Rabu, 9 Disember 2020

My 2020 life

 09/12/20

It's almost comes to year end. Year 2020. An unexpected year, an unwelcomed disease. Covid 19. No one knows that we will be spending our life mostly at home. 

Last year, 2019, I thought in 2020 I will be travelling to Japan, a sunrise county. All the bookings done were cancelled.

Beginning of the 2020, 5/1/20 my grandmother passed away. She is my mom's mother. 

This year, I did not take any exam at all. I did enrolled for Dec sitting but then I decided to withdraw it due to I am not prepared to sit for it. Well, a holiday year for me? It is not. I am too busy this year. I don't know what is happening in my life. Everything just went too fast, in a blink.

I think I am going to end my 2020 with still being single. 33 years old, single lady LOL

That's all, my summary of 2020 HAHA

Bye!

Sabtu, 15 Ogos 2020

Kereta

 Dulu masa kecik2 maksud aku time dah kenal jenis2 kereta tu selalu berangan bila dah besar nanti dah ada duit sendiri nak beli kereta sekian sekian sekian. Ada banyak je list dream cars time tu, ala brand-brand kereta yang ada time tulah.

Tapi bila dewasa dah ada duit sendiri terus lupa apa dream cars masa kecik2 dulu. Beli kereta ikut kemampuan diri dan asal boleh bergerak je pun dah ok. Irony kan?

Siang tadi borak dengan adik aku pasal jenis2 kereta yang ktorang berangan nak beli masa belum bekerja hahah. Dulu wishlist kereta lain, bila nak beli kereta, beli yang mana mampu je haha. Sebab sedar diri tak mampu nak pakai kereta mahal sebab fikir mana nak cekau duit untuk maintenance kereta, renew insurance dan roadtax dan tayar 4 biji tu. Lagi mahal kereta tu lagi tinggi lah kos2 yang bersangkut dengan kereta tu. Nak bayar installment tu fikir dua tiga kali lah haha

Aku cakap kat adik aku:

"Abah pernah cakap jangka hayat kereta tu 5 tahun je sebab lepas 5 tahun tu performance dia akan kureng sikit even kita hantar servis ikut timing dia, means tak pernah missed servis kereta even sekali pun. So kalau dah 5 tahin kereta tu boleh la tukar kereta lain. Bagi akak kalau jenis suka nak tukar2 kereta cukup 5 tahun trade in je beli kereta baru. Tapi kalau akak, kereta akak beli tu akak takkan makeup, tambah body kit, tinted bagai. Akak just buat yg basic je, kalau tinted tu seller dah tinted takat tu akak ambik je takde nak topup2 kasi lagi gelap ke apa sebab akak tahu aku pakai kereta ni 5 tahun je so aku tak nak keluar duit lebih atas kereta ni. Takde nak tukar2 sportrim. 

Tapi kalau sayang kereta tu mmg beli untuk asset bergerak dan nak pegang sampai akhir hayat, then invest la improvise kereta tu on accessories (tinted, body kit, sportrim). "

Well masing2 ada pendapat masing2 kan. Kalau dah kaya sangat boleh je pasang kereta banyak2 dan tukar kereta sekerap mungkin ikut kemampuan korang lah haha

Tu je nak cakap. ok Bye!

p/s: Aku bahasakan diri aku akak kat adik2 aku :)

Syukurkah kamu?

15/8/2020

Hari ni, Sabtu ialah hari kelahiranku yang ke-33. Alhamdulillah aku diberi kesempatan dan kesihatan untuk menjalani kehidpuan di dunia ni dan menerima nikmat yang Allah bagi. Oh by the way, kebetulan tahun ni sama pula hari jadi ku dengan hari aku dilahirkan which is Sabtu.

Di umur aku yang sekarang ni, aku dah ada kereta untuk aku bergerak, aku dah ada rumah untuk aku berteduh, aku dah ada kerjaya untuk aku menyara hidupku. Cukup lengkap. Apa lagi yang aku nak mintakan? Allah dah bagi cukup nikmat kat aku. Alhamdulillah, aku masih sihat dan boleh bergerak ke sana sini, boleh makan segala makanan yang ada, boleh melihat menghargai ciptaan Allah swt. Syukur.

Kahwin? Rasa belum sampai masanya lagi kut. Aku percaya pada qada dan qadar. Jikalau bakal pasangan aku masih hidup di dunia ni, kahwinlah aku kan, kalau takde maybe jumpa kat SANA kut? haha. Peh aku rasa ayat aku hari ni lain macam level dia hahaha. This is so not me!

Well. Kali ni aku nak bercerita pasal syukur. Korang rasa cukup tak dengan apa yang korang ada sekarang ni? Maksud aku korang rasa puas tak dengan life korang sekarang? Apa yang korang impikan semua dah tercapai tak? Ke korang rasa tak cukup? Pernah tak korang rasa cemburu dengan apa yang kawan korang ada? Contoh, korang tengok igstory/posting kawan korang kat social media dan korang cakap untunglah dapat melancong, peh kaya pakai kereta mewah, peh makan kedai mahal ni ok check harga kejap dan the list goes on. Tipulah yang korang takde rasa cemburu kan?

Pernah tak korang rasa iri hati dengan apa yang kawan korang ada dan korang bercakap buruk pasal kawan korang? Contoh, peh pangkat tinggi ni mesti kaki kipas, peh mewahnya life dia untunglah kahwin dengan orang kaya dan the list goes on. 

Pernah tak korang tengok posting kawan korang tanpa ada perasaan apa pun ataupun korang motivate diri korang aku pun nak ada life macam dia ni aku kena kerja kuat, means it inspired u to work harder. Aku rasa manusia macam ni ada cuma tak ramai kut.

Ok now aku nak cakap pasal aku. Frankly, bila aku tengok posting kawan2 aku, aku akan rasa happy, seronok dan cakap wah bestnya dia dapat pergi melancong dan aku takde rasa cemburu sedikit pun. Maybe sebab aku bukan kaki travel kut. Kalau aku tengok life kawan aku yang bahagia dengan family kecil yg dorang ada aku akn tumpang happy, tanpa rasa iri hati dan busuk hati pun. Ataupun aku tengok kawan2 aku yang mewah lifestyle dia, aku akan motivate diri aku kalau nak life mcm dia kena kerja kuat or do something untuk ubah life aku.

Bagi aku simple. Kalau aku rasa tak cukup hidup aku ni, aku akan kerja lebih kuat, motivate diri sendiri untuk ubah hidup jadi lebih berjaya. Tapi kalau aku rasa cukup, aku akan bersyukur dengan apa aku ada tanpa rasa iri hati pada kawan2 aku. Bagi aku rezeki Allah bagi ni beza2 setiap orang. Jalan hidup kita semua tak sama. Ada orang berjaya pada usia muda, ada orang berjaya agak lambat, ada orang cukup je makan pakai semua asalkan dia happy dengan life dia ada tanpa perlu rasa stress.

Bagi aku mental health is very important. Kalau kau nak terus menikmati rezeki yang Allah kurnia kat muka bumi ni kau perlu rasa cukup dengan apa yang kau ada, i mean bersyukur lah supaya kau akan rasa happy. Sebab sakit ialah suatu nikmat yang Allah tarik. Kau sakit apa pun kau tak boleh buat. Nak makan sedap tak dapat, nak berjalan tak dapat dan hidup kau mungkin setakat tu je padahal banyak lagi nikmat Allah yang kau belum dapat rasa.

Live your life to the fullest. Hargai apa yang kau ada sekarang. Always feel blessed with what have been given to you. Dan jangan lupa pada sang pencipta, selalu zahirkan rasa syukur pada-Nya. Ada rezeki lebih tu good if you can share with those less fortunate kan. Bahagia bila dapat kongsi nikmat bersama-sama. Buanglah rasa tamak dalam diri sebab benda tu toxic.

Aku tahu bukan mudah untuk lawan perasaan tamak dalam diri. Aku pun pernah rasa benda tu. Pernah rasa riak dan ego dengan apa yang aku ada. Dan lukakan hati orang sekeliling aku. Kekayaan dan kesenangan tu cepat je Allah nak tarik. So sentiasa beringatlah. Bila perasaan riak tu datang cepat2 lah pujuk hati lawan balik supaya kita takkan lupa diri dan menyesal di kemudian hari.

Ok now dah stuck tak tahu tulis apa lagi. Chow dulu! Bye!

Ahad, 9 Ogos 2020

Hidupku

Lokasi: bilik tidur

09/08/20, 11.49 pm

Pernah tak sekali dalam hidup korang, korang berfikir apa yang korang nak capai dalam hidup korang? Apa matlamat hidup korang? Kenapa korang berada kat dunia ni? Deep kan soalan tu haha. Aku kerap berfikir, bila time aku free macam masa nak tidur, tengah mandi ke atau tengah driving ke tempat kerja, apa yang aku nak capai dalam hidup aku, apa yang aku nak buat dalam hidup aku. Maksudnya, aku plan ok lepas ni apa aku nak buat, atau bila aku nak capai sekian sekian sekian. Tapi selalunya tu planning je, jadinya ke tidak itu terpulang bergantung qada dan qadar. haha. Nanti bila terlalu mengharap, jadi sedih pulak bila tak jadi seperti yang dirancangkan.

Selain memikirkan pasal masa depan aku, pernah juga aku berfikir kenapa aku dilahirkan sebagai anak sulung, kenapa aku dilahirkan dalam keluarga ni, kenapa aku masih kerja kat tempat yang sama dekat 10 tahun, kenapa aku tak kahwin2 lagi. Banyak. What is my purpose of living ya?

Apa yang aku rasa tu susah untuk aku describe into words. Sebab apa yang berlaku dalam otak kita tu senang nak scribble compared to typing into words sebab jari aku ni tak selaju macam apa yang otak aku ni scribble. 

Aku rasa otak aku ni complex, aku rasa lah haha

Itu jelah nak cakap bye!

Jumaat, 29 Mei 2020

Raya 2020

Assalamualaikum semua!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin yaaa.

Actually hari ni dah raya ke-6, terlambat wish kat sini but it's okay, better late than never kan? hehe

Dah lama aku tak membebel kat sini kan? Aku sedar tapi nak buat macam mana, busy ececeh haha. Betul, aku tak tipu. Kerja dari rumah lagi penat tau sebab tak ada sempadan masa. Kerja sampai malam dan cuti pun kerja ya. Asyik mengadap laptop sampai aku pun jelak nak buka laptop sendiri huhu. Tu yang last posting aku awal bulan 4 hehe.

Tu jelah utk post kali ni yang aku nak tulis. Tunggu idea mari sat agi k

Till then, chow dulu

Bye

Sabtu, 4 April 2020

Mimpi

Tarikh: 5 April 2020
Lokasi: Rumahku, Klang
Waktu: 1.10 pm

Hai korang!

Hari ini adalah PKP yang ke 19. Cuaca kat luar hujan lebat. Alhamdulillah sejuk sikit. Sebelum ni hujan jugak tapi belah petang. Kadang tu hujan kejap je lepas tu panas balik. Hujan kejap2 ni memang lagi bahang la.

Hari tu which is dalam minggu ni juga. Actually bukan lah hari sebab benda tu berlaku time malam. Ok cerita dia macam ni. Aku tidur. Of course semua orang pun tidur kan. haha. Ok mode serius ON balik. Aku mimpi. Tiap malam tidur pun memang aku akan bermimpi. Tapi semenjak PKP ni mimpi aku mesti pelik2 sampai aku rasa letih sebab tidur tak melenakan. Tapi mimpi yang aku nak ceritakan ni lagi pelik. Sebenarnya bukan nak cerita pasal mimpi pun.

Ok, cerita dia macam ni....

Aku tidur agak awal pada malam tu, dalam pukul 10pm ke 11pm kut. Sebab aku agak letih pada hari tu. Actually letih sebab stress pasal kerja. Awal? Ok kalau nak tahu waktu tidur aku selalu around 11 lebih ke 12 lebih, itu time weekdays tau. Kalau hujung minggu lagi lewat, dalam pukul 1 ke 3 or 4 pagi pun pernah. Ni semua netflix punya pasal lah hahaa..

Sambung balik. Aku tidur awal. Then mimpi. Content mimpi aku tu aku tak berapa ingat dah sebab dah beberapa hari kan. Yang aku ingat is aku berada kat kawasan rumah aku. Dalam mimpi tu ada beberapa orang tapi aku tak ingat siapa. Dalam mimpi tu pun pada waktu malam. Ktorang nak ke satu tempat tapi kena lalu kawasan hutan, kiri kanan kelapa sawit. Dan kat laluan tu belah kanan aku ada kawasan perkuburan. Tak ingat dalam mimpi tu aku jumpa hantu tak. U know dead people. Aku macam ada bercakap dengan someone. Aku cakap " dah lewat ni, nak dekat pukul 3 pagi. Pukul berapa nak tidur?"

Tup tup badan aku rasa berat. Aku try celik mata, tapi susah sangat. Dan keadaan gelap. Bila aku celik, aku berada kat tempat tidur aku, di rumah. Aku terus capai handphone aku dan tengok lagi 2 minit nak dekat pukul 3 pagi. Aku blur. Sebab confuse antara mimpi dan realiti. Terus badan aku rasa semacam. Aku try pujuk mata aku untuk tidur balik. Takut weh tetiba rasa macam diperhatikan. Aku ambil masa dan akhirnya dapat juga tidur. Then lepas tu mimpi lain dah kut.

Esoknya aku cerita kat adik aku. Kawasan hutan yang aku sebutkan tu in real life ialah kawasan perumahan, dan masjid. Masjid tu belah kanan aku dan belakang masjid tu memang ada pekuburan orang islam. Means kubur tu belah kanan aku lah. Adik aku cakap cerita insidious tu memang betul. Waktu tidur tu memang roh kita akan merayau. Bila merayau tu kita masuk ke dimensi lain.

Macam kes aku ni, memang roh aku merayau masuk ke dimensi lain tapi dalan waktu yang sama. Kalau dunia luar malam, dalam mimpi aku tu pun pada waktu malam. Bila roh aku kelam kabut masuk balik ke jasad aku, aku jadi pening dan pandangan berpinar. Perasaan tu susah nak cerita. Actually ni bukan 1st benda pelik berlaku kat aku. Ada banyak lagi. Dan kebanyakannya aku dah lupa hahah. Kadang tu pernah sampai aku takut nak tidur tau. Sebab aku takut bermimpi. Kalau mimpi indah takpe, ni mimpi ngeri eeee. scary seh.

Padahal sebelum tidur tu memang aku amalkan baca doa tidur dan ayat kursi. Sebab dulu lagi teruk aku mimpi. Sekarang ni aku ada amalan baru which is mengucap sebelum tidur. Manalah tahu kan ajal maut kita tak mengira waktu. Just be prepared jelah.

Rindu pulak kat ayah aku. Kalau dia ada lagi mesti aku akan cerita pasal mimpi aku kat dia. Sebab tiap mimpi yang kita alami tu kadang ada yang betul2 memberi alamat/petanda/petunjuk kepada kita. Tak semua tu is mainan tidur semata. Tapi kalau mimpi merepek-repek macam kahwin dengan anak raja tu memang mainan tidur semata lah, bukannya petanda kau bakal kahwin dengan anak raja ya hahahah.

Ok lah till then adiosss

Selasa, 31 Mac 2020

Duduk rumah Bab 2

Tarikh : 31 March 2020
Lokasi: Rumahku Syurgaku
Masa: 11.00 pm

Assalamualaikum

Berbalik kepada topik semalam, aku nak sambung apa kebaikan PKP kepada aku. Well buat apa aku nak cerita kebaikan kepada umum sebab benda ni subjektif. Lain orang lain tanggapannya. Gitewwww.

Disebalik segala complain yang aku lontarkan semalam, aku tak nafikan sebenarnya ada hikmah kepada apa yang terjadi. First thing is, ktorang adik beradik dapat spend more time with our mom. Yelah, ayah aku dah meninggal dua tahun lepas. So most of the day mak aku akan keseorangan di rumah siang hari sebab anak2 dia keluar bekerja dan selalunya aku adalah orang terakhir yang akan pulang ke rumah. Why terakhir? Kau tanya lah boss aku kenapa suka bagi aku banyak kerja hahaha.. Actually mak aku happy bila sekarang ni ktorang ada teman dia kat rumah. Ada geng nak bergaduh, bergurau even ktorang masing2 tengah bekerja. Yelah work from home katanya of course la kena kerja, kesian majikan kena bayar gaji tapi kita tak buat kerja kan.

Aku sangat menyesal dulu sebab aku kurang spent time dengan ayah aku masa dia masih ada. Yelah, Isnin hingga Jumaat aku bekerja, balik lewat. Kalau time peak lagi lewat sampai dorang semua dah tidur. Sabtu aku ke kelas (ACCA part time). Hari Ahad aku banyak duduk kat bilik sebab penat, nak me time la kekonon. Kalau nak dekat exam lagi lah aku kurang bercakap sebab sibuk nak ulangkaji. Cuma kalau ada saving lebih ke, dapat bonus ke baru aku akan bawa family aku pergi bercuti tapi dalam negara jelah. Even percutian budget je itu dah cukup buat parents aku happy ok!

Next benefit, aku dapat cut masa aku yang terbuang atas jalan. Well perjalanan dari Klang ke Setia Alam kadang tu mengambil masa sejam bila ada bad traffic. Itu satu hala je. Belum campur waktu balik. So sekarang bila habis kerja aku just boleh off laptop dan pergi mandi. Tak perlu nak drive haha. Dan boleh save duit minyak dan tol.

Third, aku dapat merajinkan diri ke dapur dan memasak. Sebab sebelum ni Isnin hingga Jumaat kerja so memang mak aku yang sediakan dinner ktorang. Balik je lauk dah siap semua. Sabtu dan Ahad mak aku gantung periuk so ktorg akan bawa dia pergi makan kat luar. Siap food hunting try kedai makan mana yang best. Takpun aku akan bawa mak aku pergi kedai makan dan tapau makanan bawa balik sebab mak aku suka makan kat satu kedai nasi campur ni. Kedai tu ktorang boleh guna voucher dan selalunya voucher aku memang akan berlebih so time tu jelah habiskan bersama keluarga huhu.

Forth, aku dapat update blog aku yang sendu ni. Sebab aku ada extra time which aku dah dapat jimat masa dari yang aku sebut di atas. hahahah. Memandangkan aku tak boleh keluar, so ke sinilah tempat untuk aku membebel. Banyak benda sebenarnye aku nak update sini tapi aku punyai kekangan masa dan sikap kemalasan yang tinggi. Nak menulis ni bukan senang tau. Sebab aku kena ada mood yang baik baru tangan aku laju je typing apa yang otak aku tengah rencana ni. Kalau tak, aku taip2 then save as draft je hahahah

Actually the greatest benefit PKP ni ialah dapat break the chain of Covid which dah spread in the community. Kita nak selamatkan manusia sejagat jadi ini lah caranya sebelum kita dapat jumpa penawar kepada penyakit ini. Time PKP ni lah masa untuk kita muhasabah diri, look at apa yang kita dah buat dalam hidup kita, perbanyakkan amalan sebab masa kita kat dunia ni tak lama. Semua orang pun akan mati satu hari nanti so time nilah untuk kita kumpul dan simpan bekalan untuk our hereafter life. Fuhhh pandai betul aku berkata-kata yaaa  :)

ok lah sampai sini saja lah. Ada masa aku update lagi tapi cerita lain pulak ya

Bye!

Isnin, 30 Mac 2020

Duduk rumah Bab 1

Tarikh: 30 March 2020
Lokasi: Home sweet home di Klang, Selangor
Waktu: 10.16pm

Assalamualaikum..

Apa khabar? Still surviving? Hari ni dah hari ke 13 kita menjalani perintah kawalan pergerakan (PKP) or in english we called it Restricted Movement Order or another name is Movement Control Order. Apa tu? Kenapa kena kawal? Okay aku kena cerita dalam ni in case lah beberapa tahun akan datang aku terlupa yang kita pernah berada dalam PKP ni.

Kenapa kena kawal? Actually kita kena kawal diri kita untuk jadi lebih berdisiplin, kawal diri untuk duduk di rumah, kawal untuk jangan keluar (selagi boleh) supaya pihak kerajaan (orang2 berkepentingan) boleh menjalankan tugas mereka untuk kawal keadaan dan mengawal wabak ni dari memperluaskan wilayah mereka. Emmm aku rasa banyak betul perkataan kawal dalam ni. Berapa banyak kawal daaaaa. 

Okay, word of the day eh year is Kawal. Kawal apa? Kawal koronavirus dari meluaskan wilayah mereka.

Apa tu korona? eh makarena.... Stop Sarah. This is not funnehhh eh funny.

Tahun ni word paling trending is Covid-19 atau nama penuh Corona Virus Disease 2019. Covid ni sejenis wabak penyakit berasal dari Wuhan, China. Untuk lebih detail silalah google. Aku percaya in future years google still wujud dan kalau search confirm bersepah history on origination of this disease. Sekarang ni virus tu dah merebak hampir ke seantero dunia dan menyebabkan beribu kematian.

Okay, berbalik kepada 1st para aku tu, pada 16/3/2020 Perdana Menteri mengumumkan yang rakyat kena menjalani PKP untuk bantu mereka membasmi wabak ini. Masa annoucement made tu, kes di Malaysia belum lagi cecah ribu. Pada mulanya kita diminta untuk menjalani PKP sampai 31hb Mac 2020 je which is for 14 days only. Tapi few days ago, PM made another announcement for another extension of 14 days which is in total we have to stay at home for a month.

Kenapa ada pertambahan? Sepanjang tempoh PKP ni, kes positif covid semakin bertambah bilangannya dan jumlah kemation di Malaysia pun bertambah setiap hari. 14hari PKP tidak mencukupi jadi perlu tambah lagi supaya orang yang positif covid ni boleh dijejaki dan diasingkan dari masyarakat. Emm aku rasa dah lama aku tak guna perkataan bahasa melayu macam ni. Hahahah jangan salah faham. bukan aku kekwat macam english aku bagus sangat. Fact, english aku pun tak bagus. Sebab ayat seharian yang aku guna sekarang is more on numbers jadi nak menulis dalam sentences fuhhh mencabar sehhh. Sorry!

Untuk menurut arahan PKP ini, sesetengah majikan telah menukar polisi dari kerja di pejabat kepada kerja dari rumah. Syarikat yang boleh beroperasi pada tempoh ini hanya untuk yg berada di dalam kategori essential. Actually before arahan from government ni keluar, some employers dah bagi arahan to their staffs to work from home. Thumbs up to those employers yang sangat prihatin dan menjaga kebajikan pekerja. The rest bila dah keluar arahan from the government baru kelam kabut nak tukar polisi tu. Tapi tak boleh tuduh mereka ni tak prihatin sebab not easy to change this in a short notice. Sebab first thing first kau kena tengok kau berada di dalam industri mana. Takkan lah kau kerja dalam sektor pengilangan nak tukar polisi kerja dari rumah. Apokonoeh? Eh itu contoh. Aku pun taknak komen lebih2 pasal benda ni.

The real thing yang aku nak tulis di sini apa perasaan aku bila kerja dari rumah (WFH)? Mula2 macam best je sebab boleh bangun tidur ngam2, habis kerja sharp dan tak payah tempuh traffic jam pergi balik office. Aku selalu cemburu adik aku ada privilege WFH. Sebab company dia memang flexible, setiap hari jumaat adik aku akan kerja kat rumah. Means every Monday till Thursday dia kerja di office and every Friday dia kerja dari rumah. Bukan company yg fix the day tapi the staff gets the option which day that they want to choose. But all these subject to approval by their superior. Kalau kau dapat boss yang tak kisah, kau kerja mana2 janji kerja kau siap. Kalau boss tu ada trust issue, emmm tak dapek nak nolong eh. Memang tak diizinkan kau kerja di rumah hehe.

Sebenarnya itu apa yang aku rasa bila dapat tahu kena kerja dari rumah. Perasaan best tu sebenarnya tak seindah mana hahaha. Baru 1st day aku dah start complain macam2 haha. Terus dapat sedebik dari adik aku. "Baru akak rasa apa yang Elis rasa. Ingat macam best je kan? Sebenarnya tak". My complains were: 
- eh panaslah (biasalah kat office dah biasa aircond)
- sakit pinggang lah, sakit belakang ni!! (aku buat kerja bersila dengan meja kecik untuk letak laptop)
- Susah nak access info (some info i kept in my email personal folder which i can only access it in the office)
- Susah nak check documents (dah biasa tengok physical docs so nak tukar kepada paperless via screen memang mafan)
- Susah nak communicate, kadang kita bagitahu lain orang tu faham lain (dari face to face kena tukar kepada via whatsapp, team chats or call)

and the list goes on. Kaki complain aku ni hehe. Dan sepanjang PKP ni aku dah confuse hari dan aku rasa macam everyday pun bekerja. Takde dah privilege, hey its weekend so it is me time! haha.

Sebenarnya PKP ni takdelah teruk mana. Ada je kebaikan dia yang tak nampak dengan mata kasar. Tapi nantilah sambung. Aku dah mengantuk. Esok nak kerja lagi. Kang bangun lambat pulak huhu. Aku nak karang essay ni pun ambil masa sejam lebih ahaha. Well, writing is not my forte hehe

Ok Bye!

Sabtu, 18 Januari 2020

Failure

Hai korang

Eh lupa. Assalamualaikum :)

Fuh, dah lama gila aku tak membebel kat sini. Time flies fast. Last entry was in July 2019 and now dah masuk Jan 2020. Oh by the way, happy new year peeps! 

2020. Tahun that aku look forward to when I was a kid. Budak kan, full of imagination. Time tu aku terbayang tahun 2020 mesti dunia dah canggih, ada kereta terbang. Hahahha. Yelah masa budak dulu aku suka baca komik dragonball so terbayang lah tahun 2020 mesti dah ada kereta terbang. Tapi zaman tu maybe lama lagi kut. Silap2 aku pun dah takde kat dunia ni. Kalau panjang umur maybe dapat la merasa kan.

Ok now. Why subject aku agak menyedihkan? Failure. New year tapi sedih benar starting nya. Ok, last entry aku cakap pasal exam audit aku kan dan aku fail paper tu dengan cemerlangnya. Yup, aku ada ambil paper tu in September and aku fail lagi dan aku re-sit balik in December dan result came out isnin tu dan yes, aku fail lagi untuk kali ketiga. All my attempts were ended with a failure. Sedih? Absolutely. Gila tak sedih. Aku struggle so hard untuk paper tu. Aku ingat dapat completekan acca paper aku by 2019, which target aku to complete the exams within 5 years. 

Aku ambil paper to back to back kut. Dari June to September then last December. Penat weh sebab nak juggle up between work dengan study. Yup for this paper aku self study. Aku ada subscribe satu website ni guna material dia untuk exam ni. For paper P3 & P2, berkesan but for P7 ni macam tak jalan. Maybe sebab aku takde pengalaman dalam bidang audit ni so aku susah nak bayangkan & apply dalam exam kut. Dah lah markah tu jauh gak nak lulus. Lagi 9 marks to pass lah.

So sekarang aku tengah fikir whether should I change to another option paper? Ada tinggal P4 or P5. Both papers pun susah kut. But for now memang aku penat sangat so aku plan to rehat kejap. At least aku boleh focus kat kerja aku dulu. Sebab tiap kali exam mesti falls on closing period, 1st week of the month. Aku nak apply cuti pun susah sebab aku nak siapkan report, semua ada deadline kut. Bila aku tengah study aku boleh terfikir pasal kerja lagi. Tu maknanya aku tak bagi my 100% to the exam. Otak aku serabut. Entahlah. Maybe tu one of the reason aku fail kut? 

Takpelah this round aku bagi peluang kat diri aku untuk belajar topic lain. Satu lagi subjek tu bagus untuk train business skills. Who knows one day aku nak buka business sendiri kan so aku boleh apply benda tu kan? Aku pasti maybe tak boleh nak pass 1st attempt tapi takpelah at least boleh belajar benda lain so takde lah boring kan. 

Doakan lah untuk aku supaya ada berita gembira di hujung 2020 ni. Moga aku dapat tukar status student tu ke another level. Amin.

Tu jelah cerita aku takat ni. Bye!