Ahad, 12 Februari 2017

Syukur & Sabar

Assalamualaikum

Dulu masa aku kecil-kecil aku selalu berharap aku ada kakak atau abang. Aku keep on asking (myself of course) kenapa aku dilahirkan sebagai anak sulung. Kenapa aku takde adik beradik lain atas aku. Then tengok kawan2 sekolah seronoknya ada kakak dan abang boleh bermanja, boleh pow duit, minta tu ni..

Bila aku dah dewasa ni lagi lah membuatkan aku rasa life is unfair. Sebab aku sulung aku kena tanggung banyak benda (i mean financially), aku rasa fed up. Kenapa adik2 aku tak macam aku.

Then aku realised, setiap kejadian Allah tu ada sebabnya. Kenapa aku di lahirkan as anak sulung, kenapa tu kenapa ni. Aturan Allah tu memang cantik, tak payah kita nak persoalkan. Setiap perkara mesti ada sebab tersendiri.

Bersyukur lah. Walaupun aku susah, at least aku ada rumah untuk berteduh, aku masih ada ibu bapa dan adik beradik, aku ada pekerjaan yang boleh tanggung kami sekeluarga, cukup anggota badan, cukup sifat. so apa lagi yang aku nak kan? Jangan tamak. Dan kalau rasa tertekan tu bersabarlah. Sesungguhnya hari kau akan tiba nanti.

Key for today, bersyukur dan bersabar.

Jumaat, 10 Februari 2017

Susah Senang

Assalamualaikum

Why when the things are simple yet people make it complicated?

Tu topik aku hari ni. Benda ni merujuk kat aku jugak. Aku tak tahu kenapa aku selalu fikir benda tu susah bila benda tu simple je. means how complex otak kita tu kan. Kadang-kadang benda tu jadi complex bila kita suka bermain dengan assumption. Belum start kita da assume tu ini sampai nak pecah otak fikir. Balik-balik what if? what if?

Actually communication is a key. Tak tahu, tanya. Don't assume. Nanti rugi.

ok la chiow.. wasalam.

Selasa, 31 Januari 2017

new post for new year dah basi

Assalamualaikum

hari ni (by the time aku typing dah malam pun) hujung bulan januari. Januari 2017. fuhhhh lama gila aku tak post something kat sini. dulu punya semangat at least nak post 1 entry per month jadi lah tapi haremmmm memang takde la. niat tak seiring dengan perlakuan. eh betul ke ni hahahah.. maksud aku plan is easy tapi to initiate it is aint easy weh. ok lah panjang lebar celoteh intro aku.

since sudah masuk 2017, umur aku pun dah masuk ke 3 series. OMG!!! T.I.G.A ok. padahal aku rasa macam aku masih forever 20s hahaha. ok aku kena start ubah. ubah jadi orang yang lebih matang. no more kanak2 ribena please. wow, da lama aku tak guna terms 'kanak-kanak ribena'. it's been ages. hahaha.. umur macam aku ni some da berderet da anak. aku? anak tekak dan anak mata ada lah ahhaha.

ok besides than perwatakan, aku rasa kena start tukar penampilan aku jugak. kena be more elegant ececeh yet still modest. sembang kencang je (kannnn??)

oh baru2 ni aku baru tengok pasal post coco viral tu, padahal da lama pun dia femes sebab orang viralkan dia. just aku je baru nak hegeh2 pergi tengok. retrospectively ok. siap search kt youtube dan IG & berfikir siapa dia ni apsal orang dok kata pasal dia. actually aku nak sembang gak yang aku ni pun ada mix jugak hahahaha.. baru2 ni ayah aku buka cerita pasal asal usul ktorang cuma peratus kesahihan tak dapat disah kan lagi.

aku ni muka ada ala2 cina sikit. sampai orang semua ingat aku cina tapi cina sopan hahha.. siap ada tanya aku ni mix ke. aku cakap mana ada. aku pure malay la. just ada darah bugis sikit sebab tu nampak macam cina walaupun mata aku tak sepet pun. cuma air muka ada macam cina sikit je. nak2 aku putih (agakla) tu yang orang ingat aku cina. tu kira salah satu faktor la juga. ok sambung balik. ayah aku cakap maybe nenek moyang belah ayah aku orang cina tu yang hujung cicit tu ada macam cina sikit. mana tak pelik sebab arwah pak ngah aku dan abang sepupu aku memang muka cina habis ok. rasa adik sepupu aku pun muka cina gak. no wonder adik beradik aku macam terror gak la dalam matematik nak2 adik lelaki aku tu. memang expert la kira2 tu huhu.. aku pun pandai gak kira2, kalau tak takkan la aku kerja as akauntan kan kan kan hahaha..

sebenarnya ada satu lagi mix aku nak bagitau ni. tapi bunyi macam konflik sikit. belah ayah aku (nenek ada darah keturunan lanun, atuk pulak ada darah keturunan ulama) dan family belah mak aku (nenek keturunan kiai (merujuk kepada ahli2 agama la), atuk aku tak sure tapi ayah aku bgtau ada sedara mara atuk kat indon sana agama kristian so doubt jugak la asal usul dia). ok nak bgtau point aku sebenarnya ialah lanun + kiai jadi campuran apa ya?

oke bye!