Sabtu, 18 Januari 2014

Friends vs Sahabat

assalamualaikum,

Kali ni aku nak menulis kembali semua skrip2 yang aku buat masa belajar dulu.. kiranya aku nak mengabadikan kat sinilah, nanti kalau buku ni hilang takpun di makan anai2 camne? so better publish kat sini, at least ada masa lapang boleh aku baca balik penulisan bangang aku ni.. biasalah aku ni memang kuat berangan dari kecik agi, nak jadi kenyataan memang impossible so aku mereka2 satu cerita di alam kayangan, alam maya di minda kanan aku yang kreatif ni..hahhaah.. rasanya cerita ni aku buat masa aku baru habis SPM kut dalam bulan 12 camtu.. rasanya lahhh.. aku pun tak ingat before spm atau lepas spm tapi yang pasti masa umur 17 tahun.. dah 10 tahun buku ni, dah tua dah.. tulisan aku dari dulu ke sekarang tetap tak berubah ya.. heheheh...
----------------------------------------------------------------------------

Babak 1

Pada suatu pagi yang indah, setiap manusia menjalankan rutin seharian mereka. Seperti biasa....

Hamzah : Bangun semua! Selamat pagi, Cikgu!
Cik Mimi : Selamat pagi! Duduk semua. Assalamualaikum, nama cikgu ialah Mimi Humairah. Kamu boleh panggil saya Cik Mimi. Saya akan menggantikan tempat Puan Huzaimi dan akan mengajar kamu subjek Matematik Moden & Matematik Tambahan. Masa pertama ini saya akan peruntukkan untuk sesi perkenalan. Masa kedua pula saya akan mula mengajar kamu. Boleh?
Siti : Boleh Cikgu. Takde hal Cik Mimi, saya nak tanya satu soalan boleh?
Cik Mimi : Boleh, apa salahnya.
Siti : Umur cikgu berapa & cikgu tinggal di mana?
Cik Mimi : Eh, itu bukan satu soalan tapi dua soalan namanya! Hihi, cikgu gurau je! Umur saya 25 tahun & saya tinggal kat Subang Jaya.
Zamri : Cikgu dah kahwin ke belum?
Cik Mimi : Kenapa? Kamu nak hantar rombongan meminang ke? Sebenarnya cikgu ni masih single lagi tau!
Zamri : Kalau macam tu, bolehlah saya tackle cikgu!
Cik Mimi :  Ada-ada saja kamu ni. Okay, cikgu nak kenal dengan kamu semua. Saya nak mula dari sebelah kanan dulu. Kamu dulu....
Hmmm, panjang betul & pelik2 nama kamu ni! Susah saya nak ingat.
Yati : Alah cikgu! Nanti lama2 ingatlah. Betul tak kawan2?
Cik Mimi: Hehehe! Okaylah, cikgu akan mula mengajar sekarang ye. Kita akan masuk bab 5 iaitu.....

Waktu rehat.

Yati : Hai kawan-kawan! Lama ke korang tunggu? Sorrylah ye, aku terpaksa bertugas dulu. Kan aku ni ketua kebersihan. Mestilah kena bertanggungjawab.
Mastura: Yelah tu. Poyo je lebih. Eh, korang tahu tak ada cikgu baru kat sekolah kita ni. Dia ajar Math Moden & Add Maths.
Linda : Lelaki ke perempuan? Mesti handsome kan.
Mastura: Perempuanlah. Cun wooo. Dia baru balik dari London.
Syah: Siapa hah orangnya? Nama dia....
Yati : Mimi Humairah. 25 tahun dan masih membujang.
Syah: Aik....macam mana kau tahu Yati?
Yati : Takkanlah kau tak kenal-kenal aku lagi? Aku ni kan pro. Lagipun aku ni kan leader group kita kan? Baru tadi dia masuk kelas aku. Memang cute. Abang aku mesti syok punya kat dia.
Mastura : Dah mula dah tabiat dia tu. Menyampah aku.
Yati: Hehehehe. Aik, mana si Zue? Tak nampak pun batang hidung dia satu hari ni.
Zue: Assalamualaikum. Minta maaf, lambat. Eh,korang dah makan ke belum? Kalau belum, jomlah aku tengah lapar ni. Dari tadi dok berbunyi aje!
Syah : Ah, dah mulalah tu! Jomlah geng. Kita gi kantin. Kesian cik Zue tembam kita ni. Jom-jom!

Kring!!! Waktu balik

Lan: Mas...... Kau hari ni balik naik apa? Boleh aku ikut?
Mastura : Eeee, janganlah buat macam tu! Menyampah tau. Aku balik naik baslah, takkan nak naik kapal terbang kut.
Lan : Janganlah marah. Tapi, kalau kau tengah marah lagi cun. Tu yang buat aku syok kat kau.
Mastura : Tolong-tolong. Gelilah. Lan, kau cari perempuan lain boleh tak? Aku tak suka kat kau, takkan itupun kau tak faham-faham lagi. Oii, Yati! Kau nak pergi mana?
Yati : Aku nak pergi tuisyen kimialah. Naik bas.
Mastura : Kita naik sama-sama nak?
Yati : Hmm, jomlah. Lan, kau tak balik lagi ke?
Mastura: Bye Lan! Aku chow dulu ya. Jom yati.
Yati : Apasal kau buat macam tu kat Lan? Kesian aku tengok dia tu.
Mastura : Hish, dia tu! Hek eleh, engkau ni apahal Yati? Tetiba je baik semacam. Selalunya, kau lah yang paling poyo.
Yati : Takdelah, aku rasa tak patut kau buat macam tu pada Lan. Dia tu kan lembut, sensitif orangnya.
Mastura : Sebab itulah. Rimaslah aku kalau dapat lelaki lembut. Aku nak macam 'The Rock'. Baru power.
Yati : Macam-macam lah kau ni Mas. Eh, kau tak turun ke?
Mastura : Alamak, dah terlajak! Ok lah, aku turun dulu ya. Bye
Yati : Bye.

--------------------------------------------------------------------------------------

Sampai sini jelah. Nanti ada masa aku sambung lagi. Penat nak tengok buku pastu nak taip. Berpinar mata aku... huhu..

Chiaozzz


Rabu, 15 Januari 2014

Bebelan ku!

assalamualaikum :)

lama dah aku tak menceceh kat sini kongsi sirah hidup aku.. nak buat macam mana, keyboard aku rosak so nak menaip guna handphone memang tak la kan.. terkial-kial aku nanti, confirm typo melambak..hahaha.. ni pun aku guna komputer adik aku..

so far sepanjang last entry lama aku tu, takde benda menarik nak di ceritakan. aku kerja, kerja dan kerja..cuti hari tu pun duduk rumah merehatkan badan, tak pergi kemana pun.. nak keluar sayang duit, duit pun laju je surut.. tak boleh, bahaya ni. kena control sikit, tahan nafsu tu..huhu.. hujung bulan 12 tu memang aku masyuk sikit.. dapat bonus weh...hahaha.. setahun sekali je dapat tengok bank akaun tu beribu2.. syok gila perasaan tu.. huhu.. alhamdulillah, bonus aku banyak la jugak.. 7 bulan.. kalau gaji aku besar mesti lagi syok.. ni gaji boleh tahan la cukup makan pakai, takdelah nak merasa tukar kereta lagi..haha.. ni pun balance tinggal beberapa ribu je, sedih iolss.. huhu..

tahun 2014 ni kira umur aku dah nak masuk 27 tahun.. aihh semakin bertambah usia ni, semakin tua lah, dan semakin dekat dengan kematian kan.. soalan bila nak kahwin tu tak payah cakaplah, menimbun orang bertanya. bukan aku je yang kena, mak aku pun terkena tempiasnya.. adatlah jadi orang perempuan, mesti tanya punya.. redha jela.. bukan aku tak nak cari, masalahnya aku tak ready lagi weh.. duit pun takde.. memang aku ada menyimpan, tapi tu pun untuk aku sambung belajar.. lepas tu aku seboleh2 nak cepat2 langsaikan hutang belajar.. terasa terbeban weh banyak sangat hutang.. dengan masalah rumah ayah aku ni lagi, macam2 hal.. serabut aku..

sekarang mak aku dah start membebel pasal penampilan aku.. dia cakap aku ni too simple, tak pandai melawa, pergi office muka pucat, secalit mekap pun takde.. pakaian tak semenggah, baju kurung cabuk aku hari2, dengan rambut yang serabai tak di dandan.. lepas tu bising aku ni gemok, tak nak jaga badan macam2 lagi lah.. tapi betullah memang aku dah gemok.. berat aku sekarang lebih dari 60kg... wakakkaa... gemokkan iolsss.. dah lah aku ni pendek, tinggi 150cm je.. leher pun dah takde ni, lengan besar berlemak, perut buncit.. bila upload gambar kat media sosial, kawan belajar dulu semua terkejut.. dialog, "sarah, bulatnya ko sekarang"," dah rupa mak ko dah" dan macam2 lagi lah.. aku senyum je, pasrah..hahhaha.. susah nak kawal nafsu makan ni, nak2 bila ko dah duit sendiri, nak makan apa je beli terus.. fast food, makanan berkeju yummy2, minum air gas dan manis... manalah tak gemok, bersenamnya tidak jadi lemak pun sedaplah membiak dalam kulit ni.. memang takde lelaki yang berkenan lah kat aku nanti.. ahahhaah...

apa lagi nak menceceh ya? banyak sebenarnya tapi tak tahu macam mana nak menceritakan.. plus aku penat, otak pun penat.. nanti ada masa panjang, aku sambung lagi ya..

Till then, chiaozzz..

Assalamualaikum!

Regards,

Sarah yang blur

Sabtu, 4 Januari 2014