Jumaat, 30 Januari 2015

Permulaan hari baru

Haluuuu

Hari ni hari sabtu, 24 Jan 2015. Pukul 10.06pm waktu malaysia.

Motif update seperti di atas? Abaikan please..

Tahun baru tahun 2015 bermula lah hidup aku sebagai student. Student part time. Pelajar ACCA. Thing that i've considered to pursue long time ago, but was interrupted due to re-thinking on my capabilities to finish it within the stipulated time. Ayat tak boleh blah hahaaha..

One day, after aku habis acca, kalau panjang umur dan rezeki melimpah ruah, will consider to take another level, master kut. ini wishlist je pun. achieve tak achieve belakang kira. tak salahkan berangan? Angan mat jenin huhu.. eh minah jenin.. :p

Target aku untuk ada master before 30s perlu diketepikan. Nak habis acca by 30 pun tak tahu mampu ke dak. 1 sem 1 paper. so total 2 thn stgh if aku xde fail. takpe perlahan2 kayuh kan?

Lagipun exemption fee dah bayar so tak boleh patah balik, kena teruskan perjuangan tu. Acca bagi 10 tahun tuk kita habiskan, aku just tinggal ambil 5 paper so okay kutttt.. hahahha...

Actually keputusan yang aku buat untuk ambil acca ni very the last minute ya. after been brainwashed & do comparison between master vs acca, so aku opted acca.

last year,2014. Masa raya aku check web uitm ada buka application untuk acca so aku ajak officemate aku untuk apply. Actually dia suggest untuk try kasturi, but aku cakap dengan dia why not try uitm dulu, maybe fees agi murah kut. actually the main reason aku nak amik kat uitm sbb dekat dengan rumah, jalan x berapa jem kut compared to PJ or KL kan..

So kita apply sama2. Bulan 11 invitation untuk interview keluar, both of us dapat panggilan tu. Tapi kitaorang dapat waktu berbeza. Aku kena petang meanwhile dia kena pagi. Ktorang perlu jawab writing test mula2. Soalan dia lebih kurang bila ada acca, macam mana nak apply kat tempat kerja as an accountant. Lebih kurang macam tu kut. After jawab exam lebih kurang 45mins, so kena tunggu panggilan interview. Setiap orang dapat panel berbeza. Sepatutnya aku dapat panel lain tapi maybe sebab dah lewat petang dan masih ramai queue, so aku dapat panel lain. Aku just kena kejap je macam 3mins kut. Sembang bese2 je. Takde kena soalan killer macam panel lain. aku dengar dorang ada yang kena pasal gst, pasal bank merger, acca vs cima etc. In fact masa di interview aku siap gelak2 dengan panel tu ahhahah , maybe sebab nak hilangkan perasaan guruh tu. Actually x de nervous sangat pun sebab aku x berharap pun akan dapat. Sebab aku ada 2nd thoughts, macam ragu2 nak amik acca tu.

Result keluar bulan 12, dan jeng jeng jeng. Officemate aku tak berjaya, Aku sedih gak la, dia agila sedih gila. So dia malas nak tunggu lagi dan terus register kat kasturi. Aku bulan 1 gi register sebagai student acca. Mula2 reluctant gak nak accept offer tu sebab takde kawan dan macam x ready. Tapi officemate aku suruh aku pergi dan sambung acca gak. Parents & adik2 aku pun cakap sambung jela since da dapat offer. Ramai gila orang yang pergi interview siap ada dua sesi, hanya beberapa orang je yang berjaya. PLK je 60 orang. Fulltime aku tak tahu la berapa orang maybe more than 60 kut.

So 2015 aku kena pandai tuk bahagikan masa between study, work & social life. Harap aku dpat bagi full commitment dan keras hati untuk teruskan. Insyaallah :)

*Baru ada masa nak continue entry ni & post on 30 Jan 2015, 12.16am*

Busy dan kemalasan yang maha maha mahalawak heheheh

Daaa!


Ahad, 11 Januari 2015

Salah satu history of my life-chicken pox

Assalamualaikum semua!!!

Hari ni hari ahad, esok kerja dah. rasa macam kejap je cuti 2 hari kan.. macam tak cukup huhuu.. tu pun aku tak reti nak bersyukur. orang lain lagi kesian, hari sabtu kena kerja so dapat rehat sehari je. Yang aku ni cuti dua hari boleh plak komplen kata tak cukup.. aihhhh apa nak jadi dengan ko ni sarah huhuhu.. ok, aku bersyukur. please stop rungut-ing sarah hehehheeh..

Ingat tak aku pernah cerita pasal aku kena chicken pox di previous entry? Yup aku nak share sikit pasal ni. at least bila aku tua aku boleh ingat balik camne aku kena, bila dan blablabla.. so consider aku nak abadikan kisah sejarah aku kat sini la hehhehe

Aku start kena masa 21hb Disember 2014. Aku kira sekunder la, so tak berapa teruk pun efek penyakit tu kat aku. Aku jangkit dari adik perempuan aku. Dari mana dia dapat aku kurang pasti. Sebab a few days before dia kena tu dia demam panas yang teruk & badan dia memang sakit2. Rasa takde jangkit dari kawan2 dia pun. Dia demam sebab kurang tidur busy dengan tests & projects. You see i put it 's' means too many test-s & project-s. Tu semua yang buat dia jatuh sakit. before ni dia tak pernah kena chicken pox pun. salah satu lagi yang ktorang rasa membuatkn dia dapat chicken pox ialah punca dari mak ktorang kut. Mama takde chicken pox but dia ada kayap @ shingles. Kayap api orang melayu kata sebab kayap dia ada cacar air yang gelembung2 tu dalam ada cecair. So benda ni macam sefamily dengan chicken pox gak sebab dia ada traits yang sama. Same nature i guess. That was what we found from googling :) Sometimes some infos are beneficial kan.

Ktorang baca yang orang yang ada kayap api ni tak akan merebak kan penyakit kayap kepada orang lain sebab benda ni bukan berjangkit pun. but orang yang tak pernah ada chicken pox sebelum ni, but exposing themselves dekat orang yang tengah ada kayap ini boleh kena chicken pox. means orang tu takde perlindungan kepada virus ni. Kayap & chicken pox adalah dari virus yang sama in which aku pun tak ingat apa nama virus tu. kena google la ya sebab benda tu senang nak cari pun. just tekan chicken pox then google, poppp keluar segala info yang korang nak. Ktorang blame mama sebab dia basuh baju sekali dengan ktorang semua so maybe dari situ start kena. padahal mama kena kayap tu da lama ada la dekat sebulan but chicken pox tu hinggap kat adik aku lepas beberapa minggu gak. bila adik aku sakit, system imun dia down so dari situ dia senang been infected kut. dan aku camne tak boleh kena dari adik aku. sebab aku selang sehari dari dia je. agaknya sebab share same bedroom & duduk sebelah2 cakap face to face so these viruses spread through air kut.

Dahlah 21hb tu sepupu aku kahwin kat BP. Masa aku ikut tu belum teruk lagi, just keluar kat badan few red dots but time tu da strt lemah2 badan. Malam sebelum tu aku ada demam kejap, badan2 aku sakit2, sengal2 dan time tu ada kua 1-2 bintik dan bisul. Tapi masa kat kenduri tu depa da strt kua banyak kat muka aku. orang tak tahu depa ingat jerawat je. Dah la dari pagi sampai ke petang aku kat BP. Malam pukul 9 baru aku sampai rumah sebab hiway jem gila time ktorang nak balik tu. ktorang tolak pukul 4/5 dari BP kut. Gila tak gila. Memang gila aku time tu dalam kereta. Da macam cacing kepanasan gatal2 dan sakit2. sampai je rumah terus aku mandi masa tu badan aku gatal ya rabbi bila aku sabun2. Malam tu serius tak boleh tidur sebab gatal dan sakit gila2. Esok tu terus gi klinik dan doc bagi aku mc.

Masa otw balik tu abah aku belikan kelapa muda suruh aku minum, lepas aku minum tu memang banyak gila red dots kua kat area chest, belakang badan, kat muka, kepala, telinga pun ada dan bahagian sulit. Malam tu aku kena teruk gatal2 sebab aku makan tak pantang. Kenduri weh. Aku belasah ayam, daging, telur. Semua yang gatal2. Singgah muar beli sate lagi. Tapi lepas doc bagi ubat gatal dan aku pantang makan semua tu yang gatal tu x sangat. setakat gatal sikit2 je, aku gosok2 lebih kurang, xde la garu2 sebab takut dia pecah nanti merebak lak dan berparut. Aku just makan nasi dan sup sayur je. Makan memang x selera weh sbb tekak perit gila ya rabbi Nak telan punya seksa. Aku makan roti sebab buat syarat nak makan ubat je. Memang turun berat badan time tu. Senang gila turun hahahaha. Hari keempat kena aku siap pegi bercuti kat utara. Time tu muka da kering kut. bila bercuti makan memang tak pantang la. seafood ayam telur semua bedal hahahah.. tapi still on medication la. bercuti bawa pills u ollss huhu..

Ahad, 28hb aku siap pegi kenduri kat kampung sebab ada kenduri tahlil. Tapi masa tu chicken pox mostly dah kering. Cuma hari tu badan aku da strt sakit2 balik. Aku sambung agi cuti seminggu sebab doc cakap kuping2 tu lagi berbahaya senang nak merebak virus kat orang. Kira 2 minggu la aku cuti tapi minggu ni aku masuk ofis memang gila la dengan pending tasks semua campur close account. Hari2 aku balik lewat.

Oh lupa nak tambah. Masa chicken pox tu, day 3 aku period. Time tu aku dah gelabah sebab kat bahagian sulit ada pox gak. Situ la paling sakit sekali. Tapi alhamdulilah kuasa allah sepanjang aku period tu aku tak rasa sakit atau gatal langsung bahagian tu. Suppose aku rasa gatal la sebab first day aku kena situ paling worse sekali. Ingatkan bila pakai pampers takde pengudaraan dan penuh kelembapan sebab darah haid dia akn bertambah teruk, but in fact dia terus hilang. Mcam baby bila pakai lampin kain tu kan selalu tumbuh ruam kat situ sebab terkedap je bakteria senang membiak kan. Tapi nasib takde. Tak tahu la sebab satu lagi aku pakai brand sofy ke. hahahah.. so korang beli la pad jenama sofy ya hehehe sempat buat iklan jap.

Oh lagi satu bila kena chicken pox jangan makan kicap dan jangan kena hujan tau. tu salah satu pantang larang la. Tapi semalam aku dah termakan kicap hahahah habislah hitam parut2 tu semua. Hujan dah lama kena tapi masa hujan tu aku kuping semua da tanggal da so no worries la huhu..

Aku harap da kena ni tak kan kena lagi la bila da tua kang huhu.. bukan apa takut gak kalau kena lagi sebab volume aku kena sekarang tak teruk so takut virus tu x mati dan ada dalam badan hibernate kat sana hahhaah..

Ok la tu je celoteh aku hari ni. Nanti2 aku share pasal benda lain ya

Daaaa :)

Jumaat, 2 Januari 2015

Tahun baru harapan baru

Happy New Year 2015!!!

Wah, lama gila aku tak update blog ni. Last entry bulan 11 which yang aku update partial dari skrip aku.. bulan 12 everything went well. Besides than good news, ada jugak bad news yang mana kita semua bersedih dengan apa yang terjadi di sekeliling kita, banjir besar dan kapal terbang yang terhempas. Banyak nyawa yang terkorban baru-baru ni. Think positive dengan apa yang terjadi. Terima qada' dan qadar dari ilahi. Setiap yang pergi di ganti dengan yang baru lahir.

Good news so far not in general, but for myself, my own achievement i guess. Aku dapat sambung belajar di local U. Yeah, kelas start in Jan 2015 tapi aku tak amik fulltime la. Part time student je, gila ko nak amik full. komitmen aku suma sape nak bayar, kereta, hutang PTPTN dan hutang lain2. Pelan pelan kayuh kannn.. Nervous la pulak nak jadi student balik semula.. Aku dah masuk umur 28 tahun baru ni baru nak terkedek belajar. Lama gak cuti, 3 tahun lebih weh. Takut otak da karat je.

Besides good news for me, ada gak bad news. Aku kena chicken pox, jangkit dari adik aku. Ni pun dah 2 minggu aku kena, so 2 minggu aku off dari office & 2 minggu kerja aku tertangguh kat office tu. Mampus lah masuk nanti kerja melambak. Tu satu hal. Kesian aku tengok rupa aku ni. Dah la muka x flawless, bila campur parut ni makin hodoh. Sape la nak kat aku nanti kan muka hodoh ni. Hohohoo.. Anyway, aku bersyukur yang aku ni masih hidup sihat sejahtera. Tak boleh nak merungut kannn.

Harapan aku tuk new year ni nak jadi lebih baik dan segalanya berjalan according to plan. Dah 28, adakah aku akan bertemu jodoh di umur ni?? Jeng Jeng Jeng.. ayat drama hahaha..

Okay la till then chow!!