Ahad, 10 November 2013

Coret-coret sebelum tidur

Masa kecik2 dulu selalu berangan sebelum tidur. Berangan merangka perjalanan hidup 20 tahun akan datang. Bila dah dewasa ni, selalu mengimbau masa2 20 tahun yang lepas.

Manusia oh manusia! 

Sapekah manusia itu? Akulah.. Hahaha..

Nite & bye2..

Sabtu, 9 November 2013

hari hujung minggu ku

Salam satu Malaysia! Salam Hujung Minggu! Assalamualaikum :)

Hari ni hari Sabtu. Minggu kedua sabtu. Semalam yakni hari jumaat aku balik lewat. dekat pukul 11 malam baru aku check out dari office sebab kerja banyak gilaaaaa..last minit dapat dalam pukul 6 lebih..aihhh...jenuh nak menyiapkan..last tak siap gak pun..nanti sambung balik isnin..

tadi siang gi kenduri kawen kawan lama..kawan masa praktikal..aku angkut adik2 aku sekali, senang makan free..tak payah nak masak atau belanja makan luar.. mak aku kerja, ayah aku keluar tak balik2.. siapkan semua kerja2 kat rumah ni then keluar.. malam ni pun ada kenduri gak, sedara mak aku kut.. hari ni gantung kuali, jimat beras & gas..hahahah... esok pun ada jemputan gak..kali ni kawan sekolah dulu kawen.. sekarang ni musim kan..jadi banyak lah dapat jemputan nanti..biasa sangat dah every year macam ni.. hehehe..

kalau tanya aku bila lagi?? emmm tak payah lah..tak terfikir pun..rasa macam muda lagi malas nak fikir..hahahah.. padahal umur dah 26 tahun, tahun depan masuk angka 7 dah..hahahahaoiii.. rilek dulu sarah.. wat2 peace je huhu.. mak aku pun kawen umur 26 gak..

ok lah tukar cerita lain pulak.. tapi takde benda nak cerita.. nanti aku fikir dulu.. dah ada nanti aku share huhu..

ok la bye!

Selasa, 5 November 2013

kisah hidup saya

Assalamualaikum!

hari ni cuti awal muharam jadi aku tak buat apa pun, tak keluar sebab nak keluar pakai duit & aku ni dahlah kedekut so baik buat aktiviti yang tak perlu keluarkan duit..aktiviti hari ni, bangun pagi (pukul 10 lebih pun di kira pagi gak ye) basuh baju 2 trip, masak, cuci kereta & layan drama kat tonton. what a wonderful day i've spent today..muahahha..

kali ni aku nak share pasal satu benda. benda yang paling di benci but end up yang dibenci tu akan bersama kita, maybe for whole life..walaoweeee apa yang ko mencoret ni sarah..hahaha... okey ini kisah benar, in fact semua orang akan melalui fasa ini kan...okey, please don't lie..huhuu..

aku tak tipu, memang aku pun pernah melalu fasa ini.. tapi aku bukan nak cerita pasal cinta or love..no no..not this time, asyik cerita pasal cinta blablabla macam minah jiwang pulak..plishhhhh laaaa...hahahah...

orang2 tua pernah berpesan jangan terlalu membenci nanti akan kena kat batang hidung sendiri..orang tua kan banyak makan garam sebab tu mulut depa masin..hahaha..takde kene mengena pun..sebenarnya depa tu dah melalui dulu sebab tu depa tahu..well they talk based on their experience, so it's true & we shouldn't deny.

aku tak pasti aku pernah cerita sebelum ni ke tak pasal ni..kalau dah cerita pun takpe kita cerita lagi sekali ya.. aku masa sekolah dulu aku benci gila satu subjek ni. aku benci bersebab.. sebab aku tak pernah faham apa benda yang dibelajar macam adoi bodohnya aku ni..sebab aku tak faham jadi aku tak suka subjek tu..bukan tak suka cikgu yang mengajar ya..cikgu tak bersalah pun..sebab aku benci, bila masuk tingkatan 4 aku ambil bidang lain sebab tak nak mengadap subjek tu..hahhaha..padahal ambil bidang tu sebab bidang tu adalah jalan aku nak mencapai cita2 aku..

well, subjek yang aku benci gila tu adalah subjek akaun..hahah..bunyi macam suspen je kan..cehh, drama lah ko ni sarah..kan masa form 2 / form 3 kita ada belajar topik akaun dalam subjek kemahiran hidup(KH)? dalam KH kan ada banyak topik macam masak2,jahitan, pertukangan, elektrik, perdagangan dan lain2..yang lain tu aku suka, cuma akaun je aku tak suka sebab aku tak pernah faham apa yang aku belajar bila masuk topik akaun..bukan tak faham langsung..idok ler aye ni bebal sangat..hahah..cuma setiap kali buat latihan mesti salah & x balance..ape tah nate debit kredit ni..huhu..

aku dulu masa sekolah, salah satu cita2 nak jadi arkitek sebab aku suka seni..aku suka gila melukis pelan..tak kisah lah pelan rumah ke, bangunan ke..mostly aku selalu sketch pelan rumah lah so aku ambil bidang sains tulen belajar kimia,fizik, biologi.. disebabkan aku ni bodoh so result aku sekadar taik ayam je..those 2 subjects i got C okay..bodoh betul mu ni sarah.. macam mana nak jadi arkitek hahaha.. nanti salah drawing bangunan runtuh lak..hahah..eh ada kena mengena ke drawing pelan dengan kestabilan bangunan tu..itukan kerja QS & engineer kan.. hahah melalut betul..sebenarnya memang dah takde rezeki nak capai cita2 tu & mungkin bukan takdir aku di situ..aku harap tak jadi arkitek, tapi dapat kahwin dengan arkitek pun jadilah kan..ahahhaha..

masa dapat offer dari uitm untuk sambung diploma, depa offer aku kos akaun.. yes benda yang paling aku benci dulu..aku menangis weh sebab aku nak sangat sambung belajar tapi dapat offer kos yang aku tak suka.. nak tolak nanti tak tahu bila boleh sambung belajar lagi..masa tu ramai orang berduyun nak sambung belajar sebab seat memang limited..dah dapat rezeki takkan nak tolak pulak kan..ayah aku cakap takpe pergi je dulu, lepas satu sem minta tukar kos.. masa 1st sem tu memang susah gila nak catch up, padahal benda paling basic pun supposed senang nak score kan..aku siap pergi tusyen dengan kawan aku yang pandai tu.. tapi sem 1 result tak memberangsang kan, so macam mana nak tukar kos kan..aku decide untuk teruskan sampai la ni aku end up jadi akauntan..ahahha..unbelievable weh..dan sekarang aku rasa akaun adalah something yang sangat interesting. satu yang tak boleh nak diluahkan dengan kata2 ..nombor camne ko nak explain kan..hahhaha.walaupun aku belum dikira sebagai akauntan bertauliah (no CA cert & belum cukup 3 tahun to apply for membership) tapi still boleh digelar akauntan sebab akauntan tu tuk orang yang buat akaun jadi orang buat akaun tu digelar akauntan lah..sama macam orang buat kerja2 kejuruteraan, orang tu digelar jurutera or in english engineer..

macam mak aku gak..tak suka orang rambut kerinting sekali amik ko kahwin dengan bapak aku si rambut kerinting..apa cer tu..hahaha.. moral of the story, jangan terlalu membenci nanti sayang..wakakakak..

okeyla, dah maghrib..chow dulu dear blog..

adios amigos berambus!

Salam :)  

Sabtu, 19 Oktober 2013

kapel tak jadi

holaaa...

aku tak ingat aku pernah cakap tak yang aku tak pernah kapel? aku pun lupa daaaa...hahhaha..

selama 26 tahun hidup kat muka bumi ni, aku pernah kapel sekali je..itupun tak tahu nak kira sebagai kapel atau tak sebab macam tak real je..hahahah...aku kapel pun tak lama 3 minggu, itupun still dalam tempoh probation dan putus notis 24hours...hahahahah...

aku tak ingat nama mamat tu so aku just letak nama dia sebagai Mr F la ye..aku pun tak pernah expect akan kapel dengan dia sebab aku takde perasaan langsung kat dia kut..kapel pun sebab nak try best tak berkapel ni, kengkonon nak bereksperimen la..hahahha...Mr F ni muda setahun dari aku..aku kenal dia dari kawan aku, itupun melalui myspace..see, jumpa pun mamat kat myspace so nampak sangat aku ni tak laku wakakakak...

oke,sambung balik..masa tu aku tengah sem 3 kat kelantan..aku dgn kwn2 selalu jugak pegi cc kat pekan tu pegi online friendster/myspace/utube..time tu tahun 2007..masa tu manalah orang kenal fb dgn twitter kan..ke aku je yang ketinggalan zaman tak kenal..hahhahaha...ok2, aku start ada fb tahun 2008 ya so takdelah ketinggalan zaman sangat.. sambung balik..

kawan aku, Ain yang kenal mamat ni dulu,,kita beselah kan nak tambah kawan,asal nampak perempuan cantik pergilah add dia..then kawan aku IM dia sembang2..sembang punya sembang, rupanya budak kampung aku..orang klang, satu taman pulak tu..hahhaha..Ain cakaplah kawan dia (merujuk kepada aku) orang klang, satu taman dengan dia jugak & ain bagi lah dia ID myspace aku kat mamat tu..ain cerita jugak kat aku pasal F ni, aku pun teruja dengar cerita dia x sangka kut..lepas tu tak ingat lah sape add sape dulu..aku ke F..hahhaha...rasa macam F kut..takkanlah aku muka tembok nak add dia dulu..muka okeyyyylahh..cute jugak...lepas dah 'friend', so kitaorang start PM kat myspace..tapi aku kan sibuk, jarang nak keluar pegi pekan nak online jadi lambatlah reply msej dia tu..nak harap pegi lab kat U memang tak dapat sebab kena block kut myspace..huhu..

sebelum start cuti sem, aku pergi cc online reply mesej mamat tu..aku fikir nanti kat rumah lagi lah xdapat nak online internet..rumah mana ada internet, laptop/pc pun takde..nak keluar online cc mahal kut, bukan selalu ada transport..jadi aku dengan berani kan diri & muka tebal aku bagi no fon aku kat mamat tu...hahahhaha...sungguh tak percaya aku sanggup buat macam tu kut..apa jenis perempuan lah ko ni sarah...hahahah...

surprisingly, dia mesej aku kat hp tau..masa tu aku dah start cuti sem, dah ada kat rumah..wah, aku punya neves kut..ktorang mesej2 je mula2 tu..mana ada call2..sampai lepas beberapa hari tu dia ajak aku kapel..ak cuak gila tak tahu nak reply apa..ikut hati macam x sampai seru lagi..tapi aku fed up dengan kawan2 aku kat U tu sibuk nak match make aku dengan sorang classmate kitorang..fikir punya fikir, last2 aku reply aku setuju tapi bersyarat..ahhahahah...lawak bila ingat balik..syarat aku ialah, aku nak ktorang jalani tempoh percubaan dulu..tak ingat untuk berapa lama..kalau serasi ktorang jadi kapel betul lah, kalau tak serasi kita buat haluan masing2.. masa tu dia takde kat klang lagi, dia kat kolej kat negeri sembilan tak silap aku..

aku kan tak suka lelaki lebih muda dari aku, tak tahu camne aku boleh bengap terima offer dia..aihhh...padahal masa sekolah orang lebih muda minat kat aku, aku buat tak tahu je..hhahaha...aku anggap macam adik2..hhahaha... rutin lepas kapel cuba2, macam bese je..mesej, gayut kat hp tak ingat la macam pernah kut.. ktorang tak jumpa masa mula2..dia ajak jumpa masa dia da balik tapi aku tolak..hahhaha..malu weh..aku tak pernah keluar dengan lelaki, xtahu camne rasanya..memang cuaklah kan..

masa cuti sem tu aku kerja kat kedai baju kat taman sebelah.. aku bagitahu dia yang aku kerja tapi tak cakap kerja mana.. dia sibuk tak habis2 korek.. aku sampai stress aku sengaja tinggalkan hp aku kat rumah..hahha..time tu aku ada dua nombor, so aku bawak satu hp je la pegi keje..dia pulak ada satu je nombor aku, iaitu hp yang aku selalu tinggalkan kat rumah tu.. pastu dah selalu tinggal rumah memang memanjang la misscall sampai adik aku marah aku kenapa tinggal hp kat rumah, bising jek..

sebab dah tak tahan sangat aku bgtau mamat tu tempat keje aku..aku cakap aku keje kedai baju kat taman xxxx..tapi ak x bgthu nama kedai tu & exact location..situ banyak kedai kut..tak sangka dia boleh pergi cari aku..wahhhh...camne boleh terkantoi dia jumpa aku? pagi tu aku tengah housekeeping, panjat tangga nak bersihkan habuk2 kat baju so aku mengadap dinding la..staff kat situ boleh pulak panggil nama aku sebab dia nampak mamat tu jalan dari belakang kedai hingga kedepan bongkok2 sebab nak tengok muka aku..masa staff tu jerit nama aku, aku toleh la tup2 aku ternampak mamat tu pakai shades & pegang helmet..aku pandang dia, dia pandang aku..dia senyum lepas tu aku toleh pandang baju balik..dia keluar & mesej cakap dah jumpa aku..cuak weh..jantung aku degup2 laju..hahahah..dahla time tu muka aku sememeh gila..hhahah..jatuh saham aku...

kitorang pernah jumpa dua kali kat tempat kerja aku..sekali jumpa tu sembang sekejap je.. dia pernah ajak aku jumpa, masa tu ake dah setuju tapi sebab aku sakit perut so last minit cancel plan.. banyak faktor menyebabkan aku tak jadi teruskan kapel dengan dia..ktorang bertahan 2 ke 3 minggu aku pun tak ingat..

antara faktor2 nya:
1. kawan baik aku time sekolah nasihat aku suruh jangan teruskan r/ship tu sebab cinta cyber ni x boleh percaya takut nanti kena tipu
2.aku xde rasa apa2 feeling bila kapel dengan F, rasa rimas asyik kena kacau.
3. aku tak berapa suka bf lagi muda dari aku
4. dia pendek. sebenarnya tinggi sikit dari aku. tapi aku tak suka lelaki pendek..berangan nak laki tinggi2 baru nampak ohsem..
5. kapel pun sebab nak try best ke x..bila dah rasa tak best langsung so better stop..hahhaha..agaknya kapel dengan orang salah tu yang rasa x best kut. wakakaakk..

itu jela kut faktor2 nya..kiranya aku kapel time cuti sem je..start kapel bila dah cuti, putus sebelum start sem baru..so kawan2 aku xtahulah yang aku penah kapel..hahahah...lepas putus tu adalah dia contact aku tapi beberapa kali je sebab aku tak layan sangat..hahaha

beginilah kisah cinta monyet aku yang x berapa best..at least bila orang tanya pernah bercinta tak, ak boleh cakap pernah walaupun tak menjadi pun..hahahah..okeylah dari takde kan..hahhaha...

nanti sambung cerita lain pulak...bye!

Jumaat, 18 Oktober 2013

asssalamualaikum wbt...

dah lama tak mencoret kat sini..coretan yang tah ape2 la..memanjang aku busy kut..kalau tak busy pun, mesti buat2 busy..hahhaah.. tapi macam dah lain je screen ni..macam jakun pun ada..hahahha.. sebenarnya pelik je..takdelah jakun mana..hahhaha..ayat cover line...

banyak benda aku nak membebel kat sini sebenarnya tapi jadi stuck dalam kepala sebab tak tahu nak tulis apa..inikan macam diari aku walaupun sebenarnya aku ni bukan lah manusia yang rajin nak menulis pun..even diari pun mana pernah ada..kalau iya pun aku ada peristiwa penting yang memang sangat bermakna supaya aku akan ingat sampai bile2 tu, aku akan save the date dalam handphone je supaya one day bila aku tengok note tu dalam handphone akan terflashback segala peristiwa/kenangan manis tu la..

oh ya, semalam aku ikut mak aku pergi beraya rumah kawan lama makcik aku..kira kawan mak aku jugak la, tapi owner rumah tu lagi rapat dengan makcik aku (adik mak aku).. anak owner rumah tu dua orang dah kahwin..anak no 2, lelaki sebaya aku pun dah kahwin, tahun lepas..biasalah kalau umur baya2 dah kahwin, memang akan keluarlah soalan cepumas tu pasal bila nak kahwin..luckily aky tak kena, sebab sepupu aku (anak makcik aku) tu pun ada sekali, jadi dialah yang kena..umur dia tahun ni 28 tahun (tua dua tahun dari aku) & yes dia perempuan so memang akan kena tanya punya lah.. sepupu aku tu cantik pun ya, kerja stabil,kereta ada tapi bf je takde..aku agak je takde sebab dulu dia pernah ada bf,hampir nak tunang pun tapi tak tahu apa lelaki tu buat tah so terus sepupu aku tu tinggalkan dia.. lebih kurang camtu la ceritanya..

tahun ni umur aku dah masuk 26 tahun..hari tu masa 15hb 8 family aku sambut birthday aku, kat kedai warung biasa je setakat belanja makan2..ya kira masa raya la..kejap je umur dah 26 tahun..tinggal lagi 4 tahun je..masa dah tak banyak da.. huaaaaa.. satu apa pun aku tak buat lagi..tensi2.. ye, memang aku target untuk kahwin tika umur aku dah masuk 30 tahun..yer aku tahu la dah tua tapi kalau boleh aku nak enjoy puas2 sementara masih single ni.. sementara belum ada komitmen dengan sape2, masa ni lah aku nak kejar semua cita2 & impian aku...tapi usaha tak nampak langsung..hahhhaha...macam harem jeeee...

note: entry ni dibuat masa hujung hari raya, tapi baru sekarang teringat nak publish..ayat tergantung..hahahah

Ahad, 13 Oktober 2013

Random

Hai awak!

Oke, nite.

P/s: saja nak cakap tu je.. Bosan dan ngantuk!

Adios amigos wa berambus

Isnin, 9 September 2013

Mimpi

Mimpi... Petunjuk atau sekadar mainan tidur? 

Kerap kali aku cuba menafikan mimpi yang datang bertandang.. Hati ku keras, sekeras kepala batuku..

Jumaat, 30 Ogos 2013

Salam merdeka ke 56!

Ahad, 23 Jun 2013

Cita-cita

hello mello!

this time aku nak merepek pasal cita-cita la..asyik cinta bosan pulak..macam minah bunga pulak..dalam hati ada taman...perghhh, seriously that is not me...wakkakakak...

well, cita-cita..semua orang ada cita2 kut..masa kecik2 mesti cikgu akan tanya apa cita2 kita kan..even zaman aku sekolah rendah dulu, semua orang mesti ada buku biodata..biodata diri sendiri..apa cita2 masing2.. tak silap aku dulu, aku ada listed lebih kurang dekat 10 cita2..nampak sangat takde pendirian time tu..macam tamaknya, semua kau nak jadi kan..eh itu okay lagi..adik aku lagi kelakar, dulu masa tanya dia cita2 siang jadi secretary (kerja ofis), malam jadi penyanyi night club..aku rasa penangan citer P Ramlee tu..kan ada satu cerita, p ramlee siang jadi cikgu malam nyanyi kat club..hahhah...

oh ya, aku dulu masa sekolah rendah pernah listkan nak jadi ustazah la, penceramah bebas la, cikgu la, komposer, fashion designer, saintis (ni cita2 ayah ak, dia nak anak dia jadi saintis)..hahahha..tak ingat la apa lagi..masa sekolah rendah dulu, nak jadi cikgu sebab nanti setiap kali hari guru mesti dapat hadiah..syok la sangat tu..bila makin meningkat tua, cita2 pun berubah nak yang gaji mahal, nampak professional sikit..dari cikgu, up nak jadi pensyarah..hahah..lepas tu berubah lagi, sebab tahu diri ni pemalu ya amat, nak cakap depan kelas buat presentation pun tergagap2, de hati nak cakap depan public..i memang pemalu u know! hahhaha...

then dari pensyarah aku tukar nak jadi arkitek pulak sebab kawan aku tegur aku. dia cakap, "sarah, u kan pemalu, macam mana u nak jadi lecturer." terdiam aku nok.. serta merta tukar jadi arkitek..nak jadi pelukis takde bakat, i mana la reti nak lukis gamba nampak real, gamba orang pun tak reti..lukis orang jadi kartun..hahha..masa ni aku memang suka gila lukis pelan rumah/bangunan.. entah macam mana takde rezeki nak further study dalam bidang architecture..takde rezeki kut, keputusan SPM pun so-so je jadi memang tak layak la kut..

dan sekarang aku end up jadi akauntan..cita2 yang tak pernah terlintas langsung dalam kepala otak..dulu time skolah mesti pikir akauntan selalu di dominasi oleh cina, megadap nombor non-stop..oh stressful..setiap benda kena imbang..apa jadah debit kredit..tak paham konsep tu..last2 amik ko, benda ni yang melekat kat aku..silap2 sampai tua..hahha..

oh ya, cakap pasal saintis sebelum ni..saintis kan inventor..ko perlu cipta benda baru yang tak pernah wujud kat dunia ni..contoh ubat..nak cipta ubat bukan senang..aku dulu kimia memanjang merah..ada hati nak jadi saintis..jadi sainsprak bolehlah..hahaha..

eh tapikan, zaman2 dulu orang cipta ubat tradisional dari hasil2 kayu2an..so dorang tu digelar sebagai saintis tak? i wonder..wonderpet pet pet...

ok la, bye!

Jumaat, 21 Jun 2013

Tah ape ape

Dari tadi dok ngadap henpon ni ape eden nak buat... IG boring, fb boring, keek xtau nk tgk pe, tido je la... Hahaha...

Merepeks

Sabtu, 15 Jun 2013

cerita zaman diploma

assalamualaikum!!!

tak jawab dosa, jawab gatal...hahhaha..teringat tagline masa zaman muda mudi dulu..camnilah kalau ayat2 dak laki kalau nak kaco dak perempuan..hehe..sekarang aku rasa dah xde orang guna ayat camni kut..rasa macam old skul..huhu..

okeylah, nak cerita pasal zaman dip ak ni tapi mukadimah meleret pulak..ak start sambung diploma masa umur ak 18 tahun, bulan 12..tarikh tak ingat..hahha..kira 2nd intake la sebab first intake uitm bulan 7 tiap tahun..oh ya, tahun 2005..diploma macam bese la 3 tahun,standard la tu kan.. oh ya kenapa ak sambung lambat? sebab dah ak x dapat rezeki bulan 7 tu, bengap sangat kut..haha..dan jurusan yg ak amik masa dip jauh menyimpang dengan apa yang ak belajar time skola & form 6..course yg ak dapat takde langsung dalam list yg ak apply..course apa? accounting weh..course yang paling ak benci ya ampun..tak pernah terlintas langsung cita2 jadi akauntan..hahhaaha..nak buat camne, dah takdir membawa aku ke course tu..abis ranap cita2 ak nak jadi arkitek..waaaaa...

aku dulu diploma kat kelantan, machang. tempat okey la, atas bukit..sejuk kalau musim hujan tu..kawan2 sana? okey sangat..mostly classmate aku majoriti kelantanese, sorang pahang, sorang melaka & a few selangoreans..kalau dah kos akaun ni paham2 la dak lelaki bape kerat sangat je..masa grad tu agi la yg tinggal bape orang je..banyak yg berhenti, ataupun sangkut paper..dak lelaki semuanya kelantanese..hensem? takde kut..hahha..maybe bukan taste ak that's why ak cakap tak hensem..tapi de sorang tu muka farid kamil & sorang muka iqram dinzly..kalau korang rasa artis2 tu hensem,maybe hensem la bagi korang dak2 kelas ak tu..huhu..

tapi masa kat sana dulu aku suka usha dak2 AD sebab dorang  stylo weh, baik perempuan mahupun lelaki..AD tu stands for art & design..the rest mostly kos skema2..kos engineering mmg nan ado la..huhu..time dip ak xde bf gak..sedih gak, bunyi macam loser kan..hahhah..dah ak x cantik, gemok so sapelah orang nak pandang aku kan..wakkakaka...sarcastic gila kutuk diri sendiri..self-esteem sangat low, wajib hantar kelas2 motivasi diri ni..

oh ya. masa dip dulu ak de gak pergi kelas taekwando..thanks to my roommate yg paksa aku untuk join kelas tu..T T

tapi tak lama pun..dari sem 1 sampai sem 3 je, tu pun masa sem 3 ak banyak skip kelas..malas gila doh..kelas takwando hari sabtu mlm, ahad kelas memang malas la kan..nak2 ari ahad tu kalau de kuiz atau test, lagi la berganda memang ak x g kelas takwando..belt sampai kuning je..hahahah...teringat masa aku gi kls takwando, de sorang senior ni sibuk usha ak tau..hahaha..masa tu aku sem 1 dia sem 3..ak klu g kls tu, atau meeting suka pakai baju de no tau & bro tu suka panggil ak dengan panggilan no baju ak pakai..dah dia tak tahu nama ak, sebab tu panggil ak guna no..kawan2 ak cakap bro tu minat ak, tp sayang ak x minat dia sebab dia tak hensem & gemok..hahaha..sorryla, ak ni memang jenis memilih..muka sendiri tak lawa, de ati nak pilih2 ag kan..huhu..ak paling pantang kalau orang asyik pandang2 ak & yes masa kelas atau meeting taekwando abang ni mmg suka pandang ak tapi ak buat2 tak nampak jela..

tapi tu la, ak bodoh kut..masa ak sem 3 bro tu sem 5, dia wakil MPP kut..time tu dia da de gf..tp klu terserempak, de gak dia pandang2 ak tapi ak buat xtahu je..kawan ak cakap sayang gile..hahaha..nama bro tu rafiq..see, nama pun seakan sama dengan kisah form 6 ak dulu..bunyi hujung fiq gak..huhu..

selain tu kan, kawan ak suka sangat match make kan ak dengan classmate ak sorang ni..masa tu ak da sem 4 ke 5 ke 6 ak tak ingat la..mamat tu comel la..putih tapi ak x minat sebab dia lembik sangat..bukan la lembut cuma dia pendiam..dorang kata ktorang sepadan sebab sama 2 comel..uwekkk..hahaha..ak malas nak layan kawan2 ak tu..tiap kali dorang usik ak, ak buat xtahu je..pernah tau sampai sekali tu ak stress sangat sebab kawan2 ak sibuk cari bf tuk ak tau..ak pergi kapel dengan sorang mamat tu yang ak kenal kat myspace..sumpah lawak bila ak ingat balik..tak lama pun dengan mamat tu..3 minggu kut..hahaha..tu pun ak yg mnta putus..nanti ak ceritya yg tu next entry ye..rasanya itu kali pertama & terakhir ak pernah kapel kut..ahahahah..

masa sem 6 tu ak penah de skandal dengan sorang mamat tu tau..kawan ak la sibuk suruh layan mamat tu sebab dia de kete..boleh guna2kan dia tuk jalan2..hahhaha..bangang tul kenapa lah aku layankan kawan2 ak tu..mamat tu classmate ktorang gak..in fact time tu dia da de awek kut..bese la lelaki mana cukup sorang kan..mamat tu minat kawan ak mula2 tapi kawan ak x suka dia sebab muka dia macam bangla kut..hahah..kawan ak g pass kat ak lak..ak layan gitu2 jela..i kan pemalu so manalah reti nak layan2 lelaki ni..hahah..tapi bukan serius sangat pun, sebab ak x layan sangat..guna bila perlu je..abis belajar terus loss contact..ak pun tak ingin, da muka macam bangla..ak pun de taste gak pe..hahhahaha..

banyak agi kisah masa dip dulu..suka duka..dari macam mana ak benci gila akaun terus ak boleh stay sampai la da keje sekarang..akaun gak..da tak lari da..huhu..rindu gak dengan tempat tu bila da lama2 ni..banyak kenagan weh..kisah seram pun de gak..sebab belakang kolej kediaman tu hutan so keras sikit la..

okey la..stop sini dulu..hingus ni dari tadi dok meleleh je..stress lak..

oke bye!

Continued from Cinta 2 entry...

Hola bloggers!

*ayat tak boleh blah sila abaikan ya*

Assalamualaikum! berbalik kepada tajuk aku di atas, aku nak sambung cerita pasal cinta 2 tu. ingat tak aku citer pasal si syafiq ni si classmate aku? sebenarnya aku tak tahu macam mana nak start sebab otak tetibe blur..tengah pikir ayat mukadimah jap..hahahah...

oke 1 2 3.. tarik napas hembus tarik hembus tarik hembus puhhhhh! *kluaq ayaq liuq* hahahah sorry tak bermaksud pun..huhu..

okey, macam mana kisah aku dengan syafiq ni bermula. sebenarnya kawan aku si Ms I ni dia minat dengan syafiq sebab bagi dia syafiq hensem kut.. yela chinese look kan, maybe taste kawan aku ni memang ala2 chinese kut. maybe, aku teka jer sebab aku pun lebih tertarik kepada muka yang chinese look ni.. dari kecik memang ak minat muka ala2 gitu, tolong jangan tanya kenapa..semua orang ada citarasa masing2 kan..huhu..

lepas syafiq dah blah gi masuk U, aku konon nak jadi ejen match-maker la so aku pun membuat langkah dengan meminta no hp syafiq kat Man. *niat punya suci nak menyatukan dua hati..ceh ayat dramatik giler* hahhaha.. lepas dapat nombor hp, malam tu aku sms la mamat syafiq ni.. *apa agaknya dia pikir aku tetibe sms dia kan..pompuan msj laki dulu weh...sumpah malu bila aku ingat balik*..start2 tu ak tanya kabar la dulu, then aku mula la susun ayat cakap Ms I kirim salam bla bla bla..aku cucuk la dia apa lagi kasi dia syok sama Ms I...actually apa yg aku sms dia aku tak ingat tapi lebih kurang macam tu la.. tapi dia tukar topik dan dengan berani memberitahu yg dia minat aku..wahhh, terkesima aku weh..terkesima bila baca mesej tu.. lain niat, lain jadinya. aku terus terusan cuba membuat dia suka kat Ms I tapi hati dia mmg strong kut.. dia cuba untuk mengayat aku dengan ayat2 islamik..tiap pagi dia akan miss call aku untuk kejut solat subuh. selalu bagi mesej2 islamik..ada sekali tu dia cuti mid term kut & ajak aku keluar *dating la konon* tapi ak tolak dengan alasan apa aku tak ingat..hahha..aku ada tanya dia serius ke dia nak kat aku, sebab aku ni kurang beragama sikit..kat sekolah memanglah aku bertudung tapi kat luar aku free hair.. then dia terus shoot dengan bagi ayat2 islamik penuh kesedaran..memang sesuai la nak buat calon suami sebab sudi membimbing orang lain ke jalan yang benar.. alhamdulillah..

tapi dia bukan taste aku sebab masa tu aku pikir banyak untuk terima dia tau. macam2 aku pikir..memang lah dia chinese look (salah satu ciri2 idaman aku) tapi time tu aku muda agi kut.. 18 tahun weh..masih mentah agi.. rasa macam gatalnya bercinta time umur 18..belajar pun tak habis lagi, makan minum pun masih ditanggung makbapak agi.. lepas tu aku ni jiwa hardcore sikit, aku suka lelaki yg sempoi, brutal2..memang tak ready lagi nak berubah menjadi baik lah time tu..*serius luahan dari lubuk sanubari* dan sebab paling utama ak tak boleh terima dia  adalah dia kawan aku punya (even kawan aku hanya minat dia je).. hello, kita dah tahu yang kawan kita suka dia, takkan kita nak ambil dia pulak kan.. rasa mcam pengkhianat pulak bila caras kawan punya. lagipun memang prinsip hidup ak, ak takkan amik kawan punya/ bekas kawan.. pantang weh... aku cuba menjauhi dia..dia sms ak tak reply..dia call ak buat bodoh tak angkat..last2 dia sedar sendiri yang ak memang mengelak dari dia dan since tu dia dah x contact ak lagi.. alhamdulillah aman hidup mak nokk :)

sebenarnya cerita tu tak end up kat situ je..korang tahu kan yang ak belajar form 6 half way jek ( 2-3 bln kut)... masa aku kerja kat parkson tu, aku still keep in touch dengan Man sebab Man kawan aku yg sangat baik & dia sempoi..aku selesa berkawan dengan dia..kalau lah syafiq mcam dia gak, maybe ak tak kan elak dari dia kut..sebenarnya bila aku buat syafiq macam tu sumpah memang aku rasa bersalah sangat..jahat pun ada..macam selfish pun ya..tapi lets the bygone be bygone kan.. Man tahu yang aku kerja kat parkson lepas quit form 6 tu.. tapi yang memeranjatkan aku sangat dia tahu kisah aku dengan syafiq. memang sumpah peranjat gila kau sebab aku tak pernah citer kat sape2 weh pasal syafiq..even kawan2 aku yg lain pun tak tahu kut.. dia cakap dia tahu dari syafiq..memang masa tu aku berangin sangat sebab mamat tu sibuk pergi cerita kat orang lain..memang aku rasa marah sangat..Man bagi aku nasihat tentang syafiq..dan itu membuat aku tersedar kut.. dan masa hari raya tahun 2005 tu aku pun sms ucapan hari raya kat dia dan minta maaf sbb ak buat macam tu kat dia, dan surprisingly he replied my sms. after that kita orang jadi okey balik..dia pun treated aku macam kawan biasa..alhamdulillah sangat...

oh masa aku kerja parkson dulu, aku banyak gak kawan2 lelaki..semua bangsa ada..masa tu aku memang selesa berkawan dengan dorang sebab lelaki ni kan kasar dan jiwa aku pun memang zahirnya kasar..aku bukan tomboy, cuma aku lebih selesa berpewatakan kasar time tu..siap rambut pun pendek je memanjang..hahhaha...kat sana gelaran ak dorang panggil 'kecik' sebab aku memang kecik time tu..perangai macam budak2, suara ala2 doraemon, badan kecik je (berat 48kg tinggi 150cm)..aku selesa berkawan dengan dorang sebab dorang jaga aku macam adik dorang..best weh perasaan tu sebab aku anak sulung, tak pernah rasa macam ada abang..bila dorang jaga aku, rasa mcam sangat protected.. banyak abang aku ada, in fact semua ak panggil abang je even ada antara dorang atas umur ak setahun jer..rindu gila perasaan masa tu..masa tu main2 je keje..tak ada sorang pun antara dorang yg ada perasaan kat aku, tu yang best weh..ada yang macam muka ala2 awal ashaari pun ada..tapi sayang abang tu gay..huhu..situ pun ada bapok kerja gak..cantik bapok tu, tak sombong..kakak2 kerja situ pun baik gak..ada gak akak sorang tu senior ak masa form 6..dia buat part time kat situ..aku kerja situ tak lama..dari bulan 9 sampai bulan 12 jer tapi banyak gak kenangan manis kat situ..bila sekarang aku pergi sana jalan2, ak dah tak jumpa dorang suma..maybe dorang da tukar tempat kerja kut..agaknya dorang pun tak kenal aku kut..dulu aku kecik sekarang aku da gemok..of course la x cam kut..huhu..maybe ramai pun da kawen kut..huhu...

nanti sambung pulak cerita masa aku belajar diploma dulu yek..takde lah kisah cinta tapi kisah masa muda2 dulu..ak nak simpan memori ak kast sini..tapi kena take time untuk flash back balik..huhu..

oke la...chowww!


Ahad, 26 Mei 2013

hidup tak selalunya indah. sebab adalah norma kehidupan di mana setiap jalan yang kita lalui pasti adanya liku-liku dan pit-stop.

cinta 2

hye blog! assalamualaikum! merujuk kepada tajuk aku seperti di atas, yes kali ni ak akan bercerita sambungan kepada kisah aku di dalam entri yg lepas..jeng jeng jeng...hahahhaa...bunyi lebih...

 sebenarnya aku malas nak menaip tapi ku gagahkan diri jugak..eh tapi aku perasan camne tulisan ak jadi satu paragraph je walhal byk gila perenggan yg ak buat..dulu tak camni kut...*kompius jap* camne la ak nk baca balik entry tu..tengok pun mata nak berpinar kut...adoi...penat cari kat setting tapi macam x jupe jek...huhu..biarlah...macam lah ada orang nak baca blog ak ni kan..kecoh..hahhaha...

 okey,berbalik kepada tajuk asal kita...wah kita...hahahha...okey berbalik kepada tajuk asal aku..lepas habis SPM, aku duk umah jek..hahhaa..eh apa ingat ak x cari kerja ke? ak cari la tapi xde orang nak hire aku kut..maybe bila interview ak fail or tgk muka selenge gila or biodata aku x menarik dalam form application tu...wakakaka...ak memilih keje pn sama..yelah, i ni pemalu gila tau..nak kerja kat area public ni mmg susah lah..macam baik duk hutan je xnak bercampur kan...macam katak di bawah tempurung gitu...huhuhuhu...tapi lepas dapat result SPM baru aku cari kerja secara serius..wakakak...kononnya da ada cert gitu so nak cari kerja pun laku..damn sungguh..kerja kilang macam la orang nak tengok cert ko kan...skematik gila..hahahah..eh betul tau aku mmg skema..manusia skema la..and aku mmg blur..that's why tagline aku 'always blur'..huhu..

 aku kerja kilang jap je, lebih kurang satu setengah bulan..alasan berhenti sebab dapat offer masuk form 6..yes form 6 je sbb result ak x layak tuk masuk matriks coz i ni bengap dulu..result x cantik ada hati nak masuk matriks kan..membazir duit aku 10rgt je apply matriks dulu...haishhh..actually aku xpenah plan nak masuk form 6 pn dlu..in fact ak apply matriks pun sbb ikut kawan2 kut..cikgu cakap matriks bagus so semua pun duk apply la..jalan shortcut nak ke U..mmg betul shortcut klu ko grad matriks dgn cemerlang,klu x membazir masa,tenaga dan duit je..okey..masa dapat tawaran form 6 ni, ak da fikir mmg cantik nak jadi alasan utk berhenti kerja kilang..kilang tu bosan gila doh..xde sosial life wa cakap lu..macam cuti pun xde,even public holiday kene paksa keje..keje macam robot..environment x best, majority sabahan & indon..paling benci sebab orang pandang rendah kat kita..yela minah kilang kan mmg org kutuk abis la..gila stereotype..macam semua buruh kilang tu xde pelajaran tggi je..fcuk la..ak dulu penah kene maki dgn s/visor kat situ la..malu siot sampai department sblah pn pndg..mmg ak benci gila s/visor aku tu..agi satu kat kilang tu ramai org kaki bodek tapi kerja kurang..siap makan gaji buta kut..tahu nak maki orang kerjanya...benci gila la..sbb tu ak x tahan & cari jalan utk berhenti...kebetulan kawan ak ajak masuk form 6 sementara tggu dpt offer U.. ak apa lagi ON je la..puas aku pujuk mak ak nak masuk form 6,ak cakap ak xkan minta duit dari dorg langsung..aku gunakan duit gaji ak tu tuk byr yuran sekolah & perbelanjaan tuk masuk sekolah la..pakaian,kasut & beg xsusah pun,just recycle balik yg skolah menengah punya..ramai gak kawan2 skolah ak yg accept form 6 tu..mostly kawan chinese dari kelas2 pandai..kawan melayu aku ada 4 orang dari sekolah lama ak..oh ya,sekolah form 6 ak adalah sekolah lelaki tau..bermakna skolah tu ada orang perempuan yg dimana ianya terdiri dari ckgu sekolah, makcik cleaner,makcik kantin & students Form 6 sahaja ye..hahahah..bayangkan lah ak yg pemalu tahap gaban ni boleh accept masuk sekolah situ..hahaha..bangang! ak pun tak percaya macam manalah ak boleh hidup beberapa bulan kat sekolah tu..yelah aku nikan pemalu bila dengan lelaki..tapi hikmahnya la dari situ ak start kikis perasaan malu dan cuba bergaul dgn manusia yg bukan sejantina dgn ak & yes i'm survived babe! siap boleh kawan2 cara kasar lagi,macam xde perasaan jek..and dari situlah kisah ak bermula..hahahaha...*malunya*

 masa orientasi tu ak de nampak sorang mamat ni..aku ingat yg dia tu cina sebab mata dia memang sepet habis tapi kulit dia gelap..xdelah gelap macam india tapi kira gelap la utk org cina..oh ya baru ak ingat,time tu dia pakai songkok kut so sah2 mmg dia muslim la kan..mmg sepanjang orientasi dia pakai songkok kut...*ak cuba perah pala otak balik* *okey susah nak ingat balik benda masa umur 18 tahun* hahaha..faktor usia.. :)

 ada seorang lagi yg mmg ak ingat dia cina sebab mata sepet,specky & putih.. dia masuk lambat, xslp ak last day orientasi baru dia daftar masuk..dan apek ni sekelas dengan ak rupanya..hahahah..ak amik kelas sains fizik,nama kelas ak 6 lower yakin..kelas ak mmg majoriti cina,indians a few jek. dan melayu hanya 7 orang termasuk aku..5 perempuan & 2 lelaki..perempuan G-ha,5ruz,Ili, aku, sorang dak perempuan lagi ak x ingat nama dia..lelaki hazman & syafiq..syafiq ialah dak lelaki mata sepet,specky & putih tu, yg ak ingat dia cina mula2..mmg macam cina habis lah..huhu..oh ya,dak gelap yang ak nampak masa orientasi tu bukan sekelas dgn aku, dia masuk kelas sastera..wah siap tahu kelas mana x leh blah..hahhaha..haruslah tahu sebab ak mmg suka dia..sebab dia poyo..tah nape ak punya taste selalu mamat2 poyo..ak pun kompius..wakakaka..

 okey nak cepatkan cerita..sebenarnya ak da penat nk menaip ni..xtahu nak susun ayat..hahahah..leceh habis la..masa dalam kelas, aku selalu akan pusing arah belakang sebab nak cakap dengan fairuz. kalau da bercakap tu maybe suara kuat gila la,siap ketawa xde control..tapi ak mmg perasan setiap kali ak terpandang syafiq,msti dia pandang aku x berkelip..ak pun pelik la apahal mamat ni asyik2 pandang ak..banyak kali okey smpai ak pun naik rimas & malas nk toleh belakang nak cakap dgn fairuz..tapi ak x cite kt sape2..diam diri sorg2 buat xtahu je..ak anggap dia mybe kutuk ak sbb cakap xde sopan mcm pompuan langsung...hahahah..andaian aku aje...lepas sebulan dok dalam tu, result tuk kemasukan U pun keluar..dan kecewa sungguh sebab ak xdapat pun ofer masuk U..mmg down habis la..Fairuz & g-ha pn x dapat gak..ak dgn fairuz siap buat rayuan lagi, tapi rayuan pn kitorg x dpt tempat tau..mmg down habis la..dak perempuan melayu yg ak x ingat nama dia tu dapat tawaran Uitm, & syafiq pun dapat gak..so melayu tggl la 5 orang..then g-ha buat rayuan tuk tukar sekolah, dia orang banting so sekolah kat klang tu mmg jauh la..dia terpaksa menumpang d asrama yayasan..bila g-ha pindah sekolah tggl 4 orang je..masa tu ak oke lagi la..bila fairuz cakap dgn ak yg dia nk berhenti sekolah dan masuk kolej ambil dip ak rasa down gila..ktorg jnji mula2 nak habiskan form 6 smpi habis,tapi hajat x kesampaian..bila fairuz dah quit time tu ak mmg down habis la..ak rasa mcam nak berhenti jugak..mak ak dah bising2 sbb mmbazir,dulu kan ak x dgr cakap dia supaya jgn berhenti keje..mmg kene bebel jela ak..huhu...lps fairuz dah blah,melayu tggl 3 org..time tu ak pikir klu x behenti skola,ak nak tukar jurusan masuk sastera sbb ak mmg x boleh bawak masa tu..time tu ak baik dgn hazman,man pun cakap dia nk tukar jurusan siap dah ambil borang kut..nak tukar jurusan ni kene buat application dgn PPD x slp ak tau...mmg time tu ak da plan nk follow man da, ili sorg je yg hati cekal nk tggl dalam kelas tu..mmg tabik spring la kat minah tu..(sekarang ili end up keje sbgai engineer di salah satu syarikat penerbangan,mmg cita2 dia)..tapi last2 ak cakap dgn man ak x jadi tukar kelas,ak decide nak berhenti sekolah..ak buat surat semua dan ak cakap dgn ckgu yg ak nak masuk kolej ambil kursus yg ak minat...(padahal ak duk rumah x masuk kolej pun)hahhaha..gila la tipu cikgu..ak rasa sbb ak x jadi masuk kolej sbb fees mahal, pastu man ada cakap nanti ada kemasukan Uitm bln 12 so dia suruh ak try apply tu dulu..jadi lepas ak apply,ak pun keje la sementara kat parkson..(apa jadi masa kerja ak cerita next entry ya) berbalik kpd kisah si syafiq ni.. *to be continued*

Bye!

Rabu, 1 Mei 2013

Sabtu, 13 April 2013

Sakit

Orang kata sakit tu penghapus dosa..tapi kadang2 ak rasa sakit tu ibarat balasan pada apa yg kita da buat kat dunia..pendapat aku je..

Chill

Rabu, 20 Februari 2013

Bad news!

Ya allah, kau lindungilah kami sekeluarga. Betapa hebatnya ujian Mu...

Ahad, 17 Februari 2013

Cinta

salam.... well oh well...this time i would like to write about love.. hahahah...love? cinta? aku bercinta? bunyi sungguh skema bila cakap CINTA. hahahah *gelak lagi* sesungguhnya aku mana pernah bercinta...*serius????* yes im ma serious yaw! :) even aku x pernah bercinta (which is truly love) tapi tipulah kalau aku x pernah jatuh cinta..aishhhh bunyi jatuh cinta tu macam serius sangat kan..oke la tukar pada suka tahap gila supaya bunyi tak skema dan ia berbunyi rawk! saranghae :) okay lets move on! berbalik pada kisah aku suka pada orang tahap gila, ak try flash back bila aku dapat penyakit ni..tapi rasa mcam aku x ingat la bila ak dapat penyakit ni.. oh maybe sebab faktor usia thats why ak dah lupa.. ni kes banyak sangat makan aji la ni..mak ak tak sah kalau masak x letak aji...katanya takde umph...*umph la sangat kan* aku ni sebenarnya tak tahu siapakah yang betul2 terkesan dalam hati aku smpai ak boleh makan x kenyang, tido tak lena & mandi x basah. sebab kan aku ni macam ada penyakit cepat berubah..lepas ak suka orang ni tahap gila tapi bila ak rasa ada macam x kena pada mamat ni ataupun ak dah bosan suka tahap gila mesti ak akan berubah & dah x suka pada mamat tu plak which means macam dah x de perasaan dah..oh ye,normally kalau ak ada penyakit ni, ak suka senyap2 je..apa orang kata tepuk sebelah tangan je...hahahah..yela mmg la sebelah tangan sebab mamat tu hot/cute/hensem...bajet la ak yg comot/gemok/specky/nerd nak cakap hey awak,kita suka awak la...gila apa??? wakakakak...kira ak suka gitu2 jela,wat cuci mata...hahahhaah again :) orang kata zaman sekolah adalah cinta monyet kan..tapi mmg ak xpernah ada peluang tu...mungkin aku lambat membesar & blur dengan apa tu couple etc etc etc..lagipun susah la nak couple ni kalau dah aku skolah perempuan dari darjah 1 sampai form 5 (except ak penah skola agama selama 5 tahun,of course skola agama mestilah campur kan).. tapi masa sekolah rendah dulu ak mana ada perasaan gatal2 ni..just bila dah melangkah ke alam puberty baru ada rasa nak menggatal..hahahah...dulu kalau skola rendah boleh cuci mata bila time skola agama tapi bila skola menengah suma perempuan oh bosannya mata ni...hahahah...yg jadi penyeri pun cikgu skola je tu pun x hensem/tua. kalau ada cikgu practical yg dtg ngajar skola,time tu la baru boleh cuci mata.. hahahahah... pathetic.. kesian kan dak2 skola single sex...sebab cikgu practical of course la muda (20++) & hensem so time ni la kalau nak menggatal..tapi dak kelas ak suma well behave ye..takde keje nak menggatal dgn cikgu..oh agi satu kalau ada skola len dtg melawat skola kami time tu jugak boleh cuci mata & ak rasa event skola yg plg di tunggu2 dulu adalah HARI KANTIN sebab time tu orang luar boleh masuk skola kami..time tu sape ada bf bawak bf kononnya nk dating time tu/tunjuk member..motif tunjuk member? ada ke ye..tah2 ak yg pandai2 buat cerita..aiyokkkk dosa...hahahahahah.... dulu ak kesian sungguh sebab takde orang nak minat aku tau..macam ak cakap sapela yg nk minat budak gemok/comot/specky/nerd macam ak ni? tapi manalah tahu tiba2 ada orang minat ak masa ak sekolah rendah dulu..time ak darjah 6..mungkin masa tu da lawa sikit kut *haktuih* perahsantan..ala tu pun sebab dak tu cakap kat adik ak suh kem salam kat aku smpai kantoi kat abah ak..abis ak kene marah sbb kecik2 da menggatal..ala ak kenal dak tu...satu skola agama dengan ak,jiran satu taman, & kawan sepermainan masa kecik2 dulu..ak pun pelik camne dia leh suka kat ak..buta kut time tu..ak x minat dia sebab dia x hensem...hahahahah...muka x cun ada hati nak memilih..kiranya ak xde respon lgsg kat dia la..kesian dia syok sendiri sorang2...ahahahhaha again :) pastu masa ak masuk form 1 ada gak orang minat ak..xtau sape tapi jiran ak bitau adik ak ada orang kem salam kat ak...kompius gak ada sorang agi buta...*mulut puaka* tapi lepas tu senyap macam tu gak la sebab ak rasa maybe dia salah org kut..*boleh pulak camtu kan* hahahaha...mungkin kut time tu ak da kurus sikit sebab tu nampak comel sikit dah....*adoi* ala,dulu kalau orang kirim salam tu perkara bese la...tu pun ko nak kecoh ke sarah?? kampung betul! tahap miang ak menjadi2 masa ak form 4...aku minat sorang abang ni.. dia time tu 19thn, ak 16thn..muka abang ni cute,cuma hidung dia slek skit..tapi dia cute *again* camne ak knl dia? dia budak kepada kawan ayah aku..kawan ayah ak penah meniaga kedai snooker dulu so macam ramai la orang datang sana...kalau ayah ak x dapat hantar ak,dia yg tolong hantar ak & adik gi skola..siap bagi duit belanja agi...hahahhaha...malunya bila ingat balik...ak ingat agi dia lahir bulan 10 tapi x ingat tarikhnya...siap dalam kelas kimia ak leh angau tahap babun teringat kat abang tu...x pay attention langsung.. ak minat abang ni senyap2 lama gak tau...smpai form 5 tapi lepas da lama x jupe dia so perasaan tu hilang macam tu je..xtau la kalau abg tu da kawen skg..yela skg ak dah masuk 26thn, of course dia dah 29thn.. da kawen & msti dah de anak..ak rasa dia cinta pertama ak kut..cinta senyap2...hahahahah...kasihan sungguh! bila teringat balik cerita masa ak 16thn dulu, ketawa sorg2...klaka weh...budus gilak... time skola dulu ak mana ada kawan lelaki sbb tu ak x pandai bergaul dgn lelaki..kalau dgn lelaki ak jd pemalu gila...lalu depan lelaki pun ak rasa x sanggup sbb tahap kemaluan yg melampau...tapi tu dulu la,sekarang no hal kut..hhehehhe...lepas habis skola,ak keje part time..time tu la ak try polish perasaan malu tu sikit2.. oh ya, masa form 6 ak de jupe someone tau..xtau la ak penah cerita ke x dulu dalam entry yg lepas2..nanti ak try scroll balik...kalau ada tak payah cerita la...kalau xde nanti ak kumpul kekuatan tuk bercerita ye...sekarang ak da penat menaip..sambung balik kang...esok pagi kene bangun awal,nak keje...menci bila pikir keje teringat doc atas meja, call yg bakal terima dari contractor(tggu kene maki la) & len2...aishhh stress lak tetiba...oke la stop dlu kat sini...nak tido!!! Bye! Nite! Sweet dream ! XOXO

2013

assalamualaikum!!! walaikumsalam wbt... pehhh, tengok blog sendiri rasa kelakar pun ada..mana tak nya.. 2012 hanya ada 3 entry je...*oke la tu dari takde langsung kan* hahahhahaha...bapak sedih tengok blog sendiri..nak buat camne..saya takde masa nak nulis...asik keje keje keje keje...cehh ayat macam aku ni active blogger je walhal aku agi suka membaca dari menulis kut..menulis ni leceh kena banyak idea...aku tulis apa yang aku suka je.. Syok Sendiri...wakakakakak... kalau nak diikutkan sebenarnya aku ni mmg suka memikir..rasa macam "eh ak nak update blog la tulis gini gini gini" tapikannnnn bila da depan laptop, nak nulis tu my oh my...i feel like so ohemgee lazy...xtau nape...kalau la ada satu mchine yg boleh trus automatik tulis apa yg berada di pala otak without perlu menaip and so on so on so on...suhunnnnn...wakakakak...tu kene tggu manusia bijak yg invent kut...tah tahun bila wa tak tahu.. ala kecoh la ko sarah...huhuhu..padahal tulis blog ni dgn intention supaya 10 or 20 tahun akan datang bila da tua tbe2 rasa nak flashback pada masa lalu without the time machine, boleh tgk blog ni dan baca dan ketawa sensorang kan...time tu rasa macam apa ke bangang yg aku tulis ni...ak sebenarnya nk update semua kisah hidup aku kat sini supaya one day tiba2 de amnesia *allahualam* boleh baca blog ni mana tahu nanti time tu boleh refresh back all the memories...daaaaa...bangang!! *so dramatic* macam boleh buat satu cerita pasal ni lak.. yes brilliant...belum ada org buat lagi kan bila penyakit amnesia ni salah satu cara nk pulihkan balik boleh tgk blog sendiri..wakakkakaka...oke tukar job pasni jadi scriptwriter pastu jual hasil nukilan aku tu & femes....berangan lebih!!! eh tapi betul la dulu ak macam pernah tepikir tuk jadikan keje tulis skrip ni sbg salah satu income..dulu masa form 4 xtau nape ak gila suka tulis skrip..ak x suka buat cerpen sbb pening nak pikir ayat penghubung macam nak jadi narrator..susah lah...aku bukan nya kreatif & rajin..ak lebih suka tulis skrip...terus pikir ayat apa nk ckp...huhu...ada la bbrapa skrip ak buat n suma tu da hilang kut..tah pergi mana..ak stop tulis lepas ak dpt offer masuk uni time dip dulu..smpailah skrg ak da x tulis..sbb nak buat cerita kene byk bermain dgn imaginasi kut..ak mmg suka suka imaginasi ni sbb tu dulu kalau nak tido msti berangan dulu macam2 ala2 buat cerita sketsa dalam pala otak then tido..esok ulang benda yg sama tapi tukar babak lain..macam berepisod la kiranya..hahhahahaha...gila lawak bila ingt balik..sebab tu dulu kalau exam/PMR/SPM ak kalau paper BM & BI nak buat essay tu msti pilih yg cerita punya sbb bebas nk pikir story plot dia dari pilih facts/sambung peribahasa bapak susah...nasib baik cikgu suka cerita ak & markah pun oke la bagus jugak...hahahahah...BM x bagus sbb dapat B time SPM dulu..hahhahaha.... nanti kalau ada masa ak nak cari balik skrip aku tu pastu nak tulis dalam ni..epi by epi..tengok pada tahap kerajinan ak la nanti..hehehhe...*kalau rajin* kalau malas??? malas....emm oke gud bye!! hahahhaha da tu je...bye!