Rabu, 17 Jun 2026

Daily update on 17th June 2026

 Assalamualaikum.

Salam 1 Muharram, Salam Maal Hijrah. Hari ini adalah tahun baru dalam kalendar Islam. Hari cuti am untuk rakyat Malaysia. Pagi2 lagi ktorang dah bangun bersarapan di luar, kedai Family Kopitiam. Just me, mama and Elis. We had toast kaya + butter, mee kolo and kueteow goreng. Agak ramai di kedai tu tapi takdelah full house, still ada table bila ktorang sampai. 

Later on, went back home and watch Avengers movie at Disney Hotstar, Dr Strange in the Multiverse of Madness. We did watch this movie before in cinema tapi dah lupa, still ingat lah storyline here and there. 

Petang tu aku bawa mama jalan2 pegi lepak makan Kedai Kueh di Sek 13, Shah Alam. Just dating berdua je sebab Elis keluar pergi gym dah. Sweet talking 2 beranak haha. Setel ngeteh terus heading back ke Klang. 

Balik rumah aku sambung marathon another movie di Netflix pula, Ron's Gone Wrong. A cartoon basically and it is a nice movie. Aku sometimes kartun pun layan, just nak chill and loosen my mind a bit. Esok dah kena kerja balik, for another 2 days before weekend. 

Sebenarnya aku ada benda nak update kat blog ni but otak aku berserabut, so aku macam terbatas nak bercerita di sini. Maybe sebab too many deadlines that worried me. Dengan tax queries yang banyak tak siapkan lagi, dengan stamp duty and forecast report yang dah overdue. At first aku plan nak siapkan kerja tu semua tapi otak aku just nak berehat, so aku tengah buy time untuk kumpul kekuatan nak buat kerja. Hahaha. I'm getting old and feeling old dah. Terlalu penat. Should I change my job?

Oklah sampai sini jelah update aku hari ni. Just wanna make my blog alive je, kalau tak berhabuk sini lol.

Bye!

Jumaat, 5 Jun 2026

Cerita hari ini.

Location: Home Sweet Home

Date: 5th June 2026

Time: 9.45pm

Assalamualaikum..

Hari ni adalah exam day paper AFM aku. Aku attended pagi tadi kat PJ. Nasib baik still cuti sekolah so traffic pagi tadi agak okay. Aku keluar rumah pukul 6.25 am, sampai tempat parking dekat dengan Sinaro dalam 7.10 am. Sampai awal konon nak study lah kejap, sekali butterfly in my stomach rasa nak terberak sebab gemuruh kut so tak jadi nak revise note last minute. End up aku termenung pandang kotak parking depan aku tu sambil makan biscuit & kismis. Dalam pukul 7.45 am aku keluar kereta, heading to Sinaro sebab rasa nak terkencing. Buat hal plak pundi kencing and perut aku pagi2 buta. Faktor umur kut, menjak nak masuk 40s tahun depan hahaha.

Ok just nak share pengalaman aku attempt paper AFM for first time ni. Aku pun tak tahu apa yang aku jawab sebab time tu boleh plak lupa formula2 yang aku dah baca. Aku selak formula yg dorang provide, takde formula yang aku nak. Ah sudah, pishang dah. haha. Aku pun hentam jela jawab soalan tu. Disebabkan time consuming so aku tak sempat nak jawab semua soalan sebab aku tak tahu nak jawab macam mana. Nak goreng pun perlu idea ok, time consuming. 

So itulah cerita aku pada hari ni. Balik tadi rasa nak tidur tapi dah tak mengantuk, end up layan Netflix release stress. Makan kek, makan ayam goreng marry brown. haha. Aku tiap kali lepas exam begitulah, mesti akan melantak hilangkan rasa stress tu. 

panas plak malam ni. Ok la nak mandi. Esok ada kenduri kahwin nak kena pergi.

Bye!