Ahad, 12 Februari 2017

Syukur & Sabar

Assalamualaikum

Dulu masa aku kecil-kecil aku selalu berharap aku ada kakak atau abang. Aku keep on asking (myself of course) kenapa aku dilahirkan sebagai anak sulung. Kenapa aku takde adik beradik lain atas aku. Then tengok kawan2 sekolah seronoknya ada kakak dan abang boleh bermanja, boleh pow duit, minta tu ni..

Bila aku dah dewasa ni lagi lah membuatkan aku rasa life is unfair. Sebab aku sulung aku kena tanggung banyak benda (i mean financially), aku rasa fed up. Kenapa adik2 aku tak macam aku.

Then aku realised, setiap kejadian Allah tu ada sebabnya. Kenapa aku di lahirkan as anak sulung, kenapa tu kenapa ni. Aturan Allah tu memang cantik, tak payah kita nak persoalkan. Setiap perkara mesti ada sebab tersendiri.

Bersyukur lah. Walaupun aku susah, at least aku ada rumah untuk berteduh, aku masih ada ibu bapa dan adik beradik, aku ada pekerjaan yang boleh tanggung kami sekeluarga, cukup anggota badan, cukup sifat. so apa lagi yang aku nak kan? Jangan tamak. Dan kalau rasa tertekan tu bersabarlah. Sesungguhnya hari kau akan tiba nanti.

Key for today, bersyukur dan bersabar.

Jumaat, 10 Februari 2017

Susah Senang

Assalamualaikum

Why when the things are simple yet people make it complicated?

Tu topik aku hari ni. Benda ni merujuk kat aku jugak. Aku tak tahu kenapa aku selalu fikir benda tu susah bila benda tu simple je. means how complex otak kita tu kan. Kadang-kadang benda tu jadi complex bila kita suka bermain dengan assumption. Belum start kita da assume tu ini sampai nak pecah otak fikir. Balik-balik what if? what if?

Actually communication is a key. Tak tahu, tanya. Don't assume. Nanti rugi.

ok la chiow.. wasalam.