Jumaat, 19 Julai 2024

Sarah yang rapuh

 Date: 19th July 2024

Time: 10:31 pm

Location: Study room

Assalamualaikum..

Hari ni mood aku tak berapa baik. Aku rasa sangat down. Kesabaran aku dah melebihi limit aku. Masa on the way balik kerja, tengah driving, dada aku rasa ketat macam anxiety. Aku tak tahu adakah sebabkan mocha yang aku minum petang tadi. Hari ni aku ada training system untuk e-invoice, and at the same time aku ada banyak kerja menimbun dalam list pending aku dan campur dengan distraction/gangguan dari colleagues yang sibuk suruh aku buat itu dan ini, membuatkan aku sangat drain dan memerlukan coffee untuk boost energy aku walaupun aku bukanlah penggemar coffee. Actually aku memang tak boleh minum coffee sebab caffein dalam coffee tu boleh menyebabkan rasa anxiety, gastric dan pening kepala. Petang tadi pun aku rasa tak sihat, macam nak demam.

Sampai je rumah pukul 7.45 pm tadi aku terus ke dapur untuk dinner. Lepas settle dinner, aku still rasa tak selesa kat dada aku. Rasa ketat. Aku solat maghrib. Sementara tunggu isyak, aku baca surah yassin untuk hilangkan rasa gelisah. Sampai je rangkap ke 5 kut, suara aku dah start shaking, hingus start meleleh, air mata aku perlahan2 jatuh, makin lama aku baca, makin laju air mataku sampai aku terpaksa stop kejap untuk hembus keluar hingus yang tersumbat. Bacaan aku tersangkut2, tapi aku teruskan sampai habis. Settle sampai habis baca doa. Aku ambil wudhu semula, dan sambung isyak. Mak & adikku pelik sebab aku menangis tiba2. 

Lepas aku dah rasa tenang, baru aku bercerita kat dorang. Aku rasa kecewa, aku rasa tertipu. Puncanya aku dapat tahu increment gaji aku berapa, E-letter belum keluar tapi semua orang dah kecoh boleh check kat GHR system and pergi ke 'My profile'. Aku tengok dan kira increment % berapa. Aku dapat average increment macam setiap tahun tu, and lepas campur increment, gaji aku still far below market. Aku rasa tertipu sebab bulan lepas boss aku cakap dia dah minta kat big boss untuk adjust salary aku. Cara dia cakap macam aku akan dapat adjustment tu, which membuatkan aku terlalu mengharap. Actually benda tu patut jadi rahsia, sampai dah keluar result baru cerita. Ini boss aku awal2 dah bagitahu dan memberi aku harapan. Aku tak tahu kenapa dia bagi aku harapan pada mulanya. Ke dia takut aku akan apply VSS, sebab time tu memang kecoh sebab management email to semua staff untuk siapa2 nak apply VSS. Maybe dia takut aku apply, so dia bagitahu aku siap2 so that aku tak apply VSS tu kut. 

So bila aku check kt PXP (system HR) pagi tadi, aku rasa sangat down. Tapi sebab hari ni sepanjang hari aku busy, jadi tak ada masa nak meratapi. Bila dah balik kerja, semua perasaan bolak balik keluar. Aku rasa sangat marah, aku cuba berzikir untuk tenangkan hati tapi perasaan marah tu membuak-buak. Dan pada masa sama aku rasa terlalu sedih. Sedih dengan benda yang terjadi dalam hidupku baru2 ni. Adakah ini semua ujian atau peringatan atau balasan kepadaku? Mungkin aku terlalu alpa dengan duniawi, terlalu sibuk mengejar urusan dunia sampaikan amalanku/kewajipanku sebagai muslim rongak?  Aku sedar yang aku kerap melewatkan waktu solat, maybe ini balasan dosaku?

Sebab kedua membuatkan aku terlalu sedih is result exam acca dah keluar pada hari Isnin 15th Jul 2024, aku gagal. Lagi 9 markah untuk lulus. Aku tahu aku tak dapat perform masa jawab exam tu sebab aku alami brain froze. Aku tak ingat langsung salah satu topik yang keluar dalam soalan hari tu. Puncanya dari aku study last minit. Aku hanya study 4 hari sebelum exam, dan tak sempat nak cover semua past year and tak sempat untuk menghafal model2 dalam subjek tu. Apa yang aku harap lepas habis jawab exam tu was biarlah ada magik supaya aku boleh lulus exam tu. Tapi ternyata semua tu hanya mimpi di siang hari. Allah bagi kau apa yang selayaknya kau dapat. Kalau banyak tu usahaku, maka banyak tulah hasilku. 

Jadi kesedihan gagal exam tu bertimbun dengan kekecewaan kenaikan gaji yang sedikit membuatkan aku break down. Bukanlah aku tidak bersyukur dengan rezeki sekarang, tapi kalaulah korang tahu macam mana pile of work yang aku hadap, korang pun akan rasa not worth to me. Sebab familyku sendiri cakap not worth apa yang aku dapat compare dengan kerja yang aku kena hadap. Kerja aku bukan 9-6 sahaja and 5 days a week. Ada masa aku kena sambung kerja kat rumah sampai tengah malam untuk kejar deadline yang gila. Aku kena tahu banyak benda sampaikan aku kerap loss memory sekarang, sebab aku kena ingat banyak benda sampai rasa memory disk aku dah full. Sebab anything boss suka pass kerja kat aku and expect aku untuk ingat semua tu. Boss aku tu orangnya baik actually, aku tahu dia pun overload. Aku rasa maybe because of management style company ku yang toxic kut? or adakah ini normal for corporate world? memang culturenya begitu kut.

With all these, aku tak pasti berapa lama aku boleh bertahan to survive. Maybe stay in corporate is not suitable for me even aku dah stay more than 10 years in this company?

Okay tu jelah bebelanku setakat ni. I just need a place/platform untuk meluahkan rasa yang terbuku dalam dada. Semoga aku boleh bangun esok hari dengan hati yang tenang/happy and move on untuk teruskan perjuangan hidup ni. Setiap dari kita ada masalah masing2 kan, masalah aku ni kecik je. Maybe aku nak period kut sebab tu aku rasa terlebih emosi hahahah. 

Next time kita sembang lagi ya. Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan