Jumaat, 25 Jun 2021

Pengalaman beli rumah for the first time

Hai

Korang pernah beli rumah tak? I bet mesti lah pernah kan tak kisah la what type of house, either subsale or new house. Well, aku ada sebuah rumah yang baru dibeli tapi rumah tu is under subsale. Aku decide untuk dokumen kan pengalaman aku dalam proses beli rumah yang satu ni kat sini sebab this is my first house walaupun bukanlah my dream house.

The process was started back in 2018, end of the year. Actually it started with the intention & aku discuss with my family members to get kata sepakat between us. Kenapa? Sebab rumah yang aku beli ni is rumah pusaka. Rumah my dad. Rumah yang kami duduk dan membesar since 1991. In fact my youngest sibling pun born in this house, not exactly mama delivered in this house lah but her birth cert address is at this house la. Aku dan brother aku (adik lelaki) birth cert address kat rumah lama my parents, time tu rumah sewa lah.

Disebabkan rumah ni banyak kenangan, so aku decide untuk beli rumah ni. Mesti korang pelik kan? Hahah. Ok ceritanya begini....

Rumah ni memang ayah aku beli asalnya, atas nama dia straight from developer. Ya time tu it is a brand new house. Ayah aku is a businessman. Orang business ni biasalah, ada ups & downs. So the first few years dia bayar la loan installment macam biasa, but bila dia short of cashflow, business tak bagus so dia missed the installment few times, or more. Lama lah juga dia tak bayar kut until bank terpaksa tarik balik untuk dilelongkan rumah ni. 

So my dad approached his good friend merangkap client business dia untuk tolong bid the house. Alhamdullilah, his friend successfully won the bid. Rumah ni mak aku cerita, masa ayah aku beli dulu harga dalam 60k+ kut, so bila bank lelong and kawan dia bid sampai 100k+. Mula2 ayah aku byr la juga kawan dia bulan2, until dia tak mampu. So he stopped. Aku tak tahu la apa cerita lepas tu, tapi yang aku tahu kawan dia keep on chasing him to pay back the remaining debt tu. Dari aku darjah 6 sampai la aku berumur 31 tahun. Lamakan?

Aku grad pada umur 24 tahun, year 2011. Lepas aku da kerja few months, ayah aku ada submit document income aku kat kawan dia untuk proceed beli rumah ni tapi unfortunately the value of the house tu memang melebihi total income aku, of courselah tak lepas. Hello time tu gaji aku dalam 2.4k kut. Baru kerja, ingat bank nak2 senang2 bagi pinjam? Hahah. So his friend said its okay tunggu anak u yang lain dah kerja then only kita decide untuk proceed beli rumah ni. 

Bayangkan selama ktorg duduk rumah ni dari last ayah aku bayar rumah ni kat kawan dia which is aku rasa maybe tahun 2000 kut, ktorang stay rumah ni for free. It was free until year 2017 kut ktorang baru start bayar sewa kat kawan dia tu. Itu pun lepas kawan dia issue surat lawyer kat ayah aku. Rumah ni atas nama syarikat kawan dia, so business partners dorang da bising. Thats why ktorg kena bayar sewa until ktorang decide untuk beli rumah ni. Masa 2017 tu adik aku sorang belum kerja lagi dan sorang tu baru nak start kerja. So mmg ktorg tak stabil financially.

Lepas ayah aku meninggal in mid 2018, few months after that aku bgtau adik aku yang aku decide untuk beli rumah ni. So dari situ lah start proses pembelian which makan masa bertahun, sebab sampai sekarang belum settle officially ya. Tapi ktorang dah start bayar installment since Mar'21, ktorang share 4 orang termasuk mak aku.

Mulanya, aku bagitahu family aku yang aku decide untuk beli balik rumah pusaka ni memandangkan banyak memori rumah ni to family ktorang. Yelah, saat2 terakhir ayah aku pun kt rumah ni sebelum dia meninggal dunia di IKN. Lepas aku bgtau intention aku kt family aku, we discussed and we mutually agreed to proceed beli. Adik aku approach business partner kepada kawan ayah aku tu, masa dealing proses bayar sewa pun dgn business partner tu juga. But the business partner lambat respond, so adik aku cari no phone kawan ayah kat h/phone ayah. once dapat, adik aku terus call kawan ayah tu bgtau yg ayah aku dah meninggal. Kawan ayah aku agak frust sebab ktorg tak bgtau dia awal2. Dia sedih la. Sebab sebelum tu ayah aku ada keep in touch dgn kawan dia tu pasal nak start up business, but time tu pun ayah aku da start sakit sebenarnya. Kawan dia tahu yg ayah aku ni sakit kanser.

So kawan dia marah adik aku kenapa tak bgtau awal2 pasal pemergian ayah aku. Lepas tu kita start with negotiation on rumah ni. Awalnya kawan ayah aku, aku name him as Uncle M ya, letak harga 480k untuk rumah ni. ktorg terkejut sebab ktorg rasa the price too high, tak berbaloi dengan rupa rumah tu. Dah la tanah leasehold, tinggal berapa tahun je kenapa nak letak harga too high. In fact ktorg ada check with the bank, nilai rumah tu ard 300k++ plus je. Dia mark up mahal gila. Katanya itu nilai semasa harga rumah tu. Nasib baik ktorg ada check with makcik ktorg, dia suruh check kt website property for sale, cari kawasan rumah ktorg untuk tahu berapa harga semasa. So ktorg check dan dapati ada jual org nak jual rumah kawasan rumah ktorg tu pada harga 380k++.

Adik aku ajak uncle M untuk berjumpa dan discuss. Ktorang jumpa dia dan aku rasa that was our first time met uncle M and was the last juga. Masa jumpa tu dlm awal tahun 2019. Ktorg nego dan uncle M agree to reduce the price to 420k. Dia cakap tu je harga dia boleh bagi. Both of adiks aku bila tahu harga macam tu, dorang decide untuk tak nak proceed sbb tak berbaloi katanya. But then aku pujuk sampai adik2 aku tak  blh nak ckp apa, so kitaorg proceed eventhough adik aku memang tak setuju.

Nasib baik kawan2 office aku masing2 da ada pengalaman beli rumah, tapi rumah baru la bukan subsale. Dorang share contact no bank & lawyer kat aku so aku blh proceed with next actions. Aku pun try survey bank mana yg blh offer the best rate. Aku pun ada contact lawyer yang kawan aku share tu tapi aku tak ambil pun dia sbb bank yang aku sign up tu advise ambil panel lawyer dia, katanya same lawyer utk bank loan & s&p senang sikit, dan proses pun cepat. Aku sign the loan agreement in July 2019. Then Sept'19 meet up lawyer untuk sign s&p. After that aku just deal dgn lawyer tu untuk proses beli rumah sebab lawyer yg aku appoint ni yang deal with Uncle M's lawyer. 

Tapi ya ampun the process tu very lengthy sebab ktorg keep on pushing here and there. Dengan dorang nak ktorg continue bayar the sewa until the process pembelian tu complete. Tapi lawyer aku ada nego mnta ktorg byr sewa untul 1st disbursement by bank je. Ktorg byk gaduh dengan uncle M pasal benda2 kecik juga. dia suruh ktorg byr outstanding cukai tanah yg x byr bertahun. padahal dia yg tak pernah bayar then push kt ktorg suruh settle. Dengan byk document rumah ni yang tak lengkap menyebabkan proses tu drag sampai Jun'20, then baru la bank aku made the 1st disbursement in Jul'20 kut.

Oh ya, Uncle M passed away end of Dec'19 sebab terjatuh masa hiking, kata business partner dia. RIP uncle M. Since then ktorg just deal with his business partner je pasal proses beli rumah ni. Tapi disebabkan Malaysia ni MCO sampai bertukar tukar term dan SOP, the proses drag lama sgt. Dgn pejabat tanah tutup, lepas tu limitkan waktu operasi menyebabkan proses tu lama sangat. Early this year baru bank buat 2nd disbursement or full dibursement. Tapi geran tanah tu still belum tukar nama lagi kut. Bayangkan proses yang patut ambil masa few months ni makan masa sampai betahun. Dah nak masuk 2 tahun still proses blm complete juga. Ya Allah kau permudahkan lah urusan hamba mu ini. Amin.

Note: This entry was drafted on 21/7/2019 but I stopped it halfway (actually only wrote few words, in one-two sentences hahah). I continue to finish up this entry on 26/6/2021, time 1.39am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan