Jumaat, 25 Jun 2021

MY LIFE UPDATES

 Date: 26/6/2021

Time: 12.05am

Place: Bedroom

Helloooo... Assalamualaikum...

Mood aku untuk mencoret di blog agak malas kebelakangan ni, walaupun hati aku meronta untuk bercerita kat sini tapi bila aku on je laptop dan buka blog terus rasa otak ni macam blank. Rasa macam nak cerita semua benda, terlalu banyak sampaikan aku tak tahu nak tulis mana satu. Hahahah.

Sekarang ni ktorg berada di fasa FMCO ataupun PKPP ataupun total lockdown, tapi nak kata total pun tak betul juga sebab kilang still operated macam biasa. Katanya those essential je boleh beroperasi tapi still ada je kilang2 yg bukan dalam sektor essential pun beroperasi juga. Confuse weh! Kes harian since implement FMCO still 4 angka, cuma dah menurun la compare to 1st day of FMCO. Sekarang kes harian dalam range 4k+ to 5k+.

Aku sekarang kerja dari rumah disebabkan FMCO, ya still kerja di tempat yang sama since end 2011. Pernah terfikir untuk jump tempat lain for pay raise tapi banyak benda kat kepala aku ni membuatkan aku think twice, should i? dilemma. 

This year raya aidilfitri sambut kat rumah je disebabkan MCO, last year at least boleh ziarah rumah orang on Day 1 raya, but this year totally tak boleh. So ktorg just pakai baju raya for the sake of raya vibes and ambil gambar lepas tu terus tukar baju basahan. Huhu. Menyedihkan betul. Its ok, for kebaikan sejagat kan.

Officemate aku yg close dengan aku dah resigned dah, her last day was 15th June 2021 but last ktorg jumpa dia sebelum cuti raya, bln 5. Lepas tu dah tak jumpa. Sedih juga la bila sorang2 rakan sekerja da berhenti, dengan ada yang transfer ke tempat lain. Semangat tu mcm dah drop. 

Oh ya, aku dah enrolled class baru, tuition centre baru, ambil class online je. The class will start mid of July, every wednesday. Belajar benda baru. Tukar angin. Bosan dah asyik repeat the same paper for 4 times, so decided untuk tukar paper. Hopefully this round ada sinar harapan. Doakan ya?

Apa lagi nak cerita ya.. emmmm. well, selain pasal study & working life, takde apa yang berubah sangat pun pasal aku. Still single dan this year umur aku dah masuk 34, going to in August haha. Uban kat rambut ni dah bertambah semakin banyak, maybe sebab dah tua dan sebab stress hahah. Aku dye rambur aku lagi buat uban tambah makin banyak je haha. Yela dulu aku cabut je uban, orang kata tak elok so aku decide untuk dye tapi.... sama je hahaha. Blame the genetic haha.

 Tu jelah update pasal aku buat masa ni. Maybe next entry nak cerita pasal lain plak.

Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan