Sabtu, 9 Mei 2015

Penat

Fuhhhh

Da lama tak menulis kat sini. Takde idea nak cerita pasal apa. kadang tu ada idea, tapi malas nak menaip. Penat. Aku dah penat mengadap komputer hari2 kat office, so bila cuti tu malas nak on laptop. Sebab tula da lama blog aku ni bersawang huhuhu.

Tinggal lagi sebulan je aku nak exam. selepas 3 tahun lebih tak belajar, tak jawab exam, so bila nak dekat exam ni tak tahu dah ready ke tak. Entahlah... Rasa macam otak aku ni da berkarat, dah macam tak boleh nak berfungsi huhu. Penat. Tak tahu aku gi kelas belajar apa. Asyik dengar pasal cerita politik ada lah huhu.

Serius bukan senang nak bekerja sambil belajar. Fokus utama kita adalah kerja sebab tu sumber utama pendapatan kita kan. Kalau tak kerja, takde income. Tak boleh nak funding duit belajar. So belajar ni nombor dua. Serius kadang aku hilang fokus dalam kelas, bukan kadang kut. it's like always. Dalam kelas aku menerawang pasal kerja2 kat office. Adakah aku workaholic? Terlalu in to works? Cuti last year pun berlambak haha.. Setiap kali nak ambik cuti aku rasa bersalah. Macam kalau takde hal penting tak payah cuti la. End up cuti berlambak. Pasal study tu, aku try belajar sendiri, usaha sedaya mungkin. Kalau ada rezeki lulus la. kalau tak, repeat la ko paper tu lagi huhuhu... Satu paper exam fee dia beratus kut. Entahlah.... Penat... Sangat penat. Kadang tu fikir memang aku dah bersedia ke? Memang dah tak boleh patah balik. ni baru 1st paper. Jauh lagi perjalanan aku.

Aku harap hati aku cekal la untuk habiskan semua ni.