Sabtu, 8 November 2014

Friends vs Sahabat-Babak 2

Keesokan harinya, waktu pagi di sekolah .

Syah : Huahhhh!!! (Menguap). Ngantuknya. Rasa malas je nak datang sekolah. Kenapalah diwujudkan sekolah? Eh, Linda! Awalnya kau sampai. Selalunya kau lah yang tersenarai pelajar selalu datang lewat.
Linda : Tak payahlah kau nak perli-perli aku. Aku tahulah, aku ni siapa kan?
Syah : Janganlah merajuk, aku gurau je. Takkan kau sorang je kut, mana yang lain?
Linda :  Zue ada kat kantin, tengah beli makanan. Lapar katanya.
Syah : Dia? Biasalah! Kau tumpang Zue ke datang sekolah?
Linda : Ha'ah. Papa aku pergi outstation. Sebab tu kena tumpang Zue.
Mastura : Assalamualaikum! What's up gangs! Kenapa monyok je? Kitakan kena ceria-ceria selalu.
Yati :  Kepala hotak kau, Mas. Sekarang ni dah bulan 3. Tak lama lagi SPM. Tak kan kita nak macam ni je?
Mastura : Alah, rileks lah! Lambat lagi. Itu pun kau nak kecoh ke?
Linda : Entah. Apalah yati ni. Aku sokong kau Mas
Zue :  Aku rasakan, apa kata kita buat study group. Setuju tak?
Syah : Hah, itu problem besar tu! Cuba kau fikir, kita mana ada masa nak buat kerja-kerja ni.
Yati : Aku sokong 100% cakap Zue tu. Betul cakap dia. Takkan lah kita sibuk sangat kut sampai takde masa nak study.
Syah :  Kau tak fikir ke yati? Aku ni sibuk dengan latihan basketball. Tak lama lagi ada competition. Mas pula ada latihan netball. Linda ada latihan koir setiap petang. Kau pula tiap-tiap petang sibuk pergi tuisyen. Hanya Zue sorang je yang free.
Zue : Siapa kata aku free? Aku lagi sibuk daripada korang tau! Aku ni kan presiden kelab komputer dan editor majalah sekolah.
Linda : Ye ke? Selama ni kita orang tengok kau tak pernah pun sesibuk kita orang. Betul tak kawan-kawan?
Yati : Macam ni lah. Aku ada idea. Apa kata kalau kita bahagikan masa dengan buat satu jadual? Lepas tu, kita jadikan masa kita yang free tu dengan buat study group. Kan kita selalunya tiap-tiap petang sabtu kita selalu lepak kat shopping mall kan? Daripada kita melepak, baik kita tubuhkan satu study group. Amacam, setuju tak?
Mastura : Macam mana geng? Tunggu sat noo, kita orang bincang kejap.....

Bincang bincang bincang..

Mastura :  Okay, setuju!

Kringggggg... Pelajar beratur dan masuk ke kelas masing-masing.

To be continued...



Isnin, 3 November 2014

C21ta

Assalamualaikum....

ketemu semula kita di waktu yang berbeda.. ecececeh.. ayat xpernah x berdrama kannnn..

waktu sekarang sudah pukul 11.06pm, esok aku kerja.. ayat macam aku x kerja je hahahaha.. semalam sebelum tidur ingat memang nak update something kat sini since dah lama gak aku tak menulis kat sini. skrip aku tu nanti2 la aku sambung, malas bebenar nak menaip kat sini.

aku nak throwback kisah hidup aku masa umur aku 21 tahun, tahun 2008, bulan 5/6.

ingat tak dulu2 entry lama aku pernah cakap pasal sorang mamat ni yang buat aku rasa yang aku tak tahu macam mana nak describe. actually segan nak sebut satu perkataan tu, macam geli je, macam jiwang je, macam too berbunga bungaan. hahahahah... seriously, this is not you Sarah!

okaylah, ceritanya bermula macam ni. how aku boleh kenal mamat ni.

masa tu aku cuti semester 5 nak masuk 6, kira tengah final year diploma la. lepas aku habis exam, start cuti tu aku sambung kelas memandu untuk dapatkan lesen P. kenapa sambung? sebab masa cuti semester 4 nak masuk 5 tu, aku ada sign up kelas memandu, tapi cuti sekejap je lebih kurang sebulan kut, so sempat amik L je la. bila nak start kelas memandu tu, aku dah kena balik kelantan, so aku postpone kelas ke bln 5/6. abis terbang rm30 sebab nak renew lesen L tu. pfttt...

Lepas dah dapat P, eh by the way masa amik test JPJ tu aku ada bump into someone. someone tu artis uolss. time tu dia x femes sangat, means tak femes macam skrang la. sekarang femes ke? macam x sangat jugak..takpe yang pasal tu aku cite next time je k?

Sambung balik. Lepas dah abis test JPJ, aku da entitle untuk dapat P. so aku ada few weeks before start sem 6, jadi aku follow mak aku kerja kat kilang tempat dia keje. kilang apa? biarlah rahsia.

masa aku start kerja tu mamat tu tak ada sebab dia cuti, aku x ingat bila aku jumpa dia tah. ok lah. aku kerja situ pn xlama. macam x sampai sebulan kut. maknanya aku hanya kenal dia beberapa minggu je. dia satu dept dengan aku. dia atas aku setahun je. masa dia start kerja, dia pernah cakap dengan aku sekali, sekali je kut. sebab aku macam x layan sangat. bajet kekwat kut hahahah... yela, mak aku pun satu dept dengan aku, bajet mamat tu nak bersembang dengan aku kan.

kitorang start bertegur sapa lepas aku, mak aku dengan dia kena tolong satu dept ni sebab situ short of hand. dari situ aku start tegur dia, masa tu pun x borak sangat sebab dia ingat aku kekwat. lepas ktorang dah abis kerja kat dept temporary tu, masa tu dah abis shift, time tu aku dah start gurau2 dengan dia lah. dia pandang aku pastu bisik kat geng dia, macam nak ngata aku la tu. aku cakapla 'apahal pandang2' dengan muka ganas. since situ ktorang jadi rapat. dia suka usik aku, cari pasal dengan aku. time tu perasaan aku kat dia dah mula develop. aku fikir mamat ni budak kilang, belajar setakat SPM je ada, meanwhile time tu aku budak U so gap antara ktorang macam ada walaupun tak jauh. yela, aku time tu belum habis dip pun so consider x delah jauh sangat taraf tu nak banding dengan SPM kan.

Masa di hari2 terakhir aku kat kilang tu, aku dah mula rasa sesuatu kat dia lah. aku rasa x nak berhenti kerja, macam x nak balik U. peh memang parah. tapi aku diam2 je la pendam perasaan sendiri. aku siap nangis weh bila fikir nak kena berpisah dengan mamat ni. aku cuba psiko diri aku, aku cakap jangan simpan perasaan apa2 kat dia sebab dia pun dah ada gf. Gf yang sangat dia sayang. Ingat tak aku cakap dia cuti masa aku start keje tu, dia cuti sebab balik kampung jaga gf dia sakit. Dia orang pahang. dia kerja situ sebab nak cari duit lebih tanggung kos rawatan gf dia. dari situ aku boleh tahu mamat ni jenis yang setia, memang sayang gila kat gf dia.

Masa hari2 last day tu, aku buat macam biasa je, Macam hari2 sebelum tu, macam masa aku mula2 kenal dia, tegur dan kawan macam biasa. hebat tak lakonan aku? aku tak tahulah, tapi aku dapat rasa dia ada perasaan kat aku. camne aku boleh rasa macam tu? ok macam ni. muka aku ni nak kata buruk sangat pun tak, nak kata muka x laku pun tak. muka biasa je, still ada market. (peh, puji diri sendiri doh...muka x malu seh) kat situ ada gak beberapa orang lelaki yang usha aku, nepal ada, indon ada, orang melayu pun ada. tapi standard yang usha aku tu mat2 kilang je, cleaner pun ada. ahhahaha... low gila orang yang usha ko weh sarah. hahahaha..

ok. ada sorang cleaner ni, dia orang nepal, dia suka sembang dengan aku sebab dia x reti cakap melayu. so dengan aku jela dia boleh sembang. muka not bad macam mamat hindustan versi putih, macam ala2 amir khan la. dia kalau sapu kat dept aku tu suka stop tepi aku dan borak2, kadang2 kacau aku time kerja. ada satu time tu aku perasan mamat ni, ok aku namakan dia as K. aku perasan masa aku tengah gelak2 dengan nepal tu, K pandang aku, pandang ktorang dengan pandangan yang tajam, pandangan macam x suka. xtahu lah. macam pandangan yang x menyenangkan atau kata nama lain jeles barangkali? aku perasan tapi dia x perasan aku pandang dia. time tu macam muka dia masam. aku malas nak amik port la sebab aku rasa maybe aku salah pandang atau mybe dia ada masalah lain kut. xkan la dia suka aku sebab dia pun dah ada gf kan. motif nak jeles dengan aku? hahahha memang tak la..

so lepas da berhenti aku balik kelantan. continue rutin macam bese. aku xde contact dia sebab ktorang xde exchange number phone pun. aku x ingat berapa minggu aku stay kelantan, then aku balik rumah. x ingat cuti apa. cuti mid term kut. time tu birthday aku, mak aku ada bgtau dia yang sekian2 ialah hari lahir aku. dia tahu no fon mak aku dengan adik aku (adik aku pun ada kerja kat kilang tu gak lepas dia abis spm). dia text mak aku untuk wish birthday aku & suh kem salam kat aku. wahhhh.. ko tahu apa perasaan aku time tu? berbunga seh... memang happy gila la. aku reply msej birthday tu guna hp aku so since dari tu ktorang rajin sms. sampai aku dah balik kelantan ktorang memang sentiasa sms. macam hari2 kut? pernah bergayut dalam telefon pun ada. oh time aku dah balik kelantan tu dia pun dah berhenti keje balik pahang, keje kat sana.

aku siap save number dia as favourite tau, ala yang kita dapat call & sms murah kalau tu no feveret, yela aku pakai prepaid, student kan mana mampu. bila ktorang keep contacting each other, dia ada luahkan perasaan yang dia suka kat aku. peh aku terkejut. actually dia xtahu yang aku tahu dia ada gf tau. bila dia cakap dia suka aku, aku pun cakap aku suka dia as a friend. aku terus terang aku tahu dia ada gf, yang dia sayang gila gf dia. dia mengaku yang dia mmg sayang gf dia tu. aku ada bagi kata2 semangat kat dia untuk gf dia yg sakit tu. dari situ sebenarnya aku da wujudkan satu tembok bahawa ko dan aku x lebih dari kawan je. kira aku friendzone kan dia. yela ko gila apa nak jadi perampas? memang tak la kan. but ktorang time tu memang sentiasa sms la cuma x segalak masa mula2. maybe time tu dia da strt busy jaga gf dia kut.

until one day ktorang da start lost contact bila dia bgtau dia da bertunang. dia siap hantar gambar tunang kat aku. aku of course la tumpang happy untuk dia. ktorang mesej2 gitu jela. lepas tu da stop maybe sebab dia da keje, dan aku da sibuk dengan assignmnt , test & final exam aku. yela final sem gila apa nak buat main2? hahahah.. kang x pasal2 aku xdapat grad on time.

actually masa mula2 ktorang tengah hangat mesej2 tu, aku pernah bermimpi tau. dalam mimpi aku kena kejar dengan ular. ular tu warna hitam, panjang. aku lari sana sini, still benda tu kejar aku even time tu dalam mimpi ramai orang kat tempat tu. x ke pelik. tempat tu ramai orang, waktu siang, apsal benda tu kejar aku dan x kejar orang lain. belum sempat kena patuk aku da terbangun dari tidur. ini tidur malam tau bukan tidur siang so maknanya mimpi tu membawa satu alamat. lepas beberapa hari aku mimpi ular, K bagitahu dia suka kat aku. hhahahah.. maknanya aku x tepuk sebelah tangan la. tapi aku sedar diri, aku x teruskan dengan dia, aku wujudkan jurang sebab nak dia keep setia dengan gf dia. hati memang la sakit tapi bukan jodoh kan. nak buat macam mana.

K ada jemput aku datang kenduri kahwin dia tapi aku x pergi sebab xde transport, mak aku pun tak pergi even dorang agak rapat. aku just wish kat dia thru sms je la.

Dia pernah contact aku balik masa aku tengah belajar degree dulu, tapi aku reply msj dia gitu2 jela. xde reply beria sebab aku takut. walaupun masa tu aku dah xde apa2 perasaan kat dia lagi, aku tahu dia suami orang so aku x nak apa2 jadi kat r/ship dia dgn wife merangkap gf dia dulu. ada satu masa tu dia mesej aku x reply langsung, dia miscall aku x respon. bukan sebab aku da ada perasaan kat dia. tapi sebab aku xnak ganggu suami orang. kalau betul lah dia anggap aku kawan, dia xkan keep on mesej aku time tu kan? aku pernah citer dgn housemate degree aku, aku ada crush dengan K dan dia title laki orang, housemate aku nasihatkan jangan layan so aku just follow.

sebab benda ni berlaku masa umur aku agak x matang lagi, so aku rasa ini hanya cinta monyet je. hahah.. cinta monyet dengan mamat kilang. see aku x memilih status kut, aku x pandang harta pun suma. tapi tu dulu la, sekarang ni lain. kalau ada lelaki nak kat aku, aku nak make sure dia ada karier yang stabil, at least agi better dari aku ahhahah.. gila duitan betul.

Nak tahu apa yang menarik pasal K? actually dia x hensem pun, dah la gelap, bukan gelap sikit ya, gelap banyak. sebenarnya xde apa yang menarik pun pasal dia. cuma maybe dia ada ciri2 laki taste aku kut.
-dia tinggi kurus. Kulit gelap, bukan hitam legam ye. Just gelap je. Mata dia kuyu stim.
-dia poyo & memang loyar buruk tahap sakit hati gak.

See, taste aku yang tah pape tah. eh, aku bukan minat dia dari awal ya. dia tu perasaan yang datang tiba2 tah dari mana je. bukan aku dari awal2 syok dia tau. hahahah.. sebab tu aku mimpi ular panjang, sebab dia memang tinggi pun. hahahah..

itu lah kisah cintan aku masa umur 21 tahun. boleh wat short drama ni hahaha.. perasan nau..

Ok la, lain kali aku cerita pasal lain pulak. pasal A? hahaha. A ni muncul kejap je. just buat hilangkan/layan boring2 aku je. nanti lah aku cerita bila aku ada masa, nak cerita pasal artis lagi.. aihhh.. macam hot story sangat..wakakaka

till then, chowsinci

Nite