Jumaat, 25 Disember 2015

Kisah secret admire saya :)

Assalamualaikum my dear digital diary ececeh kalau diari mana boleh post sini dah macam tak secret la kan. ok. teruskan...

Ingat tak dulu aku pernah cerita pasal kisah cinta aku? actually takdelah cinta sangat sebab aku tak pernah bercinta pun huhu.. kali ni aku nak cerita pasal seorang lelaki yang pernah aku minat dulu masa aku sekolah dulu.. uish malu pulak hahahah... tetiba teringat balik masa zaman tu rasa macam gatal gila pulak. well, masa tu aku di tingkatan 4. aku kan sekolah perempuan time tu bila masa pulak aku boleh admire orang ni. eh of course la lelaki, takkan nak minat perempuan pulak kan. kalau ada pun tergoda dengan budak perempuan yang serupa lelaki ada la aka pengkid huhu..

Sebenarnya yang aku minat tu kira pangkat abang la. dia tua dari aku 3 tahun. yes, masa tu umur aku 16 tahun kan, so abang tu umur 19 tahun. macam mana aku boleh minat dia? aku pun tak tahu. nak kata hensem, tak hensem sangat setakat muka tu ada rupa la jugak. muka dia putih. aku tak tahu nama sebenar dia. aku cuma tahu orang panggil dia boboy. aku tak pernah tengok muka dia dekat2 atau pandang depan2, maybe sebab aku segan kut. dah minat orang tu, of course la malu nak pandang muka dia kan. adik aku cakap hidung dia kembang hahaha..

dulu masa kitaorang sekolah, memang ayah/ pakcik aku yang hantar dan jemput. kebetulan time tu ayah aku ada hal, tak boleh nak hantar so dia minta abang boboy hantar kan aku dan adik aku. ya masa tu aku sekolah pagi. sebelum tu pernah jugak dia ikut pakcik aku hantar kitorang pergi sekolah (dorang memang bangsa lepak kat luar sampai pagi). jadi masa dia hantar ktorang tu, kali kedua la. siap bagi ktorang duit belanja lagi hahhaha.. dah macam abang da jaga adik2.. i like hahahah.. ok jangan salah faham time tu walaupun aku minat dia, aku tahu dia jaga ktorang macam adik2 dia je..

oh by the way, muka dia macam ada iras2 cikgu praktikal aku masa form 4 dulu. nama cikgu tu cikgu fadli kut, dia ajar ktorang kimia. dia pelat S so ktorang selalu panggil dia cikgu isotop sebab bila dia sebut perkataan tu rasa pelik sikit. isotop tu ialah salah satu term dalam subjek kimia ktorang. eh jap, aku rasa cikgu isotop tu ajar ktorang form 5 kut.. entah lah aku lupa da mana satu.. sebab aku minat abang boboy tu dari form 4 sampai form 5 lepas tu dah busy dengan SPM terus lupa da. kira few months jugakla aku pernah ada perasaan kat abang tu. itu je cerita aku pasal abang boboy ni.

ok la dah penat nak cerita da.. oh semalam maulidur rasul. tak terlewat aku nak ucapkan salam maulidur rasul dan selamat hari natal pada yang menyambut hari ni.

ok bye!