Selasa, 22 September 2015

salasilah nama blog

Hi korang.. assalamualaikum!

kali ni nak cerita pasal nama aku, eh nama blog aku. pasai apa aku letak nama lagu tu. Sarah Shahrudin Kaki Blur? whatthefishing? hahahah.. well, actually aku letak nama gitu ada sebabnya. meh aku cerita.

jeng jeng jeng....

Kisahnya...

Sarah Shahrudin tu of course la refer kat aku. Nama panjang tak payah cerita, nama pendek aku sarah. Shahrudin tu nama ayah aku, nama penuh dia la. Kalau nama pendek orang panggil Din, Sahar, Tahar, Superman Batman Ironman hahahha ok yang belakang tu tipu je. So situ la dapatnya sarah shahrudin. okay, next kaki blur. korang tahu kan apa maksud kaki? kaki ni macam kegilaan la macam kaki pancing. selain tu maksud dia macam sesuatu yang dah melekat kat orang tu, macam tabiat atau norma dia memang gitu. Contohnya kaki kencing/kaki auta/kaki tipu... Blur. well dari zaman sekolah aku memang terkenal dengan sikap ke'blur'an aku among my friends. Kalau orang cerita atau buat lawak, kadang tu tertinggal train. orang naik ktm, aku naik keretaapi lama tu kedek kedek hahahha.. kadang kawan aku buat lawak aku tak dapat tangkap. end up jadi krik krik sebab no response dari aku hahahhaa.. kesian kawan aku tu. pastu kalau dorang cerita sesuatu aku akan tanya apa tu or sorry, ulang balik sebab tak faham lah hahaah..

Masa interview dulu pun aku cakap aku ni blur masa soalan pasal describe yourself. Nasib aku dapat kerja tu walau aku jawab macam tu. of course la aku jawab, i blur but i am willing to learn. ok back to our main story. memandangkan aku memang blur so aku create blog ni Sarah Shahrudin Kaki Blur. Lain dari yang lain kan. nama tak feminin/bombastik langsung. memang being truth dan terang2 cakap to public, helo i blur la so boleh tolong ulang balik? hahahahah ok lawak lame bagi aku..

So dah tahu kan sejarah nama blog ni? simple je kan cerita aku? hehhe..

okay lain kali sambung cerita lain pulak huu

Bye!


Perbualan di pejabat pasal raya haji

Hi there

assalamualaikum!

Emmmm.. hari ni aku nak mengarut pasal apa ya huhu.. oh lusa , Khamis 24/9/2015 dah raya haji. Sekejap je, rasa macam baru je raya aidilfitri hari tu huhu.. macam mana persiapan korang semua? aku takde persiapan apa pun.. mak aku je yang bersiap dengan menu2 yang nak di masak untuk hari raya. according to her plan, katanya nak masak rendang ayam cili padi, ketupat (bukan segera ya), masak lodeh, kuah kacang, nasi arab, daging/ayam beriani.. wah wah wah, tu semua menggemukkan uollsss but semua tu taste so yummmehhh.. well, tongtong la yang masak tu.. kalau beriani tu of course ayah aku sebab dia orang johor, muar mari uolllsss.. memang family ayah aku pandai masak, i mean including adik beradik lelaki dia. hari tu aku borak dengan office mate aku, cerita pasal menu makanan raya haji (of course la sambil borak sambil jari bergerak menari di atas key board ya), dia tanya aku masak apa raya. of course i said, "oh, my mom yang masak since i do not know how to cook" hahahah tipu la. buat apa aku nak jatuhkan martabat aku di depan rakan aku hahahah.. aku cerita la menu yang di rancang oleh orang tua seperti tertera di atas. then aku tanya dia pulak. wahh macam sesi soal jawab interview je huhu.. dia jawab dia suruh mak dia masak soto ayam sebab dia terigin sangat. aku macam wahhh, lain dari yang lain. macam menu open house pulak huhuhu..

balik tu borak dengan mak aku pasal kejadian di siang hari bersama rakan sekerja yang tak sebaya tu. mak aku cakap macam ramai jugak yang masak menu macam tu. tapi family kami tak biasa sebab memang every year menu raya haji mesti akan sama dengan menu raya aidilfitri.. kata rayakannnnn huhu...

Lagi satu kisah dengan officemate aku chinese (lady). dia tanya aku sambutkan raya khamis ni. aku cakap la of course sambut sebab semua orang islam sambut maaa.. then dia cakap u takde haji (maksudnya pergi haji) boleh sambut meh? bukan orang da pergi haji ke je yang boleh sambut. dia confuse sebab dah dekat kalendar then rata2 orang sebut gitu, satu hal lagi aku nak explain kt dia hahah.. takkan nak cerita pasal kisah nabi ibrahim dan nabi ismail dan seekor kibas, bukan dia ngerti pun huhu.. so aku cakap lah, "no lah, beside than raya haji we called it raya korban or aidiladha & it celebrated by all muslims. it has different terms but all refer to this one day la" sebab aku tak reti nak explain relationship orang buat haji dengan raya haji tu so aku jawab gitu jela.. hahah.. itu kena refer kat pak haji tempat keje aku la tu untuk explain huhuhu.. so, gitu la kisah pada hari ni yang aku nak cerita kan huhu..

oh by the way, beruntung duduk malaysia sebab banyak cuti. dapat sepupu aku yang waktu kerja ikut Aussie timing/calendar tak dapat sambut raya haji. nak apply cuti baru kerja, so redhalah kerja di raya haji ya. masa hari malaysia tu pun dia keje gak.. kesian nasib nya itu.

ok lah, i da ngantuk.. next time story pasal lain pulak.

oh before i end my essay, i would like to wish to all muslims selamat hari raya aidiladha!

Adios.. daaa...

Ahad, 20 September 2015

Siapa Sarah Shahrudin?

Assalamualaikum..

Bulan September dah kan. Tinggal 3 bulan je nak say good bye kat tahun 2015. setiap tahun cepat je masa berlalu. Memang tak sedar. serius, pejam celik pejam celik pejam pejam dan pejam dah berlalu 365 hari tu macam 365 saat je. Macam satu fuhhhh dah step into following year. macam magic dan segala macam la.

Aku pun dah officially 28 tahun hahahha. serius tak sedar. lagi 2 tahun nak bye 20s dan hello 30s. angka depan nak tambah satu, rambut pun makin lama makin blonde (oh perasan), makin memutih seperti di clorox hahahah... maksud aku ehem ehem beruban la, uban iollss semakin bertambah. tak faham aku pasal apa la semakin bertambah tapi otak tak bijak bijak gak hahahhaha... bosan betul bila cerita pasal umur ni. benda yang memang tak boleh nak escape pasal apa nak runsing ye tak. lantak la...

sebenarnya lama dah tak merepek kat sini. bila tak on laptop banyak betul info kat otak aku nak lontar kat sini, tapi bila dah depan laptop ni terus hilang seperti di tiup angin. pelik betul ahhahah... masa tu orang kata sel-sel otak sedang berhubung, segala molekul neuron whatsoever scientific which definitely i wouldn't know are contacting each other say hi what's up dude! gila apa la otak aku ni mencarut dan berhubung dengan jari aku dan continously typing on the key board. hey you stop!!! oh no please stopppp!!! ni semua salah lagu rude so you're being rude my dearie fingers. stop dancing on unnecessary words hahhaha okay dah tak tahu apa aku melalut ni.

bila aku scrolling on semua entries aku macam tak pernah cerita pasal diri aku, oh please exclude those childish love stories yang tak best langsung.

meh aku cerita pasal asal usul blog ni. sebenarnya ni bukan blog aku yang pertama, aku ada lagi satu blog until now which i keep it private sebab ada kisah yang aku not supposedly share to public. chill, setiap orang mesti ada satu ruang yang dorang nak benda tu keep private macam secret gitu. futhermore, aku ni bukan jenis manusia yang open, yes i am traditional, doesn't love in socializing. some of my friends called me anti-sosial. ha, ada aku kesah hahahah..

okay, sambung balik. blog ni initially aku created sebab lecturer english aku suruh buat. of course lah mula2 aku wrote in english but then english aku macam tah hape2 plus dah habis belajar kan so i change it to my personal, aku merambu semua dalam bahasa aku sendiri.hahaah..

next, pasal diri aku. aku anak sulung dari 3 beradik. aku ada adik lelaki seorang, tahun ni umur dia 25 tahun, dan dia masih belajar lagi dalam bidang kejuruteraan mekanikal di johor sana. adik bongsu aku of course perempuan kalau dah aku cakap aku ada adik lelaki sorang kan. yang bongsu tu umur 23 tahun, masih belajar. sekarang in final semester, bidang kejuruteraan awam di shah alam. both of them masih single ahahaha. okay aku serius dorang single buat masa sekarang. ada sesiapa berminat? huhu. aku? aku pun single hahahah...

aku dilahirkan di klang dan membesar di klang & yet still masih menetap di klang sampai sekarang. which part of klang? tak payah lah cerita. kalau ada yang kenal aku, just zip it ok?

aku start bersekolah masa umur aku 4 tahun, maksud aku masuk tadika la. umur 5, berhenti dan continue in same kindergarden masa umur 6. nama tadika tu adik sayang. hahaha kelakar kan. tak tahu masih wujud lagi ke tak tadika tu. sekolah rendah dan menengah di sekolah perempuan, yes semua perempuan okay except cikgu ada la beberapa cikgu lelaki. sebab tu sampai sekarang aku dengan lelaki macam susah nak bergaul sebab tak biasa kut. masa sekolah rendah tu ada la sekolah agama selama 5 tahun ( since 8 yo till 12 yo), sekolah agama of course la campur huhu.. tapi still macam kekok huhu

habis spm masa form 6 selama 3 bulan ( or lesser)  dan quit sebab tak boleh cope. lepas quit kerja kat parkson selama 2 bulan lebih kut lepas tu belajar diploma di kelantan selama 3 tahun dalam bidang perakaunan..

after done diploma, aku continue ambil degree in accounting for 2 & a half year di melaka. then abis degree pada tahun 2011, bulan 5 (sebab last paper aku habis awal bulan 5). Menganggur a few months (kalau korang ada scrolled entries aku yang lalu maybe korang tahu la kut). konvo bulan 10 2011. sebelum konvo aku ada kerja kat batu tiga shah alam, post as account assistant tapi 2 bulan je sebab masa kerja situ aku dapat panggilan kerja kat setia alam so that's why aku quit kat batu tiga. Bulan 11 aku start kerja kat tempat baru as finance assistant. starting gaji? quite ok for assistant role, 2300 compared to batu tiga tu gaji aku cuma 1650 je.. haha but aku tetap bersyukur walau gaji skit at least dapat juga kerja dari menganggur kan :)

Lepas kerja setahun lebih aku dinaikkan pangkat to finance executive pada tahun 2013 bulan 8.  hahah fuhhh boring gila cerita aku, macam sesi suai kenal pulak..cerita pun tak menarik. okay la, aku post dulu entry ni. nanti kalau rajin aku sambung lagi kisah pasal diri aku ya.

Till then, adios amigos daaaa *heart*