Sabtu, 15 Ogos 2020

Kereta

 Dulu masa kecik2 maksud aku time dah kenal jenis2 kereta tu selalu berangan bila dah besar nanti dah ada duit sendiri nak beli kereta sekian sekian sekian. Ada banyak je list dream cars time tu, ala brand-brand kereta yang ada time tulah.

Tapi bila dewasa dah ada duit sendiri terus lupa apa dream cars masa kecik2 dulu. Beli kereta ikut kemampuan diri dan asal boleh bergerak je pun dah ok. Irony kan?

Siang tadi borak dengan adik aku pasal jenis2 kereta yang ktorang berangan nak beli masa belum bekerja hahah. Dulu wishlist kereta lain, bila nak beli kereta, beli yang mana mampu je haha. Sebab sedar diri tak mampu nak pakai kereta mahal sebab fikir mana nak cekau duit untuk maintenance kereta, renew insurance dan roadtax dan tayar 4 biji tu. Lagi mahal kereta tu lagi tinggi lah kos2 yang bersangkut dengan kereta tu. Nak bayar installment tu fikir dua tiga kali lah haha

Aku cakap kat adik aku:

"Abah pernah cakap jangka hayat kereta tu 5 tahun je sebab lepas 5 tahun tu performance dia akan kureng sikit even kita hantar servis ikut timing dia, means tak pernah missed servis kereta even sekali pun. So kalau dah 5 tahin kereta tu boleh la tukar kereta lain. Bagi akak kalau jenis suka nak tukar2 kereta cukup 5 tahun trade in je beli kereta baru. Tapi kalau akak, kereta akak beli tu akak takkan makeup, tambah body kit, tinted bagai. Akak just buat yg basic je, kalau tinted tu seller dah tinted takat tu akak ambik je takde nak topup2 kasi lagi gelap ke apa sebab akak tahu aku pakai kereta ni 5 tahun je so aku tak nak keluar duit lebih atas kereta ni. Takde nak tukar2 sportrim. 

Tapi kalau sayang kereta tu mmg beli untuk asset bergerak dan nak pegang sampai akhir hayat, then invest la improvise kereta tu on accessories (tinted, body kit, sportrim). "

Well masing2 ada pendapat masing2 kan. Kalau dah kaya sangat boleh je pasang kereta banyak2 dan tukar kereta sekerap mungkin ikut kemampuan korang lah haha

Tu je nak cakap. ok Bye!

p/s: Aku bahasakan diri aku akak kat adik2 aku :)

Syukurkah kamu?

15/8/2020

Hari ni, Sabtu ialah hari kelahiranku yang ke-33. Alhamdulillah aku diberi kesempatan dan kesihatan untuk menjalani kehidpuan di dunia ni dan menerima nikmat yang Allah bagi. Oh by the way, kebetulan tahun ni sama pula hari jadi ku dengan hari aku dilahirkan which is Sabtu.

Di umur aku yang sekarang ni, aku dah ada kereta untuk aku bergerak, aku dah ada rumah untuk aku berteduh, aku dah ada kerjaya untuk aku menyara hidupku. Cukup lengkap. Apa lagi yang aku nak mintakan? Allah dah bagi cukup nikmat kat aku. Alhamdulillah, aku masih sihat dan boleh bergerak ke sana sini, boleh makan segala makanan yang ada, boleh melihat menghargai ciptaan Allah swt. Syukur.

Kahwin? Rasa belum sampai masanya lagi kut. Aku percaya pada qada dan qadar. Jikalau bakal pasangan aku masih hidup di dunia ni, kahwinlah aku kan, kalau takde maybe jumpa kat SANA kut? haha. Peh aku rasa ayat aku hari ni lain macam level dia hahaha. This is so not me!

Well. Kali ni aku nak bercerita pasal syukur. Korang rasa cukup tak dengan apa yang korang ada sekarang ni? Maksud aku korang rasa puas tak dengan life korang sekarang? Apa yang korang impikan semua dah tercapai tak? Ke korang rasa tak cukup? Pernah tak korang rasa cemburu dengan apa yang kawan korang ada? Contoh, korang tengok igstory/posting kawan korang kat social media dan korang cakap untunglah dapat melancong, peh kaya pakai kereta mewah, peh makan kedai mahal ni ok check harga kejap dan the list goes on. Tipulah yang korang takde rasa cemburu kan?

Pernah tak korang rasa iri hati dengan apa yang kawan korang ada dan korang bercakap buruk pasal kawan korang? Contoh, peh pangkat tinggi ni mesti kaki kipas, peh mewahnya life dia untunglah kahwin dengan orang kaya dan the list goes on. 

Pernah tak korang tengok posting kawan korang tanpa ada perasaan apa pun ataupun korang motivate diri korang aku pun nak ada life macam dia ni aku kena kerja kuat, means it inspired u to work harder. Aku rasa manusia macam ni ada cuma tak ramai kut.

Ok now aku nak cakap pasal aku. Frankly, bila aku tengok posting kawan2 aku, aku akan rasa happy, seronok dan cakap wah bestnya dia dapat pergi melancong dan aku takde rasa cemburu sedikit pun. Maybe sebab aku bukan kaki travel kut. Kalau aku tengok life kawan aku yang bahagia dengan family kecil yg dorang ada aku akn tumpang happy, tanpa rasa iri hati dan busuk hati pun. Ataupun aku tengok kawan2 aku yang mewah lifestyle dia, aku akan motivate diri aku kalau nak life mcm dia kena kerja kuat or do something untuk ubah life aku.

Bagi aku simple. Kalau aku rasa tak cukup hidup aku ni, aku akan kerja lebih kuat, motivate diri sendiri untuk ubah hidup jadi lebih berjaya. Tapi kalau aku rasa cukup, aku akan bersyukur dengan apa aku ada tanpa rasa iri hati pada kawan2 aku. Bagi aku rezeki Allah bagi ni beza2 setiap orang. Jalan hidup kita semua tak sama. Ada orang berjaya pada usia muda, ada orang berjaya agak lambat, ada orang cukup je makan pakai semua asalkan dia happy dengan life dia ada tanpa perlu rasa stress.

Bagi aku mental health is very important. Kalau kau nak terus menikmati rezeki yang Allah kurnia kat muka bumi ni kau perlu rasa cukup dengan apa yang kau ada, i mean bersyukur lah supaya kau akan rasa happy. Sebab sakit ialah suatu nikmat yang Allah tarik. Kau sakit apa pun kau tak boleh buat. Nak makan sedap tak dapat, nak berjalan tak dapat dan hidup kau mungkin setakat tu je padahal banyak lagi nikmat Allah yang kau belum dapat rasa.

Live your life to the fullest. Hargai apa yang kau ada sekarang. Always feel blessed with what have been given to you. Dan jangan lupa pada sang pencipta, selalu zahirkan rasa syukur pada-Nya. Ada rezeki lebih tu good if you can share with those less fortunate kan. Bahagia bila dapat kongsi nikmat bersama-sama. Buanglah rasa tamak dalam diri sebab benda tu toxic.

Aku tahu bukan mudah untuk lawan perasaan tamak dalam diri. Aku pun pernah rasa benda tu. Pernah rasa riak dan ego dengan apa yang aku ada. Dan lukakan hati orang sekeliling aku. Kekayaan dan kesenangan tu cepat je Allah nak tarik. So sentiasa beringatlah. Bila perasaan riak tu datang cepat2 lah pujuk hati lawan balik supaya kita takkan lupa diri dan menyesal di kemudian hari.

Ok now dah stuck tak tahu tulis apa lagi. Chow dulu! Bye!

Ahad, 9 Ogos 2020

Hidupku

Lokasi: bilik tidur

09/08/20, 11.49 pm

Pernah tak sekali dalam hidup korang, korang berfikir apa yang korang nak capai dalam hidup korang? Apa matlamat hidup korang? Kenapa korang berada kat dunia ni? Deep kan soalan tu haha. Aku kerap berfikir, bila time aku free macam masa nak tidur, tengah mandi ke atau tengah driving ke tempat kerja, apa yang aku nak capai dalam hidup aku, apa yang aku nak buat dalam hidup aku. Maksudnya, aku plan ok lepas ni apa aku nak buat, atau bila aku nak capai sekian sekian sekian. Tapi selalunya tu planning je, jadinya ke tidak itu terpulang bergantung qada dan qadar. haha. Nanti bila terlalu mengharap, jadi sedih pulak bila tak jadi seperti yang dirancangkan.

Selain memikirkan pasal masa depan aku, pernah juga aku berfikir kenapa aku dilahirkan sebagai anak sulung, kenapa aku dilahirkan dalam keluarga ni, kenapa aku masih kerja kat tempat yang sama dekat 10 tahun, kenapa aku tak kahwin2 lagi. Banyak. What is my purpose of living ya?

Apa yang aku rasa tu susah untuk aku describe into words. Sebab apa yang berlaku dalam otak kita tu senang nak scribble compared to typing into words sebab jari aku ni tak selaju macam apa yang otak aku ni scribble. 

Aku rasa otak aku ni complex, aku rasa lah haha

Itu jelah nak cakap bye!