Sabtu, 16 April 2016

Bila saya tahu membaca?

Assalamualaikum!

Hari ni aku nak cerita macam mana aku mula pandai membaca. Aku lahir tahun 80-an so consider gen y la kan? Aku anak sulung so kira macam aku ni first child yang mak ayah aku dapat lepas kahwin. Dorang kahwin tahun 1986, 1987 baru aku lahir. Biasalah being a new parents, so of course banyak benda tak tahu kan. mostly tunjuk ajar came from the elders (of course la dorang punya own parenst gak). Frankly speaking education mak aku sangat2 rendah. Orang tua dia tak hantar dia sekolah pun, just sekolah rendah agama jela belajar jawi je kut. Mak aku memang tak reti membaca rumi. sekarang da ok la sebab ktorang yang ajar. Meanwhile education ayah aku pula biasa je, sampai diploma je in mechanical engineering. dia nak continue study kat germany (according to him dapat offer dan sponsorship tapi arwah mak dia tak bagi) So di sini aku nak cerita genetik pandai tu hanya dapat di warisi sebelah pihak je which is from my dad.

Ayah aku sangat2 garang bab2 belajar ni. Berapa kali aku kena sebat masa kecik2 dulu. adik aku darjah 3 tak hafal sifir lagi kena pukul dengan ayah aku kut. ok back to our main topic. macam mana aku start boleh membaca? Parents aku start hantar aku ke tadika since 4 tahun atas permintaan aku sendiri. tengok macam best je gi school ni boleh pakai bag,uniform dan main dengan kawan kut tu yang aku insist untuk di sekolahkan seawal 4 tahun. tapi lepas tu da boring, berhenti setengah tahun jap masa 5 tahun tu then baru continue sampai 6tahun. sepanjang 2 tahun setengah tu maybe aku tak reti membaca lagi kut. aku pun tak ingat apa aku buat kat tadika tu hahaha.. kenal huruf mungkin dah la tapi tak reti mengeja lagi kut. lagipun tadika belajar buku peter & jane je hahaha..

Bila aku da start sekolah darjah satu iaitu masa umur da 7 tahun, ada satu hari tu ayah aku terperasan yang aku tak tahu membaca.. dia test aku dulu based on buku teks bahasa malaysia, amik kau aku tak reti jawab hahaha.. dia ajar aku la perlahan2. tapi darah muda of course la kurang sabar dan dapat pula anak lembab macam aku memang kena pukul la ahhaha.. masa tu hanger ke atau tali pinggang dah kat tangan dia, habis aku kena sebat teruk weh. kena marah lagi.. lepas tu terus aku tekun dan rajinkan diri last2 dah boleh membaca. aku boleh membaca dengan lancar masa aku darjah 2. sampai ayah aku terkejut aku dah boleh baca dengan lancar. semua gara2 ajaran ayah aku beserta kesan calar-balar di badan kut hahah..

Ingat lagi masa tak reti membaca dulu, bila pergi rumah mak long mesti buka buku resepi sebab dalam buku tu ada banyak gambar makanan. nak baca tak reti just tengok ayat2 tu abc dan tengok gambar makanan macam kekonon tahu baca padahal umur baru 7 tahun da tengok buku resepi ahhahah kelakar nya. oh selain tu harus berterima kasih pada komik doraemon, sebab dari situ aku asah skill membaca tu. sebab sebelum tu tengok gambar je tak faham, bila dah reti membaca amik kau lawak gila komik tu ahhahah...sebab tu sampai umur aku dah 29 tahun ni, aku memang kurang suka baca novel.. sampai sekarang feveret aku adalah baca komik dan buku resepi, tak sangka interest tu dah develop dari kecil lagi.. hahaha..

sekarang ni, tengok new parents seusia atau satu range dengan aku dah ada anak2, bijak betul anak dorang, belum umur 5 tahun da reti membaca dengan lancar. tu tak campur umur sthn lebih atau 2 tahun da kenal huruf abc da. memang bijak la budak2 sekarang.. yelah kemudahan sekarang tak macam dulu, sekarang banyak tools yang boleh bantu kanak2 develop dorang punya akal. ada ipad, flash card macam2 la. mak bapak pula berduit dan educated, tak campur lagi umur setahun dah hantar pergi sekolah khas untuk toddlers, so logik la umur 2 tahun da reti membaca kan. sekarang kan zaman teknologi, mana boleh mundur macam zaman 80-90an dulu tu kan.

tapi kalau aku dilahirkan dalam family yang well educated confirm aku umur 4 tahun pun dah reti membaca kan.. sebab time aku dulu, ayah aku busy bekerja, mak aku nak ajar aku pun dia tak reti membaca walaupun masa tu mak aku fulltime housewife. adik aku yang bongsu tu umur 6 tahun dah reti baca dengan lancar, tu pun sebab aku yang ajar. aku kecik2 cita2 nak jadi cikgu, so ayah aku belikan aku blackboard, aku selalu berlakon dengan adik aku jadi cikgu, adik aku jadi student. aku banyak ajar dia la sbab tu dia boleh pandai dalam usia muda. dia hafal sifir pun aku yang ajar. aku dulu darjah 5/ 6 baru terer hafal sifir weh hahahah.. nasib x kantoi kat ayah aku.

okeyla, sekian je cerita aku pada hari ni.

Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan