Selasa, 31 Mac 2020

Duduk rumah Bab 2

Tarikh : 31 March 2020
Lokasi: Rumahku Syurgaku
Masa: 11.00 pm

Assalamualaikum

Berbalik kepada topik semalam, aku nak sambung apa kebaikan PKP kepada aku. Well buat apa aku nak cerita kebaikan kepada umum sebab benda ni subjektif. Lain orang lain tanggapannya. Gitewwww.

Disebalik segala complain yang aku lontarkan semalam, aku tak nafikan sebenarnya ada hikmah kepada apa yang terjadi. First thing is, ktorang adik beradik dapat spend more time with our mom. Yelah, ayah aku dah meninggal dua tahun lepas. So most of the day mak aku akan keseorangan di rumah siang hari sebab anak2 dia keluar bekerja dan selalunya aku adalah orang terakhir yang akan pulang ke rumah. Why terakhir? Kau tanya lah boss aku kenapa suka bagi aku banyak kerja hahaha.. Actually mak aku happy bila sekarang ni ktorang ada teman dia kat rumah. Ada geng nak bergaduh, bergurau even ktorang masing2 tengah bekerja. Yelah work from home katanya of course la kena kerja, kesian majikan kena bayar gaji tapi kita tak buat kerja kan.

Aku sangat menyesal dulu sebab aku kurang spent time dengan ayah aku masa dia masih ada. Yelah, Isnin hingga Jumaat aku bekerja, balik lewat. Kalau time peak lagi lewat sampai dorang semua dah tidur. Sabtu aku ke kelas (ACCA part time). Hari Ahad aku banyak duduk kat bilik sebab penat, nak me time la kekonon. Kalau nak dekat exam lagi lah aku kurang bercakap sebab sibuk nak ulangkaji. Cuma kalau ada saving lebih ke, dapat bonus ke baru aku akan bawa family aku pergi bercuti tapi dalam negara jelah. Even percutian budget je itu dah cukup buat parents aku happy ok!

Next benefit, aku dapat cut masa aku yang terbuang atas jalan. Well perjalanan dari Klang ke Setia Alam kadang tu mengambil masa sejam bila ada bad traffic. Itu satu hala je. Belum campur waktu balik. So sekarang bila habis kerja aku just boleh off laptop dan pergi mandi. Tak perlu nak drive haha. Dan boleh save duit minyak dan tol.

Third, aku dapat merajinkan diri ke dapur dan memasak. Sebab sebelum ni Isnin hingga Jumaat kerja so memang mak aku yang sediakan dinner ktorang. Balik je lauk dah siap semua. Sabtu dan Ahad mak aku gantung periuk so ktorg akan bawa dia pergi makan kat luar. Siap food hunting try kedai makan mana yang best. Takpun aku akan bawa mak aku pergi kedai makan dan tapau makanan bawa balik sebab mak aku suka makan kat satu kedai nasi campur ni. Kedai tu ktorang boleh guna voucher dan selalunya voucher aku memang akan berlebih so time tu jelah habiskan bersama keluarga huhu.

Forth, aku dapat update blog aku yang sendu ni. Sebab aku ada extra time which aku dah dapat jimat masa dari yang aku sebut di atas. hahahah. Memandangkan aku tak boleh keluar, so ke sinilah tempat untuk aku membebel. Banyak benda sebenarnye aku nak update sini tapi aku punyai kekangan masa dan sikap kemalasan yang tinggi. Nak menulis ni bukan senang tau. Sebab aku kena ada mood yang baik baru tangan aku laju je typing apa yang otak aku tengah rencana ni. Kalau tak, aku taip2 then save as draft je hahahah

Actually the greatest benefit PKP ni ialah dapat break the chain of Covid which dah spread in the community. Kita nak selamatkan manusia sejagat jadi ini lah caranya sebelum kita dapat jumpa penawar kepada penyakit ini. Time PKP ni lah masa untuk kita muhasabah diri, look at apa yang kita dah buat dalam hidup kita, perbanyakkan amalan sebab masa kita kat dunia ni tak lama. Semua orang pun akan mati satu hari nanti so time nilah untuk kita kumpul dan simpan bekalan untuk our hereafter life. Fuhhh pandai betul aku berkata-kata yaaa  :)

ok lah sampai sini saja lah. Ada masa aku update lagi tapi cerita lain pulak ya

Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan