 March 2020
Lokasi: Home sweet home di Klang, Selangor
Waktu: 10.16pm

Assalamualaikum..

Apa khabar? Still surviving? Hari ni dah hari ke 13 kita menjalani perintah kawalan pergerakan (PKP) or in english we called it Restricted Movement Order or another name is Movement Control Order. Apa tu? Kenapa kena kawal? Okay aku kena cerita dalam ni in case lah beberapa tahun akan datang aku terlupa yang kita pernah berada dalam PKP ni.

Kenapa kena kawal? Actually kita kena kawal diri kita untuk jadi lebih berdisiplin, kawal diri untuk duduk di rumah, kawal untuk jangan keluar (selagi boleh) supaya pihak kerajaan (orang2 berkepentingan) boleh menjalankan tugas mereka untuk kawal keadaan dan mengawal wabak ni dari memperluaskan wilayah mereka. Emmm aku rasa banyak betul perkataan kawal dalam ni. Berapa banyak kawal daaaaa. 

Okay, word of the day eh year is Kawal. Kawal apa? Kawal koronavirus dari meluaskan wilayah mereka.

Apa tu korona? eh makarena.... Stop Sarah. This is not funnehhh eh funny.

Tahun ni word paling trending is Covid-19 atau nama penuh Corona Virus Disease 2019. Covid ni sejenis wabak penyakit berasal dari Wuhan, China. Untuk lebih detail silalah google. Aku percaya in future years google still wujud dan kalau search confirm bersepah history on origination of this disease. Sekarang ni virus tu dah merebak hampir ke seantero dunia dan menyebabkan beribu kematian.

Okay, berbalik kepada 1st para aku tu, pada 16/3/2020 Perdana Menteri mengumumkan yang rakyat kena menjalani PKP untuk bantu mereka membasmi wabak ini. Masa annoucement made tu, kes di Malaysia belum lagi cecah ribu. Pada mulanya kita diminta untuk menjalani PKP sampai 31hb Mac 2020 je which is for 14 days only. Tapi few days ago, PM made another announcement for another extension of 14 days which is in total we have to stay at home for a month.

Kenapa ada pertambahan? Sepanjang tempoh PKP ni, kes positif covid semakin bertambah bilangannya dan jumlah kemation di Malaysia pun bertambah setiap hari. 14hari PKP tidak mencukupi jadi perlu tambah lagi supaya orang yang positif covid ni boleh dijejaki dan diasingkan dari masyarakat. Emm aku rasa dah lama aku tak guna perkataan bahasa melayu macam ni. Hahahah jangan salah faham. bukan aku kekwat macam english aku bagus sangat. Fact, english aku pun tak bagus. Sebab ayat seharian yang aku guna sekarang is more on numbers jadi nak menulis dalam sentences fuhhh mencabar sehhh. Sorry!

Untuk menurut arahan PKP ini, sesetengah majikan telah menukar polisi dari kerja di pejabat kepada kerja dari rumah. Syarikat yang boleh beroperasi pada tempoh ini hanya untuk yg berada di dalam kategori essential. Actually before arahan from government ni keluar, some employers dah bagi arahan to their staffs to work from home. Thumbs up to those employers yang sangat prihatin dan menjaga kebajikan pekerja. The rest bila dah keluar arahan from the government baru kelam kabut nak tukar polisi tu. Tapi tak boleh tuduh mereka ni tak prihatin sebab not easy to change this in a short notice. Sebab first thing first kau kena tengok kau berada di dalam industri mana. Takkan lah kau kerja dalam sektor pengilangan nak tukar polisi kerja dari rumah. Apokonoeh? Eh itu contoh. Aku pun taknak komen lebih2 pasal benda ni.

The real thing yang aku nak tulis di sini apa perasaan aku bila kerja dari rumah (WFH)? Mula2 macam best je sebab boleh bangun tidur ngam2, habis kerja sharp dan tak payah tempuh traffic jam pergi balik office. Aku selalu cemburu adik aku ada privilege WFH. Sebab company dia memang flexible, setiap hari jumaat adik aku akan kerja kat rumah. Means every Monday till Thursday dia kerja di office and every Friday dia kerja dari rumah. Bukan company yg fix the day tapi the staff gets the option which day that they want to choose. But all these subject to approval by their superior. Kalau kau dapat boss yang tak kisah, kau kerja mana2 janji kerja kau siap. Kalau boss tu ada trust issue, emmm tak dapek nak nolong eh. Memang tak diizinkan kau kerja di rumah hehe.

Sebenarnya itu apa yang aku rasa bila dapat tahu kena kerja dari rumah. Perasaan best tu sebenarnya tak seindah mana hahaha. Baru 1st day aku dah start complain macam2 haha. Terus dapat sedebik dari adik aku. "Baru akak rasa apa yang Elis rasa. Ingat macam best je kan? Sebenarnya tak". My complains were: 
- eh panaslah (biasalah kat office dah biasa aircond)
- sakit pinggang lah, sakit belakang ni!! (aku buat kerja bersila dengan meja kecik untuk letak laptop)
- Susah nak access info (some info i kept in my email personal folder which i can only access it in the office)
- Susah nak check documents (dah biasa tengok physical docs so nak tukar kepada paperless via screen memang mafan)
- Susah nak communicate, kadang kita bagitahu lain orang tu faham lain (dari face to face kena tukar kepada via whatsapp, team chats or call)

and the list goes on. Kaki complain aku ni hehe. Dan sepanjang PKP ni aku dah confuse hari dan aku rasa macam everyday pun bekerja. Takde dah privilege, hey its weekend so it is me time! haha.

Sebenarnya PKP ni takdelah teruk mana. Ada je kebaikan dia yang tak nampak dengan mata kasar. Tapi nantilah sambung. Aku dah mengantuk. Esok nak kerja lagi. Kang bangun lambat pulak huhu. Aku nak karang essay ni pun ambil masa sejam lebih ahaha. Well, writing is not my forte hehe

Ok Bye!