Jumaat, 21 Jun 2024

Tiga tahun menghilang~~

 Date: 18th June 2024

Time: 11:25 PM

Location: Study room

Assalamualaikum..

Dah lama aku tinggalkan blog ni, hampir 3 tahun. Banyak benda berlaku dalam hidup aku dari last time aku update blog. Maybe aku put a recap here:

Sept 2021: Aku dapat anak buah. Ya adik lelakiku telah menjadi seorang bapa pada tarikh keramat tu. Anak buahku seorang perempuan. Dialah penyeri hidup kami sekeluarga especially mak aku, sangat disayangi oleh kedua belah keluarga sebab dia adalah first cucu hehe. Memang manja sebab ktorang terlalu manja kan dia, and quite bad temper juga haha. Tahun ni insyaallah she will be 3 years old.

Nov 2021: Kami sekeluarga diuji dengan pemergian pakcik kesayangan kami, Cik Man. Pakcik aku dah lama sakit, sakit mental since aku sambung study diploma dulu which was year 2005 if not mistaken. Dia pernah dihantar ke wad sakit mental beberapa kali, di hantar ke pusat orang2 sakit jiwa di Perak, dan sepanjang sakit tu memang pakcik aku under medication. Nurse akan datang ke rumah nenek untuk suntik ubat kat pakcik aku. Tapi selepas pemergian nenek aku pada Jan 2020, pakcik aku macam bit hilang arah. Sebelum meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi & koma, pakcik aku terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masa tu dia baru balik dari melawat kubur nenek, otw balik ke rumah entah macam mana dia boleh tersasar & jatuh motor. Kaki dia patah. So doktor buat operation & pasangkan besi kat kaki dia. After the operation tu, dapat tahu dia kena jangkitan kuman and lepas tu dia koma. Aku rasa ada dekat sebulan pakcik aku kat hospital kut. Dan akhirnya Allah lebih menyayangi pakcik aku & menjemput pakcik aku ke Sana. Semoga arwah Cik Man ditempatkan bersam orang2 yang beriman, amin...

Dec 2021: Bulan di mana antara perkara tersedih jadi dalam hidup aku. Aku ni memang seorang yang dramatik, penuh emosi. Tukar kereta pun nangis. Actually tarikh keramat 4hb Dec 2021 aku terpaksa let go my first car to Carsome. Aku panggil Myviku "My Blackie". Aku dah pakai kereta tu since Jan 2012 walaupun tarikh register roadtax was 28th Dec 2011. Banyak kenangan manis Blackie with familyku especially moment indah bersama arwah Abah. At first aku memang hesitate nak jual Blackie tapi disebabkan kawasan parking kat rumahku limited so no choice terpaksa juga let go. The day aku hantar Blackie ke Carsome, on the way balik tu memang aku menangis gila gila teruk sebab tak rela. Tapi hidup terpaksa diteruskan, yang pergi tu bukan selamanya hilang tapi akan sentiasa terpahat di hati sampai mati. Cewah ayattt hahahah. Hasil jualan tu aku buat tambahan deposit bayar kereta Subaruku, almost RM 40k aku bayar deposit. RM 20.5k dari Blackie, balance from saving EPF yang aku withdraw from segala I tu huhu. Kalau sedih kenapa tukar kereta? Good question! Sebab Blackie dah lebih 9 tahun, jadi condition dia tak mantap macam awal pakai dulu jadi untuk buat long roadtrip aku agak takut sikit sebab takut apa2 jadi atas jalan raya. Dulu masa ada abah, aku tak payah nak risau sebab abah boleh tolong kawtim in case apa2 jadi. Abah memang tahu pasal kereta (machine) sebab dia ex-student mech engineering. So lepas abah meninggal memang mama ada suruh aku tukar kereta tapi aku yang malas awalnya sebab malas nak tambah hutang haha. Tapi lepas kena cucuk dengan adikku Ellis and aku memang minat Subaru tu aku decide untuk beli kereta baru. Sekarang alhamdulillah dah dekat 3 tahun aku with Suba, dah puas merantau kawasan semenanjung ni cuma Perlis je Suba belum jejak lagi huhu. Insyaallah one day will drive Suba to Perthlis.

Jun 2022: Lepas 2 tahun wabak Covid melanda Malaysia, kami sekeluarga diuji dengan penyakit Covid. Start dengan mak aku dulu yang dapat jangkitan tu, lepas tu merebak ke aku pulak then adik lelakiku and last sekali adik iparku. Alhamdullillah adik perempuanku and anak buahku negative covid. Tapi nasib baik masa tu kami sekeluarga dah ambik booster vaksin covid, jadi impact sakit tu tak teruk sangat. sakit tapi kami berjaya survive, just kuarantin kat rumah je.

June 2023: Took ACCA exam after long break. My final paper. Aku decide untuk tukar paper dari Advanced Audit Assurance to Advanced Performance Management sebab paper audit tu aku failed sampai 4 kali. Last aku ambik exam audit was March 2021. Masa tu tak decide nak break lama sangat tapi sebab terlalu busy with commitment kerja tu yang terpaksa hold lama sangat. But sadly aku fail paper APM tu juga huhu. 

Jan 2024: Aku kena covid for second time. Aku berjangkit dari mak aku rasanya. Sebab mak aku kena dulu in Dec 2023, then lepas gap seminggu or less than that, aku plak jatuh sakit. But this round sakit dia tak seteruk macam kena first time dulu. Tapi sakit tak kena masa lah haha. sebab aku sakit time tengah busy nak year end closing. Even tengah kuarantin, gigih buat keje weh. Memang pekerja berdedikasi la kau ni Sarah!

June 2024: Sat ACCA exam for second time, paper APM! Result will come out early next month. Please Please Please wish me luck ya. Tak sanggup nak ambik exam lagi dah. Ini last paper gue. tapi dah 5 kali (4x AAA, 1x APM) aku ambik exam untuk last paper ni huhu....

Okay tu je 3 years +++ update from me heheh

Adiosss amigoss!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan